Wednesday, 19 May 2010

Selamat Hari Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sekalung Penghargaan buat guru-guru tersayang, pensyarah-pensyarah yang dikasihi, para masyaikh yang dirahmati dan buat seluruh warga pendidik dunia yang bergelar "muallim":

  1. Sek.Keb Datin Khadijah Kuala Kangsar
  2. Sek,Keb Sultan Idris II Kuala Kangsar
  3. St. Mary' School of London
  4. Sek.Keb. Talang Kuala Kangsar
  5. Sek.Raja Perempuan Taayah, Ipoh
  6. Matrikulasi Asasi UIAM Petaling Jaya
  7. Darul Quran Jakim
  8. Maahad Fatayat Qiraat Mansurah

Al-fatihah buat guru sekolah rendah saya yang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Cikgu Mahani bt Ismail pada 27.4.2010 yang lalu kerana mengalami penyakit kayap. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan kami lupakan sepanjang hidup kami. Semoga rohnya tenang bersemadi dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kami sayang cikgu!

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed