Monday 15 February 2010

Ulum Quran: Qiraat Yang Mutawatir, Ahad dan Syaz

MENGETAHUI TENTANG QIRAAT YANG MUTAWATIR, AHAD DAN SYAZ.


Imam al-Qhodhi Jalaluddin al-Balqaini membahagikan Qiraat kepada tiga bahagian:
1) AL-MUTAWATIR – iaitu Qiraat tujuh yang mahsyur.
2) AL-AHAD – Qiraat tiga yang merupakan pelengkap hingga menjadi sepuluh, dan termasuk ke dalam bahagian ini Qiraat para sahabat.
3) SYADZ – adalah Qiraat para tabi’in seperti A’masy, Yahya bin Wathab, Ibnu Jazari dan ramai lagi.




Berkata Imam As-Suyuthi : Orang terbaik yang pernah membicarakan permasalahan ini adalah seorang imam dari para qurra’(القرأ) di masanya, seorang guru dari semua guru kami iaitu Abu al-Khoir bin al-Jazari. Beliau berkata pada permulaan kitabnya, An-Nasyr (النشر) : Qiraat yang benar (sohih) tidak boleh ditolak dan diingkari,bahkan ia adalah sebahagian daripada huruf-huruf yang tujuh yang diturunkan dengannya Al-Quran. Manusia wajib menerimanya samada Qiraat itu berasal dari Imam yang tujuh, atau Imam yang sepuluh atau dari Imam-imam yang lainnya dari kalangan Imam-imam yang diterima. Semua syarat-syarat yang disepakati ada tiga iaitu :
1) Bersesuaian dengan Bahasa Arab walaupun dengan satu wajah.
2) Bersesuaian dengan Mashaf Uthmani (المصاحف العثمانية) walaupun dengan satu penafsiran.
3) Sohih sanadnya.


Apabila salah satu rukun atau syarat yang tiga ini berkurang atau hilang, maka Qiraat ini dinamakan Qiraat Syaz, dhaif atau bathil samada dari Imam-imam yang tujuh ataupun yang lebih besar dari mereka. Dikatakan : Inilah pendapat yang benar menurut para ulama’ peneliti dari Ulama’salaf (سلف) dan khalaf(خلف) . 

Berkata Abu Syamah :
1) Apabila dinukilkan bacaan salah satu daripada imam yang tujuh seperti A’sim (عاصم), kita tidak harus katakan bacaan itu sohih kerana disandarkan kepada A’sim(عاصم) tanpa mengikut ketiga-tiga syarat yang ditetapkan oleh Ibnu Jazari.
2) Dan apabila dinukilkan bacaan itu tidak sohih kerana kaedah ini diterima.




Bacaan ini disepakati ketiga-tiga syarat tersebut dan bukanlah dinisbahkan kepada sesuatu bacaan kerana bacaan itu disandarkan kepada semua Ulama’ yang tujuh dan selain daripada mereka, terbahagi kepada dua;
a) Qiraat yang disepakati
b) Qiraat Syaz, tetapi kerana Qiraat tujuh (القراء السبعة) itu sudah mahsyur dan banyak yang disepakati kebenarannya, maka hati menjadi lebih tenang jika suatu bacaan itu dinisbahkan kepada mereka daripada jika dinisbahkan kepada yang lain-lain.


Syarah (penerangan) Kaedah Ibnu Jazari
Pertama Sepakat kaedah nahu walaupun dengan satu cara bacaan (الوجه) : maksudnya adalah satu pendapat dalam nahu, samada yang paling fasih atau yang fasih, yang disepakati ataupun yang diperselisihkan, kesemuanya itu tidak member kesan kerana pendapat yang asal lebih besar, ia adalah Qiraat yang diterima diantara Qiraat-qiraat yang terkenal, dan diterima oleh para Imam dengan sanad yang sohih.
Dalilnya: Banyak Qiraat yang diingkari oleh beberapa Ulama’ nahu atau kebanyakan dari mereka dan pengingkaran mereka itu tidak diambil kira seperti:
1) Mensukunkan ra’ (اسكان الراء) pada kalimah (ويأمركم)
2) Membaris bawahkan mim (كسرة الميم) kalimah (الأرحام)
3) Menasobkan(نصب) kalimah (ليجزى قوما)


Dan berkata Ad-Dani: Para Imam Qiraat tidak mengambil suatu bacaan itu pada bahasa yang paling terkenal atau paling sesuai dengan bahasa, tetapi mengambil bacaan itu sesuai dengan riwayat yang sohih. Jika riwayat telah sohih, maka tidak ada kaedah bahasa yang dapat menolaknya kerana Qiraat adalah sunnah yang diikuti yang harus diterima dan diamalkan.


KeduaBersesuaian dengan salah satu mushaf Uthmaniah dan tidak terdapat pada mushaf yang lain: yang ditetapkan pada sebahagian mushaf yang ditulis oleh Uthman seperti :
1) Bacaan Ibnu Amir : (قالوا اتخذ الله) membaca tanpa wau (و) pada surah al-Baqarah.
2) Bacaan Ibnu Amir (وبالزبر وباللكتاب) membaca ba’(ب) pada kedua perkataan kerana Qiraat itu sohih pada Mushaf Syam.
3) Bacaan Ibnu Kathir (تجرى من تحتها الأنهار) tambahan perkataan (من). Tetapi tidak terdapat pada Mushaf Uthmani maka itu adalah syaz dan tidak diterima bacaannya.
Syarah makna «walaupun dengan satu penafsiran» : Yakni sepakat tulisan walaupun dengan kiasan, seperti : (مالك يوم الدين) ditulis pada semua mushaf tanpa alif (ا).
1) Sesiapa yang membaca dengan membuang (حذف) alif (ا) dan ditulis tahqiq (التحقيق).
2) Sesiapa yang membaca alif (ا) dan sepakat tulisan dengan buang alif (ا) daripada tulisan yang ringkas. Dan telah sepakat resam tahqiq semua bacaan terdapat pada satu kalimah seperti : (تعلمون) dengan ta’(ت) dan ya’(ي) dan (يغفر) dengan ya’(ي), nun (ن) dan sebagainya kerana mushaf sunyi daripada titik dan baris pada hazaf (حذف) dan istbat (الاثبات). Dan dikatakan, hal ini menunjukkan keutamaan dari para sahabat dalam hal ilmu tentang abjad khususnya dan pemahaman yang mendalam tentang semua ilmu. Mereka menulis (الصراط) dengan shod (ص) dan bukan sin (س). Dan dikatakan mereka tidak menulis dengan sin (س) yang merupakan huruf sebenarnya agar bacaan dengan sin(س), walaupun berbeza dengan tulisan tetapi sesuai dengan asal huruf sebenarnya. Maka jadilah keduanya seimbang, iaitu antara asal dan tulisan. Bacaan dengan Isymam(الاشمام) menjadi pertengahan antara keduanya. Jika ditulis dengan sin(س) sesuai dengan asal huruf yang sebenar, maka hilanglah faedah ini dan bacaan selain sin(س) dianggap menyalahi asal dan tulisan. Kerana itu penulisan (بصطه) dalam surah al-A’raf berbeza dengan بسطه dalam surah al-Baqarah, kerana huruf dalam surah Baqarah adalah sin(س) dan huruf dalam surah a’raf adalah shod(ص). Orang yang bacaannya berbeza dengan yang jelas ditulis pada huruf-huruf yang dibaca idgham(الادغام), yang diganti, yang ditulis atau yang dibuang. Dalil : tidak kami jadikan perbezaan tulisan pada perkara-perkara berikut:
1) Dikekalkan ya’ (ي)yang ditambah (المتعالى)
2) Dibuang ya’ (تسألن)(ي) pada surah kahfi
3) Ditambah waw(و) (واكون من الصالحين) dalam surah Munafiqun.


Perbezaan seperti ini diperbolehkan kerana itu kembali kepada makna yang satu dikuatkan dengan kebenaran bacaan itu dan kemahsyurannya serta penerimaan para imam terhadapnya. Hal ini berbeza dengan penambahan suatu kata atau pengurangannya, mendahulukan dan mengakhirkan yang lainnya.


KetigaSahih sanadnya : Adalah jika qiraat itu diriwayatkan oleh seseorang yang adil dan kuat ingatannya dari orang yang keadaannya sama sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. dan masyhur disisi imam-imam qiraat dan bukan syadz.
Dan sebahagian ulama’ muta’akhirin mendakwa: syarat mutawatir pada rukun ini tidak cukup dengan kesahihan sanad dan menyangka bahawa al-quran itu tidak ditetapkan kecuali dengan kemutawatiran yang datang sepert riwayat Ahad(الأحاد). Dan dikatakan : ini tidak diragukan lagi kerana kemutawatiran itu jika memang terjadi, maka tidak perlu lagi dua rukun yang lainnya seperti penulisan dan yang lainnya. Kerana semua yag tetap dari Rasulullah s.a.w. dengan cara mutawatir, maka wajib diterima dan dipastikan merupakan al-quran, baik itu sesuai dengan penulisan atau tidak. Jika mensyaratkan kemutawatiran pada setiap huruf yang berbeza, maka akan hilang banyak sekali dari huruf-huruf yang berbeza yang jelas sahih dari imam yang tujuh.

Dan berkata al-Jazari: Syarat itu ada satu, iaitu kesahiahan sanad dan dua yang lainnya harus. Barangsiapa yang betul-betul faham terhadap keadaan para perawi, memperhatikan benar Bahasa Arab dan mahir dalam penulisan, maka akan hilang padanya kesulitan ini.


Dan berkata Al-Makki : Apa yang diriwayatkan daripada al-quran itu terbahagi kepada tiga bahagian:
1) Mutawatir – Iaitu yang diriwayatkan oleh orang-orang yang thiqoh dan sesuai dengan bahasa arab dan kaedah penulisan dan mengingkarinya dianggap kafir. Dan semua yang mutawatir itu sohih seperti (ملك), (يخدعون), dan (يخادعون).
2) Ahad – Sahih periwayatannya secara ahad, sesuai dengan kaedah bahasa arab dan lafaznya berbeza dengan penulisan, maka itu diterima dan al-quran tidak dibaca dengannya. Antara sebab-sebabnya:
a) Kerana berbeza dengan ijma’ dan kerana ia tidak diambil berdasarkan ijma’.
b) Al-quran tidak boleh ditetapkan dengannya, orang yang mengingkarinya tidak dianggap kafir. Seperti qiraat Ibnu Mas’ud dan sebagainya (وذكر وأنثى). Qiraat Ibnu Abbas (وكان امامهم ملك يأخذ كل سفينة صالحة) berbeza pada bacaannya dan kebanyakannya salah dan tidak mutawatir dan kerana kedua-duanya disalin pada penurunan wahya yang terakhir dan ianya disepakati oleh ijma’.
3) Syaz Adalah yang diriwayatkan oleh seseorang yang thiqoh tetapi tidak sesuai dengan salah satu kaedah bahasa atau diriwayatkan oleh seseorang yang tidak thiqoh, maka qiraat itu tidak diterima walaupun sesuai dengan penulisan. Contohnya, apa yang diriwayatkan oleh orang yang tidak thiqoh (ثقة)iaitu bacaan yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah (انما يخشى الله من عباده العلماء) dengan membaca rafa’(رفع) pada kalimah (الله) dan nashob(نصب) pada kalimah (العلماء). Dan terdapat bahagian keempat yang ditolak iaitu: yang sesuai dengan salah satu kaedah bahasa arab dan penulisannya, tetapi tidak sama sekali tidak ada sejarah periwayatannya. Bacaan seperti ini lebih layak ditolak dan dilarang. Dan orang yang melakukannya telah berbuat dosa besar. Telah disebutkan kebolehan qiraat seperti ini dari Abu Bakar bin Muqsim. Dan kerana pendapatnya ini, maka telah dibuat satu majlis khusus untuk mengkaji masalah inidan mereka telaj berijma’ untuk melarangnya. Kerana itu dilaranglah sebuah qiraat yang didasarkan kepada qiyas (قياس) yang mutlak, yang tidak memiliki sandaran riwayat yang dapat dijadikan dasar.




Ibnu jazari berkata, qiraat itu ada beberapa jenis, antaranya:
Pertama: Qiraat yang mutawatir, iaitu yang diriwayatkan oleh banyak orang yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk berbohong dari orang-orang yang keadaannya seperti mereka ini sampai akhir sanad. Dan ini adalah quran kesemuanya.

Kedua: Qiraat yang masyhur, iaitu yang sahih sanadnya tetapi tidak sampai kepada darjat mutawatir, sesuai dengan kaedah bahasa arab dan penulisan serta masyhur dikalangan para qurra’. Mereka tidak menganggapnya sebagai kesalahan atau syadz. Contohnya: yang berbeza pada cara diambil bacaan dari imam yang tujuh dan diriwayatkan oleh sebahagian rawi daripada mereka tetapi bukan semua. Dan ini banyak terdapat pada farsh huruf.

Ketiga: Qiraat Ahad ,iaitu yang sahih sanadnya tetapi berbeza dengan kaedah bahasa dan penulisan,tidak masyhur seperti bahagian yang kedua dan tidak dijadikan untuk membaca al-quran. Seperti (متكئين على رفرف خضر وعبقرى حسان) contoh: diriwayatkan dari Ibnu Abbas “sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membaca (لقد جاءكم رسول من أنفسكم) dengan fathah fa’ (ف) . Tetapi qiraat yang mutawatir dibaca dengan dhommah fa’(ف). Surah at-Taubah: 127. Dan berkata Abu Hurairah: sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca: (فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرات أعين) . tetapi bacaan yang mutawatir "قرة" dibaca dengan ifrad (افراد). Surah as-Sajadah: 17


Sumber rujukan: 

muhtasor sheikh Hussein (yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu)
Al-Quranul Kareem
Kitab Itqan Fil ulumil Quran


P/s:  ini adalah silibus pengajian ulum quran bg pelajar qiraat tahun 2 shoubra dan mansurah.
semoga mendapat manfaat bersama.Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan...

Salam Juang,
Al-Faqirah Ila Allah
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

FEEDJIT Live Traffic Feed