Tuesday 14 December 2010

Setahun Berlalu....

 Membilang hari untuk pulang ke kampung berjumpa Opah di Kuala Kangsar...

Kononnya dia la yang drive kereta walid dia...Like Father Like Son



Gambar terbaru Aqil sewaktu Hari Raya...


Assalamualaikum. Setahun berlalu...anak saudara sulung saya semakin membesar..sudah setahun usianya..tak percaya masa begitu cepat berlalu...Gambar dikirim menjadi pengubat rindu saya di sini...Ya Allah kau ubati rinduku pada mereka. Pejam celik pejam celik musim imtihan hampir menjengah tiba...Lagi 5 Bulan nak imtihan syahadah...(tak ready apa-apa lagi).Doakan saya dan sahabat-sahabat di sini diberikan kekuatan dan mujahadah yang tinggi untuk menghadapi imtihan syahadah akhir di sini (bulan Jun) InsyaAllah....

"Sesiapa yang ingin tahu cintanya pada Allah s.w.t., maka dedahkanlah dirinya kepada al-Quran (dampingi al-Quran), sesiapa yang mencintai al-Quran maka dia mencintai Allah s.w.t. kerana al-Quran itu adalah kalam Allah s.w.t." - Ibn Mas'ud r.a.
من كان يحب أن يعلم أنه يحب الله فليعرض نفسه على القرآن فمن أحب القرآن فهو يحب الله فإنما ا...لقرآن كلام الله

Wahai Tuhanku, tambahkan padaku ilmu yang bermanfaat, lampirkan kepadaku amalan yang diterima, kurniakanlah daku rezeki yang luas, dan terimalah dariku taubat yang suci (nasuha).

رَبِّي زِدْنِي عِلْمًا نَافِعًا، وَوَافِقْ لِي عَمَلاً مَقْبُولاً، وَاهَبْ لِي رِزْقاً وَاسِعًا، وَتُبْ عَلَيَّ تَوْبَةً نَصُوحًا
Dear friends,
When you feel all alone in this world, and there's nobody to count your tears, JUST REMEMBER, no matter where you are, ALLAH KNOWS...
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Tahun 3 takhassus Qiraat

 

Sunday 5 December 2010

Mencari Pemuda Sehebat Mus’ab bin Umair



Mencari Pemuda Sehebat Mus’ab bin Umair

Bismillahirrahmanirrahim…

Mencari kekuatan menulis.At last..ada juga benda yang saya nak kongsikan bersama..dah lama saya nak share cerita  Mus’ab ini..tapi selalu tak sempat. Kenapa Mus’ab? For me, his contribution for Islam is very meaningful dan sangat meruntun jiwa...especially dalam perang Uhud…

Buku “ Ila Warathatul Anbiya wad Duat Ila Allah” pernah didaurahkan di Mansurah beberapa bulan yang lalu, but the speaker ter ‘skipped’ beberapa pages termasuk kisah Mus’ab


I’ll go through to read the whole books from the beginning of story until the end of the pages..and seems cerita Mus’ab most interesting to share with all of you….really!
(sorry, my English is broken)

Buku ini dikarang oleh penulis yang sangat terkenal iaitu Doktor Abdullah Nasih Ulwan dan merupakan pengajar di Jamiah al-Malik Abd.Aziz di Jeddah…rasanya ramai kenal
penulis ini… =)

The story motivate myself! Kenapa saya kata begitu? Menyumbangkan diri dalam Islam sama ada full time atau part time, kadang-kadang sangat menguji diri..adakalanya terasa diri kuat, dan kadang-kadang terasa lemah(itu sayalah tue)….Kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat mampu merangsang dan memberikan kita motivasi sepanjang zaman…dulu mereka diuji…kini giliran kita diuji..kalau kita katakan cabaran yang dihadapi oleh kita sudah cukup hebat…mereka lagi hebat dihina, di maki dan dicerca oleh kaum musyrikin Makkah…lebih-lebih lagi Mus’ab dan yang lain..

Mengharapkan wujud pemuda-pemuda seperti Mus’ab bin Umair yang tidak gentar kepada perjuangan walaupun terpaksa meninggalkn kemewahan hidup lantaran cintanya yang menebal terhadap Islam…

(I’ll try to translate the story to Malay version..huhu)…

“ Inilah kisah seorang pemuda yang bernama Mus’ab bin Umair, yang hidupnya dibesarkan di dalam kemewahan semnjak kecil lagi..dan ketika Islam menjadi pilihannya beliau diseksa sprt yang diriwayatkan oleh Ibnu Saad dalam kitabnya”:

Mus’ab bin Umair adalah seorang pmuda yg segak dan kacak, kedua ibu bapanya sangat mengasihinya. Ibunya mempunyaiharta yang sangat banyak dan Mus’ab akan memakai pakaian yang sangat mahal yang diperbuat daripada tenunan sutera.

Seluruh penduduk Makkah  mengenalinya kerana keharuman minyak wangi yang selalu dipakai dan dia memakai sandal yang bermutu tinggi yang diimport dari Hadramaut, Yaman.

Mus’ab bin Umair adalah antara orang terawal yang memeluk Islam di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Setelah itu,beliau telah dihantar oleh Rasulullahke bumi Madinah untuk menyebarkan dakwah Islam di sana…
Beliau telah merahsiakan keislamannya daripada ibunya dan kaumnya. Malangtidak berbau, mereka berjaya menghidu berita Mus’ab dari jauh…Akhirnya beliau telah dikurung dan diseksa…dengan takdir Allah ,beliau berjaya meloloskan diri dari seksaan itu…

Berkata al-Khubab bi Arat:  Kami berhijrah bersama Rasullullah s.a.w, dan Mus’ab bersama kami..Allah telah memilihnya syahid di medan Uhud..Saat ketika mayatnya hendak ditutupi dengan kain….tidak ada kain yang kami dapati melainkan sehelai burdah.

Kata Khubab: “ Kalau kita meletakkan burdah ini di atas kepalanya, maka akan nampaklah kakinya, dan kalau kita menutupi kakinya maka akan terkluarlah kepalanya.

Maka Rasulullah berkata: 
اجعلوها مما يلي رأسه واجعلوا على رجليه من الاذخر

“Tutupilah burdah itu dikepalanya, dan kita akan tutupi kakinya dengan izkhir( tumbuh-tumbuhan yang harum baunya)”

Rasullullah berhenti di hadapan mayat Mus’ab..yang terbunuh di jalan Allah dan mayatnya hanya ditutupi dengan sehelai kain burdah sahaja..Maka, mengalirlah air mata Nabi di atas kesedihan pemergian Mus’ab buat selama-lamanya…

Nabi berkata:

(( لقد رأيتك بمكة وما بها أحد أرق حلة ولا أحسن لمة منك ثم أنت شعت
 الرأس في بردة))

Aku pernah melihat kamu di Makkah, dan tidak ada orang lain yang lebih halus pakaian darimu, dan tidak ada orang lain yang lebih cantik rambutnya darimu, kemudian kamu syahid dengan rambut yang kusut dalam sehelai kain burdah”….

Dan kemudian Nabi mebacakan ayat  23 dari surah al-Ahzab kepada Mus’ab bin Umair….

Perginya Mus’ab bin Umair buat segala-galanya…
Ya Allah..hebatnya Mus’ab..mencintai akhirat lebih segala-galanya…
Mengharapkan pemuda dan srikandi yang kuat jiwanya seperti Mus’ab di medan juang ini..
Golongkan kami Ya Allah sepertinya…
dan syahidkan kami Ya Allah sepertimana Engkau mensyahidkan Mus’ab di jalanMu..ameen


Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat

Thursday 18 November 2010

Disebalik Aidiladha



Bismillahirrahmanirrahim…..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..
“Salam Aidiladha minal Mansurah”
Mari kita renungi bersama,
“Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa , kerana itu berserah dirilah kamu kepada Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk taat”
                                                                                                                                (Al-Hajj: 34)
Para sahabat bertanya kepada Ibn Mas'ud : "Apakah yaumul eid pada kamu?"...lalu Ibn Mas'ud menjawab :"Yaumul eid itu adalah hari dimana kita tidak melakukan dosa..."maksudnya..bukan yang dimaksudkan pada hari raya tue kita tidak melakukan dosa ..tapi bila kita tidak buat dosa dalam satu hari..maka itulah hari kegembiraan utk kita semua..maka tidak kira hari tersebut hari apa pun....Allahu maghfirlana zunubana ya robb...
P/s: Semoga kita dapat mencontohi pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam menyelusuri liku-liku perjuangan hidup ini yang sebentar cuma!….Doakan kami!
“MAY ALL OUR STRUGGLES AND SACRIFICES BE REWARDED BY ALLAH BLESSINGS” AMEEN….
Salam Aidiladha,
Nor Latifah Othman
Tahun 3 takhassus Qiraat


Tuesday 26 October 2010

Majlis Kutub Sittah Siri 2


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua. Esok saya dan sahabat-sahabat akan mengikuti program PMRAM di Kaherah. Tak sabar rasanya...hampir 1000 penyertaan dari mahasiswa/wi Azhar dan Perubatan. Saya akan bermukim di Kaherah selama 5 hari..maklumlah, dah lama tak turun Kaherah semenjak kuliah maahad rancak di sini.Tak silap saya tahun lepas Sheikh sempat baca Hadith Bukhori dalam 1700 hadith lebih kurang..Harap dapat khatam kitab Sohih Bukhari tahun ni, dan doakan saya juga berkesempatan untuk join kali ketiga tahun depan InsyaAllah... =)

Ini sedikit maklumat tentang program ini:

Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang bermula pada 27 Oktober - 30 November. Majlis akan diadakan di Nadi Riadhi. Seramai 8 orang Masyaikh akan terlibat

1. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani
2. Syeikh Usamah al Azhar
3. Syeikh Rif'at Fauzi
4. Muhammad Mahmud Abu Hasyim
5. Syeikh Saad Jawish

Dan lagi 3 orang akan dimaklumkan kemudian. Pada majlis Hi Tea bersama Masyaikh yang akan diadakan pada 1 November, akan dihadiri juga oleh Syeikh Umar Abdullah Kamil. Pengumuman tersebut, merupakan penggulungan beliau setelah mengulas tentang Isu Islamic Festival Fasion.

Doakan perjalanan program ini dipermudahkan sehingga ke akhirnya....dan Allah memberkati ulama-ulamak dan para peserta yang mengikuti program ini...

Kata-kata Saidina Ali:
رضيناقسمةالجبارفينا لناعلم وللاعداء مال
وان المال يفنى عن قريب وان العلم يبقى لا يزال

Kami rela dengan pembahagian Allah Yang Maha Perkuasa pada kita,
Kita diberi ilmu musuh diberi harta,
...Dan sesungguhnya harta akan punah dalam sekejap,
dan sesugguhnya ilmu tetap akan kekal tak akan hilang."

Salam Kembara Ilmu,
Al-Faqirah ila Allah
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat

Sunday 26 September 2010

Ibrah Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah dan salam kembara ilmu...Bertemu lagi. Saya cuba untuk menulis sesuatu dalam artikel terbaru..tetapi idea tak muncul-muncul gak...ish..ish..ish..My blue shoutbox attract me to read the guest message!..Ada macam luahan rasa dalam shoutbox tue..Saya rasa nak biarkan...but sometimes every question have answer but sometimes not! But i think i have to explain it...

Benar itu luahan rasa...X salah nak meluahkan..tapi... ada tempat yang lebih sesuai kita luahkan....

Luahkanlah isi hatimu kepadaNya...rintihlah sepuas-puasnya...
Merintih kepada manusia, manusia tidak akan memahami segala apa yang tersembunyi di hatimu..
berbicaralah dengan Tuhan dengan sejujur-sejujurnya dan sepenuh hatimu...biarkan air mata mengalir di pipi..
Moga ia menjadi saksi bahawa engkau yakin Tuhan adalah sebaik-baik tempat sandaran harapan dunia dan akhiratmu....

Jujur saya katakan, saya tiada jawapan untuk soalan-soalan itu...Cuma, sekadar saya ingin berkongsi kisah Ibrah Nabi Yusuf dan Zulaikha yang disebut di dalam Surah Yusuf..Moga ia dapat menjadi ibrah dan kekuatan kepada kita mendepani dunia yang penuh dengan tipu daya...

Allahukabar! Moga ketaqwaan Yusuf mampu kita teladani dan ikuti...

CINTA ZULAIKHA JADI IKTIBAR

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah pun mengajar manusia menguruskan cinta. Ia bagai minyak petrol. Gunanya untuk menjana tenaga kerja. Kuasanya hebat. Tetapi cinta itu mudah terbakar. Mudah menyambar apabila tersentuh. Justeru manusia sudah awal-awal lagi diberitahu, berhati-hati dengan cinta.

Tetapi manusia sering lupa.

Mungkin kerana kurang kasih sayang dalam kehidupan, ramai yang tidak menyempat-nyempat mahu bercinta. Dan dengan fikiran yang masih seputik jagung, bersama nafsu yang panas membara, ramai yang dibius cinta.

Soal dibius cinta ini bukanlah soal baru. Ia sudah pernah berlaku, malah sudah pun mempamerkan segala bencana dan keaiban-keaiban yang datang mengiringinya. Dibius cinta, adalah bencana yang menimpa wanita bergelar * Zulaikha.

Dia mabuk cinta bukan dengan al-Aziz suaminya. Tetapi keberahiannya tumpah kepada anak muda yang dijaganya semenjak kecil. Anak angkatnya sendiri. Bernama Yusuf. Nabi Allah Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Keinginannya kepada Yusuf menyebabkan wanita itu sanggup untuk melakukan apa sahaja. Diperangkapnya Yusuf hingga terfitnah anak muda yang suci bersih itu.

“Apa yang engkau tahu pasal cinta?” bentak seorang perempuan mabuk cinta apabila ditegur rakannya.

Mungkin soalan ini jua yang berlegar di benak Zulaikha.

“Apa yang orang ramai tahu tentang perasaanku terhadap Yusuf? Mereka mengata, aku merasa. Aku yang menanggungnya!” begitulah mungkin bayangan kita tentang kata-kata Zulaikha semasa kemahuannya kepada Yusuf menjadi buah mulut orang ramai.

Suaminya sudah memberi nasihat. Al-Aziz memberitahu Yusuf supaya melupakan kejadian baju terkoyak di kamar itu dan buat sang isteri, bertaubatlah kepada Allah…



“Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. dan engkau (wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu. Sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!” [Yusuf 12: 29]

Bukankah ini nasihat yang sama kita ulang-ulangkan kepada rakan-rakan yang mabuk cinta? Bukan tidak jelas apa yang diberitakan. Bukan tidak berhikmah apa yang dinasihatkan. Namun manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan fikirannya.

Zulaikha lebih nekad.

Dikumpulnya teman-teman yang mengata. Mahu dibuktikan betapa cintanya bukan sebarangan. Kamu yang tidak kena, tidak memahaminya.

ZULAIKHA DIBIUS CINTA

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

0]

Qad syaghafaha hubba!

Itulah ungkapan al-Quran tentang manusia yang dibius cinta. Keinginannya yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh hingga terangkat segala rasa malu yang selama ini membenteng diri dari perbuatan yang mengundang kerendahan.

Inilah yang sedang dialami oleh teman-teman kita yang ghairah dengan cinta. Janganlah kita berpura-pura hairan dengan kerenah mereka. Hairan dengan ilmu yang penuh di dada, hairan dengan janggut sejemput penghias dagu, atau hairan dengan tudung labuh yang membalut tubuh. Dengan cinta sebegini, tudung tidak bertudung, janggut tidak berjanggut, mereka sudah lumpuh dari alam realiti.

Justeru Allah Subhanahu memberitahu kita, bahawa golongan yang seperti ini:

…Sesungguhnya Kami melihatnya berada di dalam kesesatan yang nyata!” [Yusuf 12: 30]

Cinta yang bukan sekadar buta.

Cinta yang bukan sekadar membius kewarasan minda.

Tetapi cinta yang akhirnya mengheret manusia ke dalam kesesatan yang nyata.

Kesasatan itu menjadikan Zulaikha gila. Dia mahu membuktikan bahawa dalam cintanya kepada Yusuf, bukan dirinya yang bersalah. Tetapi Yusuf dan rupa parasanya, serta panahan cinta itu yang menggilakannya. Dikumpulkan teman-teman yang mengata itu tadi, untuk mereka pula diuji sihir cinta memandang Yusuf.



“Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Lalu pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” [Yusuf 12: 31]

Teman-teman yang mengata itu tadi juga terpukau. Bukan sahaja mata mereka tidak dapat lari dari memandang Yusuf, malah biusan cinta itu menyebabkan mereka melukakan tangan tanpa sedar. Benar-benar dibius cinta. Justeru berhasillah perangkap Zulaikha. Bahawa memang selama ini mereka yang mengata itu berkata demikian kerana mereka tidak mengetahui bahana cinta. “Kini tahulah mereka apa yang menyeksa diriku selama ini” demikian hati isteri al-Aziz itu berdetik.

“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; Dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” [Yusuf 12: 32]

SULITNYA MENYEDARKAN DIA

Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.



“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?

NASIHAT BUAT ADIK-ADIKKU

Wahai adik-adik remaja sekalian, sesungguhnya cinta itu BESAR. Jangan diremehkan cinta. Gunanya besar untuk kebaikan. Namun salah gunanya juga besar mengundang bencana kemusnahan. Hari ini, bukan sekadar Zulaikha dan wanita bangsawan itu yang terkena biusan cinta, malah segala yang berada di sekitarmu, merangsang diri untuk tunduk kepada desakan trend semasa ini. Jalan untuk cinta dosa dan zina terbentang luas, berbanding jalan taat yang sulit dan penuh liku.

Justeru penjarakanlah dirimu dengan semangat Yusuf. Peliharalah kesucian dirimu dengan kesungguhanmu berpegang dengan tali Allah. Janganlah sekadar berdolak dalih secebis dua, sudah dikatakan telah berusaha. Sedangkan Yusuf merengkok bertahun di penjara, agar tidak menjadi mangsa BIUSAN CINTA.

Dan bagi mereka yang terus mabuk dibius cinta, tidak mudah bagi kita untuk mencapai mereka. Tidak mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Berusahalah sedaya yang kamu ada, dan berikan masa untuk menjadi sebahagian daripada penawarnya.  Zulaikha itu mengambil tempoh yang panjang untuk akhirnya tersedar, bahawa beliau telah lama tersesat di dalam dosa, kerana membiarkan diri dibius cinta. Kebenaran Yusuf akhirnya diperakui, Zulaikha bertaubat kepada Allah… akhir sebuah perjalanan yang panjang, seperti yang terungkap dalam firman-Nya di dalam Surah Yusuf ayat 51....

P/s: Petikan artikel saifulislam.com

"Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

"Wanita-wanita solehah buat lelaki-lelaki yang soleh"

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
tahun 3 takhassus Qiraat

Saturday 11 September 2010

Riang Ria Aidilfitri Mansurah

  Program Riang Ria Aidilfitri 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..selawat dan salam buat rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, penghulu kepada seluruh rasul dan anbiya'..para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabi' dan tabiin..seterusnya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah..

Alhamdulillah kita baru sahaja selesai menunaikan ibadah puasa..Mari kita berdoa agar segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah. Moga-moga madrasah Ramadhan ini mampu mendidik jiwa kita agar terus ikhlas, dan istiqamah beribadah dalam 11 bulan mendatang dengan lebih bersungguh-sungguh lagi..InsyaAllah.Maklumlah,  nak istiqamah ni bukan senang, kalau tidak ada mujahadah yang tinggi..kita tidak mampu maintain ibadah kita seperti bulan puasa..Ya Allah..

Daripada Lukman Al-Hakim, dia berkata kepada puteranya, Janganlah engkau banyak tidur  dan makan. barangsiapa memperbanyak keduanya pada hari kiamat dia akan miskin amal soleh. (kitab Maniyyatul Mufti)

Rasullah SAW bersabda:
             " Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air"

Kuat tidur, kuat makan..semuanya ada pada kita. Tetapi kalau dah terlebih tidur, dan tidur sampai jam 12 tengahari, baru nak bangun..ni mengalahkan bayi yang baru lahir jer..Kita memang da hak pada tubuh badan, untuk beristirehat..tetapi janganlah tidur menjadi aktiviti utama hidup anda setiap hari..malangnya hidup, mensia-siakan masa tanpa memanfaatkan ia kepada perkara yang lebih berfaedah dan bermanfaat kepada orang lain...

Diceritakan bahawa Abul Hasan Ar-Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah dia meninggal. dia mengenakan pakaian daripada aspal. Kemudian Abu Hasan bertanya, " Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli neraka." Lalu dia menjawab, " Wahai anakku, nafsuku telah menyeret  aku ke Neraka. Maka takutkanlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu."
       Sungguh aku diuji empat perkara,
       selalu menjeratku dalam binasa,
       Iblis, dunia, nafsu dan syahwat,
       Bagaimana selamat sedangkan mereka musuh semuanya,
       kulihat syahwat dan keinginanku...
 (Kitab Mukashafah al-Qulub lil Imam al-Ghazali)
Ya Allah...
Terimah segala amalan dan ibadah kami di bulan barakah (Ramadhan), dan kuatkan hati kami agar terus bermujahadah melawan nafsu syahwat kami...

dan Rasulullah SAW bersabda:
                          " Jihad yang paling  utama adalah memerangi hawa nafsu"

p/S: Mudah - mudahan kita digolongkan bersama mereka yang dibebaskan dari api neraka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt melalui rasulNya saw. Justeru , pembebasan dari api nerakalah yang merupakan kejayaan yang hakiki.


Sambutan Aidilfitri kali ke-3 di bumi Mansurah,

Walaupun tahun ini, saya tidak berpeluang untuk pulang ke Malaysia...beraya bersama keluarga tercinta, terubat juga hati beraya bersama sahabat-sahabat dan adik-adik perubatan di sini siang tadi. Tidak sedar masa berlalu..rupa-rupanya ini raya ketiga saya di Mesir...Terasa meriah dengan Dj khas mansurah.huhuhu...berbagai aktiviti diselitkan sepanjang sambutan Riang-Raya Aidilfitri..Juadah kuewtiaw sup, nasi impit dan kueh mueh menjadi hidangan rumah terbuka DPMM hari ini..Penuh sesak dewan.huhuhu. Lebih dari 80 orang siswi menjadi tetamu rumah terbuka istimewa DPMM..tahniah kepada pelaksana program yang bertungkus lumus menjayakan sambutan program ini..Jangan lupa untuk sama-sama turun ke Kaherah, meraikan program aidlfitri PMRAM pada 18 september ini. Jom balik kampung!

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir batin dari bumi Mansurah...

Kullu sanah wa antum bikhair!

Salam Anak Perantau,
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat

Thursday 19 August 2010

Rindukan Darul Quran

Selamat Menyambut Ibadah Berpuasa...

Hari ini hari ke 9 berpuasa di Mesir..Cuaca yang panas dan terik setiap hari.Munkin ini jugak yang dimaksudkan dengan Ramadhan itu sendiri...yang bererti panas.

Rindukan berpuasa di bumi bertuah Darul Quran.. suasana 2 tahun dulu pasti tak dilupakan..

adakah ia kan kembali lagi....??

Titipan buat sahabat-sahbat seperjuangan ku,
"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan, kadang-kadang kita minta ketenangan tapi masalah yang timbul, kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi kekecewaan yang diberi. Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, kekecewaan menjadikan kita tabah..

Hebatnya Allah..Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini: "Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya)                                                                                    Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

Salam Ramadhan,
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat


Saturday 7 August 2010

Ramadhan Kareem....Allahu Akram!


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..

Bismillahirrahmanirrahim...Membilang hari. Menyambut Ramadhan yang ketiga di bumi Mesir..bahang dah terasa. Suasana dah semakin meriah. Kain rentang dan tanglung Mesir sudah mula digantung di merata-rata tempat. Status di Ym dan posting di blog semua berkisar Ramadhan dan puasa...tidak sedar puasa nak tiba sebab ulang alik ke KEKAL 10 di Kaherah, menjayakan program Mega PMRAM baru-baru ini. Ramadhan Kareem.Allahu Akram.Bagaimana persediaan kita?10% , 20% atau.....tepuk dada tanyalah iman.

Sedangkan para salafus soleh bersiap sedia untuk Ramadan sejak 6 bulan sebelum sampainya Ramadan. Apabila berakhirnya Ramadan mereka akan sedih yang amat sangat..Mereka bersungguh-sungguh beramal supaya ianya diterima dan amat risau dan takut sekali kalau tidak diterima. Imam Ali r.a pernah berkata:

Imam Ali r.a pernah berkata:

كونوا لقبول الأعمال أشد إهتماما منكم بالعمل ، ألم تسمعوا إلى قوله تعالى :
(إنما يتقبل الله من المتقين) (27: المائدة)
Maksudnya: Hendaklah kamu sangat mengambil berat dan memerhatikan lebih kepada diterimanya amalan daripada beramal. Bukankah kamu mendengar firman Allah:
Tafsirnya: Allah hanya menerima amalan daripada orang2 yg bertakwa.(27: Al-Maidah).

Dalam kesibukan kita kat Mesir, saya menyeru kepada semua anak-anak negeri Perak untuk sama-sama turun ke Muktamar KPIPM yang  akan diadakan di dewan Syeikh Sya'rawi pada 8hb dan 9hb Ogos. Jangan lupa untuk mengundi, dan pilihlah calon yang mampu memimpin perubahan. Pilihla orang yang kuat lagi amanah.Seperti mana kisah anak Nabi Syuaib yang mencadangkan kepada bapanya untuk memilih Nabi Musa alaihisssalam untuk bekerja dengan bapanya:

قالت  إحدىهما يأبت  استئجره إن خير من استئجرت القوي الأمين
"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), Karena Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang Kuat lagi dapat dipercaya".
                                                                                                                                                                                                                                                         (Surah Qosos: 26)
Medan muktamar bakal menyaksikan sejauh mana mentaliti dan idealisma kita dalam bermuhasabah dan memberi cadangan kepada kepimpinan yang sedia ada. Bermuhasabahlah dengan cara baik dan jangan cuba untuk mengaibkan sesiapa, kelak Allah akan mengaibkan dirimu kembali...


Selamat menyambut Ramadhan!

Selamat berpilihanraya!

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Takhassus 3 Qiraat

Monday 26 July 2010

Tokoh Muslimat Palestin

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..

Bismilahirrahmanirrahim...ketemu lagi. Saya kekeringan idea untuk mengupdate blog dalam masa yg sangat doiyyik ini. maklumla musim panas, lagi x da mood.huhu. Tapi, bila baca artikel ini, saya rasakan artikel ini cukup penting buat insan yang bergelar muslimah.

Peranan wanita hari ini sangat global. Ramai wanita keluar bekerja membantu suami mencari nafkah. Ada juga keluar menabur bakti, mendidik anak bangsa. Ramai juga yang terjun ke bidang korporat dan profesional. Anda semua bagaimana? Saya yakin, walau di mana jua proksi kalian, sama ada berada sudah berkerjaya, berumahtangga, bergelar mahasiswi atau berada di barisan kepimpinan sektor kerajaan dan swasta, tugas kita adalah sama....membantu agama Allah terus tertegak di muka bumi ini InsyaAllah...moga Allah terus thabatkan kita dalam perjuangan Islam ini...

semoga kisah perjuangan Dr. Maryam Soleh mampu kita teladani dan ikuti sebagai seorang muslimah haraki Islam...
 



Golongan muslimat merupakan sayap kanan dalam perjuangan Islam semenjak zaman Nabi SAW. Pengorbanan mereka setanding dengan kaum muslimin dalam menjaga dan menenangkan agama Allah SWT, bukan sahaja merapikan sebuah rumahtangga tetapi berkubang darah dan keringat di medan perjuangan. Sumaiyyah, ibu kepada Ammar bin Yassir menjadi syuhada yang pertama dalam perjuangan Islam. Ummi Nusaibah binti Kaab menjadi muslimah yang berbai’ah dengan Nabi SAW dalam perjanjian Aqabah kedua dan merupakan muslimah yang mempertahankan Nabi SAW di medan Uhud sehingga berlinang darah mengucur dari badannya akibat tikaman musuh. Ummi Mukminin, Aishah pula dengan keupayaan akal yang tinggi menjadi tempat rujukan bagi sahabat dan sahabiah dalam perkara agama, terutamanya selepas kewafatan Nabi SAW.

Peranan muslimah sebagai pejuang Islam berterusan sehingga akhir zaman dan mereka tidak pernah gentar berhadapan dengan musuh walaupun diancam dengan kematian. Ini pernah terbukti di Mesir, Iran, Lubanan, Palestin, malah ada yang mati syahid kerana mempertahankan maruah diri mereka.

Muslimat Palestin

Hamas merupakan salah satu cabang Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 1987 di Gaza yang juga merupakan ibu negara bagi Palestin. Puluhan tahun sebelum ditubuhkan Hamas, pejuang Islam telah bergerak dalam usrah-usrah Ikhwan di Gaza terutama anak-anak muda yang berpendidikan dan menyintai Islam yang berdaulat. Sejak tertubuhnya Hamas sebagai sebuah gerakan Islam secara aktif, ia telah banyak melahirkan individu pejuang yang sanggup berkorban Islam khususnya bagi menghadapi ancaman Zionis. Mereka bukan sahaja bangkit menentang penindasan terhadap mereka tetapi berjuang untuk membebaskan kiblat pertama umat Islam dan mengambil kembali Masjidil Aqsa.

Hamas merupakan pergerakan Islam kontemporari yang mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding dengan gerakan lain. Mereka menguasai masyarakat dengan kerja kebajikan dan dakwah, pergerakan mereka juga sarat dengan intelektual Islam dan mempunyai jaringan di seluruh dunia terutamanya melalui parti-parti Islam. Mereka juga merekrut anggota jihad yang terlatih yang dikenali sebagai Brigged al Qassam, Hamas sentiasa berada di hati umat Islam sehingga diberikan kepercayaan dalam pilihanraya oleh rakyat Palestin untuk memimpin mereka.

Pejuang-pejuang Hamas bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Adam semata-mata, akan tetapi juga melibatkan kaum Hawa termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi, antara mereka ialah Dr Maryam Soleh salah seorang pejuang muslimah yang cukup kental dan cekal pendiriannya bersama Hamas.

Mengenali Dr Maryam Soleh

Dr Maryam dilahirkan pada 1953 di kem pelarian Dir Ammar, Palestin. Mendapat pendidikan awal dan menengah di kawasan penempatan pelarian, setelah itu melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Dakwah Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Malik Abdel Aziz di Makkah dengan mendapat keputusan cemerlang pada 1979, pada 1986 menyambung pengajian di peringkat Sarjana/M.A di Jabatan al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Ummul Qura juga di dalam bidang dan universiti yang sama dengan mendapat kepujian dan sokongan daripada kerajaan Arab Saudi.

Setelah tamat pengajian, Dr Maryam memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Syariah Islamiyyah di Universiti al-Quds Abu Dis di Palestin, pada masa yang sama dilantik menjadi pensyarah jemputan di Universiti Terbuka al-Quds.

Dr Maryam berkahwin dengan seorang jurutera pertanian dan perladangan, Nazmi al-Tarifi dan dikurniakan tujuh orang anak, lima daripada mereka adalah lelaki dan dua perempuan. Ketika menyambung pelajaran di peringkat Ph.D, beliau ditemani oleh suami serta anak-anak untuk menetap sementara di Arab Saudi bagi memudahkan urusan menghabiskan penulisan tesis.

Meninggalkan kerjaya sebagai seorang pensyarah pada Januari 2006, apabila Hamas menang besar dalam pilihan raya negara, Dr Maryam yang merupakan calon Hamas menang dalam pilihan raya bagi kawasan Ramallah. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin hingga sekarang sebagai kerajaan yang sah yang dipilih rakyat.

Pandangan dan Harapan Dr Maryam selaku Menteri Wanita

Setelah memegang jawatan Menteri Wanita dan juga Exco kerajaan Hamas, Dr Maryam lebih menumpukan perhatian kepada penambahbaikan khususnya terhadap golongan muslimah bagi memacu satu program integriti melibatkan golongan berkenaan untuk memajukan kerajaan dalam segenap agenda yang dirancang. Lebih-lebih lagi program yang boleh mendatangkan keuntungan kepada keutuhan ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis ekonomi global.

Bagi Dr Maryam, golongan wanita terlebih dahulu perlu menjalani program pembinaan jati diri berasaskan motivasi yang dirancang khas oleh kementeriannya bagi memastikan agar mereka mendapat sedikit sebanyak informasi berguna bagi menghadapi dunia yang serba terdedah kepada bahaya penyelewengan yang tidak mengecualikan wanita-wanita Islam seluruh dunia, apatah lagi warga Palestin yang menjadi sasaran musuh luaran dan dalaman (Fatah).

Dalam satu wawancara dengan wakil media asing, Dr Maryam ditanya mengenai penglibatannya sebagai ahli politik dengan mempunyai ramai anak, adakah ia tidak merencatkan kestabilan politik yang beliau ceburi sekarang ini, tanpa ragu dan teragak-agak, Dr Maryam dengan penuh yakin menyatakan, bahawa semua aspek berkenaan tidak sedikit pun mengganggu kariernya dalam politik Palestin, kerana yang paling penting ialah pegangan agama yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau selanjutnya menegaskan, bahawa beliau mempunyai pengalaman satu ketika dahulu, bagaimana kemampuannya membahagi masa antara pengajian peringkat Ph.D serta pendidikan anak-anak, ia bergantung sejauhmana masa itu dibahagikan dengan saksama yang membuahkan hasil hingga penghujung pengajian, malah beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Pengalaman berharga itulah yang meyakinnya untuk terjun dalam arena politik secara praktikal bagi memajukan golongan wanita di Palestin khususnya untuk mencapai cita-cita seperti wanita-wanita lain di dunia.

Benarkah wanita Arab tidak dibenarkan untuk berkarier?

Itulah soalan yang ditujukan oleh media asing kepadanya bagi menyelami pandangannya sebagai Menteri wanita yang begitu optimis untuk menyelamatkan bangsanya daripada tertindas dalam segenap aspek kehidupan dek kerana hilang jati diri dan rasa terlalau rendah diri kepada pihak musuh. Dr Maryam dengan penuh semangat jihad dan memiliki kefahaman mendalam mengenai Islam berdasarkan elemen Sirah Nabi Muhammad SAW dan Siyasah Syar’iyyah, menegaskan bahawa selagi Islam memerintah, umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya akan berada di bawah naungan keamanan dan keselamatan maksimum, kerana Allah SWT adalah Yang Maha Pengampun seperti yang ditegaskan-Nya di dalam al-Quran.

Maryam merupakan contoh bagaimana, kehebatan manusia Palestin yang tidak mengalah kepada keadaan. Beliau sentiasa memanfaatkan ruang masa dengan kerja yang berfaedah sehingga membuktikan kejayaan dalam bidang akademik dan menjadi seorang Menteri Kabinet. Beliau juga mempunyai PR yang baik dengan masyarakat serta disayangi oleh Muslimat Palestin. Penulis yang berkesempatan mengunjungi Gaza juga berkesempatan bertemu dengan beliau di Hotel Gaza semsa Menteri-menteri Hamas menerima tetamu luar Negara. Dr Maryam kelihatan bersungguh-sungguh menyantuni tetamu-tetamu kerajaan termasuk ahli Parlimen dari Morocco.

Bagi Dr Maryam yang merupakan satu-satunya exco muslimah dalam kerajaan Hamas, anggota Fatah yang sebenarnya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, mereka melakukan perkara yang tidak memperlihatkan mereka sebagai golongan yang berpelajaran tinggi dengan mewujudkan kerajaan baru yang dibentuk oleh mantan Presiden Mahmud Abbas yang telah tamat tempoh pemerintahannya pada Januari lalu, dengan memilih kebanyakan kabinetnya daripada Fatah yang dipersetujui Barat, akhirnya mereka akan dihukum sekali lagi jika pilihan raya dilangsungkan pada bila-bila masa.

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Takhassus 3 Qiraat



Friday 9 July 2010

Fakta Menarik Judi di Malaysia

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu

Ya Allah. Apa dah nak jadi dengan Malaysia....Negara kita merupakan sebuah "Kubang Tah Judii" no 3 terbesar di dunia selepas Las Vegas di Amerika dan Macau di Hong Kong . Ianya sungguh memalukan . Malu pada Tuhan dan pada malu pada dunia . Sementara negara kita mempunyai lebih dari 10 orang mufti dan entah berapa ratus orang qadhi pula berapa ribu Imam di seluruh negara .

Ya Allah malunya.....konon Malaysia dilabel negara Islam oleh Pak Hadari, tetapi macamna boleh jadi antara top 3 ranking dunia?  Kalau binatang2 yang hidup di atas muka bumi boleh bercakap..pasti kita dicemuh.... Kita manusia yang x layak menyandang tittle khalifah bumi, dan seharusnya bg ja pada binatang title tue sebab depa tidak buat maksiat mcm kita sekarang.....

Buat sahabat2 yang masih memegang tanggungjawab sebagai pemegang imu di bumi anbiyak ini, marilah kita sama-sama terus istiqamah utk belajar2 bersungguh, memburu mumtaz Quran, menyahkan kemalasan dan sikap tidak acuh dalam menuntut ilmu yang semakin membarah di kalangan kita...

Masalah judi, couple, buang anak, siapa nak bertangunggajawab? nak tak nak..memang kita yang perlu didik dan membimbing mereka yang sudah hanyut dan tak nampak jalan pulang...Semoga permusafiran ilmu yang singkat ini dapat memberikan manfaat buat warga Malaysia di sana dan kita adalah ambassodar penyedar kejahilan ummat Islam Malaysia...

Fakta Menarik Yang wajib Kita Tahu!

Malaysia mempunyai sekurang - kurang 11 Loji [ baca kubang ] Tahi yang besar .

a] Perjudian Cyber
b] Perjudian Atas Kapal [ Malaysia 2 buah kapal kasino mewah 6 tingkat ]
c] Kasino di Pekan Danok Bukit Kayu Hitam
d] Perjudian bergerak [ menggunakan van - van besar ]
e] Perjudian di Kedai - kedai kopi
f] Sindiket Judi
g] Casino de Genting
h] Judi Nombor Ekor
i] Lumba Kuda dan Perlawanan bola sepak [ judi sukan ]
j] Mesin Permainan Video
k] Judi kanak - kanak [ tikam - tikam , mesin slot dan pertaruhan turap


Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras pengupayaan Melayu

Sekurang - kurangnya negara kita mempunyai 7 syarikat besar yang memiliki "Kubang Tahi Judi" ini :

a] Genting Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 1, 101, 101,000 ]
b] Resort World Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 645, 800, 000 ]
c] Magnum Corporation Bhd [ th 99' : untung bersih : RM 519, 304, 000 ]
d] Metroplex [ th 99' : untung bersih : RM 88, 980, 000 ]
e] Leisure Managment [ th 99' : untung bersih : 78, 958, 000 ]
f ] Berjaya Sport Toto Bhd [ th 2000 : untung bersih : RM 254, 474, 000 ]
g] Tanjung Public Limited Company [ th 99' : untung bersih : RM 185, 517, 000 ]


Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham [ baca saham tahi ] dalam syarikat - syarikat judi .

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]
b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]
c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]
d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]

Rakyat dipaksa makan hasil tahi . Lebih malang , syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]

a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman
b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman
c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman
d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director
e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director
f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director


Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras Pengupayaan Melayu


Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat

Wednesday 30 June 2010

Jom Jenguk Perubatan....

karya kartun islamik Ukhti Faridah Selamat

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu... 

Dakwah Fardiah.....


Alhamdulillah..Allah izinkan saya mencoret sepatah dua kata lagi untuk entry kali ini walaupun blog ini dah lama saya biarkan begitu sahaja tanpa apa-apa berita.maafkan saya  =) . Musim cuti panas dah tiba.Macam-macam ragam.Macam-macam perancangan.Ada yang sudah pulang ke Malaysia.Ada yang sudah berjalan@ berjaulah ke sekitar Mesir. Ada yang merancang nak membina masjid. Ada juga dah mula bertalaqi ke Kaherah. Ada juga yang ingin menunaikan umrah dan melawat sekitar eropah.Anda bagaimana?Saya? Saya tetap setia di bumi Mansurah.... =) kenapa?


Selesai imtihan, seorang adik perubatan mengajak saya turun ke sana (Tir'ah)...untuk mengajar mengaji Quran kepada seorang junior tahun satu...


I'm willingly to go and met them. Saya tersentuh hati melihat sikap adik-adik ini. Mereka sangat baik.Sangat berminat untuk mendalami ilmu Islam walaupun adakala mulut-mulut di luar sana melabelkan mereka itu dan ini...(adik-adik tibb free hair, masalah couple dll). Dan kata-kata inilah yang menyebabkan kita terlalu bersikap eksklusif sehingga lupa mereka insan yang dipertanggungjawbkan kepada kita...untuk dibimbing hatinya mengenal Allah Yang Esa...


"akak, lepas saya mengaji..jom kita pergi makan kat luar"rayu 'adik x' berkali-kali...


" hmm..makan?" dalam hati saya...baru 2 kali berjumpa dah ajak makan...insaf seketika. walaupun kami baru berukhwah, sikap 'adik x' menarik minat saya untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi...

akhirnya saya tewas dengan pujukan adik-adik ini..


Kita acapkali lupa! Kebanjiran tibb bukan satu masalah kepada kita, tetapi Allah meluaskan kepada kita medan dakwan yang sebenar!

Rasulullah s.a.w bersabda: 

رب اهد قومي فائنهم لا يعلمون
 " Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti"

Allahuakbar..ayuh sahabat-sahabat..marilah kita dekati adik-adik perubatan ini...
mereka memerlukan kita...dengarlah jeritan hati mereka...cukuplah dengan tohmahan yang bertubi-tubi..berkongsikanlah kasih sayang dan ilmu yang ada dengan mereka...pasti kelak kita akan ditanya dihadapan Tuhan, apa yang pernah kita sumbangkan kepada Islam walaupun hanya seminit cuma....lidah akan kelu tidak boleh berkata-kata.


" akak, datanglah sini selalu...kami suka kakak-kakak datang ziarah kami.."Ya Allah tulusnya luahan hatimu dik..

"InsyaAllah nanti akak datang lagi"...saya melemparkan senyuman sebelum berlangkah pergi...



Pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasaan Al-Banna berkata:

"Jadilah kamu bersama dengan manusia laksana pokok buah-buahan .Mereka membaling dengan batu, dan dia menggugurkan buah kepada mereka".

Ayuh..dekati perubatan =) buat sahabat-sahabat yang tidak pulang ke Malaysia..jom kita pakat ramai-ramai ziarah adik tibb dan bantu mereka...
Let' s care and share with them...


Salam Juang,
Ukhti Nor Latifah Othman
tahun 3 takhassus Qiraat
Maahad Fatayat Qiraat Mansurah






Wednesday 9 June 2010

Kapal Israel Berlabuh di Perlabuhan Kita



Kapal Israel dibenarkan ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara telus? ... Kita cuma bercakap mengenai soal epal dan buah oren yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. ... sebaliknya kapal Israel sewenang2nya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? .


Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita. (boleh rujuk http://www.zim.co.il ). ..


Pada 7 Jun , kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar. ...Selain Zim Genova, kapal2 yang berulang alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir; Pelabuhan Klang 6 hari yang lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yg kesemuanya didaftarkan di bbrp buah negara lain).


Zim USA kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei lalu, kira2 tgh hari. Di serombong asapnya, terpampang bendera Israel - tujuh bintang yang dengan megah berlabuh di pelabuhan kita!!


Manakala Newstar Agencies Sdn Bhd beralamat Suite 03-01 Centro no 8, Jln Bt Tiga lama KlANG merupakan Agen untuk SETH SHIPPING CORP. Israel

(Maklumat di bawah saya ambil dari blog: www.zim.co.il (syarikat perkapalan milik Israel)


Zim’s controlling shareholder (98%) is The Israel Corporation, one of Israel’s major holding companies.


The Ofer Group is the majority shareholder of the Israel Corporation (57%), with the remaining shares held by Bank Leumi L’Israel (20%) and the public.


The Israel Corporation’s shares are listed on the Tel Aviv Stock Exchange (TASE: ILCO).
Led by its Chairman, Idan Ofer, and its President and CEO, Nir Gilad, The Israel Corporation has been instrumental in forming Zim’s strategic vision and building its leading management team.




Ini adalah alamat syarikat perkapalan Israel:

Zim Integrated Shipping Services Ltd(Head Office)
Address: 9 Andrei Sakharov St. "Matam" - Scientific Industries Center P.O.B 1723 Haifa 31016 Israel
Phone: (972)4-865-2111
Fax: (972)4-865-2956
Local Time: 10-jun-2010 apxm. 0:04

Kita tidak mampu untuk menghalang kapal-kapal ini dari terus berlabuh dan menggunakan selat Melaka, kerana Kerajaan Malaysia yang memimpin kita masih ada hubungan politik, ekonomi dll dengan negara Israel...

BOYCOTT YAHUDI LAKNATULLAH!!!!!



Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Friday 4 June 2010

Pertemuan Seindah Khabar...

Tautan Al-Quran....Hadiah dari seorang sahabat ( Siti Nor Aisyah Ali @  Angah) yang jauh di bumi Syam( Syria)kepada saya.....
Terima kasih di atas sebuah persahabatan yang terbina...
Moga dirimu cekal dan istiqamah dalam perjuangan seperti srikandi Aisyah Humaira...

Lagu dibawah khususan utk...

Sahabatku Siti Nor Aisyah Ali...
Sahabat seperjuangan Hafs banat Darul Quran sesi 2005/08..
Adik beradik usrah SUFIAHku di Darul Quran....Ateh Ainul Mardhiah(Mesir), Andak Faeza (UKM),Angah Aisyah Ali (Syria),Alang Hanisah (Jordan), Achik Solehah (guru di kelantan), Anjang Syazila (UM), Adeq Syafiqah (UM), Ude Akhma Ramlan di UIAM
Sahabat seperjuangan qiraat dan kuliah Mansurah...
Anak-anak usrah Ummu Sulaim DQ-Ayong Rokhaizat bt. Rahmat (Malaysia - teacher), Ayang Sofiani Osman (Malaysia - Kuin), Alang Wan Salwa Wan Hassan (Jordan), Anje Azyan Syazwani Ahmad Adri (Mesir), Ude Erny Ermira Mohd Nor (Malaysia - tahfiz instructor), Andak Siti Nur Hidayah Abd. Samat (Mesir), Ateh Nini Nur Fatim Muhammad (Malaysia - UPSI), Adik Mazawani Murad (Malaysia - UKM), Anjang Fatihah Salleh (Jordan).
Anak-anak usrah Dhiauz Zahra' Mansurah..Along Shuhada, Angah Adawiah, Ateh Mursyidah Hussein,Alang Hazwani, Adeq Balqis, Anje Atiqa, Andak Huda, Acik Azean Danan,Usu Nakiah,Ude Sofia
Buat adik-adik perubatan di Tir'ah...

 
Ya Rabb,
Titipkanlah kebahagiaan, ketenangan dalam hati2 kami...
Jadikanlah Ukhuwah yang terbina ini adalah keranamu dan Temukanlah kami..
jika tidak di dunia fana ni, di Jannah FirdausiMU nanti,i'allah..
Sesungguhnya hati2 kami telah diikat dengan satu ikatan yang amat2 kukuh n kuat iaitu Ukhuwah keranaMu Ya Allah
  
(Semoga kalian setabah dan sekental seperti Srikandi Aisyah Humaira')






Lagu “Aisya Humaira”
Wajah Berseri Pipi Kemerahan
Engkau Digelar Aisya Humaira
Namun Bukan Ingin ku Bicarakan
Hingga Dirimu Jadi Sanjungan
Tetapi Merahnya Darah Perjuangan
Peniup Semangat Suami

Khabar Al-ifqi Satu Titik Permula
Telah Mencalar Kebahagiaan
fitnah Munafiqun Tak Kenal Sesiapa
Insan Yang Mulia Atau Sahaja
Harta Dirimu Ummahatul Mukminin
Yang Setanding Al-mukatsirin

Usah Ditanyakan Mengapa
Lewatnya Turun Wahyu Itu
Bagi Membuktikan Kepalsuan
Tuduhan Seorang Pendusta

Tetapi Lihatlah Hikmahnya
Di Sebalik Tiap Kejadian Yang Telah Berlaku
Tuhan Tidak Akan Pernah Mempersia-sia
Ketabahan Seorang Insan
Dalam Mengharungi Arus Kehidupan
Yang Penuh Mehnah Ujian

Tak Kan Terhidu Harum Mewangi
Jika Tidak Dinyalakan Setanggi
Tak Kan Terasa Manisn
Andai Tak Dilambung Gelora

Engkau Isteri Sejati
Yang Membantu Nabi
Saat Hujung Nyawa Kan Pergi
Sungguh Beruntungnya Dikau
Punyai Suami Yang Amat
Mengasihi Umatnya
Dia Insan Yang Mulia
Kau Semadikannya Di Ruang Kamarmu

Salam Juang, 
Nor Latifah Othman 
takhassus 2 Qiraat

FEEDJIT Live Traffic Feed