Thursday 8 December 2011

GOLONGAN BAHAGIA DAN HINA DALAM MENUNTUT ILMU


  Dari Sebelah Kiri : 1. Syeikh Allamah Al-Faqih Al-Usuli Syed Syaltut 2 . Syeikh Allamah Ahmad Al-Hajain 3 . Syeikh Almmah Prof.Dr. Nuruddin Ali Jummah 4 . Syeikh Allamah Al-Mutakallim Dr.Jamal Faruq Ad-Daqaq 5 . Syeikh Allamah Al-Muhaddis Dr.Yusri jabar...


Nasihat Muaz bin Jabal berhubung fadhilat mengajar ilmu, katanya, "Ilmu adalah teman seiring ketika keseorangan. Orang memiliki ilmu laksana mempunyai guru sebagai pembimbing dan teman, meskipun berseorangan. Dengan ilmu membolehkan manusia mengEsakan dan mentaati Allah dengan penuh kepatuhan dan kefahaman. Ilmu juga penunjuk arah dalam menegakkan agama Allah Taala, ia jadi penghibur ketika menderita dan kesusahan".

Nasihatnya lagi, "Allah Taala mengangkat orang tertentu (daripada kalangan berilmu) menjadi pemimpin, orang ramai boleh menuruti jejaknya". 

Berdasarkan nasihat Muaz itu menunjukkan seorang pemimpin mestilah mereka yang berilmu, khususnya ilmu mentauhid Allah Taala. Nasihat Muaz seterusnya, "Seorang manusia (berlimu) akan sampai ke peringkat orang yang baik-baik dan ke darjat yang tinggi".

Nasihatnya lagi, "Dengan memiliki ilmu menjadi sebab seseorang itu rela bertaraf hamba di sisi Allah Taala". Dengan bertaraf hamba, lahirlah ketaatan yang mutlak kepada Allah Taala. Tidak salah mengaku sebagai rakyat kepada sesuatu negara, tetapi ia mesti didahului dengan ikrar penghambaan kepada Allah Taala. Untuk menjadikan diri sebagai hamba, mereka wajib mengenali siapa Allah Taala dan siapa dirinya. Untuk itu mereka mesti mengaji daripada orang alim yang mursyid.

Seorang yang berilmu berkewajiban mengajar orang lain pula, agar orang itu mengerti dirinya sebagai hamba Allah Taala. Jika kuli sanggup patuh dengan arahan majikannya, maka sebagai hamba Allah Taala semestinya lebih bersedia melaksanakan segala suruhanNya, tanpa mengira waktu siang atau malam dengan wang ringgit emas permata serta jiwa dan nyawa. Nabi Muhammad S.A.W itu bukan saja sebagai Rasulullah, tetapi Allah Taala menyebut sebagai 'hamba Allah', seperti yang ditegaskan melalui firmanNya yang bermaksud, "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan 'hambaNya' pada suatu malam dari Masjid Al Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Baitulmaqdis)". (Al Isra':1) Dalam ayat ini Allah Taala telah memperjalankan hambaNya, tidak pula menggunakan perkataaan NabiNya atau RasulNya, sedangkan bagi manusia sebagai umatnya lebih selesa menggunakan perkataan Nabi atau RasulNya berbanding dengan hambaNya. Sesungguhnya Allah Taala mengasihi seseorang atas kadar sifat kehambaannya. Semakin seseorang memperlihatkan kesetiaannya kepada Allah, semakin terserlah sifat ubudiyahnya.

Nabi Muhammad S.A.W adalah kemuncak hamba Tuhan di muka dunia. Justeru, sifat kehambaan itu menyebabkan Allah Taala menyebut memperjalankan 'hambaNya' di suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Sebutan hamba itu lebih tepat di sisi Tuhan Yang Esa. Sebab itu, nama-nama yang paling baik untuk manusia ialah yang dimulai dengan 'Abdu' (hamba) seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa nama yang dimulai dengan Abdu hanya ada pada orang Islam, tidak wujud di kalangan penganut agama lain. Kesan daripada ilmu yang dipelajari, masyarakat Islam sangat berbangga dengan taraf hamba Allah Taala. Justeru, AsmauLlah Al Husna yang 99 itu boleh dirangkaikan dengan 'Abdu' untuk dijadikan nama bagi anak anak keluarga mereka. Dengan sebab ilmu manusia sanggup menjadi hamba Allah Taala (Wabihi Yu'bad). Jika semakin tinggi seseorang itu mengaji tetapi tidak bersedia menjadi hamba Tuhan bahkan menjadi hamba pihak lain seperti hamba harta kekayaan, hamba nafsu dan sebagainya, maka yang demikian itu bukan ilmu yang dikehendaki Allah Taala. 

Sekadar meninggalkan yang haram tidak dinamakan warak, kerana ia hanya suatu kewajipan sebagai seorang Muslim dan Mukmin. Jika orang alim yang bersikap demikian ia digelar sebagai 'ulama us Su' (ulama yang rosak). Nasihat Muaz bin Jabal lagi, "Dengan ilmu itu manusia sanggup meng-Esakan Allah Taala (Wabihi Yuwahhadu)". Yang dimaksudkan dengan tuhan ialah sesuatu yang disayangi hingga dipuja dan ditaati oleh manusia. Mereka sanggup membuang masa untuk berbalah dan berselisih pendapat mengenainya. Persoalan itu mengikut istilah ialah 'Ma'bud' (perhambaan) sama ada dengan sedar atau sebaliknya mereka telah menjadikannya sebagai tuhan. Dengan pengertian itu maka banyak perkara yang dijadikan tuhan oleh para pemujanya, tetapi semuanya ditolak oleh Islam kecuali hanya Allah Taala sahaja Tuhan Yang Maha Esa yang dapat memberi hidayah dan menyelamatkan manusia di akhirat. Nasihat Muaz seterusnya, "Dengan ilmu itu manusia menjadi warak". Maksud warak ialah sanggup meninggalkan perkara yang Tuhan tidak setuju walaupun ia hanya makruh, padahal melakukan yang makruh tidaklah berdosa. Sekadar meninggalkan yang haram tidak dinamakan warak, kerana ia hanya suatu kewajipan sebagai seorang Muslim dan mukmin, sebagaimana mereka wajib melaksanakan perintah Allah Taala yang lain. 

Nasihat Muaz seterusnya, "Dengan ilmu juga manusia berusaha menghubung silaturahim". Kejayaan besar Nabi S.A.W ialah menjalin silaturrahim di kalangan umat yang sedang berkerisis berdasarkan ajaran Al Quran. Apabila sesama umat Islam berjabat salam, serentak itu lidah mereka mengucap selawat atas Nabi s.a.w. Sebagai mengenang jasa Nabi S.A.W telah menjalinkan silaturahim antara puak Arab yang berpecah. 

Nasihatnya lagi, "Ilmu ibarat imam dan amalan adalah makmumnya". Yakni ilmu dan amal tidak boleh dipisah, jika ilmu tidak diamal, maka ilmu menjadi sia-sia. Tazkirah akhir Muaz, "Diilhamkan ilmu agama untuk insan yang bertuah (sa'adah), dihalangNya ilmu kepada golongan yang celaka (asqiya')". 

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Salam Juang,
Nor Latifah bt Othman

Wednesday 2 November 2011

Siri 1 Pencerahan Isu Hukuman Hudud Terhadap Non-Muslim Dan Perspektif Jenayah Zina, Minum Arak, Curi, Hirabah (Gangster Atau Samun)


Mukaddimah

Sejak belakangan ini isu berkaitan hudud telah dibangkitkan semula sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan hukum hudud. Semoga perbincangan ringkas terhadap beberapa jenayah yang membabitkan hudud dapat menjadi noktah awal ke arah kefahaman pelaksanaan hukum hudud yang membabitkan non Muslim.



1. ZINA (Bukan Rogol)


• Apabila non Muslim melakukan zina sama ada sesama mereka atau bersama orang Islam, para fuqahak berselisih pandangan dalam menentukan hukuman kepada penzina yang bukan beragama Islam:


• Perzinaan antara lelaki bukan Islam dengan wanita bukan Islam


- Menurut fuqahak hanafiyyah, Shafi‘iyyah dan hanbilah, non Muslim yang berzina sama ada lelaki atau perempuan akan dijatuhkan hukuman Hudud sekiranya mereka adalah Dzimmiyy. Sekiranya mereka adalah Harbiyy, mereka tidak dijatuhkan hukuman hudud (1).


- Menurut fuqahak Malikiyyah, non muslim yang berzina sama ada lelaki atau perempuan sama sekali tidak akan dijatuhkan hukuman hudud (2).


• Perzinaan antara non Islam dengan orang Islam


- Menurut fuqahak Malikiyyah, non Muslim yang berzina tidak akan dijatuhkan hukuman hudud sebaliknya mereka akan dijatuhkan hukuman yang keras berdasarkan kepercayaan agama mereka. Adapun wanita muslimah atau lelaki muslim yang rela berzina dengan non Muslim, orang Islam ini akan dijatuhkan hukuman

hudud.

- Menurut fuqahak Hanafiyyah, Syafi`iyyah dan Hanabilah, non muslim yang berzina dengan orang Islam sama ada lelaki atau  perempuan akan dijatuhkan hukuman hudud sekiranya mereka

adalah Dzimmiyy (3).

• Hukuman zina bagi penzina non Muslim


- Al-Malikiyyah berpandangan bahawa non Muslim yang berzina sama sekali tidak akan dijatuhkan hukuman hudud sebaliknya dikenakan hukuman berdasarkan agama mereka.


- Hanafiyyah berpandangan bahawa non Muslim yang berzina sama  sekali tidak akan dijatuhkan hukuman rejam sebaliknya hanya akan dijatuhkan hukuman sebat seratus kali sama ada mereka telah berkahwin ataupun masih bujang.


- Al-Shafi‘iyyah dan al-Hanabilah berpandangan bahawa non muslim yang berstatus Dzimmiyy yang berzina adalah sama dengan orang Islam yang berzina dari sudut hukuman sebat bagi yang tidak pernah berkahwin dan hukuman rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin.(4)


• Pandangan kami :


- Kami berpandang bahawa non Muslim yang berzina sesama mereka tidak dijatuhkan hukuman Hudud dengan berpegang pada pandangan Malikiyyah bagi meraikan situasi non Muslim yang baru ingin berjinak-jinak dengan undang-undang Islam. Walau bagaimanapun demi menjaga maruah dan moral, non Muslim yang berzina perlu dijatuhkan hukuman yang difikirkan sesuai oleh agama dan adat resam mereka.


- Sekiranya non Muslim sama ada lelaki atau perempuan berzina dengan orang Islam, mereka perlu dijatuhkan hukuman hudud dengan berpegang pada pandangan Hanafiyyah. Ini kerana membabitkan orang Islam dan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan nasab dan pembunuhan bayi yang berstatus tidak sah. Kami tidak cenderung kepada pandangan Shafi‘iyyah dan Hanabilah kerana non Muslim di Malaysia masih terlalu asing dengan hukuman Hudud apatah lagi dengan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati kepada penzina non Muslim yang telah berkahwin. Kami juga tidak cenderung kepada pandangan Malikiyyah kerana berkemungkinan hukuman yang bakal diputuskan oleh agama dan adat resam non Muslim tidak menghalangnya untuk berzina lagi dengan orang Islam.



2. ARAK 



• Menurut pandangan sebahagian Hanafiyyah, non Muslim yang minum arak tidak dikenakan hukuman hudud (5). Malikiyyah, Shafi‘iyyah dan Hanabilah turut menyatakan bahawa non Muslim
yang minum arak tidak dijatuhkan hukuman hudud.(6)

• Pandangan kami:


- Non Muslim tidak dikenakan hukuman hudud apabila mereka minum arak.


- Non Muslim akan dikenakan hukuman Ta‘zir sekiranya tindakan mereka meminum arak mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Oleh itu, non Muslim yang didapati memandu dalam keadaan mabuk mesti diambil tindakan Ta‘zir.


- Non Muslim akan dikenakan hukuman Ta‘zir apabila mereka mengajak orang Islam minum arak.



3. Hirabah (Gangster atau Rompakan)


• Hanafiyyah dan Shafi‘iyyah menyatakan bahawa non Muslim yang berstatus Dzimmiyy apabila terlibat dalam jenayah rompakan akan dijatuhkan hukuman Hirabah (7). Malikiyyah juga secara zahirnya turut

berpandangan dengan pandangan yang sama apabila mereka tidak pula mensyaratkan bahawa penjenayah Hirabah hendaklah seorang muslim.

• Pandangan kami


- Non Muslim yang terlibat dalam jenayah Hirabah hendaklah dijatuhkan hukuman Hirabah (bergantung kepada jenis jenayah Hirabah yang dilakukan) agar keamanan negara dapat dicapai. Sekiranya non Muslim yang terbabit diberikan peluang undangundang sivil, berkemungkinan hukuman sivil tidak dapat menggerunkan penjenayah lalu mengakibatkan rentetan jenayah Hirabah yang terus mengganggu keamanan penduduk muslim dan non muslim.


- Ini bermakna sekiranya kumpulan penjenayah Hirabah terdiri daripada gabungan non Muslim dan orang Islam; dan mereka telah merompak atau membunuh atau kedua-duanya sekali, maka kesemua mereka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud tanpa berkecuali.


- Sekiranya penjenayah Hirabah hanya menakut-nakutkan orang ramai tanpa ada sebarang jenayah samun atau bunuh atau keduaduanya sekali, maka mereka akan dijatuhkan hukuman Ta‘zir.



4. MENCURI


• Hanafiyyah, Malikiyyah, Shafi‘iyyah dan Hanabilah menyatakan bahawa non Muslim yang berstatus Dzimmiyy apabila mencuri akan dijatuhkan hukuman hudud (8).


• Pandangan kami :


- Berdasarkan pembacaan kami, kami tidak menemui sebarang pandangan fuqahak yang menyatakan bahawa non Muslim tidak dikenaan hukuman potong tangan apabila mencuri. Maka yang diwajibkan oleh Allah adalah pencuri daripada kalangan non Muslim hendaklah dipotong tangan.


- Walau bagaimanapun, kami merasakan non Muslim secara umumnya tidak akan bersetuju dengan kewajipan ini disebabkan mereka menganggap pemotongan tangan adalah tindakan yang tidak bersifat ketamadunan yang akan memburukkan lagi pandangan mereka terhadap Islam.


- Maka atas dasar meraikan kaedah ’Akhaff al-Dararayn (Kemudharatan yang paling ringan) kami mencadangkan agar dilaksanakan hukuman seperti berikut:


o Apabila jenayah curi berlaku sesama non Muslim, maka mereka diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan sistem perundangan Islam atau sivil


o Apabila pencuri adalah non Muslim manakala harta yang dicuri adalah milik orang Islam, maka non Muslim tersebuthendaklah dibicarakan berasaskan undang-undang Jenayah Islam yang boleh membawa kepada hukuman potong tangan.


- Cadangan hukuman ini dijangkakan akan membawa kepada keamanan harta benda milik orang Islam. Kami menjangkakan sistem hukuman sivil yang tidak dapat mengurangkan kadar kecurian antara sesama non Muslim akan membuka mata non Muslim sendiri untuk memilih undang-undang jenayah Islam.



وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد
وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
والحمد لله رب العالمين   



Disediakan oleh :

Felo MANHAL PMRAM
1. Mohamad Hanif bin Haron
2. Hairul Nizam bin Mat Hussin
3. Ahmad Hakim bin Azizan
4. Moh Shafiq bin Sahimi

Bersama BPAP :
1. Ahmad Zamzami bin Che Daud
_______________________________________

Rujukan : 

(1) Lihat Hashiyah al-Dusuqi beserta al-Sharh al-Kabir 4/313 dan Hashiyah al-‘Adawi beserta Kifayat al-Talib al-Rabbani 4/74.
(2)Lihat Sharh Fath al-Qadir 5/235, Hashiyah al-Bayjuri 2/338.

(3) Lihat Sharh Fath al-Qadir 5/226 dan Radd al-Mukhtar 6/5, 6/22.


(4) Fath  al-Rahman m/s 893-894 dan Hashiyah al-Bayjuri 2/338.

(5) Lihat Radd al-Mukhtar 6/55


(6) Hashiyah al-Khurashi 8/342, Hashiyah al-Dusuki 4/353, Fath al-Rahman m/s 910, Hashiyah al-Bayjuri   2/349, Hashiyah al-Rawd al-Murbi‘ 7/341.



(7) Lihat Radd al-Mukhtar 6/184, Fath al-Rahman m/s 904-905, Hashiyah al-Bayjuri 2/361-362

(8) Radd al-Mukhtar 6/137, Hasyiyah al-Dusuqi 4/332, Hasyiyah al-Baijuri 2/355

Monday 17 October 2011

MAJLIS KUTUB SITTAH K-3 & KONVO PMRAM



Cahaya ilmu kembali bersinar di al-azhar dengan kedatangan ulama-ulama dari dalam dan luar Mesir. Para pencinta ilmu di kalangan misriyyun dan wafidun sudah mula meramaikan riyadul jannah di al-azhar. Beruntunglah PELAJAR MALAYSIA yang sudah terdetik hatinya untuk bersama dengan pewaris Anbiya, moga-moga ruang kosong yang masih ada sama-sama kita rebut.

"Allahumma jam'ana haza jam'an marhuman.. wa tafarraqana min ba'dihi tararruqan ma'suman.. Allahumma jam'ana ma'an nabiyyin was siddiqin was syuhada' was solehin wal ulama' al-'amilin wahasuna ulaaaa ika rafiqan.. ya Arhamarrahimin... ameeeen"

"nahnu (azhariyyun wal azhariyyat) min abna'il ulama' li iqamati nahdatul ummah fi malizi 'ala wasaiil al-tarbiah wal ilmiah hatta takuna khilafatan 'ala minhajin nubuwwah" 


p/s: Manfaatkan masa kita dengan sebaik-baiknya untuk mencari ilmu,moga2 permusafiran kita bukan perjalanan yang sia-sia di sini. Selamat Menyertai Kutub Sittah kali ke-3!


Salam Juang,
Nor Latifah Bt Othman

Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat Rasul junjungan, kekasih hati, penghibur jiwa dan pembakar semangat, pembawa risalah khalidah ke akhir zaman, para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabiin dan tabi' tabiin, mujahid dan mujahidah Islam yang sedang berjihad dan berjuang di medan..moga Islam terus bersinar  di setiap pelusuk dunia..insyaAllah .

Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadhan, Allah berkenan menurunkan Al Qur'an untuk menjadi petunjuk, penjelas petunjuk dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini.

Peristiwa ini di abadikan di dalam Al Qur'an, melalui firman-Nya: "Bulan Ramadhan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an (sebagai) petunjuk bagi (sekelian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil)....." surah Al Baqarah ayat 185. Oleh itu antara amalan yang digalakkan oleh Rasul Allah untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al Qur'an.

Amalan tadarus di bulan Ramadhan bukan hanya membaca ayat-ayat Al Qur'an sahaja, tetapi yang paling penting adalah macam mana Al Qur'an menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam merekaf menjalani kehidupan sehari-hari. Firman Allah SWT: "Orang-orang yang Kami datangkan kepadanya Al Kitab (Al Qur'an) mereka membacanya dengan sebenar-benar membaca. Mereka itulah (peribadi-peribadi) yang mengimani Al Qur'an. Maka barangsiapa mengingkarinya (kafir terhadap Al Qur'an), maka mereka itulah yang akan mendapatkan kerugian" surah Al Baqarah ayat 121. Menurut para ulamak, membaca dengan sebenar-benar membaca (haqqa tilawatihi) mengandungi maksud:

1. Membaca secara lisan menggunakan kaedah tajwid yang benar.

2. Menghafaz ayat-ayat Al Qur'an sesuai dengan kemampuannya.

3. Memahami kandungan isi Al Qur'an.

4. Mengamalkan isi dan kandungan Al Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.

Ibnu Mas'ud ra berkata yang bermaksud: "Kami dahulu belajar membaca Al Qur'an tidak lebih dari 10 ayat dalam sehari. Kami tidak menambahkan bacaan ayat-ayat itu sebelum kami memahaminya sertamengamalkannya". Membaca Al Qur'an sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al Baqarah ayat 121 di atas, mengandungi maksud yang sangat jelas iaitu bahawa, Al Qur'an bukan sekedar bahan bacaan yang di dalamnya ada cerita Nabi-nabi dan Rasul, tetapi iaf mengandungi nilai-nilai kehidupan yang universal, manusiawi serta menjamin akan adanya kehidupan yang bahagia baik di dunia mahupun di akhirat. Sabda Rasul Allah: "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekelian berpegang teguh kepadanya tak akan mungkin tersesat untuk selama-lamanya, yaitu al Kitab (Al Qur'an) dan As Sunnah Rasul-Nya".

Bagi seorang muslim, Al Qur'an merupakan panduan tentang konsep kehidupan yang hakiki, nilai-nilai akhlaq yang universal, panduan untuk hidup secara vertikal terhadap Tuhannya serta juga panduan kehidupan horizontal sesama manusia serta alam semesta. Hubungan-hubungan kejiranan, kemasyarakatan, ketatanegaraan, sosio budaya, kemanusiaan semesta diambil serta di pandu menggunakan kayu ukur Al Qur'an. Al Qur'an menjadi sumber ilmu pengetahuan, serta sumber pembuatan undang-undang dalam kehidupan berbangsa dan bernegarasehingga, nilai-nilai serta peraturan-peraturan yang dihasilkannya sentiasa bersesuaian dengan kehendak Allah sebagai pencipta manusia dan alam semesta.


P/s: Mari kita sama-sama merebut pahala sebanyak mungkin, mengislah diri, merawat jiwa dan menyuburkan sifat2 mahmudah di dalam diri dengan kehadirannya.Moga Allah sentiasa menguatkan hati dan jiwa kita semua untuk terus istiqamah di jalanNya.

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa"
Teruslah berGERAK, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berLARI, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berJALAN, hingga keletihan itu letih bersamamu.
...
Teruslah berTAHAN, hingga kefuturan (putus asa) itu futur menyertaimu.

Tetaplah berJAGA, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
 اللهم إنا نسألك العزيمة على الرشد
Salam Ramadhan,
Nor Latifah Othman
Mansourah.Mesir

Wednesday 18 May 2011

Bittaufiq Wan Najah!


Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat Rasul junjungan, kekasih hati, penghibur jiwa dan pembakar semangat, pembawa risalah khalidah ke akhir zaman, para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabiin dan tabi' tabiin, mujahid dan mujahidah Islam yang sedang berjihad dan berjuang di medan..moga Islam terus bersinar  di setiap pelusuk dunia..insyaAllah .

اللهم إنا نسألك العفو والعافية في ديننا ودنيانا وأهلنا وأموالنا. اللهم استر عوراتنا وآمن روعاتنا. اللهم احفظنا من بين أيدينا ومن خلفنا وعن يميننا وعن شمالنا ومن فوقنا ونعوذ بعظمتك أن نغتال من تحتنا.. اللهم آمين

Saya tidak pandai bermadah untuk menulis coretan pada kali ini.munkin, sebab imtihan semakin menjengah..Cuma, saya kagum dengan mereka yang berjiwa malaikat di sisi saya..

Mereka adalah sahabat2 istimewa saya sejak tahun 1 lagi(Rabiatul Adawiah,Zakirah Azmi, Wan Nasyitah,Ummul Khair,Farah Yasmin,Syafiqah,Mayanah Solehah)...Kerapkali saya terharu dengan sikap mereka yang tidak jemu-jemu berukhwah dengan saya...ada sahaja pertolongan yang diberikan..tanpa saya pinta.ada saja bungkusan istimewa yang diberikan kepada saya..tanda persahabatan kami. Inilah kemanisana yang saya rasa sepanjang bersama mereka...tidak lokek ilmu,duit,masa kepada saya..memahami saya setiap masa sepanjang saya berada di tampuk kepimpinan ini..Ya Allah..terima kasih dengan utusan2 mereka kepada hambamu yang kerdil ini sepanjang permusafiran ku di sini..tidak dapat kugambarkan rasa hati ini..

Dan tidak lupa juga kepada sahabat2 seperjuangan hewi yang sentiasa kental jiwanya...

Ya Allah, ya tuhanku..aku tidak mampu untuk membalas apa jua kebaikan yang diberikan oleh insan2 yang berjiwa malaikat ini kepadaku...

Aku memohon Ya Allah..Kau berikanlah kejayaan kami dan seluruh pelajar Malaysia yang sedang tekun berjihad di medan ilmu ini di Mesir ini...agar kejayaan ini akan menjadikan Islam terus Izzah di muka bumi ini dan kami mampu menjadi kader2 yang istiqamah membawa dakwah di Malaysia nanti...

Ya Allah..kau rahmati guru2 ku dan para masyaikh yang tidak jemu mendidik kami...agar kebaikan yang ada pada mereka terus mengalir di dalam jiwa kami ini tanpa henti.. 

Ya Allah..rahmati al-Quran yang ada pada diri kami agar Quran ini akan terus menjadi sahabat kami yang setia di dunia dan akhirat, teman rapat di dalam kubur, syafaat yang bisa menyelamatkan kami, menjadi cahaya ketika titian siratul mustaqim..menjadi rafiq kami di syurga, menjad hijab kami dari api neraka yang panas..jadikanlah al-Quran penyebab kebaikan, kemuliaannya kepada kami..wahai tuhan yang Mulia...Perkenankanlah.Ameen.

SALAM IMTIHAN DAN SELAMAT BERTEMPUR BUAT MUJAHID,MUJAHIDAH, SRIKANDI PEMBAWA AGAMA ALLAH....


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, apa yang aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya sama ada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya sama ada perkataan atau perbuatan.

Selamat Bertempur!
Nor Latifah bt Othman
3 Takhassus Qiraat

Saturday 7 May 2011

Hiburan Menurut Pandangan Islam

Kumpulan Nasyid Al-Wadi PMRAM

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat Rasul junjungan, kekasih hati, penghibur jiwa dan pembakar semangat, pembawa risalah khalidah ke akhir zaman, para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabiin dan tabi' tabiin, mujahid dan mujahidah Islam yang sedang berjihad dan berjuang di medan..moga Islam terus bersinar  di setiap pelusuk dunia..insyaAllah
.


Melihat kepada perkembangan semasa hari ini, kita melihat banyak perkembangan dari segi hiburan serta unsur-unsur keterlaluan dalam perkembangan industri muzik dan seni suara, terutamanya yang berkaitan dengan program hiburan realiti tanahair mahupun secara globalnya di seluruh  dunia. Malah lebih malang lagi apabila isu ini sudah menular di sekeliling mahasiswa/wi Islam di timur tengah ini. Sememangnya perkara ini adalah satu isu yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah penting kerana perkembangan tersebut begitu menampakkan kesan dan pengaruhnya terhadap gaya hidup remaja dan belia masa kini.

Secara umumnya, Islam tidaklah mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, namun hiburan tersebut mestilah mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam dan tidak melalaikan. Ini kerana hiburan juga merupakan suatu perkara yang fitrah yang rata-rata manusia menjadikan muzik dan seni suara adalah merupakan hasil kreativiti yang mencerminkan manifestasi pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti rekreasi manusia yang terkandung di dalamnya seni, budaya, hiburan, kehalusan bahasa dan juga pemikiran yang sentiasa diperbincangkan dalam mana-mana sejarah, kebudayaan dan tamadun manusia.

Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna dan pasti dapat menjawab setiap persoalan hidup manusia yang mempunyai keinginan yang bermacam-macam dan tidak terkecuali dalam urusan yang berkaitan dengan hiburan. Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan boleh diamalkan pada setiap zaman dan tempat walau dimana kita berada.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu yang tiada sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan adalah dibolehkan oleh syarak. Dalil keharusan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:
"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."
Selain itu, terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mengizinkan gendang dimainkan pada majlis-majlis tertentu, sebagaiman Imam Tarmizi telah meriwayatkan daripada Aishah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang maksudnya:
"Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana."
Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.
Imam al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang sunat serta ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan kata-kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar yang terdiri daripada orang awam.

Sementara Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar pula berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk mempelajari sesuatu daripadanya adalah merupakan keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya. Selama perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.
Oleh itu apabila membincangkan mengenai hiburan, hal-hal seperti susunan kata-kata yang haram, penampilan penyanyi, masa persembahan nyanyian yang menghalang kewajipan agama atau melalaikan manusia, majlis yang disertai dengan makanan dan minuman haram, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas, dan kesan nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan buruk hendaklah diambil-kira.

Selain itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Antaranya ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah s.w.t., sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian (pertaruhan) dan tidak berlaku pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah s.w.t., serta dapat menjalin hubungan sesama manusia.

Jelas kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan yang sihat jasmani, rohani dan sosialnya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan emosi, perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan sebagainya.
Maka dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini ingin disemarakkan tetapi hendaklah dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan diterima dari pandangan syarak.
Kesimpulan:
Menurut Fatwa Syeikh Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat.
Manakala menurut Al-Ghazali, tidak ada perincian syarak berkenaan peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kepada keadaan masa dan tempat serta mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang melalaikan dan dikaitkan dengan pemain muzik serta penyanyi yang mempamirkan akhlak yang buruk merupakan perkara yang ditegah sama sekali.

Setelah kita melihat secara ringkas perbahasan mengenai hiburan dari sudut pandangan syarak , maka dapatlah kita menilai dan membuat perbandingan antara hiburan yang ada disekeliling kita, adakah ia bertepatan dengan pandangan hukum ataupun tidak. Artikel ini juga mampu memberi panduan kepada kita dalam memilih hiburan yang sesuai untuk kehidupan kita seharian agar tidak tersasar dari nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh agama kita.



sumber: blog manhal pmram

Salam Imtihan,
Nor Latifah Othman
Tahun 3 Takhassus Qiraat

Tuesday 5 April 2011

...Sumber inspirasi saya...

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....





Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat Rasul junjungan, kekasih hati, penghibur jiwa dan pembakar semangat, pembawa risalah khalidah ke akhir zaman, para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabiin dan tabi' tabiin, mujahid dan mujahidah Islam yang sedang berjihad dan berjuang di medan..moga Islam terus bersinar  di setiap pelusuk dunia..insyaAllah.

Mencari kesempatan untuk menulis dalam kesempitan waktu yang sangat menyesakkan bagi saya di akhir-akhir ini.exam dah dekat..Alhamdulillah, lebih dari 2 minggu saya berada di sini...menyambung semula pengajian yang tertangguh akibat Ops Piramid baru-baru ini...syukur.

Hmm.maaf dah lama x update. kekangan masa, menyebabkan blog saya sepi sebulan.using broadband that always disconnected menyebabkan saya malas membuka laptop di rumah( malaysia). ..tapi, yang paling best adalah spending full time with my beloved mother. Hanya Allah yang tahu...rindu saya kepada bonda tercinta ketika berada di Mesir, sudah terubat. Rezeki pulang ke Malaysia, emak setia di sisi setiap masa =).hehe.

Kadang-kadang timbul rasa malu dalam diri, bila melihat emak tekun menambah ilmu..emak sangat hebat di mata saya. Saya mahu menjadi sepertinya. Walaupun umurnya sudah mencecah 61 tahun, kehidupan seharian emak sangat terisi dengan majlis-majlis ilmu. Allahukabar. Setiap hari emak akan bertadarus selama 2 jam di pagi hari , berbertafaqquh di surau, dan mengajar al- Quran kepada rakannya..dan kalau ada masa senggang pun, pasti buku tidak lekang di tangannya ...dicuba2 untuk difahami pelajaran b.arab yang dibelajar setiap hari Jumaat di Masjid Ridzwaniah...walaupun sudah 4 tahun emak belajar bahasa arab, emak tetap istiqamah mengikutinya walupun sudah menginjak usia...emak sumber inspirasi saya! moga Allah kuatkan semangat emak dan ayah untuk terus mencari ilmu di usia-usia senja ini...

Pernah emak bertanya ketika saya sedang study di dalam bilik.."Kamu belajar tak i'rab setiap kalimah di dalam al-Quran dekat Mesir?" dalam hati...'munkin emak nak memahami apa yang sedang saya belajar"...Alhamdulillah, i'rab kalimah tu, memang belajar dalam ilmu Qiraat dalam subjek "Taujih Qiraat"  tahun 3, tapi hanya melibatkan kalimah2 Al-Quran yang khilaf bacaan di sisi imam Qiraat sahaja..tetapi, kalimah yang tidak ada khliaf bacaan , i'rab kalimah tersebut...dekat sana tak belajar..mak berpuas hati dengan jawapan saya..fuuh, lega saya. Terlepas dengan soalan cepu emas emak.hehe...

5 tahun yang lalu, ketika saya menuntut di tahun 1, jurusan ilmu wahyu dan warisan islam (irk) di kampus gombak uiam, saya meluahkan perasaan hati kepada emak..impian dan cita-cita ingin masuk ke Darul Quran...entah kenapa saya ingin beralih arah, seolah2  hati tidak tenang berada di sana..hampir semua rakan-rakan dan pensyarah terkejut dengan keputusan saya meninggalkan UIAM...mungkin bukan rezeki saya di sana...dan Allah telah tetapkan segala-galanya bagi saya di sini.

"Emak, boleh x nak masuk DQ? Emak hairan dengan saya...redup wajah emak memandang saya..air mata saya deras...lagi 3 hari pendaftaran diploma, saya masih belum membuat sebarang persediaan ke sana..."Kalau nak masuk DQ, masuklah, emak tak halang...kalau tak kerja kerajan pun x pa, dah hbis belajar DQ, kerja kampung, tanam pokok pisang pun x pa"...semakin deras saya menangis bila emak setuju dengan permintaan saya...emak tidak kisah saya berhenti uiam, asalkan anaknya mahu belajar agama....cinta emak kepada akhirat, membakar semangat saya sehingga ke hari ini...kalau ada yang bertanya, siapa pendorong dan penguat semangat saya..pastilah emak jawapannya...tidak pernah sesekali pun emak mengecewakan permintaan saya semenjak kecil..ditunaikannya selagi daya dan mampu. Untuk membalas jasa dan pengorbannannya, diluar kemampuan saya,  dan pastilah hanya dengan memilih jalan sebagai khadim al-Quran adalah hadiah yang teristimewa buat emak dan ayah yang tercinta...Allhumma Ameen.

Maaf, kalau selepas ini, blog ini x dapat diupdate sebaiknya...Imtihan semakin qorib..moga Allah kuatkan semangat saya dan rakan-rakan menghadapi imtihan syahadah...doakan masa yang berbaki 2 bulan ini dapat saya menfaatkan sebaiknya...semoga hari-hari yang mendatang, Allah sibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang hak(urusan-urusan Allah) dan bukan disibukkan dengan perkara-perkara yang batil atau sia-sia.....


اللهم إنا نسألك الفردوس الأعلى من الجنة بغير حساب ولا سابقة عذاب وبصحبة نبينامحمد صلى الله عليه وسلم ومتعنا بالنظر إلى وجهك الكريم يارب.. آمين

"Saat semangat itu luntur, carilah semangat dalam hidup. Jika tidak ditemui, carilah melalui solat fardu dan sunat. Carilah di sebalik doa rintihan pada malam hari. Carilah pada bacaan al-Quran yang menusuk jiwa dan membina nurani. Carilah dengan penerokaan sirah Nabi dan para sahabat. Jika masih tidak ditemui, pohonlah agar dikurniakan kepadamu hati baru yang lebih bersemangat dan bertenaga"

Salam juang,
Nor Latifah bt Othman
Takhassus 3 Qiraat
Maahad Fatayat Qiraat Mansurah...

Sunday 20 February 2011

Rijal dari Madrasah Malam


Peringatan Buat Yang Sering Lupa dan Leka....Abnaulharakah...


Rijal dari Madrasah Malam....

Tetapi peringatan yang sempurna hanya dapat berlaku ketika waktu tenang dan sunyi.
Dari sinilah wujudnya kepentingan madrasah malam.
Dari sini juga lahir gesaan dan galakan Allah kepada orang-orang yang beriman agar sentiasa memperbaharui ciri-ciri orang yang beriman, iaitu ‘mereka sedikit tidur pada waktu malam, dan beristighfar pada waktu sahur (hujung malam)’.

Pada zaman awal Islam, seruan mu’azzin berkumandang kedengaran dengan menyeru:

“Wahai rijal malam, bersungguh-sungguhlah! Setiap suara (doa) tidak akan ditolak.

Tidak bangun malam melainkan orang yang kuat azam dan kesungguhannya.”

Sesungguhnya ia adalah benar-benar madrasah. Hanya melalui madrasah ini sahaja para rijalnya dapat menyalakan obor semangat mereka dan menyebarkan cahaya di seluruh pelusuk dunia yang sedang dibaluti kegelapan jahiliah.

Ia sebagaimana dialami oleh Iqbal dan disimpulkannya dalam beberapa bait berikut:

“Aku mengangis tika malam tenang dan hening. Manusia sedang tidur namun air mataku berguguran.
 Ruhku dihangati kedukaan dan kesedihan. Wirid ‘ya qayyum’ temanku dalam kegelapan.
Aku umpama lilin dan air mataku menyucikanku. Dalam kegelapan malam ku nyalakan oborku.
Orang ramai berkumpul mendapatkan cahaya dengan nurku. Ku nyalakan api dan membakar diriku.” 

Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para pendakwahnya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar seterusnya menghapuskan kegelapan jahiliyah kurun ke dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.

Saya bukanlah orang pertama yang mengatakan demikian. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para pendakwah:

“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.” 

Adakah kita sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan semula ciri-ciri utama ini? Atau adakah kita terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?

Sesungguhnya perkataan Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Oleh itu, tanggungjawab terasa berat dan Allah tidak memberikan kemudahan di dalam segala urusan kita.

Kemenangan dakwah tidak dijamin oleh helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia berlaku dengan kembalinya orang yang ikhlas kepada kebiasaan asal yang sepatutnya. Apabila hati menjadi suci dengan melakukan taubat, dan peringatan ini dipatuhi oleh hati yang peka mendengar, maka ia akan menjadi penebus kepada kesilapan yang berlaku sekarang yang disebabkan oleh kealpaan berpanjangan.
Ini adalah satu syarat yang mesti dipenuhi.

Seolah-olah kita didinding daripada memperolehi kemenangan kerana kita menyeru dari sebalik tembok yang tebal. Kita hanya meninggikan suara memestikan Allah memberikan kita kemenangan begitu sahaja. Kita berjual beli dan menetapkan bahawa kita sudah mempunyai hak terhadap barang yang dibeli tanpa terlebih dahulu kita memberikan bayarannya yang berupa bisikan dan air mata di akhir malam. Sedangkan kemenangan adalah pemberian semata-mata yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada kalangan penuntut madrasah malam dalam kehidupan di dunia ini. Allah tidak akan mengurangkan balasan pahala ganjaran sedikit pun di akhirat nanti, bahkan Dia akan memberikan balasan tersebut sepenuhnya.

Keikhlasan dan pembongkaran angan-angan dunia yang palsu merupakan antara kurniaan utama madrasah malam, sebagaimana dinyatakan oleh Walid. Sudut ini merupakan sudut yang sewajibnya ditekan dan diperdalamkan di dalam jiwa oleh sistem pentarbiahan kita.

Walid berkata (yang kata-katanya adalah benar):
“Wahai malam, berqiyam padamu adalah madrasah. Padanya, al-Quran mengajarku…
Tentang makna ikhlas, lalu aku berpegang dengannya, sebagai suatu sistem. Ia juga menempatkanku di dalam syurga.
Ia juga memperlihatkanku bagaimana dunia… melemaskanku di dalam angan-angan palsu.
Dunia umpama mengkarung. Pertukaran warnanya memperdayakanku melakukan dosa.
Lalu aku menjauhi dan memusuhinya. Aku mendapatinya cuba menerjah masuk ke dalam diriku.
Lalu ku perteguhkan hubungan diriku dengan Penciptanya… Zikir berpanjangan sentiasa memeliharaku.” 


Lebih daripada itu, orang yang berkelulusan daripada madrasah malam akan memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang, sedangkan sesiapa yang tidak menyertai madrasah tersebut akan kering, keras dan hati orang yang memandangnya juga akan turut keras. 

Buktinya semenjak dahulu lagi terdapat di sisi Bishr bin al-Harith al-Hafiyy. Beliau menyaksikannya dan memberikan petunjuk kepada anda tentangnya. Beliau berkata:
“Cukuplah untuk anda tahu bahawa terdapat segolongan manusia yang sudah mati tetapi dengan mengingati mereka hati akan hidup. Sebaliknya terdapat juga segolongan manusia yang masih hidup tetapi hati akan menjadi mati dengan melihat kepada mereka.”

Ini tidak berlaku melainkan kerana malam-malam golongan pertama dihabiskan dengan berjaga, sedangkan malam-malam golongan kedua dihabiskan dengan tidur. Begitu juga siang hari golongan pertama dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja yang serius sedangkan siang hari golongan kedua dihabiskan dengan memenuhi nafsu syahwat semata.

Ya Allah..ampunkan dosa-dosa kami yang lalu....

sumber: kitab ar-Rawaiq

Salam Juang,
Nor Latifah Othman

Evakuasi...



Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah. Saya selamat sampai di Malaysia jam 1.50pagi bersamaan hari Jumaat 11hb Februari…terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir sehingga selamat sampai pada masa yang dijadualkan..syukran ya Allah…
Hampir seminggu proses pemindahan kami bermula 5hb-11hb Februari dari Mansurah-Iskandariah-Jeddah-Malaysia…ya Allah. Macam-macam pengalaman saya lalui sepanjang evakuasi…pengalaman tersebut munkin sekali seumur hidup..apatah lagi pengalaman menaiki Charlie @ Hercules (pesawat tentera TUDM) antara perkara yang saya tidak jangkakan.. 3 jam setengah berada dalam perut pesawat bersama 200 orang pelajar yang lain diterbangkan dari Lapangan Terbang Iskandariah ke Jeddah memang memenatkan..maklumla( duduk dalam keadaan bersila dan berhimpit-himpit sampai lenguh dan kebas kaki)..tak sampai satu jam kapal terbang nie bergerak..semua dah tidur kepenatan…ya Allah..


Gambar di Jeddah

 Dari sisi Charlie..

Beras dan gulai ' instant'  tentera yang diberikan kepada penumpang istimewa Hercules TUDM..da juga dapat sos cili dan kicap..tapi terlupa nak snap kat Jeddah
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Kuala Kangsar, Perak.

Wednesday 2 February 2011

Sinai Yang Dirindui...



SINAI YANG DIRINDUI..

Bismillahirrahmanirrahim…..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu…

Alhamdulillah, dapat juga saya menulis….walaupun connection internet dan terputus beberapa hari yang lalu di sini..semangat untuk menulis dan berkongsi tidak pernah pudar dalam jiwa saya. Kalau orang lain asyik bercerita tentang muzhaharat (rusuhan di Mesir) diblog dan juga face book…saya? Ntahlah. Mungkin saya lain dari mereka semua. Mesir tetap istimewa di mata dan hati saya.

Terkenangkan Sinai yang jauh beribu batu…pasti kenangan ketika mendaki gunung Sinai tidak akan luput bagi mereka yang sangat teruja dengan kisah yang dirakamkan di dalam al-Quranul Karem…Allahuakbar! Walaupun pengalaman mendaki gunung Sinai telah setahun berlalu…moga artikel yang telah lama saya tulis ini dapat menjadi ibrah dan iktibar kepada kita sebagai hamba yang kerdil di sisiNya…


Catatan Perjalanan Hari Pertama (22 Feb 2010)
Bismillahirrahmanirrahim…..
t
FirmanNya:
Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.
                                                                                                                                (al-imran:191)

Ekspedisi Sirah Meribat Ukhwah.....itulah tema perjalanan rehlah hewi yang saya ikuti selama 3 hari bermula pada hari Isnin bersama-sama sahabat Qiraat dan kuliah dari Mansurah. Sebanyak 3 buah bas dipenuhi oleh pelajar-pelajar azhariah dan perubatan dari muhafazah Mansurah, Iskandariah dan Kaherah. Kami bertolak dari rumah Kelantan lebih kurang 2.30 jam pagi pagi Isnin.

Sebelum bertolak, saya cuba bertanya kepada orang-orang lama yang pernah pergi ke Sinai untuk merasai zouq perjalanan ke Sinai dan mengumpul maklumat sebanyak mungkin..rata-rata yang pernah pergi mengatakan perjalanan yang sangat best... menginsafkan dan boleh menitiskan air mata!saya kagum,benarkah ucapan mereka?my heart start throbbing(berdegup kencang)...and my mind never stop of think about Sinai from day to day...Rabbuna yusahhil amruna...Ameen

Kenapa Sinai?kenapa tidak ke tempat lain.?.soalan cepu emas buat yang tak pernah pergi ke sana lagi, yang pernah pergi tak boleh jawab...jangan marah ye..the answer after this...dan catatan perjalanan ni saya nukilkan khas buat bonda dan ayahanda di kampong..inilah tempat yang anakanda cerita nak pergi sangat tu dan dirakamkan kisahnya dalam Al-Quran... =)


SEMENANJUNG SINAI
Merupakan satu semenanjung berbentuk segi tiga yang terletak di antara Laut Mediterranean (ke utara) dan laut Merah (ke selatan) yang terletak di Mesir, Ia mempunyai keluasan sebanyak 60,000 kilometer persegi. Segitiga Sinai merupakan daratan yang mirip sebuah pulau yang diapit 2 teluk iaitu Suez dan Aqabah, Hampir seluruh dataran Sinai ini diliputi pasir dan gunung-ganang batu dengan pemandangan yang mengagumkan. Sinai adalah daerah pertikaian antara Mesir dengan negara-negara jiran. Tidak kurang 15x Sinai pernah dijajah semenjak Mesir Kuno. Terakhir pertikaian denagn Israel, namun ia berjaya dibebaskan Mesir sewaktu Perang Oktober 1973…
Hebatkan sejarah Sinai..? keep and focus reading…..jeng-jeng…

Hari Pertama
1.Melintasi Terowong Ahmad Hamdi( terowong bawah terusan Suez)
2.Kubu tentera Israel
3.Uyun Nabi Musa
4.Uyun nabi Ayub
5.Cop mohor Mamalik
6.Qol’ah Salahudin

1.Melintasi Terowong Ahmad Hamdi( terowong bawah terusan Suez)
Sepanjang perjalanan kami semua diulit mimpi..tido-tidor ayam pun ada juga. Lebih kurang subuh kami tiba di (Nafaq Ahmad Hamdi). Seusai solat subuh secara berjemaah..kami meninggalkan masjid Ahmad Hamdi..hari mulai cerah..dan bas mula menyusur melalui Terowong Ahmad Hamdi sejauh 1.6km yang dibina di bawah terusan Suez. Terowong ini menghubungkan tanah besar Mesir sebelah barat denagn semenanjung Sinai sebelah timur.Dikatakan binaannya dibina dengan teknologi Perancis dan Jepun. Manakala Terusan Suez(qonat suez) sempena nama seorang Engineer, adalah, terusan buatan manusia yang terbesar sepanjang 163km dan selebar 300meter dan kedalaman 60-67kaki, laluan yang penting untuk kapal-kapal besar dari Eropah ke asia.Dikatakan, bahwa tax yang digunakan utk melalui terusan ini dikenakan beribu dolar US.(kaya Mesir dengan tax ni)(kalau ingat time ting.2 kita ada belajar…pelayaran Vasco da Gama..perniagaan rempah ratus..dan penyebaran agama kristian…ke asia melalui laluan shortcut ini..

Terowong ahmad Hamdi digali oleh syarikat Perancis pada 1859M, menggunakan tenaga golongan petani Mesir seramai 60,000 orang dengan pendapatn 2Qirsh sehari di bawah pemerintahan Said Basya.Ia siap dibuka denga rasminya 10tahun kemudian pada 17November 1869M.



Benteng pertahanan dan persembunyian
Khazanah tentera Israel

Sekitar pemandangan di Kubu tentera Israel


2.Kubu tentera Israel (Bar lev Line)
Pada 1971, Israel memeperuntukkan 500US dolar bagi membina kubu dan kerja tangan raksasa yang dinamai Garis bar lev or Bar lev Line yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan tentera yang canggih

Keistimewaan Bar lev Line:
            -Strong point (kubu Israel) setiap 7@ 8km&  berkawat duri
            -ketinggian dinding 20-25m
            -kecenderungan kubu 45% mengadap matahari (kalau canon lepaskan   tembakan..pesawat tak nampak..sebab mengadap matahri, jadi silau mata)
            -kereta-kereta kebal tidak dapat tembusi
            -banyak periuk api ditanam

Nak citer sikit bagaiman kubu ini dirampas…

1967-Israel rampas tanah arab (termasuk Sinai) dinamakan Perang Harbu Sittah@ 6 Day war

1973-Perang meletus lagi antara Mesir dan Israel. Mesir dapat bantuan dari Russia.isrel mendapt bantuan dar U.S. Ketika itu seorang ulama’ Mesir yang bernam Sheikh Jaddul Haq bermimpi dan memberikan pendapat cara untuk mengalahkan tentera Israel dengan menyembor air ke dinding pasir untuk meruntuhkan pasir yang menjadi tempat persembunyian tentera Israel.

6 Okt 1973-Pembebasan Sinai dari tentera Israel( dan setiap kali tiba 6hb okt Mesir akan cuti)
tulisan yang kami tidak fahami

Dalam kubu-kubu tue ada lagi kesan-kesan yang masih terpelihara..macam kereta kebal..pakaian tentera dan tulisan bahasa Israel yang kami tak fahami…hehehe..



3. Perjalanan diteruskan lagi….ke Uyun Nabi Musa@ Moses Well

Bukti 1:
160.  Dan mereka kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. dan kami naungkan awan di atas mereka dan kami turunkan kepada mereka manna dan salwa[576]. (Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang Telah kami rezkikan kepadamu". mereka tidak menganiaya kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri.

[576]  salah satu nikmat Tuhan kepada mereka ialah: mereka selalu dinaungi awan di waktu mereka berjalan di panas terik padang pasir. manna ialah: makanan manis sebagai madu. Salwa ialah: burung sebangsa puyuh.

                                                                                                                                                (al-Araaf: 160)

Bukti 2:
60.  Dan (Ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. sungguh tiap-tiap suku Telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.
(al-Baqarah: 60)
[55]  ialah sebanyak suku Bani Israil sebagaimana tersebut dalam surat Al A'raaf ayat 160.

Antara 5 nikmat yang diberikan oleh Allah kepada Kaum Bani Israel yang tidak pernah bersyukut ini ialah:
1.      Mereka diselamatkan dari Laut Merah
2.      Mereka dinaungi awan yang nipis
3.      Mereka diberikan air
4.      Mereka diberikan manna wa salwa
5.      Mereka diajak untuk masuk ke bumi Palestin (tetapi mereka enggan)

57.  Dan kami naungi kamu dengan awan, dan kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa"[53]. makanlah dari makanan yang baik-baik yang Telah kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.
                                                                                                                                                                (al-baqarah: 57)

Ada perbezaan antara 2 kalimah ini. Ada pendapat yang mengatakan 2 telaga dari 10 telaga yang masih ada merujuk kepada kalimah (fanfajarat), berdekatan dengan terusan suez. Manakala ada pendapat yang mengatakan kalimah (fanbajasat) lokasi sirah tersebut di Wadi Arbaain di Thursina. Wallahua’lam.


Kawasan ini terletak 143km dari kaherah. Hanya ada 2 telaga sahaja yang tinggal dari 12 telaga yang pernah ada kerana yang lain sudah ditimbus. Telaga ini dikatakan tempat minuman kaum Nabi Musa. Berdekatan dengan telaga tersebut terdapat pokok yang tumbuh berbentuk kalimah Allah. Pokok itu dikatakan daunnya manis@ dikatakan sebagai manna (manisan)
Terdapat khilaf tempat manna wa salwa, tempat yang kedua di bukit Thursina.
Nama telaga tersebut : 1.Bi’ru As-Saqiyah
                                       2.Bi’ru As-Syaayib
                                       3.Bi’ru As-Sheikh
Tambahan:
Kedalaman                       : 3 meter
Waktu Binaan                   : Ketika zaman Rom
Kelebaran                        : 3.5 meter
                                   
Dalam 20 minit kami singgah menziarahi uyun nabi Musa..sebelum meneruskan. ke destinasi seterusnya ke Uyun Nabi Ayyub a.s..
Saya terus memanjatkan kesyukuran kerana terpilih untuk melihat sendiri kesan ini sebagai ibrah yang sangat hebat yang akan saya kenang dan semat di dada sehingga ajal menjemput tiba…Ya Allah, kau tabahkan hati kami dan kuatkan semangat kami sebagaimana kau berikan kekuatan itu kepada Kaum Nabi Musa yanag cekal berdakwah kepad  kaumnya tanpa henti-henti….


4. Uyun (Telaga) Nabi Ayyub

            Telaga ini dikatakan telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub, dan lokasinya terletak di tengah-tengah padang pasir.Air di dalam telaga agak panas dan berbau belerang. Dikatakan juga boleh menyembuhkan penyakit kulit.
Telaga nabi Ayub

Dapat juga celup tangan ke dalam telaga dan merasi air yang suam-suam kuku nie..hehe.

Banjaran Tih (kelihatan sama di sepanjang perjalanan)

5. Banjaran Tih

Maka disebabkan kedegilan mereka, Allah sesatkan mereka di Banjaran Tih (Banjaran bingung) selama 4O tahun

20.  Dan (Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika dia mengangkat nabi nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".
21.  Hai kaumku, masuklah ke tanah Suci (Palestina) yang Telah ditentukan Allah bagimu[409], dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), Maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.
22.  Mereka berkata: "Hai Musa, Sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah Perkasa, Sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya".
23.  Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah Telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman".
24.  Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, Karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami Hanya duduk menanti disini saja".
25.  Berkata Musa: "Ya Tuhanku, Aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu".
26.  Allah berfirman: "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."

[409]  Maksudnya: tanah Palestina itu ditentukan Allah bagi kaum Yahudi selama mereka iman dan taat kepada Allah.



Cop Mohor


6.Cop mohor Mamalik
Cop yang digunakan ketika Kerajaan Mamalik  memerintah, kepada jemaah haji yang berulang alik pergi menunaikan haji ke Makkah.


7. Akhirnya kami tiba ke destinasi yang terakhir iaitu Qol’ah Salahudin Al-Ayubi…

Sekitar pemandangan di Kubu ini..
Langkah diatur lagi…mata melilau memerhatikan environment kawasan Qol’ah ini. Cantik!air seakan-akan berwarna hijau dan kebiruan-biruan dari jauh…anak-anak ikan memenuhi di gigi-gigi batu jeti menyambut kedatangan kami..…(kalau boleh buat keropok lekor ini memang sedap)..hehe. setibanya kami di kawsan sini..mencurah-curah mesej masuk ke inbox hp.. semuanya welcome mesej dari network center dari 3 buah Negara….Mesir, Arab Saudi dan Jordan…Rupa-rupanya it means that kami berada at centre of 3 countries and at border line of country( macam kat sempadanla).
It located at the east of Egypt. Kubu ini terletak di tengah-tengah laut Merah yang merangkumi 3 negara. Ia dibina oleh salahudin al-ayubi ketika operasi menawan  baitul Maqdis  dari tentera salib. Kubu ini dikelilingi oleh teluk aqabah  dan berhadapan denagan Pelabuhan Aqabah(arab Saudi). Keistimewaannya,  mempunyai kawsan tadahan hujan, bilk kawalan tentera dan bilik salahudin al-ayubi….bila terdenagar nama kubu..teringat juga kubu di Selangor…pa dia? Darul Quran, Kuala Kubu Bharu….kubu jugak kan?...=)       kini semuanya dalam kenangan….Dari atas kubu, kami dapat melihat Negara Israel(tanah milik Palestin yang dirampas..) dari jauh kelihatan binaan  Hotel Hilton berwarna putih milik yahudi laknatullah….                                                                                                              
Kubu Salahudin Al-Ayubi



To be continue…journey on 2nd day….

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Maahad Fatayat Mansurah

FEEDJIT Live Traffic Feed