Alhamdulillah…..
Semalam, hari terakhir saya menduduki peperiksan akhir tahun 2…madah fawasil dan al-quran tahriri..sepanjang imtihan, inilah madah yang mencabar untuk menjawabnya.2 madah dalan satu hari dengan tiada gaped masa yang cukup bagi saya berbanding madah lain! Kadang-kadang rasa macam tak percaya yang saya dapat hadapi imtihan ini walaupun dalam fatrah imtihan ini perasaan saya masih kuat ingin memperjuangkan nasib adik-adik tahun 1 Qiraat….
Masih segar dalam diri peristiwa yang terjadi minggu lepas….tinggal 2 hari lagi berbaki untuk madah qiraat tahriri. Program Penerangan Isu Semasa anjuran Bksam menarik perhatian seketika…
Saya monolog sendirian “nak pergi ka?”…”kalau tak pergi macam tak tenang jer dok kat sini”…saya berbisik sendirian…Ya Allah, berikanlah aku kekuatan membuat keputusan…2 hari lagi nak imtihan tahriri…ada jugak rakan-rakan yang mencadangkan saya agar stay di mansurah sahaja….tapi saya DEGIL..dan perasaan bersalah menghantui saya…bila melihat wajah-wajah bersih adik-adik ini…besar dan beratnya ujian yang mereka hadapi…kalau kita yang berada di tempat mereka…ntahlah macamana keadaan kita..Allahu Rabb..Rabbuna Yusahhil Amruna..
Tidak disangka isu qiraat dan perpindahan wafidin ini…impaknya hebat di sini.5 tramco dipenuhi akhawat menuju ke hayyu asyir untuk program malam itu…sampai sahaja kami di sana, program telah bermula.Hmmm.”Kita lewat sedikit” getus saya..Alhamdulillah , dataran hayyu asyir dipenuhi lagi sampai tidak cukup tempat nak duduk.Seorang-demi seorang bangun bertanya soalan dan memberikan respons isu serta masalah yang menimpa pelajar al-azhar di sini…”Panas malam ini”. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Dr.Halimah Ali selaku exco Pendidikan Negeri Selangor yang kebetulan membuat lawatan akademik dengan KPT Mesir di sini..majlis tamat lewat dan kami mula beransur pulang..
Khamis...rasa lega dapat pergi program semalam..banyak input baru yang saya dapat bersama sahabat-sahabat yang lain. .dan pada petang ini juga saya menerima sampul mister dari seorang sahabat saya…My heart started throbbing…(ayat yang biasa saya guna bila berdebar) =)..Saya takut nak bukak. Berulang2 kali saya paksa sahabat saya, siapakah pengirim misteri?…Jawapannya sama, ‘ini amanah dari orang yang sampaikan”.saya kaku mendengarnya..Saya tilik sampul plastik.cantik. Saya buka perlahan-lahan….Ya Allah!.duit..banyaknya. Air mata mengalir tanpa saya sedar..6keping noteRM50 & sekeping note le200..bila dicongak nilai duit ini melebihi le700genih..Ada 2 nota disisipkan bersama wang misteri ini:
1.Ukhti, semoga duit ini dapat membantu ukhti dalammelaksankan gerakerja Islam-
Wassalam(Yang amat menyayangimu=) )
2.Duit ini adalah sumbangan pakcik-pakcik dan makcik-makcik di Malaysia untuk penuntut ilmu di Mesir. Ana serahkan duit ini pada ukhti untuk dimanfaat pada jalan Allah.
“Allah tahu apa yang aku rasa”.saya berbisik lagi..Saya pesan kepada postman yang bagi…”InsyaAllah, saya akan manfaatkan duit ini sebaiknya untuk jalan dakwah ….Terima kasih kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang banyak membantu dan menyokong DPMM secara langsung dan tidak langsung…Semoga usaha antum dan antunna dalam membantu gerakeja ini dikira amalan ikhlas disisiNya.Menjadi pembantu antum dunia dan akhirat kelak….Ameen ya Allah.
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
No comments:
Post a Comment