Tuesday, 21 July 2009

QOSOS SAHABAH (SIRI 1): TELINGA DIBALAS TELINGA




Setelah Sheikh Hussein selesai mensyrahkan kitab asbabun nuzul imam as-sayuti kepada kami...Sheikh bersuara kepada kami...



" Kamu semua nie seperti Abdullah bin Mas'ud...


"aik? kami semua berpandangan...x faham dan x mengerti...semua senyap...


" Kenapa kamu senyap ? kami x faham apa yang Sheikh nak sampaikan..kami menjawab...


" Ok. x per...biar aku ceritakan siaper itu Abdullah b. Mas 'ud... semua khusyuk mendengar




ABDULLAH BIN MAS'UD


Dia adalah seorang sahabat Nabi yang bertubuh kecil seperti orang Malaysia..Sheikh bercerita lagi...


Disebabkan tubuhnya yang kecil itu ramai para sahabat mentertawakannya kerana kakinya yang pendek berbanding sahabat yang lain. Tetapi Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawasanya kaki Abdullah b. Mas'ud itu lebih berat dari gunung yang ada.


Abdullah b. Mas'ud telah mencatat sejarah dan mencipta sejarah kerana telah membunuh Abu Jahal dlam perang Badar. Sebelum itu, Abdullah b. Mas'ud telah membaca Al-Quran di hadapan Kaabah tetapi beliau telah ditampar oleh Abu Jahal sehinggaa terputus telinganya....kerana membaca Al_Quran.




Allahuakbar...


Ketika Perang Badar, Abdullah b. Mas'ud turut serta dalm perang ini. Dia mendekati Rasulullah...Dimanakah Abu Jahal. Lalu ketika beliau betemu dgn Abu Jahl...dia memanggil Abu Jahal..kemudian Abu jahal tunduk utk mendekati Abdullah b. Mas'ud. Lantas, tanpa membuang masa...dengan kudratnya yang kecil itu...Abdullah pun menumbuk Abu jahal sekuat hati...dan terus melompat ke atas perut Abu Jahal.Abu Jahal x mampu utk bangun kerana tubunya yang besar, dan ketika itulah Abdullah b. Mas'us terus membunuhnya.


Abdullah b. Mas'ud telah cuba mengangkat mayat abu Jahal tetapi beliau tidak mampu kerana kudaratnya..yang kecil berbanding tubuh Abu Jahal yang besar...

Lalu beliau memotong kepala Abu Jahal utk ditunjukkan kepada Rasulullah...dia mengalami kesukaran juga kerana kepala abu Jahal tersangat berat...lantas dia melubangkan telinganya dan melilitkan tali di telinga nya utk membawa mayat Abu Jahal...



Lalu Nabi pun ketawa dan bersabda ini adlah kerana membalas perbuatan Abu Jahal itu bukan hanya telinga Abdullah dapat, tetapi dia berjaya juga mendapatkan kepalanya sekali...

TELINGA DIBALAS TELINGA



Azimmm YA Rabbb....



kami pun tersengih dan gelak mendengar cerita Sheikh Hussein...

barulah kami mengerti kenapa Sheikh menyamkan kami seperti Abdullah b. Mas'ud kerana tubuh org Malaysia kecil seperti sahabat Rasulullah itu....



Salam Juang,


Nor Latifah Othman.






No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed