MAQAM IMAM SYA'RAWI
Alhamdulillah...walaupun byk ujian nak posting artikel nie, akhirnya Allah izinkan saya juga. Ini adalah jaulah kedua saya sepanjang berada di Bumi Mesir sepanjang setahun bermusafir kat bumi anbiya'.Musim sejuk aritue dapat juga jaulah ke ladang oren, kobis dan mengutip kerang sampai 4 guni kat Dumyat.Dumyat x jauh sangat dari Mansurah..tapi musim sejuk jer da kerang. kutip kerang kat tepi pantai jer...Jenuh nak kutip...Alhamdulillah, nikmat yg x dapt nak ungkap.
So, musim panas walaupun xdapt peluang lagi balik Malaysia..baru skrg dapat berjaulah...teraser zouq jaulah kali nie..sebab kali pertama pergi dan bru terasa kini memang ana berada di Bumi Mesir..walaupun tidak dapt melihat jasad mereka...tapi roh mereka tetap segar di jiwa2 rakyat2 Mesir dan pelajar Malaysia yang belajar di sini..Allah izinkan ana berjaulah Sekitar Mansurah dan Dumyat minggu lepas...thank you Allah for this golden chance that i had with my freinds here...Thank You God for your pleasure...Antara tempat yang dituju..Jom kita pi tgk..
1.Maqam Sheikh Imam Sya'RAwi
2.Maqam Mohamad B. Abu Bakar
3.Maqam Abdullah B.Salam
4.MAqam Sheikh Jaddul Haq
5.Kebun anggur dan khuf
6.Ra'sul Bahr di Dumyat
Mohamad B. Abu Bakar as-Siddiq R.A
Beliau adalah anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A. Dilahirkan pada 5 Zulkaedah tahun 10H,dan meninggal pada 38H.Pada 2 Feb, 190 Masihi mayat Mohammad B. Abu Bakar dijumpai di Mit Damsis sebuah perkampungan yang tidak jauh dari Mansurah.
Maqam ini terletak bersebelahan dengan sebuah gereja.
cerita best ttg beliau...Mesir dibuka oleh Amru Al-Asrpada awl pembukaan tanah jajahan Mesir yang dilantik oleh Saidna Umar suatu ketika dahulu. Amru Al-Ase telah dilantik menjadi Gabenor pertama Mesir dan dia dtg ke Mesir bersama2 Abdullah b. Salam seoarng sahabat Rasulullah.
Kemudian, Mohamad B.Abu Bakar telah menjadikan Mansurah sebagai pusat pentadbiran ketika itu. Ketika ingin melantik gabenor yang kedua Muawiyah iri hati terhadap Mohamad B. Abu Bakar, maka berlakulah fitnah terhadap beliau. Dlam masa yang sam tentera Muawiyah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pemerintahan Amru Al-Asr. Maka berlakulah perang yang hebat antar Muawiyah dan tentera Mohamad Abu Bakar. Tentera Mohamad Abu Bkar telah kalah teruk dan Mohamad b Abu Bkar telah syhid dalm perang itu. kekuatn tentera Muawiyah menjadi berganda kerana dibantu oleh tentera Amru Al-Asr.
Slepas itu, orang kafir berebut untuk mendapatkan mayat Mohamd Abu Bkar, tetapi dgn kepantasan dan kecerdikan khadam beliau mayat ini dapat dilarikan dan disimpan selama 50 tahun di tepi sungai di Mit Damsis sehingga fitnah reda. Mayat ini telah ditutp rapi dan ditindih dengan sebuah batu besar dari dilihat oleh orang ramai.
Selepas fitanah reda barulah mayat ini diubah dari kedudukannya di tepi sungai ke tempat yang baru di Masjid Mohamad b. Abu BKar dan kekal sehingga sekarang...
Batu yang berada di sebelah maqam ini cuba dialihkan dari maqam ini...tetapi usaha ggal..kerna ada pendapat yang mengatkan batu itu telah sebati dgn Mayat Saidina Mohamad B. Abu Bakar...Waallua'lam.
Ada khilaf yang mengatkan mayat Saidina ABu Baklar sama ada di Mansurah dan Madinah Al-Munawaarah...
Dia sahabat Rasululllah s.a.w...ABDULLAH BIN SALAM
Adalah seorang sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah. Berketurunan dari Nabi Ishaq. Merupakan antara ulama' besar yahudi pada ketika itu. Telah datang ke mesir bersama Amru Al-Asr. Sebelum beliau masuk Islam beliau telah berdebat dengan Rasulullah sehingga mencecah 1400 soalan...Azim Ya RAbb...Ada pendapat yang mengatkan beliau adlah di antar al-mubashirun bil jannah( 10 orang yang dijamin masuk ke syurga)...Waallahua'lam sama ada pendapat ini benar atau tidak...
Ada khilaf pendapt tentang kedudukan maqam ini..sama ada di Mesir, Baghdad dan Madinah@ Makkah
Sheikh Jaddul Haqq- Syeikhul Azhar ke 42
Beliau telah mengikuti pengajiannya di Tonto dan kemudian memilih bidang kehakiman sebagai pengkhususannya. Selepas tamat pengajian ijzah di Universiti Al-Azhar, beliau menyambungkan pengajiannya sehingga peringkat phd dan pada 1943 beliau telah tamat belajar. Kerana minatnya dalm bidang kehakiman beliau telah menyambung pengajian lagi dlm bidang kehakiman selama 2 tahun lagi.
Tamat pengajian, beliau telah dilantik menjadi Hakim. kemudian beliau juga telah dilantik menjadi Menteri Kehakiman. Pada 1982, beliau telah diangkat menjadi Sheikhul Azhar yang ke 42 menggantikan Sheikh Abd Rahman Baisor yang k-42. beliau menjadi Sheikhul Azhar sehingga tahun 1996.Beliau meniggal ketika menjadi Sheikhul Azhar.
Telah berlaku suatu perang ketika Sheikh Jadul haq memegang kepimpinan, perang di antara israel dan Mesir.. Sheikh telah bermimpi bahawa perang kali ini kita perlu menggunakn air sebagai senjata. Rupa2nya mimpi itu adalah nusrah Allah kpd tentera angkatan Mesir..Mereka menyedut air dari terusan dan menembak benteng pasir. Dengan izin Allah tentera Israel mati kesemuanya kerana..mereka telah menyorok dalam pasir ketika mahu menentang tentera Mesir...Allahuakbar!!
Perjalanan Terakhir kami ke Ras'sul Bahr, Dumyat
Akhirnya inilah kemuncak jaulah kami hari ini...membuak2 perasaan ana sepanjang perjalanan...kerana dah lama memendam rasa nak tgk pertemuan air laut Mediterranean dan sungai Nil..Ana bisik pada hati ketika di Dq dulu..teringin nak pergi tempat2 yg disebut oleh Allah dalam Quran...akhirnya, dapat juga ana jejak kaki ke tempat bersejarah...x sangka ayat yang kuhafal selama ini, telah dirakam oleh Allah di sini..Terima Kasih Tuhan kerana hanya dengan rahmat mu dapat ku mengembara di bumi ini...Ra'sul Bahr. munkin bagi sesetengah org ia sesuatu perkara biasa...tapi tidak bagi ana...
sambil memandang air laut..kami berpandangan antara satu sama lain...terdiam...khusyuk melihat ombak2 laut menghempas batu2 tepian muara..semua mula berijtihad...ada yang kata di hujung sana pertemuan air laut dan sg. nil...ada yang menunjuk ke arah awal muara..dan berbagai2 andaian..apa yang pasti..di sinilah pertemuan air masin dan air tawar. walaupun ianya bertemu..tetapi kedua2 tidak melepasi batasan msg...sayu ketika kaki cuba meninggalkan tmpat bersejarah ini...kmi dikejutkan dengan kehadiran ikan lumba2 sebelum pulang....eh..ikan lumba2..semua berkerumun kat tepi sg. nil melihat aksi ikan lumba2 yang sesat ini...
Allahuakbar...bertuahnya kami saat kaki mahu melangkah pulang...walaupun jasad kami meniggalkan Ra'sul Bahr...tapi roh kami akan terus bersama pertemuan air itu...
Firman Allah Taala:
" Dia membiarkan 2 lautan mengalir yang keduanya kemudiannya bertemu. antara keduanya ada batas yang tidak melampaui oleh masing-masing"
Ya Allah izinkan diri ini terus bermusafir dan melihat penciptaan mu tanpa henti..selagi nyawa dan roh jihadku di bumi anbiya' ini...............
No comments:
Post a Comment