Sunday 29 November 2009

Salam Eiduladha buat Ayahanda Othman dan Bonda Halimah

Hayati iklan petronas in..Salam Eiduladha

Bila melihat video ini, mencuit hati saya.rasa geli hati melihat si bongsu berlari-lari mengejar abang-abang pergi mencari daging lembu buat bonda tercinta.kalau kat mesir banyak khoruf dan unta....terubat rasa rindu kepada kg halaman bila tgk video nie...byk pengajaran yang kita dapat. harapan dan cita-cita mak ayah mesti kita tunaikan mcam 7 beradik ini meredah sungai...naik turun pasar, berkayuh sampan..mencari..

"Daging..hati..limpa...apalah nak jadi dengan korang nie..."keluh makcik nie terhadap anak-anaknya







Salam Juang,

Nor Latifah Othman
tahun 2 takhassus Qiraat

...

Wednesday 18 November 2009

Fawasil Quran ( Siri 2): Jom Explore Bab Muqaddimah



Salam Kembara Ilmu buat semua sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan di mana jua antum-antunna berada..Moga terus istiqamah dan tekun menuntut ilmu..

Ilmu Fawasil. Menarikkan bunyinya ?? Bagi mereka yang berada dalam bidang takhassus Qiraat di Malaysia, Shoubro dan Mansurah, madah ilmu fawasil ini tidak asing lagi dalam bidang pengajian Qiraat di Mesir sehingga menjadi madah wajib setiap tahun di Mesir..

kenapa ilmu fawasil menjadi posting utama saya kali ini?? Saya ingin berkongsi ilmu ini dengan anda semua.Seperti yang sedia maklum, kelas pengajian Sheikh Hussein di sini telah bermula sejak bulan Oktober yang lalu. Bersama dengan 2 orang lagi sahabat saya(Ukhti Siti Nur Aini Salim dan Ukhti Rodhiah Salleh) kami bertiga, telah diamanahkan oleh Sheikh Hussein utk membantu sebagai tenaga penterjemah kepada adik-adik Qiraat tahun satu. Dan saya ditelah diamanahkan sebagai penterjemah madah ilmu fawasil pada setiap hari rabu jam 7-9pagi. Semoga Allah sentiasa membantu dan memudahkan amanah ini dan mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu pelajar tahun 1 dalam memahami ilmu fawasil dengan lebih baik lagi.Ameen ya Rabb.

Kitab yang digunakan dalam madah ilmu fawasil ini, bertajuk "Nazhimatuz Zuhri Fil 'ilmi Fawasil lil Imam As-Syatibi, karangan Sheikh Abdul Fatah Al-Qadhi. Beserta bantuan muhtasor Fawasil Sheikh Hussein saya cuba mengupas dan menjelaskan, menterjemahkan ilmu fawasil dengan terperinci lagi.Insya Allah.

Terjemahan yang dihasilkan berpandukan terjemahan saya kepada adik-adik Qiraat dengan menggunakan Kitab sheikh Hussein.


Bait 1-6

1-Imam as-Syatibi memulakan Matan karangannya (Nazimah Az-Zuhri@ Nazimah Az-Zahrah) dengan memuji Allah Taala supaya dapat mengumpulkan kemuliaan, kelebihan, faedah dan kecantikan ilmu ini seperti cantiknya mata bunga dan sebaik-baik tumbuh-tumbuhan.

2-Aku memohon perlindungan dari tuhanku agar aku terpelihara, dari setiap perkara yang makhruh dan bertentangan dengan sifat sebagai seorang manusia, dan dengan sifat ikhlas penulis (Imam as-Syatibi),serta aku takut dari sifat riya yang boleh merosakkan pahala amalan. Dan aku juga memohon perlindungan dari tuhanku dari setiap perkara sama-ada perkara tersebut secara sembunyi @ terang-terangan kerana sesungguhnya Allah Taala yang mampu untuk menyucikan perkara yang tersembunyi dari huru-hara, dan menyucikan sifat terang-terangan dari hawa nafsu dan tipu daya. Mudah-mudahan Allah dapat menyempurnakan amalanku .

3-Aku memohon perlindungan dari Allah dengan sifat  al-ma'ani, iaitu sifat hayat, iradah, ilmu, kalam, sam'u, basor, qudrah dan juga 2 sifat dari sifat salbiah: 1)sifat baqa' (kekal) 2)sifat wahdaniah( witr-ganjil)

4-Aku memuji Allah dengan sighah@ lafaz mudhori' sebagai bukti yang menunjukkan untuk berterusan bersyukur kepada Allah dengan nikmat pemberiannya dan aku memohon dari Allah agar mengurniakan taufiq kepadaku. dan sebaik-baik zikir adalah membaca al-Quran dan menyibukkan diri dengan Al-Quran dan pengajian yang berkaitan dengannya, serta mengambil berat dengan ilmu fawasil( tentang bilangan ayat Quran), dan sepertimana aku ingin menjelaskan  tentang bilangan ayat Quran dalam susunan bait-bait ini.

5&6- Selepas aku memuji Allah, disebutkan juga bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah penunjuk jalan,dan kebaikan dan rahmat kepada orang mukmin. kemudian disebutkan juga, yang dimaksudkan dengan ahli Nabi ialah mereka dari umat Nabi Muhammad (iaitu setiap mukmin yang bertaqwa). Dan disandarkan juga Qurabah Khas(para sahabat), dan Qurabah am( ahli bait s.a.w. Dan qurabah yang dimaksudkan, adalah dinisbahkan sepertimana awan yang membawa air hujan, dan menyirami tumbuh-tumbuhan kerana mereka (para sahabat) menghidupkan manusia  dengan sifat-sifat mulia dan kebaikan, dan menjadikan hati serta akal mereka hidup(mengingati) kepada Allah.

Alhamdulillah..tamam!Untuk entri yang akan datang, saya akan membawa anda semua kepada  peranan Imam-Syatibi dalam penulisan ilmu fawasil. Kalau nak jatuh cinta atau nak kenal ilmu ini dengan lebh dekat lagi jangan lupa utk folo posting akan datang...Saya tak dapat nak type bait dalm arab, mslh pc...afwan..to be continue... 





"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"
 

Salam Juang,


Nor Latifah Othman
Takhassus 2 Qiraat

Monday 9 November 2009

Orang Baru Keluarga Kami...Ahlan Wa Sahlan Ya Aqil

Baby tengah blaja praktis azan kat wad...sejuk perut mak dia..memang clever baby 'Aqil.. kecik-kecik dah pandai dakwah fardiah dalam ward Hospital Kuching..Allahuakbar!




Alhamdulillah.Rasa seronok bila dapat receive news frm Abg Kuddus...Bukak ja mesg, bila baca...aiK...K.Haiza (wife kepada Ust.Kuddus)dah selmat bersalin.Alhamdulillah.
Bertambah lagi ahli keluarga kami...

Permata Hati abg saya ni selamat dilahirkan pada 1 November, 2009. waktu pagi kat Kuching Sarawak.Suppose dia lahir bulan 12...nampaknya dia x sabar nak tengok bumi Kuching dah..Sedap walid dia bagi nama, Muhammad Aqil Abdul Kuddus.Rasa macam baru lagi..abg saya baru balik dari Shobro.Tapi dah 2 tahun berlalu dia meninggalkan bumi Mesir..raser mcm semalam ja dia bina masjid.Hari ni saya dah ada anak saudara sulung baru.Berat 1.8kg. Tapi kalau kita tengok gambar kat atas nie baby mcm besar.Maybe menurun walid dia yang panjang..
Alfun Mabruk Ya Akhi Kuddus..

Gambar kat atas nie, time Aqil difficult to breath smoothly. Anyway from the latest news from my brother dia dah sihat & dah x guna tiub..Moga anak saudara Mak Lang cepat sihat dan boleh ganti walid jadi imam terawih...

Salam Anak Perantau dari Mak Lang buat Aqil di Kuching


Salam Juang,

Nor Latifah Othman
2 Qiraat Mansurah

Thursday 5 November 2009

MUSLIMAH , PERJUANGAN DAN CINTA HAKIKI.....




Buat semua muslimah srikandi sayap perjuangan kiri Islam. M

Mehnah, ujian, airmata dan perjuangan x boleh dipisahkan...Jangan kita harapkan cinta manusia...Kejarlah dan carilah cinta hakiki itu...jangan sesekali kecewa!! Tiada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus mujahidah islam...Semoga kita semua dapat bertemu cinta pemilik hati Ilahi yang tidak jemu-jemu bermunajat kepdaNya...


khas utkmu Muslimah Perjuangan Islam,

Sajak aminah Qutb buat suaminya tercinta...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA
KITA,

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA
ALLAH

NESCAYA CINTA ALLAH TIADA
PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG
MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI¡

TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA
ALLAH,

KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG
MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.





YA ALLAH, ANDAINYA DIA ADALAH JODOH
YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU, MAKA
CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA
KEPADANYA ADALAH KERANA-MU, DAN
CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA, CINTA
KEPADAKU ADALAH KERANA-MU. NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG
DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH
DALAM MENGHARUNGI UJIAN, YANG KAU
BERIKAN KEPADAKU.

¨ YA ALLAH,JIKA AKU JATUH
CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG
YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU,AGAR
BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-
MU. ¨ª YA MUHAIMIN,JIKA AKU JATUH CINTA

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK
MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.

¨ª YA RABBANA,JIKA AKU JATUH
HATI,JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK
BERPALING PADA-MU.

YA RABBUL IZZATI,JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG
MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU. YA
ALLAH,JIKA AKU RINDU, JAGALAH RINDUKU
PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI
SYURGA-MU. ¨ª

YA ALLAH, JIKA AKU MENIKMATI CINTA
KEKASIH-MU,JANGANLA H KENIKMATAN ITU
MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA
BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-
MU ¨

YA ALLAH,JIKA AKU JATUH HATI PADA
KEKASIH-MU,JANGANLA H BIARKAN AKU
TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN
PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU. ¨

YA ALLAH,JIKA KAU HALALKAN AKU
MERINDUI KEKASIH-MU,JANGAN BIARKAN AKU
MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU
PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI
HANYA KEPADA Mati hanya sekali
jadikannya pada jalan Allah,
Mati hanya sekali jadikannya pada
jalan Allah,


Salam Juang,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Monday 2 November 2009

Bajet 2010: Rakyat Ddahulukan Atau.......??????




Hmmmm...BAJET 2010. Walaupun saya jauh di Mesir, bukan satu alasan saya utk tidak mengikuti perkembangan di tanah air tercinta...Malaysa tengah panas dengan isu bajet negara. Apa pendapat azhari dan azhariah ttg bajet kali ini. Gamis menggesa mahasiswi dan mahasiswa mengkrtik belanjawan yang telah dbentangkan. Kalau dahulu harga minyak naik 5 sen telah memberikan pukulan smash yang sangat dahsyat kepada pihak Kerajaan, sehingga tewas d semua pilhanray kecil di Malaysia. Adakah dengan bajet baru dapat memujuk rakyat kembali???Anda mahasiswa idealisme peka dengan isu negara..ayuh kita kritk belanjawan negara!!!

Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 23hb Oktober 2009 lepas merupakan pembentangan bajet sulung beliau sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3hb April 2009 lepas. Pastinya rakyat dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara akan melihat dan menganalisis Bajet 2010 ini sebagai KPI dan etunjuk kepada corak pentadbiran Perdana Menteri Baru ini.

Apakah pembentangan Bajet 2010 ini sekadar retorik angka-angka dan peratusan sahaja untuk menampilkan beliau juga mampu membentangkan bajet?, Atau mampukah beliau membawa pembaharuan ekonomi dan pendekatan baru yang lebih segar seperti yang diharapkan rakyat?

Pembentangan Bajet 2010 ini dikemukakan ketika suasana ekonomi Malaysia masih suram dan belum menampakkan pemulihan ketara selepas dua kali suntikan dana ekonomi dilaksanakan. Bajet 2010 ini juga mencatatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan belanjawan secara berimbang.

Secara umumnya Bajet 2010 tidak mencerminkan ‘belanjawan untuk rakyat’ seperti yang dicanangkan, kerana rakyat hanya menerima faedah dalam bentuk pengecualian cukai sekitar RM500 juta sahaja. Rakyat secara khususnya tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi akibat kepincangan tadbir urus ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini amat lemah, dan gagal mengembalikan keyakinan bahawa ekonomi negara semakin pulih dan berdaya saing di peringkat global.



Bajet 2010 pada kali ini yang kononnya menampilkan transformasi ekonomi model baru ke arah berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi dilihat tidak mengujakan. Usaha untuk menyaingi kehebatan ekonomi negara-negara lain yang telah melaksanakan model baru tersebut seperti Singapura, Taiwan, Finland dan Israel dilihat tidak strategik untuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang kerana asas ekonomi di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada sumber tenaga, kepakaran, pusat penyelidikan dan kemampuannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi telah bermula awal sejak era tahun 1970 dan 1980 lagi. Penumpuan negara-negara tersebut kepada bentuk ekonomi ini adalah disebabkan latarbelakang negara tersebut yang tidak mempunyai kelebihan sumber asli dan tanahnya. Mereka telah lama bermula dengan pembangunan dan penyelidikan yang mantap dan kukuh dalam semua aspek. Perancangan negara-negera tersebut juga jelas dan berhasil menjadikan ekonomi mencapai kemajuan yang disasarkan.

Kita tidak mahu melihat Malaysia terkapai-kapai dalam mengurus ekonomi masa hadapan dalam arus ekonomi global dengan tidak memberi perhatian utama memperkukuhkan pembangunan insan dan sumber tenaga pakar yang dilatih dan dibentuk sendiri. Kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar dan sumber manusia luar yang terlalu besar kuantiti dan kualitinya membahayakan strategi kestabilan ekonomi negara masa hadapan kerana mungkin tenaga pakar dan sumber manusia tersebut akan keluar mencari peluang lain yang lebih produktif dan lumayan.

Sewajarnya, model ekonomi Malaysia memperkukuhkan pembangunan sedia ada sumber asli, galian dan pertanian disamping mempelbagaikan penjanaan ekonomi dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Malaysia yang mempunyai kekayaan dengan sumber asli, galian dan tanah subur yang tidak dimiliki oleh negara-negara yang berasaskan kepada model ekonomi baru ini perlu mengambil segenap peluang dan menggilap potensi ekonomi secara keseluruhannya.

Usaha menarik pelabur asing ke dalam negara perlu dipergiatkan dengan usaha-usaha yang positif dilaksanakan dengan memperbaiki sistem ketelusan dan pengurusan ekonomi negara yang cekap,bebas rasuah dan mengurangkan birokrasi kerajaan. Negara yang hanya mencatatkan kemasukan dana pelabur asing hanya berjumlah RM3.6 Billion berbanding RM19.7 Billion pada tahun sebelumnya sewajarnya menggerakkan lamunan panjang pihak kerajaan agar melaksanakan satu tindakan yang proaktif dan drastik.

Hutang negara yang meningkat mendadak kepada RM362.5 billion untuk tahun 2009 menggambarkan ada yang tidak kena dengan gaya pengurusan ekonomi negara ketika ini. Apakah negara tidak mempunyai pelan khusus untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang mana situasi ini boleh menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia perlu mempunyai hutang negara yang rendah untuk memastikan kelangsungan jangkamasa ekonomi negara untuk lebih kukuh dan stabil. Kerajaan perlu memikirkan generasi masa hadapan yang perlu menanggung beban akibat jumlah hutang negara yang amat tinggi. Malahan setiap anak dalam kandungan lagi sudah terpikul tanggungjawab terhadap hutang negara secara tidak langsung.

Bajet 2010 pada kali ini juga agak ganjil kerana tidak memberi penumpuan kepada aspek pertahanan negara yang tidak memberikan apa-apa yang menarik kepada kebajikan para anggota tentera. Persoalannya apakah dana untuk anggota tentera sudah habis dihamburkan untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Jelas, kerajaan Barisan Nasional terus melupakan jasa besar mereka setelah pengorbanan besar disumbangkan oleh mereka.

Negara juga dikejutkan dengan tragedi kebakaran KD Inderapura di Pengkalan TLDM Lumut serta penggunaan senjata pertahanan yang tidak berkualiti dan ketinggalan zaman. Sewajarnya aspek pertahanan negara tidak boleh dipandang rendah kerana kegagalan menyediakan sistem persenjataan dan sumber tenaga manusia yang terbaik dan berkualiti kedaulatan negara mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing.



Kadar kelajuan internet dan broadband di Malaysia kian dipersoalkan. Tahap kelajuan yang berada di tangga 48 daripada 66 buah negara hasil kajian Universiti Oxford tidak menggambarkan usaha hasil pelaburan yang besar untuk pembangunan Multimedia Super Coridor dan Cyberjaya serta pelaburan besar pembangunan jalur lebar sebelum ini. Ini pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik memandangkan sistem capaian internet dan jalur lebar pantas adalah amat diperlukan untuk kepentingan strategik ekonomi dan pelaburan.


Malaysia amat memerlukan pembangunan jalur lebar berkelajuan yang tinggi untuk menyediakan negara kepada ekonomi masa hadapan. Kajian dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan keseluruhan ceruk rantau dan kampung yang mempunyai nilai ekonomi yang berpotensi dapat dikembangkan ke peringkat global. Sudah tiba masanya negara memperbaiki tahap kelajuan internet dan broadband jika mahu bersaing dengan negara-negara serantau yang sudah mempunyai tahap capaian yang baik dan pantas.

Negara-negara yang dikenal pasti sudah bersedia untuk menakluki teknologi maklumat masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps. Pemberian kontrak untuk syarikat-syarikat membangunkan dan memperbaiki kelajuan dan infrastruktur jalur lebar perlu diberi perhatian agar projek besar ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat dan Negara.

Aspek pembangunan pertanian dalam Bajet 2010 ini juga masih belum ada yang menarik melainkan pemberian berterusan subsidi. Sewajarnya satu anjakan baru untuk membantu golongan petani di negara ini dengan memperkenalkan sistem insurans dan takaful bagi memastikan sektor pertanian mampu memberikan sumber pendapatan negara di samping mengurangkan perbelanjaan keluar atau import produk pertanian daripada negara luar. Sumber tanah yang sesuai untuk pertanian perlu dioptimumkan agar kesan kenaikan barangan makanan yang pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan dan di atasi.


Golongan petani, nelayan dan penternak perlu terus disediakan suasana dan iklim pertanian dan penternakan yang memuaskan. Sistem pemasaran dan pengedaran yang menjadi kekangan kepada mereka selama ini perlu diperbaiki dengan memperkemaskan pengurusan agensi-agensi berkaitan. Sumber dana mudah untuk golongan petani memperhebatkan usaha mereka meningkatkan jumlah hasil dan kualiti perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sektor pertanian hanya dilakukan dalam skala kecil,tidak produktif dan terbatas.

Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar. Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Kedudukan ranking universiti-universiti di Malaysia memaksa kerajaan bertindak proaktif menyediakan suasana dan iklim pendidikan negara yang berteraskan kepada pembangunan insan secara holistik dan menyeluruh. Universiti di Malaysia perlu dilihat berbeza dan mencari kelebihan tersendiri jika agak sukar untuk mengatasi kualiti universiti tersohor dunia seperti Univerisiti Oxford dan lain-lain.

Pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi masakini kepada suasana dan iklim keperluan di masa hadapan. Pembelajaran yang bersifat hanya fokus kepada peperiksaan perlu diubah agar suasana pembelajaran di negara ini bersifat berterusan dan memupuk semangat cintakan kepada ilmu dan budaya menyelidik. Pendidikan negara dilihat hanya menumpukan kepada aspek kecemerlangan dalam peperikasaan tetapi pendidikan negara gagal membangunkan karektor insan yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Dalam Bajet 2010 ini juga kerajaan merancang untuk melaksanakan penstrukturan semula Skim Subsidi Minyak. Sistem baru ini yang menggunakan MyCard dan infrastruktur sedia ada memerlukan kajian mendalam dan pelaksanaan yang betul untuk mengelakkan sistem ini kelak menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak menentu kepada rakyat. Jika perlaksanaan sistem baru ini dilihat menyusahkan rakyat dan menambahkan kos perbelanjaan kerajaan maka sebelum ianya dilaksanakan kerajaan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan pakar dalam hal ini.

Bajet 2010 untuk memerangi jenayah rasuah yang dicadangkan kerajaan dilihat tidak nampak mampu membendung jenayah rasuah secara drastik. Penggubalan Whistel Blower Act untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tidak mempunyai erti jika penjenayah rasuah berprofil tinggi terus dilindungi. Kredibiliti SPRM kini jatuh merudum di peringkat nasional dan antarabangsa kerana persepsi rakyat menganggap SPRM tidak berupaya menyelesaikan kes yang mencecah berbillion Ringgit Malaysia dan individu berprofil tinggi. Sehingga kini SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa selain menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara. Persoalannya ialah bagaimana pula jika Peguam Negara dan individu berprofil tinggi terbabit melakukan rasuah?

Usaha memperbaiki imej SPRM bukan hanya sekadar mengadakan persidangan antarabangsa dan sessi penerangan semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2010. Apa perlu didahulukan ialah agar SPRM ini mempunyai kuasa pendakwaan yang luas dan hanya menerima arahan daripada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong. SPRM perlu bertindak pantas menyiasat kes-kes yang melibatkan Ringgit Malaysia Berbillion-billion dan bukan hanya beria-ia menyiasat kes-kes terpilih yang hanya bermotifkan peribadi dan politik sempit semata-mata.

Untuk Bajet 2010 ini, adalah suatu tindakan yang pelik apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Program Permata. Apakah kerana Program Permata ini diterajui oleh Rosmah Mansor maka sejumlah wang rakyat yang banyak dilaburkan ? Atau apakah program ini begitu efektif dan berkesan ? Kenapa peruntukan sebanyak itu tidak disalurkan melalui kementerian yang dipimpin oleh Menteri Shahrizat ? Persoalan-persoalan ini membangkitkan persepsi negatif terhadap PM Najib. Apa yang diharapkan ialah perbelanjaan RM100 juta ini dipantau dan dipastikan memberikan manfaat terbesar kepada genarasi kanak-kanak.

Pembangunan teknologi hijau yang baru diperkenalkan di negara ini memerlukan kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Kerajaan perlu meningkatkan usaha kefahaman dan aplikasi teknologi hijau ini dalam kehidupan. Pengenalan teknologi baru sewajarnya mengurangkan kos perbelanjaan wang negara dan rakyat. Tiada ertinya teknologi hijau ini diperkenalkan dan dilaksanakan jika kos bebanan semakin meningkat dan tidak memberi impak positif kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Harapan besar rakyat dalam Bajet 2010 ini ialah agar kadar kenaikan kos barangan, makanan dan perkhidmatan tidak terus naik mendadak dan menjejaskan kuasa beli rakyat. Tiada ertinya Bajet dibentangkan berbillion-billion dan angka-angka yang dicanang-canang nampak indah belaka namun tidak sampai peruntukan tersebut kepada rakyat.

Peruntukan dan pengagihan dana persekutuan ini juga perlu sampai kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan menyampaikan dana persekutuan dan geran yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Negara memperlihatkan masih ada suasana jumud pemikiran untuk menggembeling secara bersama menjana pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Perbezaan pandangan politik tidak perlu terlalu jumud dan sempit sehingga ada dana yang sepatutnya diterima dan diurus oleh pihak yang tidak sehaluan dengan pandangan politik akan disekat dan dihalang. Rakyat menjadi mangsa kepada sikap kerakusan dan pemikiran sempit politik sesetangah pihak dengan tidak melihat kepentingan yang lebih besar kepada rakyat dan negara pada masa hadapan.

Malaysia perlu melangkah lebih cergas dan proaktif berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global. Walaupun ada petanda-petanda yang positif pemulihan ekonomi di peringkat global namun krisis ekonomi dan kewangan boleh kembali berlaku tanpa diduga dan diramal. Ekonomi Malaysia perlu mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi kepada apa sahaja iklim ekonomi global yang melanda. Rakyat perlu diutamakan dalam aspek kebajikan jika berlaku krisis ekonomi,makanan dan kemelesatan yang berlaku dan tidak menjurus kepada pakej ‘bailout’ dan menyelamatkan syarikat gergasi kroni sahaja.

Pengurusan yang cekap, sistematik dan amanah merupakan antara yang perlu diutamakan. Budaya membazir, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membantutkan dan merencatkan pembangunan rancak negara perlu diperangi habis-habisan.

Tidak keterlaluan kalau disimpulkan Bajet 2010 yang diharap dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di setiap lapisan dan peringkat di kala kesuraman ekonomi sekarang hanyalah ibarat minyak duyung perendang duyung1.
1 “Minyak duyung perendang duyung” adalah sebuah peribahasa Melayu yang membawa maksud ‘menghabiskan harta tuannya (atau rakyatnya) sendiri’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)


Moga2 hak rakyat dapat diutamakan dengan adil dan saksama...tanpa ada kezaliman ke atas sesiapa sekalipun...Rabbuna yusahhil Amruna!!!Ameen

Salam Juang,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

FEEDJIT Live Traffic Feed