“Ulama’ dan Umara’ Muda,Mendukung Aspirasi Kepimpinan Negara” http://norlatifahothman.blogspot.com
Saturday, 27 June 2009
FAWASIL: BILANGAN AYAT AL-QURAN.BENARKAH 6666??
Dalam menentukan bilangan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran, terdapat ilmu khusus yang membicarakan perihal tersebut berpandukan (Ilmu fawasil) yang menggunakan Matan Nazimatul Zuhri oleh Imam As-Syatibi. Dalam karangan imam tersebut Imam As-Syatibi membahgikan khilaf penentuan bilangan ayat Al-quran kepada 6 imam yang utama. Justeru bagi melihat khilaf tersebut saya lampirkan bilangan ayat mengikut 6 imam ini.
JUMLAH AYAT/ IMAM
6217
6214 IMAM MADANI AWWAL
6214 IMAM MADANI THANI
6210 IMAM AL-MAKKI
6227
6226
6232 IMAM AS-SYAMI
6217
6236
( YANG MASYUR DI TERIMA) IMAM AL-KUFFI
(MALAYSIA)
6204 IMAM AL-BASRI
Daripada lampiran di atas, jelaslah kepada kita mengikut pandangan mahupun kiraan Imam Al-Kuffi, bahwasanya bilangan ayat al-Quran adalah 6236 ayat. Jika berpandukan dengan ilmu qiraat , ahli kuffi adalah mereka yang terdiri darpada Imam Al-'asim, Hamzah, Al-kisai dan Khalful A'syir, dan kita adalah mengikut bacaan perawi Hafs An Asim. Lantaran itu kita mengira jumlah keseluruhan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sebanyak 6236 ayat. Jadi, kefahaman kita dari kecil atau dibangku sekolah lagi bahawa bilangan ayat Al-Quran sebayak 6666 ayat adalah tidak benar dan tidak dapat diterima pakai.
RUJUKAN: KITAB DAN SYARAH MATAN NAZHIMATUL ZUHRI (KITAB ILMU FAWASIL) OLEH IMAM
AS-SYATIBI
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment