karya kartun islamik Ukhti Faridah Selamat |
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...
Dakwah Fardiah.....
Alhamdulillah..Allah izinkan saya mencoret sepatah dua kata lagi untuk entry kali ini walaupun blog ini dah lama saya biarkan begitu sahaja tanpa apa-apa berita.maafkan saya =) . Musim cuti panas dah tiba.Macam-macam ragam.Macam-macam perancangan.Ada yang sudah pulang ke Malaysia.Ada yang sudah berjalan@ berjaulah ke sekitar Mesir. Ada yang merancang nak membina masjid. Ada juga dah mula bertalaqi ke Kaherah. Ada juga yang ingin menunaikan umrah dan melawat sekitar eropah.Anda bagaimana?Saya? Saya tetap setia di bumi Mansurah.... =) kenapa?
Selesai imtihan, seorang adik perubatan mengajak saya turun ke sana (Tir'ah)...untuk mengajar mengaji Quran kepada seorang junior tahun satu...
I'm willingly to go and met them. Saya tersentuh hati melihat sikap adik-adik ini. Mereka sangat baik.Sangat berminat untuk mendalami ilmu Islam walaupun adakala mulut-mulut di luar sana melabelkan mereka itu dan ini...(adik-adik tibb free hair, masalah couple dll). Dan kata-kata inilah yang menyebabkan kita terlalu bersikap eksklusif sehingga lupa mereka insan yang dipertanggungjawbkan kepada kita...untuk dibimbing hatinya mengenal Allah Yang Esa...
"akak, lepas saya mengaji..jom kita pergi makan kat luar"rayu 'adik x' berkali-kali...
" hmm..makan?" dalam hati saya...baru 2 kali berjumpa dah ajak makan...insaf seketika. walaupun kami baru berukhwah, sikap 'adik x' menarik minat saya untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi...
akhirnya saya tewas dengan pujukan adik-adik ini..
Kita acapkali lupa! Kebanjiran tibb bukan satu masalah kepada kita, tetapi Allah meluaskan kepada kita medan dakwan yang sebenar!
Rasulullah s.a.w bersabda:
رب اهد قومي فائنهم لا يعلمون
" Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti"
mereka memerlukan kita...dengarlah jeritan hati mereka...cukuplah dengan tohmahan yang bertubi-tubi..berkongsikanlah kasih sayang dan ilmu yang ada dengan mereka...pasti kelak kita akan ditanya dihadapan Tuhan, apa yang pernah kita sumbangkan kepada Islam walaupun hanya seminit cuma....lidah akan kelu tidak boleh berkata-kata.
" akak, datanglah sini selalu...kami suka kakak-kakak datang ziarah kami.."Ya Allah tulusnya luahan hatimu dik..
"InsyaAllah nanti akak datang lagi"...saya melemparkan senyuman sebelum berlangkah pergi...
Pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasaan Al-Banna berkata:
"Jadilah kamu bersama dengan manusia laksana pokok buah-buahan .Mereka membaling dengan batu, dan dia menggugurkan buah kepada mereka".
Ayuh..dekati perubatan =) buat sahabat-sahabat yang tidak pulang ke Malaysia..jom kita pakat ramai-ramai ziarah adik tibb dan bantu mereka...
Let' s care and share with them...
Salam Juang,
Ukhti Nor Latifah Othman
tahun 3 takhassus Qiraat
Maahad Fatayat Qiraat Mansurah
No comments:
Post a Comment