Sunday 30 August 2009

Ramadhan & Merdeka k-52: Perarakan Kepala Lembu Bantah Pindah Kuil




Ya Allah, Kau selamatkan agama dan umat Islam serta rakyat Malaysia dari perpecahan dan pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini....Peliharalah ahli keluarga kami dan umat Islam ini. Jangan kau biarkan mereka menodai bulan Ramadhan ini, dengan perkara sia2...seperti ini.saya terkejut bila membaca berita ini...di bulan mulia ni, semua umat Isalam sibuk bertungkus lumus melipatgandakan ibadah, tapi di tanah air kita..Demonstrasi kepala lembu...Yang ramai pergi deno, beragama Islam plak tu. Benarkah Ramadhan menatijahkan kita sebagi hamba yang bertaqwa????


Berita Penuh:

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.



Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.



"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. _

Sumber: Harakahdaily.net

Salam Ramadhan,

Nor Latifah Othman

Friday 28 August 2009

Q5: : Kita Adalah Pengisi Kemenangan




Benarkah, Kita Pengisi Kemenangan itu????


Coretan hatiku....
Saya dan dan sahabat2 mengikuti Q5 sehingga ke penghujung, x pernah miss sekali pun dari Q1.13 ogos 2009 di Solah Kamil.sembang2 petang bersama ustaz hairul nizam, menyentakkan diri saya. saya rasa ini adalah kemuncak kepada Kolokium Ilmuan selama saya ikuti dari tahun lepas.

tajuk Taadud jemaah memang panas petang tue.masing2 bangun bertanyakan soalan. saya cuma dok jadi pemerhati.gambaran tentang taaddud jemaah semakin jelas dan semakin saya fahami.

pendapat tentang taadud jemaah ada 2:

1.Yusof Al-Qardawi-(teori semasa)

taadud jemaah boleh berbilang2 atau banyak bilangannya tetapi dgn syarat semua jemaah saling bantu membantu antara satu sama lain


2.Sheikh Fathi Yakan-(teori yang praktikal)

Taadud jemaah tidak boleh berbilang2, kerana ianya menimbulkan perpecahan.


disebabkan semakin byk jemaah yang muncul dan jemaah yg muncul bukan saling bantu membantu tetapi saling bercakaran dan cuba membawa kefhaman masing2, pendapat Sheikh Fathi Yakan sangat realistik dengan keadaan semasa.

klu nak mudah, kita boleh tgk jemaah2 di malaysia dan negara2 yang lain.jelas kan?
berbilang2 jemaah membawa kepada perpecahan.klu dah banyak jemaah, mcner kita nak cepat capai daulah islamiah.



macam kita nak pi ke dun bukit gantang, ader yang naik bus konsortium, bus bunga raya, naik van, komuter, helikopter, mercedes..punya la byk kenderaan nak pi sana. akibatnya jam teruk la kat bukit gantang.dari tol jelapang dah jam sebab byk kenderaan nak pi ke destinasi yang sama. kan mudah dan cepat sampai klu kita berkongsi dan tidak mementingkan diri. begitulah negara islam, kepentingan diri mesti dikenepikan klu kita nak cepat capai Khilafah Islamiah. Ini adalah cara yahudi utk melambatkan proses kita capai daulah islamiah iaitu dgn konsep "divide and conquer-(dasar pecah dan perintah).

Tasawwur taadud semakin jelas dan semakin saya fahami. InsyaAllah klu benar apa yang kita bawa ini, Allah akan permudahkan dan negara Islam akan tertegak nati. Cumanya, kita tidak pasti masanya.sama2 kita doakn. Tapi, andai Negara Islam menjadi kenyataan, benarkah kita benar2 bersedia menjadi pengisi kemenangan itu??? sejujur2nya saya pun belum bersedia menjadi pengisi kemenangan itu walaupun saya seorang azhariah..




Beberapa lontaran ust.hairul nizam kepada para gradusi Q5, supaya kita bersedia menjadi gagasan ulama' bila pulang ke malaysia dan mampu menyelesaikan isu2 panas di tanahair tercinta seperti, isu jizyah, murtad, penjagaan anak2 yang ibu bapanya berlainan agama, minum arak di khalayak ramai (kes terbaru model di malaysia) dan masalah gereja. bukan berdiam diri di dalm rumah atau masih terkial2 membuka kitab mencari jawapan kepada isu2 tadi.kelu lidah saya bila mendengar cabaran dari ust hairul nizam. saya yakin dan percaya kata2nya utk menyuntik semangat adik2 baru yg datang ke bumi mesir utk belajar bersungguh2 supaya tidak membuang masa sepanjang bergelar azhari dan azhariah......saya bersemangat dan tercabar dgn kata2 ust.hairul nizam....

Benarkah kita bersedia wahai azhari dan azhariah????


Petikan daRi blog ust.hairul nizam :


"PAS pula ingin memerintah dengan dasaran Syarak. Maknanya sebelum memutuskan sebarang keputusan, Syarak perlu ditanya dulu. Hakikatnya Allah dan Rasullah yang akan memutuskan dasar kerajaan yang diidam-idamkan oleh PAS.

Hari ini mungkin anda boleh berceramah. Goreng sana goreng sini. Hari ini mungkin anda boleh berdemonstrasi. Anda juga boleh menampal poster dan membawa usrah.

Tapi bila daulah itu sudah menjadi realiti, adakah anda seorang ulama pakar yang sampai ke tahad IJTIHAD? Adakah anda ketika itu seorang yang faqih dalam bidang fiqh Islami sehingga anda mampu menjelmakan ijtihad ulama silam dan semasa dalam rupa baru bagi sebuah negara Islam di Malaysia?

Atau anda ketika itu masih tetap ingin goreng sana dan goreng sini dalam masalah hukum?

Saya tidak mengharap orang lain. Saya mesti jadi pengisi itu.

Anda lemah semangat? Tak mahu serius dalam menuntut ilmu? Masih lagi tega untuk tidur di bilik anda lalu anda tinggalkan mutiara ilmu yang keluar dari mulut mulia para ulama di Ruaq Atrak, Ruaq Magharibah, Zollah Fatimiyyah dan lokasi-lokasi ilmu yang lain? Masih lagi punya jiwa pemalas? Masih berseronok dengan hiburan anda sehingga Masjid al-Azhar akan anda lawati setahun lagi?



Maaf. Saya meluat dengan anda. Anda tidak akan menjadi pengisi kemenangan itu. Anda memang mengecewakan
"

Semoga tulisan ini bisa membangkitkan semangat azhari dan azhariah utk terus tekun menuntut ilmu. bangkitlah azhari dan azhariah!!!! antum harapan ummah islam!


"Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang berbeza"


Salam Ramdhan,

Nor Latifah Othman

Wednesday 26 August 2009

Majlis Berbuka Bersama Pelajar Perubatan Mansurah (PCM)

Sepetang bersama adik2 perubatan, terubat rasa rindu kepada bonda dan ayahanda di kampung. ..memenuhi jemputan dr.wan irham (pelajar perubatan tahun 5)yang membuat majlis berbuka, x sangka majlis yang diadakan meriah sekali bagi saya dan sahabat2. Ramai adik2 perubatan yang hadir..lebih kurang dalam 40 orang yang hadir..inilah semangat anak perantau ketika berbuka puasa..alhamdulillah.

Rupa2nya majlis diadakan ini utk memeriahkan lagi suasana ramadhan di bumi mansurah….dan program “Balighna Ramadan”anjuran PCM..tak sangka saya, dapat berjumpa dengan junior dq di sini...(dr.mursyidah ahmad kamil).



Rupa2nya bumi Allah nie kecil jer, getus hati saya..Allah itu Maha hebat..Ramadhan semakin bermakna kali ni..selesai majlis berbuka, kami solat magrib dan isya’ secara berjemaah…seusai solat isya', solat terawih diteruskan sehingga selesai...beruntung rasa hati dapat hadir ke majlis berbuka ini..kerana dapat mengenali adik2 perubatan dengan lebih dekat lagi...moga ukhwah terjalin kekal selamanya.

Salam Ramadhan,

Nor Latifah Othman.

Monday 24 August 2009

Syamail Muhammadiah: Ramadhan Yang Sangat Bermakna

Ramadhan Kareem....Meriah terasa menyambut ramadhan di bumi mesir buat kali kedua. Puasa kali ini sangat bermakna bila ana dan sahabat2 dapat mengikuti daurah kitab anjuran dpm mansurah yang dibentangkan oleh al-fadhil ust. Nazrul sehingga ke penghujungnya. Kitab syamail muhammadiah berjaya dihabiskan dengan 4 pertemuan bersama warga mansurah ...


walaupun agak keletihan, namun pencinta2 ilmu tetap setia dan tekun sehingga ke penghujung...walaupun kadangkala tertewas dengan menguap berkali2 dan haba panas dari luar..kesabaran sahabat2 mansurah membuahkan hasil...syabas ana ucapkan..

terase sedih..x sedar air mata mengalir..mendengar sedu2 sahabat2 yang turut terasa zuuq bila hadith tentang kewafatan Rasullullah dibacakan....Rasullullah telah lama pergi...
membaca hadith tentang Rasullullah rasa x layak menjadi umatnya...bukan seperti langit dan bumi, tapi mcm tanah dengan bulan ja...klu nak dibandingkan dengan kita nie...kerdilnya..
YA Allah," Benarkah kini kita benar2 mencintai Rasullulah seperti para sahabat dulu...??

" Mampukah kita mencintai Rasullullah s.a.w sebagaimana baginda mencintai kita, ummatnya? Allahumma shalli 'ala Muhammad wa baarik wa alaihi. Betapa cintanya Rasullullah s.a.w kepada kita."
.
Kasih Rasulullah tetap berpanjangan dulu,kini dan selamanya kepada umatnya yang tercinta....

" di luar pintu suara tangis mulai dengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan.....Ummati..ummati..ummati..."

Rasulullah telah pergi...pergi tak kembali.....

bersambung lagi....


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

AYYUHAL WALAD: WASIAT SEPULUH


WASIAT SEPULUH Sahabat-sahabatku, mari kita amalkan wasiat ini...moga kita tergolong dalam golongan hasanatul abrar wa sayyiatul muqorrobin...

1.Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun
*Wahai kawanku,Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya.Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan,di situ ada sumber pertolongan,di situ ada sumber taufiq.Perhatikanlah banyak perintah Al-Quran....dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...juga di medan perang.Walaupun...disaat genting dan cemas.

2.Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah
*Wahai kawanku,Bacalah Al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit.Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan .Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah Al-Quran,kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal,dan...cuba hayati mesej arahannya.Selalu berzikir dan terus berzikir!!!Disini ada ketenteraman,di sini ada kedamaian,di sini ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.

3.Berusahalah untuk bertutur di dalam BAHASA ARAB YANG BETUL kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar ISLAM.
*Wahai kawanku,Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa Al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.Sebenarnya anda telah lama bermula.Iaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak faham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita....ialah kecuaian menguasai bahasa Agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar.Ayuh!!!Apa tunggu lagi???Bukalah ruang walaupun seminit!!!

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah
*Wahai kawanku,Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!Berdebatlah jika kiranya membuahkan kebaikan.Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan.Syaitan namanya!!!

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram
*Wahai kawanku,Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa!!!Rasulullah adalah yang paling banyak senyum.Beliau ketawa kena pada tempatnya.Tapi berpada-pada saja,wahai kawan!Plato juga berharap agar pementasan hiburan...yang tidak bermutu,terlalu banyak ketawa bodoh,hanyalah di tonton oleh golongan abdi dan orang upahan asing!Begitu juga Aristotle berpendapat,supay golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan,supaya tidak menular keburukan dalam diri!

6.Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
*Wahai kawanku,Seriuslah selalu dn berguraulah berpatutan.Tanpa serius hilanglah kesungguhan!!!Tanpa bergurau,tawarlah kehidupan.Kata seorang penyair:Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubati dengan bergurau,Tapi,kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas.Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang
*Wahai kawanku,kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.Janganlah jadi seperti orang bodoh.Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.Itulah katanya suara keldai!!!Surah Al-Isra' memberi tips kepada kita...Jangan keraskan suaramu dalam solat,tapi jangan pula merendahkannya.Carilah jalan di tengah antara keduanya.

8.Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan
*Wahai kawanku,Usahlah umpat mengumpat.Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain.Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.Ayuh!!!Hindarilah...mengumpat!Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.Sukakah anda memakan daging,pasti anda suka!Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati??Sekali-kali tidak!!Begitulah dosa-dosa orang yang mengumpat.Bertaubatlah jika anda mengumpat,tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syari'e:
#Untuk menuntut keadilan apabila di zalimi
#Untuk menghapuskan kemungkaran
#Kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
#Kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9.Berkenal-kenalan dengan saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang
*Wahai kawan,Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian...Salam kasih sayang adalah untuk semua,Salam kemesraan adalah untuk sejagat.Hulurkanlah,hulurkanlah salam perkenalan....!Lihatlah pensyariatan ibadah haji.Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!Pelbagai darjat datang berkunjung!!Sama-sama menjunjung obor suci ,tidak mengenali tapi tak sepi.

10.Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada.Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
*Wahai kawanku,Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa.Hadkan masa penuaiannya.Biasakan hidup berjadual.Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!Bersegeralah,kerana...Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bermaksud:"Bertindak segeralah melakukan amal...."(diulang 7 kali)Sayanglah masa saudaramu!!Hormatilah waktu mereka!!Usahlah berbicara meleret-leret...tanpa haluan dan nokhtahnya...

Assayahid Imam Hassan Al-Banna

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Monday 17 August 2009

RAMADHAN KAREEM- SYAHRUL QURAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

salam ramadhan...

istimewa utk ayahanda Othman Bidin dan bonda Halimatun Saidiah Yeop Nordin, kekanda Nor Naimmah, Abd Kuddus dan K.haiza, adinda Nor Maisarah dan ahli kelurga di kampung,

warga pendidik Sek Raja Perempuan Taayah, Ipoh, kakitangan & pensyarah Darul Quran, sahabat2 Darul Quran sesi 2005/08 dan adik2 Darul Quran, sahabat2 di Malaysia,Jordan, Syria, dan Yaman

tidak lupa..kepada semua anak usrah ummu sulaim dan ab usrah sofiah dq ,warga azhari, azhariah, sahabat2 qiraat dan kuliah serta pelajar perubatan mesir...


Mata kadang salah melihat.... 
Mulut kadang salah berucap.... 
Hati kadang salah menduga..... 
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... 

===== Selamat Menyambut Ramadhan====== 



MARHABAN YAA RAMADHAN 

 

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah, 

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan 

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang posting ini. 

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,

saya mohon maaf zahir dan bathin...

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim, 
 

Allaahumma ballighnaa Ramadhan
Aminn.

"Ramadhan Yang sama Natijah Yang berbeza.."

Salam Juang dan Rindu,

Nor Latifah Othman

Lembah Nil, Mesir

Monday 10 August 2009

Belajar Dari 2 Umar-Kenyangkan Perut Rakyat


Adakah akan muncul umar seperti ini di zaman ini? atau pemimpin lena kekenyangan setiap hari?...kalau benar pemimpin seperti umar wujud takkan ada segmen bersamamu oleh tv3 setiap minggu....wajah2 pilu, menderita, diuji dengan kemiskinan , wajah bersilih ganti....terpapar di skrin tv....

Wahai pemimpinku.....contohilah Umar....

"Dua Umar ini adalah pemimpin yang mula-mula melaksanakan kepimpinan negara berkebajikan. Mereka mengajar rakayat bagaimana hidup dalm berkat kemiskinan atau kaya dalam petunjuk dan cahaya."

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya. suatu kebiasaaan yang lazim pada masa itu. Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya bertanya:

"Apa nama makanan ini?"

"Namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma," jawab salah seorang daripada mereka.

Gabenor segera menjamah makanan itu.Sejenak kemudian bibirnya menguntumkan senyum. "Subhanallah!" Betapa manis dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirimkan kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, dia pasti akan gembira, " ujar Utbah. Kemudian, dia memerintahkan rakyatnya supaya membuat makanan tersebut yang lebih enak.

Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish utk Khalifah Umar bin Khattab. Dua utusan segera berangkat ke madinah. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar bin Khattab.

Khalifah segera membuka dan merasanya.

"Makanan apa ini?" tanya Umar

"Makanan ini namanya habish. Makanan paling lazat di Azerbaijan," jawab salah seorang utusan. "Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?" tanya Umar lagi.

"Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya," jawab utusan itu gugup. wajah khalifah langsung merah petanda sedang marah. Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya. Kepada gabenornya dia menulis surat:

"..........makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu."

Kisah yg diabadikan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam kitab  Manaqib Amirul Mukminin ini memberikan pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam, khususnya para pemimpin. Umar pernah menyatakan , "Aku orang pertama  yamg merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang."

Moga2 kita dapat mencontohi peribadi Umar dalm kehidupan kita seharian....Ameen Ya Rabb

Salam Juang,

Nor Latifah Othman.

Salam Juang Buat Srikandi Agama Allah


Firman Allah Taala:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

"man aradad dunia, fa'alaihi bilquran, wa man arada al-akhirah fa'alihi bilquran, man aradahuma fa'alihi bil quran"

"dan siapa yang menginginkan dunia, berpeganglah dengan al-Quran, dan siapa yamg menginginkan akhirat berpeganglah dengan al-Quran dan siapa yang mengkehendaki kedua2nya berpeganglah dengan al-Quran"

tak sangka cepat masa berlalu. 3 tahun di darul quran terasa begitu singkat...dan di bumi barakah itulah bermulanya tarbiyah buat yg bergelar hamalatul quran...

dari haluan siswa, masuk tasik, panjat bukit, kembara malam..berkawad dalam hujan setiap petang di depan masjid...

terasa nak undur waktu kembali...tapi itu suatu yamg mustahil...

kemasukn pelajar banin seramai 98 orang dan 58 orang banat..pengambilan sesi 2005/08..

kini, semua tinggal kenangan....

buat adik beradik usrahku....

anjang syazila di um, adeq syafiqah di um, angah aisyah di syria, ude akma di uia,

alang hanisah di jordan, usu hamizah dan achik salehah di msia....

x lupa mak usrah..ateh ainul mardhiah dan andak di ukm...

doakan semoga Allah mempertemukan kita kembali seperti mana Allah menyatukan dan mempertemukan kita di bumi barakah darul quran...

Teruskan perjuangan kalian...kuatkan semangat di mana jua kita berada...walupun hebat diuji..semoga roh zainab al-ghazali sentiasa subur di jiwa kita...

Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan tauladan.


Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”


Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”

Salam perjuangn buat semua srikandi Islam...moga alunan nasyid nie dapat menjadi pembakar semangat kalian...

Berjuang menempah susah


Menanggung derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid memburu syahid


Dibuang dia berkelana

Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid

Namun jiwa tetap mara menuju cita

Membara demi Allah dan Rasul Nya


Berjuang tak pernah senang 

Ombak derita tiada henti

Tenang tegang silih berganti

Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib merintih sayu

Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa di rimba

Memerah keringat meluah tenaga


Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu bayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih


Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerana kebenaran

Antara dua pasti terjadi

Tunggulah syahid atau menang

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Sunday 2 August 2009

Ya Rasululluh: Pokok Tamar Menangis Keranamu


Gambar besar dan terang ini ialah gambar
Pokok Tamar di Madinah.
Lihatlah betapa lebat buahnya.


Ajarkan anak-anakmu cintakan Rasulullah s.a.w
Sebarkan kehidupan sejarah Nabi s.a.w terhadap keluargamu....
salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah....


Benarkah pokok tamar pernah menangis? itu pokok tamar...tapi klu kita yang mengaku sebagai umatnya, pernahkah kita menangis teresak2 kerana Rasulullah? alangkah malunya kita....mengaku sebagai umat Nabi Muhammad tetapi x pernah rasa rindu kepada Nabi...apatah lagi jarang2 selawt kepada junjungan Nabi Muhammad...nak jawab selawat pun susah...bakhilnya diri kita....

Sepanjang malam dan ana sambung bacaan pagi tadi kitab "Biografi Bercahaya Muhammad Rasullullah" karangan Ust Ahmad Lutfi....


Terkesan sehingga menitiskan air mata...dengan tulisan..dan gambar2 yang dilampirkan bersama2..terasa berada di Makkah dan Madinah sepanjang pembacaan buku ini...allahuakbar...apatah lagi, membaca kisah Muaz bin Jabal yang bersedih sehingga pengsan ketika mengatahui Rasulllah pergi meninggalkan umatnya lantas beliau tidak ada disisi ketika hembusan terakhir......bersabarlah Muaz ibnu Jabal...InsyaAllah ana akn kongsikan kisah ini pada posting akan datang...

kisah pokok tamar....

Mimbar di Masjid Nabawi ini pada awalnya diperbuat dari batang tamar, ia adalah tempat Rasulluallah s.a.w bersandar ketika menyampaikan khutbah. Suatu hari dibuatkan bagi Rasulullah s.a.w mimbar yang baru utk berkhutbah...

Apabila mimbar yang baru sudah siap, Rasullullah s.a.w pun mula menggunaknnya. Tiba2 mimbar yang lama yang diperbuat dai pokok tamar itu menangis sedih.....tangisan itu bukan sahaja didengar oleh Rasullullah s.a.w tetapi juga oleh para sahabt seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat....

Lalu..Rasullullah s.a.w memeluk pokok tamar itu sambil berkata..., " Jika engkau mahu, engkau akan kukembalikan menjadi pokok seperti sedia kala dan jika sengkau mahu..aku akan berdoa kepada Allah agar engkau akan menjadi pokok di syurga kelak."

Pokok tamar itu memilih pilihan kedua, maka ia ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga kelak. pokok tamar itu berkata, " Aku memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini."
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya batang tamar itu ditanam di bawah mimbar itu.

daripada Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata " Wahai hamba Allah! batang tamar pun rindu kepada rasulullah s.a.w , maka kamu semua lebih utama utk merasa rindu bertemu dengan Rasulllah s.a.w".

kadangkala..bingung..bila mendengar...
manusia sering merungut...
isi kurma keras...melekit....
tetapi, sekeras2 isi kurma dan kulitnya...

makhluk Allah ini pernah menangis kerana kasih dan cintakan Rasulullah s.a.w...
Ya Allah....

Salam Juang,


Nor Latifah Othman

FEEDJIT Live Traffic Feed