Sunday, 14 June 2009

ISU SEMASA: PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN

Jika di Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan penerbitan filem ‘GUBRA’ terbitan Yasmin Ahmad yang menjadi kontroversi yang cukup dahsyat, di Indonesia kini muncul pula filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’ yang lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Di dalam filem GUBRA yang entah mengapa dimulai dengan paparan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ antara lain memaparkan pemikiran ‘Pluralisme’ dan ‘Liberalisme’ secara halus dan terancang.
Antaranya ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru memeluk Islam, kemudian memegang anjing dalam perjalanan menuju ke surau, aksi seks diiringi laungan azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, perbicaraan diatas katil dijadikan perbualan biasa, kempen murtad secara halus antara wanita Islam dan lelaki Cina dan diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama adalah sama (pluralisme) dan sebagainya.

Perempuan Berkalung Sorban (baca: serban) yang wataknya dilakonkan oleh pelakon ‘Bawang Putih’ (saya tidak tahu namanya ) menceritakan bagaimana dia yang merupakan anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok ) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren termasuk bapanya sendiri yang mempunyai fahaman yang sempit dan keras dalam agama. Contohnya, dia dipaksa menikah lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri, dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani, buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut, suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren tersebut sehingga ada yang melarikan diri, buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir, berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman moderan yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.

Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ didalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit ini. Dia yang bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang kepingin untuk membacanya sehingga beliau dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk memperjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula denga kematian suaminya yang kedua setelah bercerai dengan suami yang pertama. Akhirnya perjuangannya yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan dipesantren ini berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain.

Diakhir filem, digambarkan wanita ini menunggang kuda yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai) dipesisir pantai bersama anaknya dengan penampilan sorban (serban) berwarna merah dileher . Diakhir filem, sorban merah itu dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah. Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ tersebut yang dirungkai dari lehernya.

Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyimpangannya dalam memberi gambaran kepada Islam seolah-olah itulah gambaran Islam yang terlalu keras, sempit dan mendiskriminasikan wanita serta terang-terangan memberikan gambaran yang sangat buruk terhadap kehidupan di pesantren dan wanita2 di sana.

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed