" Ya Allah, kau selamatkan negara kami, ahli kelurga kami, ibu bapa kami, pemimpin2 Islam kami dan seluruh penduduk Malaysia dan umat islam seluruh dunia dari ditimpa bala dan bencanamu Ya Allah...Ameen Ya Rabb"
Firman Allah Taala:
" Wahai Tuhan Kami! Kurnikanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami."
(Alkahfi:10)
Niat sebenar hari ni nak posting artikel lain, tapi bila bukak berita kat Malaysia. Terkejut? Patutla kdg2 dapt mesej dari keluarga kata jaga diri..jaga kesihatan..kat sini H1N1 teruk.
Teruk?
Kalau dah melibatkan kematian memang serius..tapi bilangan kematian tidak statik tetapi bertambah. Jika dibandingkan Mesir dan Malaysia, Malaysia lebih maju dari teknologi dan perubatan...Jadi jika kes terbaru yang melibatkan kematian ini tidak dapat dikesan...benarkah Malysia maju???
Apa sebenarnya yang telah berlaku?
Dulu ketika selsema babi ini baru menular di Malaysia, menteri yang terbabit dan kementerian kesihatan setiap kali dalam sidang media akan mengeluarkan kenyataan, "Kes ini dalam kawalan...dalam kawalan..., dalam kawalan...".
Sekarang apa dah jadi? Apa yang dikawal? Apa tindakan? Kes semakin bertambah dan membimbangkan. Pusat pengajian di seluruh negara banyak yang ditutup.
Dan kini negara kita sudah ada lebih 1, 200 kes yang telah dijangkiti selsema babi. Apa yang menyedihkan, empat orang telah meninggal dunia. Walaupun banyak telah sembuh tetapi kes tempatan kelihatan sudah menular dengan begitu ketara sekali
Dan dibawah ini adalah cerita terbaru.
Berita berikut disiarkan di utusan Malaysia:MELAKA 29 Julai - ''Saya ingatkan cuma demam biasa dan tak sangka anak saya dijangkiti wabak selesema babi hingga menemui ajal.
''Kalau saya tahu dia dijangkiti demam sangat serius, saya akan bawa dia ke hospital segera, mungkin masih ada peluang untuk dia hidup,'' kata Ramli Abdul Aziz, 45, dengan nada sedih.
Ramli adalah bapa kepada remaja perempuan, Nur Syazwana, 20, yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di Hospital Melaka pagi semalam.
Nur Syazwana yang membantu bapanya berniaga di kedai makan tidak jauh dari rumahnya di Taman Cempaka di sini meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Peringgit.
Biarpun diselubungi kesedihan akibat kematian anak sulung daripada empat beradik itu, Ramli tetap tabah dan reda.
Menceritakan detik-detik sedih itu Ramli berkata, anaknya itu mula demam selepas adiknya, Mohd. Shafiq, 19, pulih daripada demam.
''Apabila Mohd. Shafiq pulih, anak sulung saya pula mengadu demam seminggu sebelum dia meninggal dunia.
''Saya tak kisah sangat waktu itu kerana dia masih boleh membantu saya di kedai," katanya.
Pengusaha kedai makan itu menambah, keadaan demam anaknya itu bagaimanapun tidak pulih selepas seminggu.
''Saya ada suruh dia mendapatkan rawatan di klinik swasta dan doktor memberitahu dia hanya menghidap demam biasa," katanya.
Selepas memakan ubat yang diberikan oleh doktor, kata Ramli, demam anaknya masih tidak kebah selain turut mengadu sesak nafas.
''Saya mula rasa gelisah melihat perubahan keadaan anak saya yang tidak bermaya dan lebih mengejutkan apabila seluruh tangannya pula lebam," ujarnya.
Katanya, Nur Syazwana pergi ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut kira-kira pukul 3 petang Ahad lalu.
Ramli berkata, dia terkejut apabila pihak hospital terpaksa menahan Nur Syazwana kerana keadaan anaknya yang semakin serius.
''Saya diberitahu paru-paru anak saya hitam dijangkiti kuman dan menyerah kepada Allah SWT agar dia pulih.
''Ketika itu doktor tidak menyatakan anak saya dijangkiti virus H1N1 tetapi memberitahu keadaan dia semakin kritikal," katanya.
Menurutnya, punca kematian Nur Syazwana akibat H1N1 hanya dimaklumkan hari ini selepas disahkan oleh pihak hospital.
Katanya, beliau dan semua ahli keluarga kini dikuarantin di rumah selama seminggu
Salam takziah kepada seluruh keluarga Encik Ramli sekeluarga. Moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yang soleh...InsyaAllah.Ameen..Al-Fatihah
Salam Juang,
Nor Latifah Othman.
No comments:
Post a Comment