Moga-moga dengan perkongsian bacaan dari buku ayyuhal walad karangan Imam al-Ghazali yang dibeli di Maktabah Salam kaherah ini dapat menyucikan hati kita dari rasa cinta kepada dunia dan menambahkan rasa kecintaan kita untuk lebih mengenali Tuhan..secara tidak langsung menjadi penawar hati kepada kita setiap hari.saya cuba menterjemahkan dengan perbincangan ahli bait saya..InsyaAllah
AYYUHAL WALAD :
" Jika kamu tidak beramal kamu tidak akan mendapat pahala. Dikisahkan seorang pemuda dari Bani Israel berumur 70 tahun, dan Allah mengkehendaki untuk menzahirkan malaikat terhadap lelaki ini. dan Allah mengutuskan kepadanya malaikat untuk memberitahu kepadanya bahawa kesemua ibadat yang dilakukannya tidak melayakkan utk dia masuk ke syurga. Apabila diberitahukan kepadanya, hamba itu menjawab: " Sesungguhnya kita dijadikan utk beribadah kepada Allah dan wajib kepada kita utk menyembahnya. Dan apabila malaikat itu kembali menemui Allah. Malaikat berkata: " Tuhanku, engkau mengetahui apa yang dikatakan oleh hambamu itu.Dan Allah berkata: "Jika dia tidak mahu berpisah dari ibdahnya, sesungguhnya kita bersama malaikat yang tidak akan berpisah drinya. Bersaksikanlah wahai malaikatku sesungguhnya Aku mengampuni dosanya.
Hadith dari Rasulullah s.a.w: ((hisabkanlah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, dan timbangkanlah amalan kamu sebelum ditimbangkan))
Dan telah berkata Ali r.a : Sesiapa yang menyangka dirinya tanpa usaha dia boleh mengecapi kejayaan sesungguhnya dia hanya berangan-angan, dan siapa yang memperbanyakkan usaha dia akan mencapi kejayaan dan sesungguhnya dia seorang yang kaya (menang).
Dan telah berkata Hasan Rahimallah : " Mengkehendaki syurga tanpa amal adalah dosa dari dosa-dosa. dan Berkata Hasan: "tanda hakikat meninggalkan keperihatinan terhadap amal adalah tidak meninggalkannya.
Rasulullah bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang menggadaikan dirinya utk dunia, dan dia beramal utk hari selepas kematian. Orang yang bodoh adalah mereka yang mengikuti hawa nafsunya dan bercita2 terhadap Allah sebagai harapannya.
Sahabat2ku, sucikanlah hati..jauhkanlah dirimu dari mencintai dunia yang tidak kekal dan seluruhnya..tetapi cintailah dia Tuhan Yang Agung..jadikanlah dia cinta teragungmu...
Sahabtku..jadilah dirimu manusia yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain..dalam setiap gerak laku perbuatanmu..hiduplah denagn memberi sebanyak2nya tetapi janganlah hidup utk menerima sebanyak2nya...sampaikanlah ilmu kepada yang lain..mereka yang dahagakan ilmu kita wahai sahabatku...hidupkanlh roh perjuangan utk berdakwah dalam dirimu....mengharapkan syurga firdaus sedangku tahu diri ini tidak layak mengharap darimu Ya Rabb...
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
No comments:
Post a Comment