Wednesday, 8 July 2009

KEAJAIBAN QURAN(SIRI 3): PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI . YANG MANA DAHULU DIJADIKAN??


Bersambung siri I'JAZ QURAN, kalau 2 siri yang lepas ana dah ceritakan bumi berbentuk seperti telur kemudian bumi dijadikan dalam masa 6 hari.ikuti sambungan ini...

Firman Allah Taala:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang menciptakan bumi Dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

(Fussilat: 9)


Dalam ayat ini menerangkan bahawa bumi diciptakan terlebih dahulu.kemudian ayat 11 dari surah fussilat sambungan cerita tadi...let's check it out

Firman Allah Taala:

" Kemudian ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada Dengan sukarela atau Dengan paksa!" keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh Dengan sukarela" (Fussilat: 11)

dan ayat yang menerangkan " sedang langit itu masih berupa asap, jelas menunjukkan ia diciptakan selepas bumi dijadikan.


(SURAH FUSSILAT :9-11)
1.BUMI, kemudian
2.LANGIT dijadikan


TAPI, DALAM SURAH AN-NAAZIAT DARI AYAT 27-31 BERLAWANAN DGN AYAT PADA SURAH FUSSILAT..JOM KITA TENGOK...

Firman Allah Taala:

(Wahai golongan Yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah Yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
Dan ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
(An-Naaziaat: 27-31)


Kalau kita perhatikan secara teliti, ayat kamukah yang sukar diciptakan atau langit, Tuhan telah membina nya dengan kukuh dan ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya...

Jelas X? LANGIT diciptakan dahulu


Next, ayat 30-dan bumi selepas itu dihamparkan. BUMI DIJADIKAN SELEPAS LANGIT

(SURAH AN-NAAZIAAT: 27-31)
1.LANGIT dijadikan dulu, kemudian
2.BUMI dijadikan



Macamna sekarang?PENING???BERCANGGAH?MANA SATU YANG BETUL?inilah I'JAZ QURAN SAHABAT2..memang secara zohir nampak bercanggah tapi ini pandangan Ibnu Abbas terhadap percanggahan ayat ini

JAWAB IBNU ABBAS:
1. Sesungguhnya bumi dahulu dijadikan seperti bentuk 'kurroh' sperti bola sebelum langit dijadikan dalam 2hari
2.Kemudian langit dijadikan selepas itu dan ia berbentuk asap( dijadikan 7 langit) selepas dijadikan bumi dalam 2hari
3.Kemudian bumi ditekan dari bentuk bola kepada bentuk telur (bujur) dalam 2 hari
4.Kemudian, Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya


Beginilah proses kejadian langit dan bumi menurut Ibnu Abbas. Semoga dengan perkongsian ini menambahkan rasa keimanan kita, bahawasanya i'jaz quran sudah terbukti dari dulu lagi...

Rujukan : Kitab ulum quran sheikh Hussein
Al-Quran

Bersambung lagi...

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed