Monday 26 July 2010

Tokoh Muslimat Palestin

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..

Bismilahirrahmanirrahim...ketemu lagi. Saya kekeringan idea untuk mengupdate blog dalam masa yg sangat doiyyik ini. maklumla musim panas, lagi x da mood.huhu. Tapi, bila baca artikel ini, saya rasakan artikel ini cukup penting buat insan yang bergelar muslimah.

Peranan wanita hari ini sangat global. Ramai wanita keluar bekerja membantu suami mencari nafkah. Ada juga keluar menabur bakti, mendidik anak bangsa. Ramai juga yang terjun ke bidang korporat dan profesional. Anda semua bagaimana? Saya yakin, walau di mana jua proksi kalian, sama ada berada sudah berkerjaya, berumahtangga, bergelar mahasiswi atau berada di barisan kepimpinan sektor kerajaan dan swasta, tugas kita adalah sama....membantu agama Allah terus tertegak di muka bumi ini InsyaAllah...moga Allah terus thabatkan kita dalam perjuangan Islam ini...

semoga kisah perjuangan Dr. Maryam Soleh mampu kita teladani dan ikuti sebagai seorang muslimah haraki Islam...
 



Golongan muslimat merupakan sayap kanan dalam perjuangan Islam semenjak zaman Nabi SAW. Pengorbanan mereka setanding dengan kaum muslimin dalam menjaga dan menenangkan agama Allah SWT, bukan sahaja merapikan sebuah rumahtangga tetapi berkubang darah dan keringat di medan perjuangan. Sumaiyyah, ibu kepada Ammar bin Yassir menjadi syuhada yang pertama dalam perjuangan Islam. Ummi Nusaibah binti Kaab menjadi muslimah yang berbai’ah dengan Nabi SAW dalam perjanjian Aqabah kedua dan merupakan muslimah yang mempertahankan Nabi SAW di medan Uhud sehingga berlinang darah mengucur dari badannya akibat tikaman musuh. Ummi Mukminin, Aishah pula dengan keupayaan akal yang tinggi menjadi tempat rujukan bagi sahabat dan sahabiah dalam perkara agama, terutamanya selepas kewafatan Nabi SAW.

Peranan muslimah sebagai pejuang Islam berterusan sehingga akhir zaman dan mereka tidak pernah gentar berhadapan dengan musuh walaupun diancam dengan kematian. Ini pernah terbukti di Mesir, Iran, Lubanan, Palestin, malah ada yang mati syahid kerana mempertahankan maruah diri mereka.

Muslimat Palestin

Hamas merupakan salah satu cabang Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 1987 di Gaza yang juga merupakan ibu negara bagi Palestin. Puluhan tahun sebelum ditubuhkan Hamas, pejuang Islam telah bergerak dalam usrah-usrah Ikhwan di Gaza terutama anak-anak muda yang berpendidikan dan menyintai Islam yang berdaulat. Sejak tertubuhnya Hamas sebagai sebuah gerakan Islam secara aktif, ia telah banyak melahirkan individu pejuang yang sanggup berkorban Islam khususnya bagi menghadapi ancaman Zionis. Mereka bukan sahaja bangkit menentang penindasan terhadap mereka tetapi berjuang untuk membebaskan kiblat pertama umat Islam dan mengambil kembali Masjidil Aqsa.

Hamas merupakan pergerakan Islam kontemporari yang mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding dengan gerakan lain. Mereka menguasai masyarakat dengan kerja kebajikan dan dakwah, pergerakan mereka juga sarat dengan intelektual Islam dan mempunyai jaringan di seluruh dunia terutamanya melalui parti-parti Islam. Mereka juga merekrut anggota jihad yang terlatih yang dikenali sebagai Brigged al Qassam, Hamas sentiasa berada di hati umat Islam sehingga diberikan kepercayaan dalam pilihanraya oleh rakyat Palestin untuk memimpin mereka.

Pejuang-pejuang Hamas bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Adam semata-mata, akan tetapi juga melibatkan kaum Hawa termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi, antara mereka ialah Dr Maryam Soleh salah seorang pejuang muslimah yang cukup kental dan cekal pendiriannya bersama Hamas.

Mengenali Dr Maryam Soleh

Dr Maryam dilahirkan pada 1953 di kem pelarian Dir Ammar, Palestin. Mendapat pendidikan awal dan menengah di kawasan penempatan pelarian, setelah itu melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Dakwah Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Malik Abdel Aziz di Makkah dengan mendapat keputusan cemerlang pada 1979, pada 1986 menyambung pengajian di peringkat Sarjana/M.A di Jabatan al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Ummul Qura juga di dalam bidang dan universiti yang sama dengan mendapat kepujian dan sokongan daripada kerajaan Arab Saudi.

Setelah tamat pengajian, Dr Maryam memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Syariah Islamiyyah di Universiti al-Quds Abu Dis di Palestin, pada masa yang sama dilantik menjadi pensyarah jemputan di Universiti Terbuka al-Quds.

Dr Maryam berkahwin dengan seorang jurutera pertanian dan perladangan, Nazmi al-Tarifi dan dikurniakan tujuh orang anak, lima daripada mereka adalah lelaki dan dua perempuan. Ketika menyambung pelajaran di peringkat Ph.D, beliau ditemani oleh suami serta anak-anak untuk menetap sementara di Arab Saudi bagi memudahkan urusan menghabiskan penulisan tesis.

Meninggalkan kerjaya sebagai seorang pensyarah pada Januari 2006, apabila Hamas menang besar dalam pilihan raya negara, Dr Maryam yang merupakan calon Hamas menang dalam pilihan raya bagi kawasan Ramallah. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin hingga sekarang sebagai kerajaan yang sah yang dipilih rakyat.

Pandangan dan Harapan Dr Maryam selaku Menteri Wanita

Setelah memegang jawatan Menteri Wanita dan juga Exco kerajaan Hamas, Dr Maryam lebih menumpukan perhatian kepada penambahbaikan khususnya terhadap golongan muslimah bagi memacu satu program integriti melibatkan golongan berkenaan untuk memajukan kerajaan dalam segenap agenda yang dirancang. Lebih-lebih lagi program yang boleh mendatangkan keuntungan kepada keutuhan ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis ekonomi global.

Bagi Dr Maryam, golongan wanita terlebih dahulu perlu menjalani program pembinaan jati diri berasaskan motivasi yang dirancang khas oleh kementeriannya bagi memastikan agar mereka mendapat sedikit sebanyak informasi berguna bagi menghadapi dunia yang serba terdedah kepada bahaya penyelewengan yang tidak mengecualikan wanita-wanita Islam seluruh dunia, apatah lagi warga Palestin yang menjadi sasaran musuh luaran dan dalaman (Fatah).

Dalam satu wawancara dengan wakil media asing, Dr Maryam ditanya mengenai penglibatannya sebagai ahli politik dengan mempunyai ramai anak, adakah ia tidak merencatkan kestabilan politik yang beliau ceburi sekarang ini, tanpa ragu dan teragak-agak, Dr Maryam dengan penuh yakin menyatakan, bahawa semua aspek berkenaan tidak sedikit pun mengganggu kariernya dalam politik Palestin, kerana yang paling penting ialah pegangan agama yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau selanjutnya menegaskan, bahawa beliau mempunyai pengalaman satu ketika dahulu, bagaimana kemampuannya membahagi masa antara pengajian peringkat Ph.D serta pendidikan anak-anak, ia bergantung sejauhmana masa itu dibahagikan dengan saksama yang membuahkan hasil hingga penghujung pengajian, malah beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Pengalaman berharga itulah yang meyakinnya untuk terjun dalam arena politik secara praktikal bagi memajukan golongan wanita di Palestin khususnya untuk mencapai cita-cita seperti wanita-wanita lain di dunia.

Benarkah wanita Arab tidak dibenarkan untuk berkarier?

Itulah soalan yang ditujukan oleh media asing kepadanya bagi menyelami pandangannya sebagai Menteri wanita yang begitu optimis untuk menyelamatkan bangsanya daripada tertindas dalam segenap aspek kehidupan dek kerana hilang jati diri dan rasa terlalau rendah diri kepada pihak musuh. Dr Maryam dengan penuh semangat jihad dan memiliki kefahaman mendalam mengenai Islam berdasarkan elemen Sirah Nabi Muhammad SAW dan Siyasah Syar’iyyah, menegaskan bahawa selagi Islam memerintah, umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya akan berada di bawah naungan keamanan dan keselamatan maksimum, kerana Allah SWT adalah Yang Maha Pengampun seperti yang ditegaskan-Nya di dalam al-Quran.

Maryam merupakan contoh bagaimana, kehebatan manusia Palestin yang tidak mengalah kepada keadaan. Beliau sentiasa memanfaatkan ruang masa dengan kerja yang berfaedah sehingga membuktikan kejayaan dalam bidang akademik dan menjadi seorang Menteri Kabinet. Beliau juga mempunyai PR yang baik dengan masyarakat serta disayangi oleh Muslimat Palestin. Penulis yang berkesempatan mengunjungi Gaza juga berkesempatan bertemu dengan beliau di Hotel Gaza semsa Menteri-menteri Hamas menerima tetamu luar Negara. Dr Maryam kelihatan bersungguh-sungguh menyantuni tetamu-tetamu kerajaan termasuk ahli Parlimen dari Morocco.

Bagi Dr Maryam yang merupakan satu-satunya exco muslimah dalam kerajaan Hamas, anggota Fatah yang sebenarnya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, mereka melakukan perkara yang tidak memperlihatkan mereka sebagai golongan yang berpelajaran tinggi dengan mewujudkan kerajaan baru yang dibentuk oleh mantan Presiden Mahmud Abbas yang telah tamat tempoh pemerintahannya pada Januari lalu, dengan memilih kebanyakan kabinetnya daripada Fatah yang dipersetujui Barat, akhirnya mereka akan dihukum sekali lagi jika pilihan raya dilangsungkan pada bila-bila masa.

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Takhassus 3 Qiraat



Friday 9 July 2010

Fakta Menarik Judi di Malaysia

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu

Ya Allah. Apa dah nak jadi dengan Malaysia....Negara kita merupakan sebuah "Kubang Tah Judii" no 3 terbesar di dunia selepas Las Vegas di Amerika dan Macau di Hong Kong . Ianya sungguh memalukan . Malu pada Tuhan dan pada malu pada dunia . Sementara negara kita mempunyai lebih dari 10 orang mufti dan entah berapa ratus orang qadhi pula berapa ribu Imam di seluruh negara .

Ya Allah malunya.....konon Malaysia dilabel negara Islam oleh Pak Hadari, tetapi macamna boleh jadi antara top 3 ranking dunia?  Kalau binatang2 yang hidup di atas muka bumi boleh bercakap..pasti kita dicemuh.... Kita manusia yang x layak menyandang tittle khalifah bumi, dan seharusnya bg ja pada binatang title tue sebab depa tidak buat maksiat mcm kita sekarang.....

Buat sahabat2 yang masih memegang tanggungjawab sebagai pemegang imu di bumi anbiyak ini, marilah kita sama-sama terus istiqamah utk belajar2 bersungguh, memburu mumtaz Quran, menyahkan kemalasan dan sikap tidak acuh dalam menuntut ilmu yang semakin membarah di kalangan kita...

Masalah judi, couple, buang anak, siapa nak bertangunggajawab? nak tak nak..memang kita yang perlu didik dan membimbing mereka yang sudah hanyut dan tak nampak jalan pulang...Semoga permusafiran ilmu yang singkat ini dapat memberikan manfaat buat warga Malaysia di sana dan kita adalah ambassodar penyedar kejahilan ummat Islam Malaysia...

Fakta Menarik Yang wajib Kita Tahu!

Malaysia mempunyai sekurang - kurang 11 Loji [ baca kubang ] Tahi yang besar .

a] Perjudian Cyber
b] Perjudian Atas Kapal [ Malaysia 2 buah kapal kasino mewah 6 tingkat ]
c] Kasino di Pekan Danok Bukit Kayu Hitam
d] Perjudian bergerak [ menggunakan van - van besar ]
e] Perjudian di Kedai - kedai kopi
f] Sindiket Judi
g] Casino de Genting
h] Judi Nombor Ekor
i] Lumba Kuda dan Perlawanan bola sepak [ judi sukan ]
j] Mesin Permainan Video
k] Judi kanak - kanak [ tikam - tikam , mesin slot dan pertaruhan turap


Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras pengupayaan Melayu

Sekurang - kurangnya negara kita mempunyai 7 syarikat besar yang memiliki "Kubang Tahi Judi" ini :

a] Genting Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 1, 101, 101,000 ]
b] Resort World Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 645, 800, 000 ]
c] Magnum Corporation Bhd [ th 99' : untung bersih : RM 519, 304, 000 ]
d] Metroplex [ th 99' : untung bersih : RM 88, 980, 000 ]
e] Leisure Managment [ th 99' : untung bersih : 78, 958, 000 ]
f ] Berjaya Sport Toto Bhd [ th 2000 : untung bersih : RM 254, 474, 000 ]
g] Tanjung Public Limited Company [ th 99' : untung bersih : RM 185, 517, 000 ]


Merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham [ baca saham tahi ] dalam syarikat - syarikat judi .

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]
b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]
c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]
d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]

Rakyat dipaksa makan hasil tahi . Lebih malang , syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]

a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman
b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman
c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman
d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director
e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director
f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director


Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras Pengupayaan Melayu


Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat

FEEDJIT Live Traffic Feed