Saturday 19 December 2009

SALAM IMTIHAN: PETUA BERJAYA YANG LUAR BIASA


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.

Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.

Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.

Pertandingan memanjat pokok pinang.


30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.

Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.

“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.

Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.

“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.

“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.

Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.

“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.

“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak.

Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.

Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.


ayuh, sahabat-sahabat...pekakkan telinga..kuatkan azam..teruskan usaha...jadilah seperti cicak yang pekak...buat dek dengan kata-kata orang...yang penting, kejayaan yang dicapai pada hari ini adalah kebanggaan kepada agama islam itu sendiri..bukan sahaja ibubapa bangga..tetapi agama islam izzah di mata dunia.tetapi kalau kita niat untuk berjaya..jangan lupa..niatlah kerana Allah dan Rasul Muhammad yang tercinta..pasti Rasulullah bangga melihat umat seperti kita...TERUSKAN USAHA!BITTAUFIQ WANNJAH!!

Salam imtihan,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat
Maahad Fatayat Qiraat
Mansurah

Thursday 17 December 2009

LAPTOP DAN PERJUANGAN: HADIAH DARI TUHAN




LAPTOP DAN PERJUANGAN: HADIAH DARI TUHAN

Salam Maal Hijrah…

“Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini, tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud hijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya sebelum sampai tempat yang dituju, maka sesungguhnya telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah Maha pengampun Lagi Maha Penyayang.”
( Surah an-Nisa’ : 100)



Bismillahirrahmaninirrahim….


Melihat buku-buku terjemahan dan hasil kajian ilmiah di dalam kedai ekonomi dpmm, membuatkan saya berfikir berulang kali….mengamati satu persatu buku, membelek, menyelak helaian-helaian yang disukai..menggamit memori saya terhadap penulisan ilmiah yang pernah saya buat ketika menuntut di tahun akhir pengajian di Darul Quran jakim, bertajuk :Imam Bukhari sumbangannya terhadap dunia Islam dan kajian terhadap pelajar semester 6 Darul quran.


Kajian saya ketika itu adalah gabungan kajian maktabah dan kaji selidik pelajar.berat, tertekan, tidak punya waktu yang cukup.tidak ada laptop, terpaksa berebut-rebut pc di maktabah, menumpang sahabat yang ada pc.perit tetapi benar..rasa tidak mampu nak hasilkan satu kajian ilmiah dalam tempoh yang begitu singkat dalam masa 6 bulan sahaja, dalam saat2 peperiksaan semakin hampir ketika itu dan kewajipan mengulang al-quran adalah lebih wajib dari segala-galanya.!tetapi, kajian itu dapat disiapkan dengan baik dan saya memperolehi gred A.Hmm, terkejut dan tidak sangka, dan ini adalah pulangan yang sangat bernilai dan bermakna kepada saya dan tidak sia2 saya ke hulu-hilir mencari bahan walupun terpkasa turun berulang kali ke library UIAM Gombak dan maktabah Pusat Islam di sebelah MasjidNegara …kajian ilmiah dapat disiapkan dalam keadaan situasi agak tertekan dari sudut masa ketika itu.kesemua pelajar tahun akhir dapat menyiapkannya…kerana syarat untuk para pelajar graduate adalh wajib menyiapkan hasil kajian ilmiah, sebagi syarat untuk berkonvo dan bergelar graduan…tetapi itu semua tinggal kenangan sahaja..


Tetapi di Mesir..saya pasti di Syria dan Jordan begitu juga , semangat untuk menghasilkan kajian ilmiah @ terjemahan kitab…tidak dimilki oleh kesemua pelajar2 pelajr lulusan agama…kenapa??kita tidak ada kesedaran?tidak berjiwa besar??hidup dalam zon selesa?lebih selesa menerima ilmu tapi kedekut untuk berkongsi kepada yang lain?...tidak punya masa…tidak minat..lemah dalam bahasa arab,,tidakpandai baca kitab..hmmm.munkin banyak lagi jawapan yang akan diberi jika ditanya..saya tidak pasti jawpan itu.kerana hanya anda sahaja yang ada jawapan yang tepat Tetapi saya sedih dengan situasi dan fenomena itu…lemah..tidak semangat dan banyak alasan..adakah kita layak bergelar azhari denagn semangat lembik ini..


Setahun lebih saya menjadi musafir ilmu di bumi anbiya’..lebih suka menjadi observer dari pioneer(perintis) ketika di tahun 1..memerhati ragam,gelgat dan membaca suasana…berkali-kali membisikkan diri, bahwa saya memang insan terpilih ke sini…melaut ilmu di sini. Berada di environment dikelilingi sahabat-sahabat kuliah…iri hati..melihat mereka mempelajari qodoya muassorah seperti tajuk sewa rahim, banuk halib(bank susu), Jarahah tajmil tahsiniat(pembedahan kosmetik) dan bnayk lagi membuatkan saya sedar ilmu di sini cukup banyak dan tidak terhitung..hanya perlu tekan suis, tiup semangat dan atur strategi untuk mencari dan memilkinya..dan memulakan langkah serta menggegarkan gergasi tidor dalam diri…ah… Rugi kalau peluang ini berlalu begitu sahaja…memang kita tidak bersyukur..jauhkan kami ya Tuhan dari tergolong insan seperti ini…jauhkan kami Tuhan =(
Sedarlah azhari dan azhari, bukanlah coretan ini untuk mengatakan saya insan terbaik. Jauh sekali..sebagai satu muhasabah bersama..saya cukup bersemangat melihat kajian2 ilmiah dan buku2 hasil air tangan pelaljar azhar..mahupun blog-blog ilmiah peljar azhar..blog pribadi tidak termasuk ye,,dan saya bercita-cita dan berharap kita semua mampu seperti sahbat yang sudah memberikan buahkan hasil ilmu untuk mnfaat yang lain…kita?bila lagi?kalau bukan sekarang…


“Bukankah sebaik2 manusia adalah mereka yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain…”



laptop dan perjuangan…munkin tajuk entry ini sangat sesuai bagi saya..hampir 2 minggu saya mendapat laptop baru dari Malysia. Rezeki yang tidak disangka-sangka..saya yakin hikmahnya sangat besar, dan saya yakin hadiah dari Tuhan ini adalah personal assistant yang terbaik buat saya dalam permusafiran sebagai pengembara ilmu di ardil kinanah ini..Allah mahu saya lebih serius dalam bidang penulisan blog dan ilmiah ini walaupun saya telah berstatus blogger 8 bulan yang lalu..saya baru setahun jagung di sini,,rasa kerdil berbanding orang lain dan orang lama.di sini.tetapi, hadiah ini membuatkan saya sedar tanggungjawab saya kepada umat di luar sana sangat besar.. tanggungjawab terhadap peljar tibb di Mesir mahupun masyrakat di Malaysia…mereka dahagakan bimbingan kita….bukan saya , tetapi kita semua bertanggungjawab terhadap mereka!!
Bersambung…..


“Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan perkara-perkara mengingati Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil”

“Aku mesti berjiwa daie”


Salam Maal Hijrah,
Nor Latifah Othman
Takhasssus 2 Qiraat

Sunday 13 December 2009

I'jaz Quran : The Miracle Of Kalimah & Number in Al-Quran


Agak-agak selama kita menghafal Quran atau membacanya ada x kita wat medical check out ataupun treatment number@ kalimah apa paling banyak yang disebut di dalam Al-Quran..ha...mesti belum buat lagi...kita selalu bila pegang Quran nak hbiskan bacaan ja@ nak cepat khatam..tapi kita x tadabbur ayat @ kalimah yang ada...rugi..rugi...becoz of what?? this is the only mukjizat yg still da sampai sekarang...dan still terpelihara isinya berbanding kitab samawi yang lain...

Cube, tetiba tgh jalan..ada orang kristian @ other religion tanya.." excuse me, may i speak with you for a while?..ha, dia nak ajak kita sembang pasal quran..elok pulak tu yang tanya orientalis...biasala kat mesir nie kan banyak org kristian..mesti kita kecut perut kalau dia ajak kita debate...pastu dia tanya.." are you a muslim?"....a..a..a terkial2 bg jawapan..nak mengaku muslim pun terbelit2 lidah..i'm muslim...jawb dalam keadaan terpaksa..pastue dia tanya lagi...can you tell me what is the most word that repeat many times in Al-Quran...??? slurp....telan air liur kita mendengar soalan cepu emas @ killer question nie. aduh!...mesti malu muka kalau x boleh nak jawab...nak sorok kat mana muka..lagi malu bila kita pegang title azhar2 azhariah..malu2..dan lagi malu bila kita menganuti agama Islam...ish..ish...buat malu Islam kalau x boleh jawab..

Bukan apa, saya saja membawa isu2 nie..supaya kita lebih peka dgn mukjizat nie...kalau lah orang yang tanya kita tu tahu dan kita x tahu dan dia tipu kita ,kan dah terbalik namanya...siapa yang membaca Al-Quran setiap hari?kita atau si kristian tersebut...siapa yang beragama Islam?dia atau kita...tepuk dada tanyalah iman...

Di bawah ini sedikit perkongsian buat diri yang lupa..The miracle of number..the hidden number and kalimah in Al-Quran..let's check it out

1. perkataan paling banyak disebut di dalam al-Quran?
Jawapan: kalimah Allah,disebut kalimah Allah sebanyak 2697 kali

2.Surah yang terdapat padanya 10 hruf waw ialah surah al-Asr

3. Musim panas dan musim sejuk, disebut didalam al-Quran dengan bilangan yang sama iaitu 5 kali

4. hidup dan mati disebut di dalam al-Quran dgn bilangan yang sama iaitu 165kali

5.Surah yang diturunkan sekaligus serta diiringi 30 ribu malaikat ialah Surah Yunus

6.Rukuk dan qunut disebut di dalam Quran dengan bilangan yang sama iaitu 13kali

7.Pembaziran dan kemiskinan disebut di dalam al-Quran dengan bilangan yang sam iaitu 23 kali

8.Waktu malam dan sujud disebut di dalam al-Quran dengan bilangan yang sam iaitu 92 kali

9.kesempitan dan ketenangan disebut di dalam al-Quran dengan bilangan yang sama iaitu 13 kali

ha..alhamdulillah.moga2 kita bertambah convince , once we are be asked with somebody unknown in the street or anywhere...to be continue =)


Salam Juang,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 qiraat

Sunday 29 November 2009

Salam Eiduladha buat Ayahanda Othman dan Bonda Halimah

Hayati iklan petronas in..Salam Eiduladha

Bila melihat video ini, mencuit hati saya.rasa geli hati melihat si bongsu berlari-lari mengejar abang-abang pergi mencari daging lembu buat bonda tercinta.kalau kat mesir banyak khoruf dan unta....terubat rasa rindu kepada kg halaman bila tgk video nie...byk pengajaran yang kita dapat. harapan dan cita-cita mak ayah mesti kita tunaikan mcam 7 beradik ini meredah sungai...naik turun pasar, berkayuh sampan..mencari..

"Daging..hati..limpa...apalah nak jadi dengan korang nie..."keluh makcik nie terhadap anak-anaknya







Salam Juang,

Nor Latifah Othman
tahun 2 takhassus Qiraat

...

Wednesday 18 November 2009

Fawasil Quran ( Siri 2): Jom Explore Bab Muqaddimah



Salam Kembara Ilmu buat semua sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan di mana jua antum-antunna berada..Moga terus istiqamah dan tekun menuntut ilmu..

Ilmu Fawasil. Menarikkan bunyinya ?? Bagi mereka yang berada dalam bidang takhassus Qiraat di Malaysia, Shoubro dan Mansurah, madah ilmu fawasil ini tidak asing lagi dalam bidang pengajian Qiraat di Mesir sehingga menjadi madah wajib setiap tahun di Mesir..

kenapa ilmu fawasil menjadi posting utama saya kali ini?? Saya ingin berkongsi ilmu ini dengan anda semua.Seperti yang sedia maklum, kelas pengajian Sheikh Hussein di sini telah bermula sejak bulan Oktober yang lalu. Bersama dengan 2 orang lagi sahabat saya(Ukhti Siti Nur Aini Salim dan Ukhti Rodhiah Salleh) kami bertiga, telah diamanahkan oleh Sheikh Hussein utk membantu sebagai tenaga penterjemah kepada adik-adik Qiraat tahun satu. Dan saya ditelah diamanahkan sebagai penterjemah madah ilmu fawasil pada setiap hari rabu jam 7-9pagi. Semoga Allah sentiasa membantu dan memudahkan amanah ini dan mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu pelajar tahun 1 dalam memahami ilmu fawasil dengan lebih baik lagi.Ameen ya Rabb.

Kitab yang digunakan dalam madah ilmu fawasil ini, bertajuk "Nazhimatuz Zuhri Fil 'ilmi Fawasil lil Imam As-Syatibi, karangan Sheikh Abdul Fatah Al-Qadhi. Beserta bantuan muhtasor Fawasil Sheikh Hussein saya cuba mengupas dan menjelaskan, menterjemahkan ilmu fawasil dengan terperinci lagi.Insya Allah.

Terjemahan yang dihasilkan berpandukan terjemahan saya kepada adik-adik Qiraat dengan menggunakan Kitab sheikh Hussein.


Bait 1-6

1-Imam as-Syatibi memulakan Matan karangannya (Nazimah Az-Zuhri@ Nazimah Az-Zahrah) dengan memuji Allah Taala supaya dapat mengumpulkan kemuliaan, kelebihan, faedah dan kecantikan ilmu ini seperti cantiknya mata bunga dan sebaik-baik tumbuh-tumbuhan.

2-Aku memohon perlindungan dari tuhanku agar aku terpelihara, dari setiap perkara yang makhruh dan bertentangan dengan sifat sebagai seorang manusia, dan dengan sifat ikhlas penulis (Imam as-Syatibi),serta aku takut dari sifat riya yang boleh merosakkan pahala amalan. Dan aku juga memohon perlindungan dari tuhanku dari setiap perkara sama-ada perkara tersebut secara sembunyi @ terang-terangan kerana sesungguhnya Allah Taala yang mampu untuk menyucikan perkara yang tersembunyi dari huru-hara, dan menyucikan sifat terang-terangan dari hawa nafsu dan tipu daya. Mudah-mudahan Allah dapat menyempurnakan amalanku .

3-Aku memohon perlindungan dari Allah dengan sifat  al-ma'ani, iaitu sifat hayat, iradah, ilmu, kalam, sam'u, basor, qudrah dan juga 2 sifat dari sifat salbiah: 1)sifat baqa' (kekal) 2)sifat wahdaniah( witr-ganjil)

4-Aku memuji Allah dengan sighah@ lafaz mudhori' sebagai bukti yang menunjukkan untuk berterusan bersyukur kepada Allah dengan nikmat pemberiannya dan aku memohon dari Allah agar mengurniakan taufiq kepadaku. dan sebaik-baik zikir adalah membaca al-Quran dan menyibukkan diri dengan Al-Quran dan pengajian yang berkaitan dengannya, serta mengambil berat dengan ilmu fawasil( tentang bilangan ayat Quran), dan sepertimana aku ingin menjelaskan  tentang bilangan ayat Quran dalam susunan bait-bait ini.

5&6- Selepas aku memuji Allah, disebutkan juga bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah penunjuk jalan,dan kebaikan dan rahmat kepada orang mukmin. kemudian disebutkan juga, yang dimaksudkan dengan ahli Nabi ialah mereka dari umat Nabi Muhammad (iaitu setiap mukmin yang bertaqwa). Dan disandarkan juga Qurabah Khas(para sahabat), dan Qurabah am( ahli bait s.a.w. Dan qurabah yang dimaksudkan, adalah dinisbahkan sepertimana awan yang membawa air hujan, dan menyirami tumbuh-tumbuhan kerana mereka (para sahabat) menghidupkan manusia  dengan sifat-sifat mulia dan kebaikan, dan menjadikan hati serta akal mereka hidup(mengingati) kepada Allah.

Alhamdulillah..tamam!Untuk entri yang akan datang, saya akan membawa anda semua kepada  peranan Imam-Syatibi dalam penulisan ilmu fawasil. Kalau nak jatuh cinta atau nak kenal ilmu ini dengan lebh dekat lagi jangan lupa utk folo posting akan datang...Saya tak dapat nak type bait dalm arab, mslh pc...afwan..to be continue... 





"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"
 

Salam Juang,


Nor Latifah Othman
Takhassus 2 Qiraat

Monday 9 November 2009

Orang Baru Keluarga Kami...Ahlan Wa Sahlan Ya Aqil

Baby tengah blaja praktis azan kat wad...sejuk perut mak dia..memang clever baby 'Aqil.. kecik-kecik dah pandai dakwah fardiah dalam ward Hospital Kuching..Allahuakbar!




Alhamdulillah.Rasa seronok bila dapat receive news frm Abg Kuddus...Bukak ja mesg, bila baca...aiK...K.Haiza (wife kepada Ust.Kuddus)dah selmat bersalin.Alhamdulillah.
Bertambah lagi ahli keluarga kami...

Permata Hati abg saya ni selamat dilahirkan pada 1 November, 2009. waktu pagi kat Kuching Sarawak.Suppose dia lahir bulan 12...nampaknya dia x sabar nak tengok bumi Kuching dah..Sedap walid dia bagi nama, Muhammad Aqil Abdul Kuddus.Rasa macam baru lagi..abg saya baru balik dari Shobro.Tapi dah 2 tahun berlalu dia meninggalkan bumi Mesir..raser mcm semalam ja dia bina masjid.Hari ni saya dah ada anak saudara sulung baru.Berat 1.8kg. Tapi kalau kita tengok gambar kat atas nie baby mcm besar.Maybe menurun walid dia yang panjang..
Alfun Mabruk Ya Akhi Kuddus..

Gambar kat atas nie, time Aqil difficult to breath smoothly. Anyway from the latest news from my brother dia dah sihat & dah x guna tiub..Moga anak saudara Mak Lang cepat sihat dan boleh ganti walid jadi imam terawih...

Salam Anak Perantau dari Mak Lang buat Aqil di Kuching


Salam Juang,

Nor Latifah Othman
2 Qiraat Mansurah

Thursday 5 November 2009

MUSLIMAH , PERJUANGAN DAN CINTA HAKIKI.....




Buat semua muslimah srikandi sayap perjuangan kiri Islam. M

Mehnah, ujian, airmata dan perjuangan x boleh dipisahkan...Jangan kita harapkan cinta manusia...Kejarlah dan carilah cinta hakiki itu...jangan sesekali kecewa!! Tiada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus mujahidah islam...Semoga kita semua dapat bertemu cinta pemilik hati Ilahi yang tidak jemu-jemu bermunajat kepdaNya...


khas utkmu Muslimah Perjuangan Islam,

Sajak aminah Qutb buat suaminya tercinta...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA
KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA
ALLAH

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA
PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG
MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI¡

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA
ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG
MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.





YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH
YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA
CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA
KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN
CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA
KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG
DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH
DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU
BERIKAN KEPADAKU.

¨ YA ALLAH,JIKA AKU JATUH
CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG
YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR
BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-
MU. ¨ª YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK
MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

¨ª YA RABBANA,JIKA AKU JATUH
HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK
BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG
MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU. YA
ALLAH,JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU
PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI
SYURGA-MU. ¨ª

YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA
KEKASIH-MU,JANGANLA H KENIKMATAN ITU
MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA
BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-
MU ¨

YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA
KEKASIH-MU,JANGANLA H BIARKAN AKU
TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN
PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU. ¨

YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU
MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU
MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU
PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI
HANYA KEPADA Mati hanya sekali
jadikannya pada jalan Allah,
Mati hanya sekali jadikannya pada
jalan Allah,


Salam Juang,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Monday 2 November 2009

Bajet 2010: Rakyat Ddahulukan Atau.......??????




Hmmmm...BAJET 2010. Walaupun saya jauh di Mesir, bukan satu alasan saya utk tidak mengikuti perkembangan di tanah air tercinta...Malaysa tengah panas dengan isu bajet negara. Apa pendapat azhari dan azhariah ttg bajet kali ini. Gamis menggesa mahasiswi dan mahasiswa mengkrtik belanjawan yang telah dbentangkan. Kalau dahulu harga minyak naik 5 sen telah memberikan pukulan smash yang sangat dahsyat kepada pihak Kerajaan, sehingga tewas d semua pilhanray kecil di Malaysia. Adakah dengan bajet baru dapat memujuk rakyat kembali???Anda mahasiswa idealisme peka dengan isu negara..ayuh kita kritk belanjawan negara!!!

Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 23hb Oktober 2009 lepas merupakan pembentangan bajet sulung beliau sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3hb April 2009 lepas. Pastinya rakyat dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara akan melihat dan menganalisis Bajet 2010 ini sebagai KPI dan etunjuk kepada corak pentadbiran Perdana Menteri Baru ini.

Apakah pembentangan Bajet 2010 ini sekadar retorik angka-angka dan peratusan sahaja untuk menampilkan beliau juga mampu membentangkan bajet?, Atau mampukah beliau membawa pembaharuan ekonomi dan pendekatan baru yang lebih segar seperti yang diharapkan rakyat?

Pembentangan Bajet 2010 ini dikemukakan ketika suasana ekonomi Malaysia masih suram dan belum menampakkan pemulihan ketara selepas dua kali suntikan dana ekonomi dilaksanakan. Bajet 2010 ini juga mencatatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Secara umumnya Bajet 2010 tidak mencerminkan ‘belanjawan untuk rakyat’ seperti yang dicanangkan, kerana rakyat hanya menerima faedah dalam bentuk pengecualian cukai sekitar RM500 juta sahaja. Rakyat secara khususnya tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi akibat kepincangan tadbir urus ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini amat lemah, dan gagal mengembalikan keyakinan bahawa ekonomi negara semakin pulih dan berdaya saing di peringkat global.



Bajet 2010 pada kali ini yang kononnya menampilkan transformasi ekonomi model baru ke arah berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi dilihat tidak mengujakan. Usaha untuk menyaingi kehebatan ekonomi negara-negara lain yang telah melaksanakan model baru tersebut seperti Singapura, Taiwan, Finland dan Israel dilihat tidak strategik untuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang kerana asas ekonomi di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada sumber tenaga, kepakaran, pusat penyelidikan dan kemampuannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi telah bermula awal sejak era tahun 1970 dan 1980 lagi. Penumpuan negara-negara tersebut kepada bentuk ekonomi ini adalah disebabkan latarbelakang negara tersebut yang tidak mempunyai kelebihan sumber asli dan tanahnya. Mereka telah lama bermula dengan pembangunan dan penyelidikan yang mantap dan kukuh dalam semua aspek. Perancangan negara-negera tersebut juga jelas dan berhasil menjadikan ekonomi mencapai kemajuan yang disasarkan.

Kita tidak mahu melihat Malaysia terkapai-kapai dalam mengurus ekonomi masa hadapan dalam arus ekonomi global dengan tidak memberi perhatian utama memperkukuhkan pembangunan insan dan sumber tenaga pakar yang dilatih dan dibentuk sendiri. Kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar dan sumber manusia luar yang terlalu besar kuantiti dan kualitinya membahayakan strategi kestabilan ekonomi negara masa hadapan kerana mungkin tenaga pakar dan sumber manusia tersebut akan keluar mencari peluang lain yang lebih produktif dan lumayan.

Sewajarnya, model ekonomi Malaysia memperkukuhkan pembangunan sedia ada sumber asli, galian dan pertanian disamping mempelbagaikan penjanaan ekonomi dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Malaysia yang mempunyai kekayaan dengan sumber asli, galian dan tanah subur yang tidak dimiliki oleh negara-negara yang berasaskan kepada model ekonomi baru ini perlu mengambil segenap peluang dan menggilap potensi ekonomi secara keseluruhannya.

Usaha menarik pelabur asing ke dalam negara perlu dipergiatkan dengan usaha-usaha yang positif dilaksanakan dengan memperbaiki sistem ketelusan dan pengurusan ekonomi negara yang cekap,bebas rasuah dan mengurangkan birokrasi kerajaan. Negara yang hanya mencatatkan kemasukan dana pelabur asing hanya berjumlah RM3.6 Billion berbanding RM19.7 Billion pada tahun sebelumnya sewajarnya menggerakkan lamunan panjang pihak kerajaan agar melaksanakan satu tindakan yang proaktif dan drastik.

Hutang negara yang meningkat mendadak kepada RM362.5 billion untuk tahun 2009 menggambarkan ada yang tidak kena dengan gaya pengurusan ekonomi negara ketika ini. Apakah negara tidak mempunyai pelan khusus untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang mana situasi ini boleh menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia perlu mempunyai hutang negara yang rendah untuk memastikan kelangsungan jangkamasa ekonomi negara untuk lebih kukuh dan stabil. Kerajaan perlu memikirkan generasi masa hadapan yang perlu menanggung beban akibat jumlah hutang negara yang amat tinggi. Malahan setiap anak dalam kandungan lagi sudah terpikul tanggungjawab terhadap hutang negara secara tidak langsung.

Bajet 2010 pada kali ini juga agak ganjil kerana tidak memberi penumpuan kepada aspek pertahanan negara yang tidak memberikan apa-apa yang menarik kepada kebajikan para anggota tentera. Persoalannya apakah dana untuk anggota tentera sudah habis dihamburkan untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Jelas, kerajaan Barisan Nasional terus melupakan jasa besar mereka setelah pengorbanan besar disumbangkan oleh mereka.

Negara juga dikejutkan dengan tragedi kebakaran KD Inderapura di Pengkalan TLDM Lumut serta penggunaan senjata pertahanan yang tidak berkualiti dan ketinggalan zaman. Sewajarnya aspek pertahanan negara tidak boleh dipandang rendah kerana kegagalan menyediakan sistem persenjataan dan sumber tenaga manusia yang terbaik dan berkualiti kedaulatan negara mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing.



Kadar kelajuan internet dan broadband di Malaysia kian dipersoalkan. Tahap kelajuan yang berada di tangga 48 daripada 66 buah negara hasil kajian Universiti Oxford tidak menggambarkan usaha hasil pelaburan yang besar untuk pembangunan Multimedia Super Coridor dan Cyberjaya serta pelaburan besar pembangunan jalur lebar sebelum ini. Ini pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik memandangkan sistem capaian internet dan jalur lebar pantas adalah amat diperlukan untuk kepentingan strategik ekonomi dan pelaburan.


Malaysia amat memerlukan pembangunan jalur lebar berkelajuan yang tinggi untuk menyediakan negara kepada ekonomi masa hadapan. Kajian dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan keseluruhan ceruk rantau dan kampung yang mempunyai nilai ekonomi yang berpotensi dapat dikembangkan ke peringkat global. Sudah tiba masanya negara memperbaiki tahap kelajuan internet dan broadband jika mahu bersaing dengan negara-negara serantau yang sudah mempunyai tahap capaian yang baik dan pantas.

Negara-negara yang dikenal pasti sudah bersedia untuk menakluki teknologi maklumat masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps. Pemberian kontrak untuk syarikat-syarikat membangunkan dan memperbaiki kelajuan dan infrastruktur jalur lebar perlu diberi perhatian agar projek besar ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat dan Negara.

Aspek pembangunan pertanian dalam Bajet 2010 ini juga masih belum ada yang menarik melainkan pemberian berterusan subsidi. Sewajarnya satu anjakan baru untuk membantu golongan petani di negara ini dengan memperkenalkan sistem insurans dan takaful bagi memastikan sektor pertanian mampu memberikan sumber pendapatan negara di samping mengurangkan perbelanjaan keluar atau import produk pertanian daripada negara luar. Sumber tanah yang sesuai untuk pertanian perlu dioptimumkan agar kesan kenaikan barangan makanan yang pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan dan di atasi.


Golongan petani, nelayan dan penternak perlu terus disediakan suasana dan iklim pertanian dan penternakan yang memuaskan. Sistem pemasaran dan pengedaran yang menjadi kekangan kepada mereka selama ini perlu diperbaiki dengan memperkemaskan pengurusan agensi-agensi berkaitan. Sumber dana mudah untuk golongan petani memperhebatkan usaha mereka meningkatkan jumlah hasil dan kualiti perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sektor pertanian hanya dilakukan dalam skala kecil,tidak produktif dan terbatas.

Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar. Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Kedudukan ranking universiti-universiti di Malaysia memaksa kerajaan bertindak proaktif menyediakan suasana dan iklim pendidikan negara yang berteraskan kepada pembangunan insan secara holistik dan menyeluruh. Universiti di Malaysia perlu dilihat berbeza dan mencari kelebihan tersendiri jika agak sukar untuk mengatasi kualiti universiti tersohor dunia seperti Univerisiti Oxford dan lain-lain.

Pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi masakini kepada suasana dan iklim keperluan di masa hadapan. Pembelajaran yang bersifat hanya fokus kepada peperiksaan perlu diubah agar suasana pembelajaran di negara ini bersifat berterusan dan memupuk semangat cintakan kepada ilmu dan budaya menyelidik. Pendidikan negara dilihat hanya menumpukan kepada aspek kecemerlangan dalam peperikasaan tetapi pendidikan negara gagal membangunkan karektor insan yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Dalam Bajet 2010 ini juga kerajaan merancang untuk melaksanakan penstrukturan semula Skim Subsidi Minyak. Sistem baru ini yang menggunakan MyCard dan infrastruktur sedia ada memerlukan kajian mendalam dan pelaksanaan yang betul untuk mengelakkan sistem ini kelak menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak menentu kepada rakyat. Jika perlaksanaan sistem baru ini dilihat menyusahkan rakyat dan menambahkan kos perbelanjaan kerajaan maka sebelum ianya dilaksanakan kerajaan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan pakar dalam hal ini.

Bajet 2010 untuk memerangi jenayah rasuah yang dicadangkan kerajaan dilihat tidak nampak mampu membendung jenayah rasuah secara drastik. Penggubalan Whistel Blower Act untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tidak mempunyai erti jika penjenayah rasuah berprofil tinggi terus dilindungi. Kredibiliti SPRM kini jatuh merudum di peringkat nasional dan antarabangsa kerana persepsi rakyat menganggap SPRM tidak berupaya menyelesaikan kes yang mencecah berbillion Ringgit Malaysia dan individu berprofil tinggi. Sehingga kini SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa selain menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara. Persoalannya ialah bagaimana pula jika Peguam Negara dan individu berprofil tinggi terbabit melakukan rasuah?

Usaha memperbaiki imej SPRM bukan hanya sekadar mengadakan persidangan antarabangsa dan sessi penerangan semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2010. Apa perlu didahulukan ialah agar SPRM ini mempunyai kuasa pendakwaan yang luas dan hanya menerima arahan daripada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong. SPRM perlu bertindak pantas menyiasat kes-kes yang melibatkan Ringgit Malaysia Berbillion-billion dan bukan hanya beria-ia menyiasat kes-kes terpilih yang hanya bermotifkan peribadi dan politik sempit semata-mata.

Untuk Bajet 2010 ini, adalah suatu tindakan yang pelik apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Program Permata. Apakah kerana Program Permata ini diterajui oleh Rosmah Mansor maka sejumlah wang rakyat yang banyak dilaburkan ? Atau apakah program ini begitu efektif dan berkesan ? Kenapa peruntukan sebanyak itu tidak disalurkan melalui kementerian yang dipimpin oleh Menteri Shahrizat ? Persoalan-persoalan ini membangkitkan persepsi negatif terhadap PM Najib. Apa yang diharapkan ialah perbelanjaan RM100 juta ini dipantau dan dipastikan memberikan manfaat terbesar kepada genarasi kanak-kanak.

Pembangunan teknologi hijau yang baru diperkenalkan di negara ini memerlukan kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Kerajaan perlu meningkatkan usaha kefahaman dan aplikasi teknologi hijau ini dalam kehidupan. Pengenalan teknologi baru sewajarnya mengurangkan kos perbelanjaan wang negara dan rakyat. Tiada ertinya teknologi hijau ini diperkenalkan dan dilaksanakan jika kos bebanan semakin meningkat dan tidak memberi impak positif kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Harapan besar rakyat dalam Bajet 2010 ini ialah agar kadar kenaikan kos barangan, makanan dan perkhidmatan tidak terus naik mendadak dan menjejaskan kuasa beli rakyat. Tiada ertinya Bajet dibentangkan berbillion-billion dan angka-angka yang dicanang-canang nampak indah belaka namun tidak sampai peruntukan tersebut kepada rakyat.

Peruntukan dan pengagihan dana persekutuan ini juga perlu sampai kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan menyampaikan dana persekutuan dan geran yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Negara memperlihatkan masih ada suasana jumud pemikiran untuk menggembeling secara bersama menjana pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Perbezaan pandangan politik tidak perlu terlalu jumud dan sempit sehingga ada dana yang sepatutnya diterima dan diurus oleh pihak yang tidak sehaluan dengan pandangan politik akan disekat dan dihalang. Rakyat menjadi mangsa kepada sikap kerakusan dan pemikiran sempit politik sesetangah pihak dengan tidak melihat kepentingan yang lebih besar kepada rakyat dan negara pada masa hadapan.

Malaysia perlu melangkah lebih cergas dan proaktif berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global. Walaupun ada petanda-petanda yang positif pemulihan ekonomi di peringkat global namun krisis ekonomi dan kewangan boleh kembali berlaku tanpa diduga dan diramal. Ekonomi Malaysia perlu mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi kepada apa sahaja iklim ekonomi global yang melanda. Rakyat perlu diutamakan dalam aspek kebajikan jika berlaku krisis ekonomi,makanan dan kemelesatan yang berlaku dan tidak menjurus kepada pakej ‘bailout’ dan menyelamatkan syarikat gergasi kroni sahaja.

Pengurusan yang cekap, sistematik dan amanah merupakan antara yang perlu diutamakan. Budaya membazir, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membantutkan dan merencatkan pembangunan rancak negara perlu diperangi habis-habisan.

Tidak keterlaluan kalau disimpulkan Bajet 2010 yang diharap dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di setiap lapisan dan peringkat di kala kesuraman ekonomi sekarang hanyalah ibarat minyak duyung perendang duyung1.
1 “Minyak duyung perendang duyung” adalah sebuah peribahasa Melayu yang membawa maksud ‘menghabiskan harta tuannya (atau rakyatnya) sendiri’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)


Moga2 hak rakyat dapat diutamakan dengan adil dan saksama...tanpa ada kezaliman ke atas sesiapa sekalipun...Rabbuna yusahhil Amruna!!!Ameen

Salam Juang,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Saturday 31 October 2009

SEMUT BERTASBIH KEPADA ALLAH



Salam Musafir ilmu buat semua penuntut ilmu di mana antum dan antunna berada...

kuliah dah bukak.kelas sheikh hussein dah bermula.komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di sini, kadang2 membuatkan saya x sempat nak update blog..agak sibuk pagi dan ptg.tapi, bila fikir tanggungjawab sbg seorang daie , semangat saya semakin membara utk sampaikan ilmu kepada masyarakat umum dan utk terus istiqamah di medan penulisan blog nie..bersama sahbat2 yang lain..."sampaikan walaupun satu ayat"..

nie ader sedikit perkongsian...ttg semut..knp semut??kenapa x makhluk yang lain..istimewanya semut, sehingga Allah rakamkan kisahnya bersama Nabi Sulaiman di dalam Al-Quran..mmg semut makhluk istimewa yang diciptakan Allah.
.waktu ana kat dq dulu time kami semester 6, ader seorang sahabat kami yang suka cerita ttg semut..akhirnya disebabkan minat dia terhdap semut maka dia amik keputusan utk membuat tajuk tesis kisah semut di dalam Al-Quran dan kaitannya dgn sains..mmg hebat tajuk nie..kami pun suka usik dia sebab tajuk tesis nie mmg unik dan best...bestnya kena kerja keras nak cari isi, tapi kawan ana (nor dafiqah-kat syria skrg) cukup mantap sehingga dapat hasilkan penulisan ttg semut dan kaitannya dgn Quran dgn mantap sekali...mabruk =)

klu gambar2 nie menunjukkan bagaimana semut bertasbih memuji Allah...malulah kita sebagai manusia kedekut berzikir kepada Allah dan Rasulnya...bukankah tanda seseorang itu mencintai seseorang dengan banyak mengingatinya???? terngiang2 telinga saya dgn kata2 sheikh nie..Sheikh selalu sebut...klu nak bercakap dengan Allah, banyakkan solat dan berdoa kepadanya..klu nak dengar kalam@ kata2 Allah banyakkan baca Al-Quran...ayuh sahabat2 semoga muhasabah dan gambar nie dapat kita jadi renungan buat kita hamba yang lemah dan dhoif ini....bukankah dengan mengingati Allah hati yang gusar akan menjadi tenang???



…ويقول الله تعالى

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدَهِ وَلَـكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا ( الإسراء 44)


Di Langit yang tujuh dan di bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
ويقول الله تعالى

وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ ( الأنعام 38 )

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
مجموعه من النمل الأبيض تشكل إسم الجــــــــــــــــــــــــــــــلالــــ ـــــــه الله


Salam Kembara Ilmu,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Thursday 22 October 2009

Kenangan Pembacaan K6 Bersama Masyaikh Al-Azhar-Tahniah PMRAM




Ya Allah, andai saya boleh ceritakan pada sahabat2 apa yang saya rasa sepanjang majlis k6( Pembacaan Kutub Sittah)..ingin saya kongsi rasa bersama sahabat2 perasaaan ini. 4 hari yang sangat bermakna dari setahun yang panjang!ini sahaja perasaan yang boleh saya gambarkan...terharu, seronok, gembira, sedih..sepanjang program. tak sangka Allah, pilih saya bersama2 sahabt pencinta2 ilmu yang lain dalam program ini...syukran Ya Rabb. Majlis penutup cukup meriah malam tadi..seorang demi seorang ulama' al-azhar memberikan kalam2 mereka yang sangat bermakna kepada seluruh peserta k6 siri pertama sempena majlis penutup..


Antara para masyaikh yang terlibat ialah:
- Syeikh Dr. Jamal Farouq
- Syeikh Rifa'at Fauzi
- Syeikh Dr. Yusri Rushdi Al Sayyid Jabr Al Hasani
- Syeikh Muhammad Ibrahim Al Kattani
- Syeikh Dr. Usamah Al Azhari


Ya Allah. Berkatilah para masyaikh kami. Lapangilah hidup mereka. Berkatilah ahli keluarga dan ulama'2 ini yang jiwa dan ruh jihadnya subur menyebarkan ilmu kepada kami..jadikanlah kami penuntut2 ilmu yang mencintai sunah Rasululllah s.a.w sepanjang hidup kami,tanamkanlah smgt juang yang tinggi dalam jiwa kami utk kami jadi seperti mereka agar kami pulang ke Malaysia menabur bakti meyebar dakwah sunah perjunagn nabi Muhammad s.a.w suatu hari nanti..

Ya rabb, terimalah doaku hambamu yang hina ini..Ameen

utk full story k6 sepanjang program, shabat2 boleh layari http:kutubsittah-pmram.blogspot.com...

Tahniah buat seluruh ahli jawatankuasa pmram yang bertungkus lumus menjayakan program ini. wlaupun berbagai ujian yang dihadapi..antum tidak berseorangan, kerana kami ahli Pmram sentiasa memberikan sokongan padu kepada Pmram setiap masa. kalau kat Malaysia krisis politik yang cukup memualkan saya , PMRAM jugak terkena tempias dengan JPMK.

Negara Arab berperang sesama sendiri.Kini, Di Mesir orang yang beragama Islam berbangsa Melayu cuba menggagalkan program2 bersama ulama2 azhar.Apa dah nak jadi nie?? Ya Allah kau satukan hati kami dan kau berikanlah hidayah kepada mereka agar sentiasa mendapat petunjuk dariMu.

Ala kulli hal. kuasa Allah mengatasi segala2nya, dan akhirnya niat murni dan kudus ini dimakbulkan oleh Allah. TAHNIAH PMRAM!!!

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Monday 5 October 2009

Jom Pakat-Pakat Pi Kutub 6




Majlis Pembacaan Kutub 6 anjuran Pmram

Rasa beruntung tidak pulang ke Malaysia tahun ini. Aik??? mesti ada yang mushkil kenapa ana bercakap mcm ini....Rupa-rupanya...inilah nikmat yang ana rasa cukup besar dan peluang keemasan kepada mahasiswi dan mahasiswa Al-Azhar dan perubatan yang tidak pulang ke Malaysia kerana dapt mengikuti Program Pembacaan Kutub Sittah pada 17-20hb oktober 2009 tidak lama lagi....
Allahuakbar!!

Gambar yang ana attach kat atas ini, adalah gambar kitab yang akan digunakan oleh syekhul Azhar ketika program pembacaan Kutub sittah..jadi sesiapa yang dok kat Mesir , pastu x pulang ke Malaysia tapi ada duit lebih..pastu x pi ke Kutub Sittah, ana rasa satu kerugian yang besar...rugi..rugi..rugi..memang rugi..

InsyaAllah, program selama 4 hari ini akan dimulakan dengan pembacaan Kitab Shahih Bukhari karangan Imam zabidi sehingga habis.Sama-sama kita doakan agar program yang julung2 kali diadakn ini dipermudahkan dan berjalan lancar...

kalau ada sahabt-sahbat yang nak tahu lebih details about this information, boleh layari laman web kutubsittah-pram.blogspot.com.

bersambung lagi...

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Monday 21 September 2009

Ahlan Wa Sahlan Pelajar Baru Qiraat dan Perubatan Mansurah sesi 2009



Gambar Pelajar Perubatan


Sheikh Hussein bersama anaknya Muhammad di Aidilfitri(inilah wajah Sheikh yang mendidik kami setiap hari tanpa jemu Moga Allah rahmati dirimu dan keluargamu...







Pada permulaan kitab Risalah Taalim Mutaalim ini, Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:

“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”


Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab-adab atau jalan-jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan-rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntut ilmu."



Ahlan Wa Sahlan kepada pelajar baru qiraat dan perubatan yang akan sampai ke bumi Mansurah…Bumi mansurah akan dibanjiri dengan pelajar perubatan dan pergigian tidak lama lagi. InsyaaAllah kehadiran ini dijangka pada penghujung September dan awal Oktober 2009.Kalau sebelum ni warga mansurah mencecah seramai 700orang dan lebih jika dicongak dengan pelajar yang sudah pulang ke Malaysia dan pelajar baru..komuniti Mansurah sekitar bilangan ini sahaja.. Istimewanya Mansurah kerana ia terkenal sbg furu' yang mempunyai pelbagai jurusan kos seperti perubatan, qiraat dan kuliah. Ada sesetengah tempat ada satu jurusan sahaja atau dua urusan sahaja, tetapi Mansurah ada pelbagai latarbelakang…Mansurah memang sangat unik jika yang datang ke sini dapat memanfaatkan sebaik mungkin….mengambil peluang dan ruang dengan saling bertukar ilmu antara satu sama lain..

Pasti, kehadiran adik2 yang datang ke bumi Mansurah ini penuh semangat dan berkobar2 membawa cita2 yang tinggi dari desa ataupun kota untuk meneruskan pengajian di sini…Syabas dan tahniah! Walaupun saya baru setahun berada di bumi mansurah, saya mahu adik2 yang datang berjiwa besar, bermatlamat dan bersedia menerima tarbiyah di bumi anbiya' ini… Kerana apa?tanpa itu semua kita akan rebah di tengah jalan dan tidak mampu meneruskan perjuangn di perantauan orang…hidup di perantauan ini tak sama….yang pasti, kalau hati mahu semua akan jadi…tepuk dada tanyalah iman…

Saban tahun yang lebih senior akan memberikan nasihat kepada yang junior..sebagai pengalaman yang mereka lalui. Termasuk juga saya..Bila sampai mula2 tu agak terkejut juga dengan dialek dan lahjah ammiah yang pekat, tetapi bila dah lama2 dah biasa..kadang2 kita pulak yang pandai mengusik ammu dan mama bila bermuamalah di suuq dan ma'rod2..kering gusi melihat telatah mereka dengan celoteh malizi nie..lagi2 bila dah boleh kuasai bahasa ammi nie..yang pasti jangan malu mencuba dan bercakap..kalau x reti sekalipun, gunalah bahasa isyarat ketika bermuamalah..InsyaAllah depa faham(penah terjadi )…kalu rajin, da satu buku kecil yang dibawa kemana2 sahaja utk mencatit mufradat baru..buat dulu, InsyaAllah adik2 akan tahu hasilnya nanti…Khusus utk adik2 Qiraat..sebagai perkongsian..moga2 ia dapat membantu adik2 sepanjang permusafiran di sini…InsyaAllah

Yang paling penting..kena ikhlaskan niat datang sini kerana ia antara priority hidup kita dan akan menentukan bagaimana tndakan kita selepas nie.. Ikhlas satu kalimah yang mudah ditutur, tetapi kadang kala amat payah dipraktikkan. Tuntutan nafsu, penghormatan, kekuasaan, dunia dan sebagainya seringkali mengaburi dan memesongkan niat kita. Apa yang paling kita risaukan apabila keikhlasan tiada dalam menuntut ilmu adalah, kita termasuk dalam golongan yang paling rugi, yang sesat jalannya di dunia, namun menyangka dirinya melakukan amalan yang terbaik (Al-Kahf: 103-104). Na'Udzu billAhi min zAlik.Bukan senang…tak semudah yang dikata.Perkara ini dtuntut sebab kita berada di Bumi Mesir.Mesir?Bumi di mana Allah rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran tentang Nabi yusuf, Nabi Musa dan Firaun, Hamam, Qorun dan pelbagai lagi…kalau betul niat kita…maka jadilah kita pewaris ulama'..klau salah niat… Na'Udzu billAhi min zAlik…



InsyaAllah ana yakin yang datang dah bersedia..Cerita pasal matan.Bagi tahun satu qiraat, penguasaan penghafalan matan qiraat amat penting…utk tahun satu jer da 500bait lebih kena hafal termasuk farsh huruf..time saya tahun satu jenuh jugak pulun menghafal tapi x sampaila 500bait..Matan Ibnu Jazari memang kena hfl smua sbbbila time imtihan, soalan qiraat, matan ditebuk. Kalau tak hafal…nak jawab apa??jadi..kenala hafal semua..Beberapa tips utk dikongsi:

Maahad Wajib Pergi setiap hari dan Muhadhorah Sheikh Hussein di markaz dpja
(jangan ponteng kalau tidak ada keuzuran)-ikhlaskan niat kerana Allah


1.Buat jadual sistematil menghafal bait sehingga habis.Da target mingguan, bulanan dan harian.
2.Bawak matan ke mana sahaja (kalau da masa free hafal)
3.Jangan ponteng tasmik dengan ustzah di Maahad(tasmik matan setiap hari sabtu). Kadang2 saya bila pergi maahad, kurang bersedia bila nak tasmik…tetapi gagahkan jugak..rupanya bila ada tekanan, boleh pun tasmik wlaupun x sedia
4.Pastikan da partner tasmik (senang nak ulang tasmik)
5.Memahami bait sebelum menghafal
6.Mengingati rumuz imam dan perawi (nak bagi cepat hafal bait)
7.Hafal bait ikut potongan matan
8.Buat rentak secara berlagu (terpulang lagu apa pun..denagn rentak lagu..lagi cepat nak ingat)
9.Menghafal dengan lancar
10.Ulang hafalan 40x atau lebih bergantung kepada kekuatan otak masing2 (sesetengah orang cepat hafal dan ada yang perlu masa lama utk menghafal) kaedahnya seperti menghafal Quran
11.bagi yang berkemampuan (menghafal bait setiap kali selepas solat 5 waktu).1 waktu = 1bait
12. Carilah suasana tenang atau suasana yang boleh membantu hafalan
13. Memnfaatkn hp@ mp4 sebagai alat membantu proses penghafalan
14. Menulis matan yang telah dihafal
15.Bagi hadiahpada diri atau lakukan apa sahaja sbagai tanda usaha anda jika tlah sampai pada target yang ditetapkan sebagai rangsangan uk terus istiqamah menghafal

Tips 2:

Kaedah 1:1hari 5 baitX 7 =35 bait x 4 minggu = 140 baitx 4 bulan =560
Bait

Kalau start bulan 11 hafal, bulan 2 dah habis hafal. (kaedah paling selamat tetapi memerlukan mjahdah yang sangat tinggi, tekun dan x mudah patah semangat)

Kaedah 2:1hari 3bait X 7 =21 bait x 4 minggu = 84 bait x 6 bulan =504 bait

Kalau mula bulan 11, akan berakhir bulan 4. (Kaedah selamat dan perlukan usaha dan mujahadah tinggi.

Kaedah 3:1hari 1bait x 7 x 4minggu = 28 bait (sebulan) x 5 bulan = 140 bait

Kaedah paling tidak selamat.(tidak digalakkan sama sekali)

Tanbih: Menghafal matan perlu dilakukan dari awal sesi kuliah, supaya kita tidak stress bila nak dekat peksa. Bukan sahaja matan qiraat perlu dihafal, matan rasm dan fawsil juga perlu dihafal.(belum pengulangan Quran lagi) Kaedah tadi sebagai cadangan sahaja..bergantung kepada kemampuan dan kekuatan seseorang…selamat menghafal…


Muhadhorah Sheikh Hussein?Muhim?sangat penting sebab kelas tambahan yang disediakan dan diaturkan oleh dpmm membantu kita utk penguasaan dalam madah ni. Pembelajaran Sheikh Hussein dalam bahasa fushah membantu kita. Kelas ini kn konsisten berjalan sehingga bulan 4(periksa). Tiada honeymoon di Egypt!!!!!
ketika saya berada di tahun satu..kelas bermula jan 7 pagi. Bagi mereka yang dok jauh dari markaz kena bertolak awal sikit..utk samapi tepat pada masanya..buangkan budaya melayu yang suka datg lambat bila berjanji…tp kita cuba set mcm naik nek flight balik msia..mesti awal sampai kan kat mator???ah , musim sejuk akan lagi teruji..sejuk2 dah keluar meredah kedinginan berjalan kaki…yang ada time pagi..himar dan kambing2 berkeliaran di tepi2 jalan menguis3 sampah…

bersambung lagi....

Salam Lebaran,

Nor Latifah Othman

Saturday 19 September 2009

KAD ISTIMEWA BUAT SEMUA



Kad yang direka khas bagi mereka yang meminati bunga api dan tidak dapat beraya di kampung halaman di Malaysia....


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin


Salam Lebaran,

Nor Latifah Othman

Thursday 17 September 2009

SALAM AIDILFITRI



Istimewa…

Salam Aidilfitri..
Buat Ayahanda Othman dan Bonda Halimatun Saidiah Yeop Nordin

Buat kekanda Nor Naimmah, Kekanda Abdul Kuddus dan K.haiza, dan Adinda Nor Maisarah dan ahli keluarga di kampung..

Serta seluruh pelajar Al-Azhar, sahabat-sahbat serta teman perjuangan Darul Quran Jakim 2005/08 dan adik2 penerus perjuangan bumi tarbiyah dan tercinta Darul Quran Jakim Kuala Kubu Baru…

Guru-guru di Sek Raja Perempuan Taayah Ipoh Perak..
Para Pensyarah dan kakitangan di Darul Quran Jakim..

Salam Lebaran,

Anak Perantau,

Nor Latifah Othman
Takhassus Qiraat Tahun 2,
Maahad Qiraat Mansural Al-Azhar

Sunday 13 September 2009

PROMOSI ALLAH MAKIN BERAKHIR....




Agak lama juga saya tidak mencoret kata2 di dalam blog nie...tapi saya tidak betah membiarkan sahabat2 yang masuk ke blog saya berlalu tanpa mendapat sebarang input...

Perasaaan saya ketika berada di penghujung Ramadhan ini semakin terasa sayu...
makin sayu bila kedengaran di hening setiap malam di mansurah suara2 masjid melakukan qiyamulail secara berjemaah....ahhh..sayuu...menusuk...mendenagr suara imam mengalunkan ayat2 Quran...

Betapa hebatnya suasana di sini, orang arab tidak tidor...semata2 ingin mencari malam lailatul qadar sampai ke subuh....
pasti setiap dari kita mencari malam itu???adakah kita sudah menjumpainya....????

Promosi Allah makin berakhir???? macam x percaya...tp klu promosi jubah, tudung shoubagi ,kurma, kat sikah( nama tempat jual beli belah di Mansurah) tak pernah berakhir...tapi akhawat semakin berbondong2 ke sana mencari keperluan sebagai persiapan raya...Kalau di Kaerah berbondong2 ke Huseein dan Ataba mencari parsalinan baru di hari Raya.
...tapi....Ramdhan jualan MEGA SALE ALLAH sampai ke penghujung.....

Oh Tuhan....Adakah aku orang beruntung atau orang yang rugi pada Ramadhan kali ni?????Jangan Kau tulis namaku di kalangan mereka yang muflis di bulan ini.....

dan jangan kita tangisi jika Ramadhan telahpun pergi....PERGI KEMBALI???ATAU PERGI TAK KEMBALI???SIAPA TAHU???ITU SEMUA KUASA ALLAH......

HAYATI kISAH TELADAN INI....


Teringat sebuah kisah teladan dari seorg alim ulamak..kisahnya begini..

Di sebuah negeri yg aman damai tinggal seorg raja yg amat penyayang dan amat di kasihi rakyatnya..

Suatu hari sang raja terasa ingin berbuat kebajikan kpd rakyatnya..Sang raja telah memerintahkan menterinya agar memberitahu kpd seluruh rakyatnya bahawa sang raja amat berkenan utk menghadiahkan segala hartanya yg ada dlm istana kpd rakyatnya..Maka berjln la menterinya ke seluruh pelusuk negeri,dari pintu ke pintu,lorong ke lorong,rumah ke rumah utk menyampaikan titah perintah rajanya..Sang menteri menghadapi pelbagai ujian dlm melaksanakan perintah rajanya..adakala rakyat mengejeknya,ada yg berkata si pembohong,ada yg menolak dan ada juga yg menerima pelawaan sang menteri dgn baik..Di istana pula Sang raja memerintahkan pegawai istana agar membuka seluas luas pintu istana buat rakyatnya tetapi cuma utk satu hari sahaja!..

Setelah hari yg di tetapkan tiba maka raja membiarkan rakyatnya berbondong bondong masuk ke dlm istana utk mengambil apa sahaja yg ada di dlm istana..Dari berpuluh kereta mewah diraja,alat kebesaran raja,emas perak intan berlian,pakaian diraja,makanan di raja hatta dayang2 istana pun di angkut juga..Kipas,lampu,tilam,bantal,katil yg bertatahkan emas berlian di hadiahkan kpd rakyatnya..

Dlm keadaan hiruk pikuk rakyatnya sedang berebut mengambil bahagian masing2 tiba2 sang raja terpaku melihat seorg pemuda berdiri di muka pintu istana yg hanya senyum sendirian memandang ke arahnya..
Setelah habis licin brg2 istana umpama licinnya kedai saudagar “Siddiq Sigaraga” sang raja merasa kehairanan melihat si pemuda tadi..Sang raja lalu memanggil si pemuda td..
Tanya sang raja “apakah kamu tidak berhajat langsung akan segala harta yg telah aku kurniakan kpd mu dan seluruh rakyat pd hari ini?”..
Jwb pemuda “Sesungguhnya aku telah dpt apa yg aku inginkan”..Sang raja merasa hairan lalu bertanya “apa yg telah kamu dpt walhal dari awal hingga licin harta istana satu brg pun tidak ada pada kamu?”..Jwb pemuda”kamu!..kamu la harta yg aku perolehi hari ini”..


Allahuakbar..lihat la betapa bijaksana seorg pemuda dlm menilai sesuatu perkara..
Kini sang raja menjadi milik penuh kpd si pemuda tersebut..Alim ulamak beritahu pengajaran/kiasan dari kisah ini bahawa :
1) satu hari pintu istana di buka utk rakyat mengambil harta adalah bermaksud dunia yg kita diami ini adalah berupa semetara..Alim ulamak menafsirkan bahawa Allah s.w.t. akan bertanya kpd manusia berapa lamakah yg telah kamu hidup atas dunia?ada yg menjwb satu hari,ada yg menjwb setengah hari dan ada juga yg menjwb sekelip mata..Allahuakbar sesungguhnya manusia benar2 dlm kerugian..
2) rakyat yg sibuk mencari harta istana adalah bermaksud mereka yg lalai dari mengingati Allah yg mana mereka yakin harta dunia dpt memberi manafaat dan kebahagiaan bg mereka sedangkan Allah la yg beri manafaat dan mudharat dari setiap asbab yg diciptakan Nya..
3) Menteri yg di lantik raja adalah bermaksud para nabi dan rasul yg diutus utk menyampaikan perkara yg haq..
4) Pegawai istana adalah bermaksud malaikat yg di ciptakan khusus dgn tanggungjwb masing2..
5) Sang raja adalah Allah yg menjadi raja sekalian raja yg mana segala keputusan adalah di tgn Nya..
6) Si pemuda adalah org2 yg beriman/bertaqwa lg soleh di sisi Allah yg tahu menilai antara kelebihan dunia dan akhirat..Harta dunia hanya sementara sedangkan harta akhirat kekal abadi abadan..

Mereka yg mencari redha Allah maka Allah la yg mereka dpt..bila kita dpt Allah maka apa yg ada dlm syurga minta sahaja la pd Allah..Mereka yg menjadikan dunia sebagai matlamat maka nikmat yg mereka peroleh hanya setakat di dunia sahaja la hendaknya..
Wallahulam


Salam Ramadhan

Nor Latifah Othman

Friday 4 September 2009

Selamat Memburu Lailatul Qadar





Mencari Malam Lailatul Qadr

Allah swt berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadr:1-3)

Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadr karena keimanan dan keikhlasan, niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam senantiasa mencari malam Lailatul Qadr dan memerintahkan sahabat untuk mencarinya. Beliau membangunkan keluarganya pada malam sepuluh terakhir dengan harapan mendapat malam Lailatul Qadr. Dalam Musnad Ahmad dari 'Ubadah, Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang bangun sebagai usaha untuk mendapat malam Lailatul Qadr, lalu ia benar-benar mendapatkannya, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang."

Sejumlah salafushalih mandi dan memakai minyak wangi pada sepuluh malam terakhir untuk mencari malam Lailatul Qadr, malam yang telah dimuliakan dan diangkat darjatnya oleh Allah.. Sebab malam inilah sebagai pengganti umur, beramal pada malam ini lebih baik dari pada seribu bulan. Malam itu datang pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, tepatnya pada malam-malam ganjil, dan lebih diharapkan lagi pada malam kedua puluh tujuh. Berdasarkan riwayat Muslim dari Ubay bin Ka'ab Radhiallaahu anhu bahwa ia berkata: "Demi Allah, sungguh aku mengetahui datangnya malam itu. Iaitu pada malam yang Rasulullah memerintahkan kami untuk menghidupkannya, yaitu malam kedua puluh tujuh."

Tetapi kita tidak boleh mengharapkan malam lailatul qadar berada pada malam ganjil…seharusnya, kita berusaha memaksimakan usaha tuk mendapatkan malam istimewa itu….


YA ALLAH PERTEMUKAN KAMI HAMBA-HAMBAMU YANG HINA INI DENGAN LAILATUL QADAR….
AMEEN YA RABB…
SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR!!!!!!



Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Thursday 3 September 2009

MENTADABBUR AYAT-AYAT CINTA ALLAH ITU LEBIH PENTING



Kita dah masuk fasa kedua Ramadhan..x sangka cepat masa berlalu. Membaca Al-Quran semakin rancak di mana-mana. Di kaki lima, di pasar raya di rumah, di masjid, di pasar, di merata2 tempat…pasti Al-Quran dikendong di sisi….bacaan Al-Quran berkemundang di merata2 tempat…meriah sungguh. Yang meriah tue suasana Ramadhan, tapi adakah hati kita zuuq dan meriah tuk membaca Al-Quran setiap masa terluang…..???

Teringat kisah Rasulullah ketika Ramdhan terakhir, Rasullullah mengulang Al-Quran dengan Jibrail sebanyak 2 kali…..kita????

Berapa kali dah kita khatam?Berape juzuk dah kita bace? Berapa juzuk dah kita ingat? Yang paling penting….berapa banyak ayat yang kita tadabbur???ah…sama2 kita muhasabah…dan semoga kita lebih tekun dengan Al-Quran.Dia kenal pemilik yang membacanyanya…andai kita rindu pada seseorang kekasih…inilah masanya..mentadabbur ayat-ayat cinta Allah…..



JOM KITA PULUN QURAN dan MEMBURU LALATUL QADAR!!!



Salam Ramadhan,

Nor Latifah Othman

Sunday 30 August 2009

Ramadhan & Merdeka k-52: Perarakan Kepala Lembu Bantah Pindah Kuil




Ya Allah, Kau selamatkan agama dan umat Islam serta rakyat Malaysia dari perpecahan dan pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini....Peliharalah ahli keluarga kami dan umat Islam ini. Jangan kau biarkan mereka menodai bulan Ramadhan ini, dengan perkara sia2...seperti ini.saya terkejut bila membaca berita ini...di bulan mulia ni, semua umat Isalam sibuk bertungkus lumus melipatgandakan ibadah, tapi di tanah air kita..Demonstrasi kepala lembu...Yang ramai pergi deno, beragama Islam plak tu. Benarkah Ramadhan menatijahkan kita sebagi hamba yang bertaqwa????


Berita Penuh:

SHAH ALAM, 29 Ogos: Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah semalam di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.



Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pagi tadi, Ahli Parlimennya Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

"Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem. Di tempat-tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, Polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kat Khalid.

Beliau yang dikenali sebagai penyokong kuat PAS dalam Pakatan Rakyat turut mempersoal sikap 'tunggu dan lihat' Polis ketika perhimpunan itu berlangsung.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis �tunggu dan lihat� cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. A. Xavier Jayakumar turut melahirkan rasa kesal atas pelampau-pelampau terbabit.

"Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demopntrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pihak termasuk Umno sendiri dibenarkan berdemontrasi secara aman. Kerajaan negeri konsistan tidak akan menentang hak asasi tersebut.

Namun, demontrasi ekstrem seperti semalam sebenarnya melanggar undang-undang serta perlu tindakan segera oleh pihak Polis.



"Mereka boleh demontrasi. Kita tidak akan tentang. Tetapi, demontrasi yang melampau seperti itu sesiapa pun lihat melampaui undang-undang. Jadi, saya gesa polis bertindak pada demontran yang melampau," katanya.

Beliau turut menjelaskan inti maklum balas pihak Polis sebelum membuat kenyataan media di sini.

"Saya diberitahu dia ada masalah peribadi di Alor Star. Pegantinya juga ada masalah peribadi di Shah Alam. Jadi, dia menyuruh kita (Pakatan) bertemu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam," katanya.

�Kita tidak mahu keharmonian rakyat menjelang Hari Merdeka ke-52 ini digugat oleh demontrasi yang penuh melampau itu. Kita minta Polis segara bertindak sebelum apa-apa yang lebih buruk berlaku," katanya.

Turut menyertai kenyataan media di sini, Adun Batu Tiga dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad pada satu kenyataan media yang lain petang tadi, menegaskan demontrasi melampau itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno sejak ditubuhkan lagi.

Tambahnya lahi, "Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Allah, iaitu Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh ummatnya berbuat demikian atas nama Islam.

"Jika berjuang atas nama Melayu, beginilah akibatnya (melampau)," tegas beliau.

Katanya, PAS berpegang dengan prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama-agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun kegamaan lain; sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An�aam.

Firman Allah bermaksud, �Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.�

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air berasid, sebagaimana beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin menjelaskan bahawa pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Noor Azam juga memaklumkan bahawa pasukannya sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik demi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Nasihatnya, semua rakyat diminta bersabar dan tidak lagi mengeruhkan keadaan, terutamanya di kala negara bakal menempuhi Hari Kemerdekaan ke-54 Isnin depan.

Semalam, kira-kira 50 orang Melayu dari pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang pro Umno mengarak kepala lembu yang masih segar berdarah dari Masjid Negeri menuju ke pejabat Menteri Besar.

Berdepan Bangunan MBSA, pemuda-pemuda �ekstrem� terbabit kelihatan saling menendang bangkai itu sambil melaungkan �Kami Bantah�.

Pada masa yang sama, kelihatan Pejabat Adun Batu Tiga turut dijadikan medan bantahan dengan contengan, �Khalid-Rodziah, Pengkhianat Bangsa�.

Laungan dan bantahan itu dipercayai khalayak ekoran keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memindahkan kuil Hindu ke lokasi yang baru di Syeksyen 23 Shah Alam.

Insiden �Kepala Lembu Berdarah� itu merupakan cabaran tergenting Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, setelah isu arak dan penternakan babi yang dipercyaai dicetuskan juga oleh Umno mulai reda belakangan ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar politik melaporkan Umno akan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini. _

Sumber: Harakahdaily.net

Salam Ramadhan,

Nor Latifah Othman

Friday 28 August 2009

Q5: : Kita Adalah Pengisi Kemenangan




Benarkah, Kita Pengisi Kemenangan itu????


Coretan hatiku....
Saya dan dan sahabat2 mengikuti Q5 sehingga ke penghujung, x pernah miss sekali pun dari Q1.13 ogos 2009 di Solah Kamil.sembang2 petang bersama ustaz hairul nizam, menyentakkan diri saya. saya rasa ini adalah kemuncak kepada Kolokium Ilmuan selama saya ikuti dari tahun lepas.

tajuk Taadud jemaah memang panas petang tue.masing2 bangun bertanyakan soalan. saya cuma dok jadi pemerhati.gambaran tentang taaddud jemaah semakin jelas dan semakin saya fahami.

pendapat tentang taadud jemaah ada 2:

1.Yusof Al-Qardawi-(teori semasa)

taadud jemaah boleh berbilang2 atau banyak bilangannya tetapi dgn syarat semua jemaah saling bantu membantu antara satu sama lain


2.Sheikh Fathi Yakan-(teori yang praktikal)

Taadud jemaah tidak boleh berbilang2, kerana ianya menimbulkan perpecahan.


disebabkan semakin byk jemaah yang muncul dan jemaah yg muncul bukan saling bantu membantu tetapi saling bercakaran dan cuba membawa kefhaman masing2, pendapat Sheikh Fathi Yakan sangat realistik dengan keadaan semasa.

klu nak mudah, kita boleh tgk jemaah2 di malaysia dan negara2 yang lain.jelas kan?
berbilang2 jemaah membawa kepada perpecahan.klu dah banyak jemaah, mcner kita nak cepat capai daulah islamiah.



macam kita nak pi ke dun bukit gantang, ader yang naik bus konsortium, bus bunga raya, naik van, komuter, helikopter, mercedes..punya la byk kenderaan nak pi sana. akibatnya jam teruk la kat bukit gantang.dari tol jelapang dah jam sebab byk kenderaan nak pi ke destinasi yang sama. kan mudah dan cepat sampai klu kita berkongsi dan tidak mementingkan diri. begitulah negara islam, kepentingan diri mesti dikenepikan klu kita nak cepat capai Khilafah Islamiah. Ini adalah cara yahudi utk melambatkan proses kita capai daulah islamiah iaitu dgn konsep "divide and conquer-(dasar pecah dan perintah).

Tasawwur taadud semakin jelas dan semakin saya fahami. InsyaAllah klu benar apa yang kita bawa ini, Allah akan permudahkan dan negara Islam akan tertegak nati. Cumanya, kita tidak pasti masanya.sama2 kita doakn. Tapi, andai Negara Islam menjadi kenyataan, benarkah kita benar2 bersedia menjadi pengisi kemenangan itu??? sejujur2nya saya pun belum bersedia menjadi pengisi kemenangan itu walaupun saya seorang azhariah..




Beberapa lontaran ust.hairul nizam kepada para gradusi Q5, supaya kita bersedia menjadi gagasan ulama' bila pulang ke malaysia dan mampu menyelesaikan isu2 panas di tanahair tercinta seperti, isu jizyah, murtad, penjagaan anak2 yang ibu bapanya berlainan agama, minum arak di khalayak ramai (kes terbaru model di malaysia) dan masalah gereja. bukan berdiam diri di dalm rumah atau masih terkial2 membuka kitab mencari jawapan kepada isu2 tadi.kelu lidah saya bila mendengar cabaran dari ust hairul nizam. saya yakin dan percaya kata2nya utk menyuntik semangat adik2 baru yg datang ke bumi mesir utk belajar bersungguh2 supaya tidak membuang masa sepanjang bergelar azhari dan azhariah......saya bersemangat dan tercabar dgn kata2 ust.hairul nizam....

Benarkah kita bersedia wahai azhari dan azhariah????


Petikan daRi blog ust.hairul nizam :


"PAS pula ingin memerintah dengan dasaran Syarak. Maknanya sebelum memutuskan sebarang keputusan, Syarak perlu ditanya dulu. Hakikatnya Allah dan Rasullah yang akan memutuskan dasar kerajaan yang diidam-idamkan oleh PAS.

Hari ini mungkin anda boleh berceramah. Goreng sana goreng sini. Hari ini mungkin anda boleh berdemonstrasi. Anda juga boleh menampal poster dan membawa usrah.

Tapi bila daulah itu sudah menjadi realiti, adakah anda seorang ulama pakar yang sampai ke tahad IJTIHAD? Adakah anda ketika itu seorang yang faqih dalam bidang fiqh Islami sehingga anda mampu menjelmakan ijtihad ulama silam dan semasa dalam rupa baru bagi sebuah negara Islam di Malaysia?

Atau anda ketika itu masih tetap ingin goreng sana dan goreng sini dalam masalah hukum?

Saya tidak mengharap orang lain. Saya mesti jadi pengisi itu.

Anda lemah semangat? Tak mahu serius dalam menuntut ilmu? Masih lagi tega untuk tidur di bilik anda lalu anda tinggalkan mutiara ilmu yang keluar dari mulut mulia para ulama di Ruaq Atrak, Ruaq Magharibah, Zollah Fatimiyyah dan lokasi-lokasi ilmu yang lain? Masih lagi punya jiwa pemalas? Masih berseronok dengan hiburan anda sehingga Masjid al-Azhar akan anda lawati setahun lagi?



Maaf. Saya meluat dengan anda. Anda tidak akan menjadi pengisi kemenangan itu. Anda memang mengecewakan
"

Semoga tulisan ini bisa membangkitkan semangat azhari dan azhariah utk terus tekun menuntut ilmu. bangkitlah azhari dan azhariah!!!! antum harapan ummah islam!


"Ramadhan Yang Sama, Natijah Yang berbeza"


Salam Ramdhan,

Nor Latifah Othman

Wednesday 26 August 2009

Majlis Berbuka Bersama Pelajar Perubatan Mansurah (PCM)

Sepetang bersama adik2 perubatan, terubat rasa rindu kepada bonda dan ayahanda di kampung. ..memenuhi jemputan dr.wan irham (pelajar perubatan tahun 5)yang membuat majlis berbuka, x sangka majlis yang diadakan meriah sekali bagi saya dan sahabat2. Ramai adik2 perubatan yang hadir..lebih kurang dalam 40 orang yang hadir..inilah semangat anak perantau ketika berbuka puasa..alhamdulillah.

Rupa2nya majlis diadakan ini utk memeriahkan lagi suasana ramadhan di bumi mansurah….dan program “Balighna Ramadan”anjuran PCM..tak sangka saya, dapat berjumpa dengan junior dq di sini...(dr.mursyidah ahmad kamil).



Rupa2nya bumi Allah nie kecil jer, getus hati saya..Allah itu Maha hebat..Ramadhan semakin bermakna kali ni..selesai majlis berbuka, kami solat magrib dan isya’ secara berjemaah…seusai solat isya', solat terawih diteruskan sehingga selesai...beruntung rasa hati dapat hadir ke majlis berbuka ini..kerana dapat mengenali adik2 perubatan dengan lebih dekat lagi...moga ukhwah terjalin kekal selamanya.

Salam Ramadhan,

Nor Latifah Othman.

Monday 24 August 2009

Syamail Muhammadiah: Ramadhan Yang Sangat Bermakna

Ramadhan Kareem....Meriah terasa menyambut ramadhan di bumi mesir buat kali kedua. Puasa kali ini sangat bermakna bila ana dan sahabat2 dapat mengikuti daurah kitab anjuran dpm mansurah yang dibentangkan oleh al-fadhil ust. Nazrul sehingga ke penghujungnya. Kitab syamail muhammadiah berjaya dihabiskan dengan 4 pertemuan bersama warga mansurah ...


walaupun agak keletihan, namun pencinta2 ilmu tetap setia dan tekun sehingga ke penghujung...walaupun kadangkala tertewas dengan menguap berkali2 dan haba panas dari luar..kesabaran sahabat2 mansurah membuahkan hasil...syabas ana ucapkan..

terase sedih..x sedar air mata mengalir..mendengar sedu2 sahabat2 yang turut terasa zuuq bila hadith tentang kewafatan Rasullullah dibacakan....Rasullullah telah lama pergi...
membaca hadith tentang Rasullullah rasa x layak menjadi umatnya...bukan seperti langit dan bumi, tapi mcm tanah dengan bulan ja...klu nak dibandingkan dengan kita nie...kerdilnya..
YA Allah," Benarkah kini kita benar2 mencintai Rasullulah seperti para sahabat dulu...??

" Mampukah kita mencintai Rasullullah s.a.w sebagaimana baginda mencintai kita, ummatnya? Allahumma shalli 'ala Muhammad wa baarik wa alaihi. Betapa cintanya Rasullullah s.a.w kepada kita."
.
Kasih Rasulullah tetap berpanjangan dulu,kini dan selamanya kepada umatnya yang tercinta....

" di luar pintu suara tangis mulai dengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan.....Ummati..ummati..ummati..."

Rasulullah telah pergi...pergi tak kembali.....

bersambung lagi....


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

AYYUHAL WALAD: WASIAT SEPULUH


WASIAT SEPULUH Sahabat-sahabatku, mari kita amalkan wasiat ini...moga kita tergolong dalam golongan hasanatul abrar wa sayyiatul muqorrobin...

1.Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun
*Wahai kawanku,Segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya.Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan,di situ ada sumber pertolongan,di situ ada sumber taufiq.Perhatikanlah banyak perintah Al-Quran....dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...juga di medan perang.Walaupun...disaat genting dan cemas.

2.Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik-baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah
*Wahai kawanku,Bacalah Al-Quran dan cuba memerhati mesejnya.Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit.Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan .Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah Al-Quran,kelak ia memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal,dan...cuba hayati mesej arahannya.Selalu berzikir dan terus berzikir!!!Disini ada ketenteraman,di sini ada kedamaian,di sini ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.

3.Berusahalah untuk bertutur di dalam BAHASA ARAB YANG BETUL kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar ISLAM.
*Wahai kawanku,Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa Al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan.Sebenarnya anda telah lama bermula.Iaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak faham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita....ialah kecuaian menguasai bahasa Agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar.Ayuh!!!Apa tunggu lagi???Bukalah ruang walaupun seminit!!!

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah
*Wahai kawanku,Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!!Berdebatlah jika kiranya membuahkan kebaikan.Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan.Syaitan namanya!!!

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram
*Wahai kawanku,Senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa!!!Rasulullah adalah yang paling banyak senyum.Beliau ketawa kena pada tempatnya.Tapi berpada-pada saja,wahai kawan!Plato juga berharap agar pementasan hiburan...yang tidak bermutu,terlalu banyak ketawa bodoh,hanyalah di tonton oleh golongan abdi dan orang upahan asing!Begitu juga Aristotle berpendapat,supay golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan,supaya tidak menular keburukan dalam diri!

6.Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh
*Wahai kawanku,Seriuslah selalu dn berguraulah berpatutan.Tanpa serius hilanglah kesungguhan!!!Tanpa bergurau,tawarlah kehidupan.Kata seorang penyair:Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubati dengan bergurau,Tapi,kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas.Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang
*Wahai kawanku,kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu.Janganlah jadi seperti orang bodoh.Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.Itulah katanya suara keldai!!!Surah Al-Isra' memberi tips kepada kita...Jangan keraskan suaramu dalam solat,tapi jangan pula merendahkannya.Carilah jalan di tengah antara keduanya.

8.Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan
*Wahai kawanku,Usahlah umpat mengumpat.Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain.Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.Ayuh!!!Hindarilah...mengumpat!Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.Sukakah anda memakan daging,pasti anda suka!Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati??Sekali-kali tidak!!Begitulah dosa-dosa orang yang mengumpat.Bertaubatlah jika anda mengumpat,tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!!Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syari'e:
#Untuk menuntut keadilan apabila di zalimi
#Untuk menghapuskan kemungkaran
#Kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
#Kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9.Berkenal-kenalan dengan saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang
*Wahai kawan,Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian...Salam kasih sayang adalah untuk semua,Salam kemesraan adalah untuk sejagat.Hulurkanlah,hulurkanlah salam perkenalan....!Lihatlah pensyariatan ibadah haji.Pelbagai bangsa datang berkunjung!!!Pelbagai darjat datang berkunjung!!Sama-sama menjunjung obor suci ,tidak mengenali tapi tak sepi.

10.Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada.Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
*Wahai kawanku,Maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya memanfaatkan masa.Hadkan masa penuaiannya.Biasakan hidup berjadual.Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda!Bersegeralah,kerana...Sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bermaksud:"Bertindak segeralah melakukan amal...."(diulang 7 kali)Sayanglah masa saudaramu!!Hormatilah waktu mereka!!Usahlah berbicara meleret-leret...tanpa haluan dan nokhtahnya...

Assayahid Imam Hassan Al-Banna

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

FEEDJIT Live Traffic Feed