Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...
Alhamdulillah, pengajian tahun 3 untuk batch saya dah bermula selasa yang lepas 25.5.2010 dengan pengajian kitab ulumul Quran. Hari pertama muhadhorah kami, Sheikh Hussein menyampaikan tajuk “[Fil Ulumil Mustanbat Minal Quran) sebagai muqaddimah silibus tahun 3.( nak iklan jap: hari ini, natijah dah keluar, alfun mabruk buat sahabat2 yang najah sofi…)
The Truth is in Al-Quran! Believed it....
Sedang sheikh asyik mensyarahkan bab ni, tiba-tiba sheikh Hussein bertanya soalan kepada kami .. ( dalam hati: what will the question that he will asked us today…saya cakap seorang diri).
“ Kamu tahu I’jaz surah al-Munafiqun?” Sheikh menyoal kami.
“lakkk” kami semua menggeleng.
“ Hebatnya para sahabat dahulu mengistinbatkan umur Nabi Muhammad s.a.w dari surah al-Munafiqun”…
63
“Kalau kita perhatikan kedudukun turutan tertib surah di dalam al-Quran, surah al-Munafiqun berada pada turutan ke-63”
..Dan ini bukti menunjukkan yang umur Nabi Muhammad s.a.w adalah 63 tahun ketika baginda wafat..” Sheikh menerangkan lagi.
“Ya Allah….”
11
“Berapa ayat yang ada pada surah al-Munafiqun?”Sheikh bertanya lagi.
“ehda asyar ayat sah?” Dan nombor 11 pada surah al-Munafiqun adalah bukti yang Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 11 hijrah.
Firman Allah Taala: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila Telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan”
(surah al-Munafiqun:11)
(Menjelangnya fajar pagi pada hari Isnin dua belas hari bulan rabiul Awal tahun ke sebelas Hijrah…sedang orang-orang bersembahyang di belakang Abu Bakar Radiyallahuanh, tiba-tiba tabir yang merentangi pintu bilik ‘Aisyah di masjid Nabawi itu disingkap dan muncullah Rasulullah dari belakang tabir itu…(peristiwa ketika Nabi hampir wafat)
(petikan fiqh sirah: Muhammad Said Ramadhan Al-Buti)
“ Kemudian selepas Surah al-Munafiqun , diletak surah at-Taghabun selepasnya”…Surah at-Taghabun mengisahkan tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. Jadi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, maka hari kiamat akan berlaku dan ini bertepatan dengan turutan surah at-Taghabun selepas al-Munafiqun di dalam al-Quran…
sumber rujukan: muhadhorah Sheikh Hussein (muhtasor ulum quran)
fiqh sirah ramadhan al-buti
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat
No comments:
Post a Comment