“Ulama’ dan Umara’ Muda,Mendukung Aspirasi Kepimpinan Negara” http://norlatifahothman.blogspot.com
Monday, 29 June 2009
AHLAN WA SAHLAN YA REJAB...
rasa dah lama x buat posting baru. sebabnya, agak sibuk dgn tugasan dan gerakerja di mansurah nie.Alhamdulilah akhirnya dapat jugak buat posting baru walaupun dlam keadaan sibuk.sedar x sedar rejab dah mai, nie tandanya x lama lagi nak pose. so, apa azam kita bila rejab menjelma??
still sama atau dah x sabar2 menanti ramadhan yang akan menjelma..ah, x sabar nak tunggu bulan pose..moga ramdhan nie menjadi penawar dan penyembuh jiwa yang duka..
sahabatku,
sambutlah ramadhan dengan jiwa terbuka..seperti ketibaan insan tercinta..
yang mengajar erti kesabaran dan mendidik jiwa..
penyingkap hijab antara ilahi dan hamba..
menginsafkan diri setiap manusia..
Ar-Rahman Ar-rahimnya Allah yang Esa..
Tingkatkan ibadah suburkan taqwa ..
semoga Ramdhan ini bukan ramdhan terakhir untuk kita...
"RAMDHAN YANG SAMA NATIJAH YANG BERBEZA"
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment