Tujuh sifat yang telah dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang ciri2 orang berjaya seperti Firman Allah yang berbunyi:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
Dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela
Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang- orang Yang melampaui batas;
Dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi
Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya"
(Al-Mu'minun: 1-11)
Renungan bersama....
Tiap2 hari kita solat. solat wajib, solat sunat. semua kita buat.Tapi, Adakah selama kita mengaku menjadi hambanya kita solat di awal waktu atau kita sering menangguh-nangguhkan waktu solat? psti setiap dari kita pernah malambat-lambatkan solat...tetapi utk menjadi seorng hamba Allah yang berjaya, klu kita tidak mampu utk menunaikan solat di awal waktu kita masih tidak termasuk golongan mereka yang berjaya..bukan ana yang cakap..tapi memang dah termaktub di dalam Quran. walaupun hkikat dan zahirnya kita nampak seperti orang berjaya tetapi itu hanya di sisi manusia sahaja tetapi tidak di sisi Allah s.w.t...kita rasib jiddan..
Jom kita lihat tafsir Surah Al-Ma'un : 4-5 yang berbunyi:
maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang .-
(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
Dalam tafsir al-wasit karangan Dr. Al-wahbah Zuhaili jilid ketiga (ms 2941), tafsir ayat ini mengenai seorang sahabat Rasululllah s.a.w yang bernama Saad b. Abi Waqas r.a yang dikeluarkan oleh ibn Al-Munzir dan Ibnu Jarir: Aku bertanya kepada Rasulullah :"siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang lalai dari menunaikan solat?" Rasulullah menjawab: "Mereka adalah golongan yang menunaikan solat di akhir waktu".
Dan dikuatkan lagi dari Ibn Munzir dari Ibnu abbas pada ayat ini "mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya". Ayat ini diturunkan kepada orang munafik yang menzahirkan keimanan mereka dgn menunaikan solat di hadapan orang mu'min, tetapi mereka meninggalkan solat apabila mereka tidak bersama orang mu'min.
Allahuakbar! semoga kita dijauhkan oleh Allah s.w.t dari golngan yang lalai menunaikan solat.Klu kita telah meletakkan Allah adalah kekasih awal dan akhir kita, pasti kita tidak akan menangguh2kan solat, sebab apa ek? sebabnya, seorang kekasih bila dia nak jumpa dengan kekasihnya mesti dia dalm keadaan seronok dan ternanti2 dan x sabar bila nak jumpa kekasih dan datang sebelum tiba waktunya..datang tue awal betul..pakai bju bru, pakai perfume,sengih sepanjang masa... jadi begitulah semangat yang perlu ada pada kita bila kita ingin berjumpa kekasih awal dan akhir kita...Allah s.w.t.
Rupa2nya solat di awal waktu ada rahsia tersendiri yang kdg2 kita x perasan,dan memang x perasan pun dari kecik..tapi moga rahsia ini menjadi muhasabah kita sebagai seorang hamba yang dhoif dan lemah di sisi Tuhannya..
Let's check it out...
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Ana rasa
fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka
yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru
muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka
yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan
roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada
waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga
kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam
sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam
Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat punctual bila berjumpa dengan kekasihnya....
Salam Juang,
Nor Latifah Othman.
No comments:
Post a Comment