Thursday 21 May 2009

ISU:GOLONGAN BELIA ADALAH AL-'ADIYAT????




Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia; "Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas." "Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. Golongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"




"Golongan BELIA adalah Al 'Aadiyat. Kalau kita baca surah itu, kita akan tahu bagaimana kuasa gerakan tempur kawanan kuda-kuda ini"



(1)Demi kuda perang yang berlari kencang

(2)Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya)

(3)Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi

(4)Maka ia menerbangkan debu

(5)Dan menyebu ke tengah-tengah kumpulan musuh



Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia;



"Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas."



"Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. Golongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"



"Pengalaman tidak cukup dalam kurun ke 21, kerana dalam kurun ke 21 adalah kurun STRATEGI. Golongan muda adalah pengurus strategi terbaik."



"Dalam abad ini, siapa yang lebih konstruktif (membangun), proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut), dinamik (aktif), praktikal, akan membawa negara, bangsa, tanah air dan tamadunnya ke suatu tahap yang LUAR BIASA" Beliau juga menyatakan bahawa, belia adalah magnet yang mampu menggerakkan sesebuah masyarakat.



Lihat sahaja bagaimana AUKU itu sendiri tercipta. Ia adalah impak dari seorang anak muda bernama Anwar bin Ibrahim, yang berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa ke jalanan bagi menyedarkan kerajaan berkenaan isu kemiskinan di Baling, Kedah.



Lihat jua sejarah 7 orang pemuda yang memberi kesan kepada Kerajaan Dikyanus. Pada kisah Ghulam yang berguru dengan pendeta dan tukang sihir. Keberanian mereka mengakibatkan perubahan besar, momentum yang dinamakan AQIDAH. Allah kirimkan pada anak muda, satu jiwa yang berani mencabar dan dicabar. Kiriman rasa itu bukan sekadar semangat, tapi lahir dari kecintaan Iman.



Di ceruk hingar mat rempit, penagih, kaki pukul, Malaysia sebenarnya mempunyai sekumpulan anak muda berjiwa besar. Cukuplah andai saya sebutkan dua nama, GAMIS dan PMRAM, ia sudah memberi tenaga hebat membentuk sebuah negara. Pandangan dan idea yang mereka miliki bukan lagi bersifat local (setempat) tapi menyeluruh secara global. Kelicikan strategi, kekemasan gerak kerja dan kesepaduan anak muda ini sudah tidak perlu dipertikai lagi.



Maka sudah tiba saat dan ketikanya, golongan ini diberi tempat dalam pembentukkan negara Malaysia. Bukan sekadar didengar suaranya, tapi diberi meja dan kerusi untuk melakar rencana. Tidak kira pemimpin dari kerajaan atau oposisi, kedua-duanya harus mengambil cakna akan perkara ini. Sekiranya tidak, kalian bakal memadam satu generasi, yang mana akhirnya menyumbang kepada kemusnahan ketamadunan.



Saya berkeyakinan bahawa Fathul Malaysia (pembukaan Malaysia) akan terlaksana di tangan anak muda. Bersempena dengan Hari Belia Negara, ayuh semua anak muda, usah lama-lama menjadi remaja. Sentiasalah optimis untuk MENAWAN MALAYSIA!

-petikan GAMIS


" ULAMA' DAN UMARA' MUDA PENDUKUNG ASPIRASI KEPIMPINAN NEGARA "

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed