Sunday 24 May 2009

KEMBARA ILMUKU DI BUMI MANSURAH, MESIR

BUMI MANSURAH, MESIR



Gambar Kedudukan bumi Mansurah di Mesir


Sekitar Gambar Maahad Fatayat Mansurah








Pengajian kami di maahad bermula pada pertengahan bulan oktober setiap tahun. Pengajian talaqi qiraat bersama sheikh Hussein pulak bermula awal November. Bagi ana, memang best dok dekat sini. Bagi adik2 yang nak datang ke bumi Mesir ahlan wa sahlan. Pelajar akhawat yang datang kat sini memang x ramai. Batch ana ada lebih kurang 34 orang jer. Setiap batch lebih kurang byk tue jer kuantiti nya.


Bulan 10, dah masuk musim sejuk kat sini. Tp, x delah sejuk sangat time tue. Kelas maahad akan bermula jam 1-3ptg setiap hari kecuali jumaat.cuti umum di sini. Bila dah masuk bulan 11, jadual bertambah pack. Pengajian kelas sheikh bermula jam 7-9 pagi setiap hari. Kadang-kadang klu kita ikut kelas jama’ qiraat sampai jam 11pagi.Pastu, jam 1ptg, dah kena ready ke maahad. Sheikh Hussein mengajar semua madah tahun 1 seperti qiraat,rasm,fawasil dan ulum quran. Klu dekat Malaysia, kita belajar 7 imam qurra’. Tp, kat sini bertambah lagi 3 imam.Jadi semua 10 imam. Qiraat shazah pun kita akan belajar kat sini waktu tahun 3 nanti. Sepanjang penglaman ana setahun di sini, x berpeluang utk berjaulah sekitar mesir sebab masa yang sangat pack
antara kelas maahad dan kelas sheikh. Tapi, memng best bila masa hanya terisi dgn kuliah2 ilmu. Pagi petang dgn qiraat.Sesuatu yang x pernah ana jangkakan.



Selalu pas hbis Sheikh Hussein syarah, dia akan baca kitab hadis sahih. Dah hbis kitab hadis sahih..skrg dia baca kitab riyadhus solihin.Sheikh adalah tenaga tetap yang mengajar pelajar2 akhawt qiraat di mansourah. Klu mesir terkenal dgn amminya, tapi bila belajar dgn Sheikh Hussein x menjadi masalah sgt. Sebab sheikh cakap fushah. Memang seronk..Pagi2 dah keluar rumah dalm kesjukan hanya utk mencari ilmu yang munkin x dapt di Malaysia. Kita belajar dri kulit ke kulit buku. Tahun 1 kena hafal lebih kurang 550 bait matan jazari@toyyibah. Klu kat dq dulu kita guna matan syatibi..kat sini matan 10 imam plak.Dan semua tajuk usul dan farsh huruf al-baqarah adan ali imran semuanya adalah muqoror peksa.Itu satu cabran kpd pelajar qiraat selain penguasaan 30juzuk Al-Quran.


Satu cabaran bagi pelajar baru bila time ustzah syarah kat maahad. Memang pekat amminya. Tp lama kelamaan seronok plak. Setiap hari sabtu ada tasmik matan. Jadi, matan memnag kena hapal sentiasa supaya kita x kalut nak peksa dan tasmik. Lagi2, persediaan utk exam mmg kena ready dari awal coz semua tajuk adalah semua muqoror. InsyaAllah..klu niat kita mulia dan suci Allah akan permudahkan.yakinlah adik2. bumi mesir ini bumi anbiya’ yang byk menyaksikan byk perisyiwa2 bersejarah dari dulu lagi. Ujian dan tarbiyah memang x boleh dipisahkan d sini. Semakin Allah uji kita itu tandanya Allah sangat syg kat kita. Masa 3 tahun belajar kat sini sekejap jer mcm kat dq dulu. Semoga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang mencintai akhirat dan menjadi musafir ilmu sepanjang hidup kita. Bersambung lagi…



-Sungai Nil Di Mansurah


Salam Juang.

Nor Latifah Othman

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam alaik...
    ana memang tak nafikan ilmu dari ardun kinanah tu namun ada sedikit masalah bagi pemegang syahadah takhasus qiraat samada dari shoubra atau mansourah untuk sambung master di tanah arab lain koz hanya Malaysia sahaja mengiktiraf syahadah tersebut sebagai sarjana muda sedangkan negara lain hanya setakat diploma sahaja... dah ada kes dimana pemegang ijazah tersebut nak sambung di jordan tapi ada masalah... WaLlahu a'lam..

    ReplyDelete

FEEDJIT Live Traffic Feed