Saturday, 29 May 2010

Lau Kana Bainana

Bismillahirrahmanirrahim
Hayati video ini...



Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...

Saya diperkenalkan oleh adik perubatan tentang video ini...hayati video ini..
Ada satu rancangan televisyen di tanah arab ini, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi. Dan dia menangis.

Ramai lagi ‘mangsa’ lain, apabila didatangkan soalan itu, paling kurang akan terjeda. Senyap sebentar. Seakan-akan ada sesuatu yang besar berlaku. Begitu sekali mereka merasakan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Mereka ada rasa malu, rasa segan dengan Rasulullah SAW.

kita bagaimana?

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed