Thursday, 29 April 2010

Solat Hajat dan Air Mata Mansurah


Alhamdulillah selesai sudah Solat Hajat dan taklimat mengenai seputar permasalahan mahasiswi Qiraat tahun 1 dan Isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah. Sekitar 65 orang mahasiswi memenuhi DPJA.

Perjumpaan bermula sekitar jam 2.00 petang. Ustaz Zahimie selaku Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan(UPEP) memulakan ucapan dengan kalam taujihat buat mahasiswi Qiraat yang akan menduduki peperiksaan. Berkenaan dengan isu Perpindahan Wafidin ke Kaherah, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya mengikuti perkembangan semasa di blog Rasmi DPMM dan PMRAM. Pihak pimpinan akan berusaha supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin. Apa yang penting, doa perlu dipanjatkan buat Sang Pencipta agar dipermudahkan segala urusan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustazah Solehah bt Harun selaku Naib Pengerusi I HEWI DPMM. Suntikan semangat dan perangsang diberikan buat adik-adik Qiraat yang akan menempuh imtihan dan semua mahasiswi yang hadir. Segala permasalahan yang berlaku merupakan tarbiyah Allah SWT kepada hambaNya. Jangan menganggap isu ini sebagai bebanan, sebaliknya ini merupakan rahmat ujian buat hambaNya yang terpilih.

Berkenaan isu perpindahan Wafidin ke Kaherah, semua wakil wafidin tetap bersepakat untuk mempertahankan keputusan agar tidak mahu berpindah ke Kaherah. Bantahan akan tetap dibuat kepada pihak berwajib agar perpindahan ini tidak berlaku. Hak selaku mahasiswa tetap akan dipertahankan.Semua yang hadir diminta melakukan solat hajat dan banyakkan doa agar dipelihara Allah SWT.

Ustazah Nor Latifah Othman turut memberikan ucapan selaku Unit Pengetahuan HEWI. Beliau mengingatkan semua yang hadir agar mendapatkan berita tekini melalui Pengerusi DPMM untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi Qiraat tahun 1 agar menghubungi pihak berwajib (JPMK) supaya isu ini diambil berat dan tidak dibakulsampahkan oleh mereka. Selain itu, nasihat dan kalam taujihat diberikan buat adik-adik Qiraat agar teruskan usaha dan berjuang untuk menghadapi imtihan. Segala yang berlaku terselit hikmah yang perlu difikirkan bersama.

Solat hajat diimamkan oleh Us Malyanah Solehah(Unit Penerangan & Penerbitan HEWI) dan bacaan doa oleh Us Habibah (Unit Perumahan HEWI)..

Suasana sayu menyelubungi DPJA .. Rintihan doa dipanjatkan buat Yang Maha Mendengar agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati dalam menghadapi sebarang ujian.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami.Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Kami hamba yang hina datang menghadap diri kepadaMu yang Maha Perkasa.Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah... "Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah urusan-urusan kami dengan keberkatanMu..Ya Fathu Ya Alim, seandainya penetapan kami mahasiswa/wi wafidin di Bumi Mansurah dan seluruh muhafazah untuk menuntut ilmuMu adalah baik buat kami, maka kekalkanlah kami di sini.Seandainya kami tergolong dalam orang-orang yang dizalimi, maka dengarkanlah rintihan kami.. Ya Allah Ya Rahman..perkenankanlah hajat kami.Engkaulah pelindung kami. Ya Allah Ya Tuhanku,Tenangkanlah hati-hati sahabat2 kami mahasisiwi tahun 1 Qiraat dalam menghadapi ujianMu.Permudahkanlah urusan mereka untuk menduduki imtihan Ya Allah.. Ya Allah..tunjukanlah kepada semua kebenaran agar kebatilan tunduk menyerah diri kepadaMu.Bubarkanlah perancangan-perancangan jahat yang mahu memecahbelahkan kesatuan kami. Berkatilah kami dan satukanlah hati-hati kami dalam menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan buat mahasiswa/wi Al-Azhar samaada di dunia dan diakhirat". Amin ya Rabbal A'lamin.....

Perjumpaan dan solat hajat berakhir sekitar jam 3.00 pm.

“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

Sekian,

Fadhilah Esa melaporkan;
Setiausaha Hewi PMRAM cawangan Mansurah.

P/s: Laporan ini dipetik dari blog dpm-mansoura.blogspot.com



Hari ini pelajar tahun 2 qiraat selesai menduduki syafawi...
tetapi ada mata-mata yang redup memandang sayu lajnah-lajnah imtihan
syafawi dari jauh....
Mereka mengharapkan sirna harapan menggunung tinggi dari JPMK..
Tapi...
Apakan daya...
Isu kenaikan nama masih gagal lagi!
10 hari yang dijanjikan hanya bermain di bibir kata sahaja..
10 hari yang dijanjikan sudah berlalu...
Kaki melangkah longlai meninggalkan maahad..
Matan dan Quran digenggam erat sebagai penyejuk hati...
Menanti esok yang penuh misteri!


Salam Imtihan,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat



Sunday, 4 April 2010

Bekalan dan Imtihan: Wawasan Akhirat


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...

Syukur! Allah bagi saya golden chance to update blog...walaupun dalam keadaan yang saya rasa amat mustahil untuk saya update blog dengan kesibukan untuk persediaan yang sangat hampir...

17hb@ 24hb april??tarikh yang menjadi khilaf imtihan untuk saya dan sahabat-sahabat saya....

ini tahun kedua saya di sini, dan ini bermakna ini adalah imtihan kali kedua saya sepanjang permusafiran saya di bumi anbiya'...i hope i have idea to write and deliver what is hidden from bottom of my heart...

imtihan dunia dan akhirat satu medan untuk menguji sejauh mana bekalan kita mampu melepasi markah
LULUS dan CEMERLANg..

kalau periksa kat dunia ni, kita boleh resit paper atau repeat year@iadah...@takhalluf @etc..ada second chane for those yang tak bernasib baik...

TAPI, imtihan akhirat...jawapannya ada dua sahaja kalau fail, dan amalan x exceed tahap untuk
TIMBANG AMAL..AMALAN TIDAK CUKUP!....maka NERAKA adalah tempatNya..

Sahabat2ku yang dirahmati Allah,

Teringat kisah sahabat saya ini yang bersahabat baik dengan pelajar arab di Mansurah..


Pelajar Arab jurusan Syariah( Aisyah) adalah top student yang saban tahun mendapat tahun mendapat
IMTIYAZ di Azhar cawangan Mansurah..

Aisyah: "Nur, berapa lama kamu belajar untuk sehari" Nur senyap...

Nur:...(senyap)

Aisyah: Kamu nak tahu rahsia saya?...Rahsianya...sehari saya belajar 8 jam sehari...
dan saya peruntukkan masa study saya kepada 3 waktu...

Nur: maksudnya macam mana tu?

Aisyah: Masa study saya yang pertama...saya peruntukkan ketika saya bangun malam.... selepas saya qiyam saya terus study dan masa itu saya niatkan khusus kepada Allah...

Nur: OoooOOoo

Aisyah: Masa study kedua..adalah waktu pagi selepas subuh..dan masa itu saya niatkan kepada Rasulullah s.a.w....

Aisyah: dan masa ketiga saya belajar adalah ketika waktu malam..dan saya niatkan untuk kedua ibu bapa saya...jadi, niat itu penting bila kita belajar...bukan niat belajar untuk periksa TAPI NIATLAH BELAJAR KITA KERANA ALLAH... kalau saya perlu menghabiskan 8 jam sehari untuk mendapat imtiyaz..jadi, masa belajar kamu mesti lebih dari saya...



Moral: Kejayaan cemerlang itu dipandang tinggi oleh semua mata-mata yang memandang tapi jalan untuk mencapai kejayaan itu penuh onak dan duri serta pengorbanan yang tinggi...Fikir-fikirkanlah!!!!

10 jam Sehari!!!Teruskan usaha...

YA ALLAH, Permudahkan imtihan kami..lembutkan hati mumtahin-mumtahinah kami dan kurnikanlah kejayaan kepada kami dan sahabat2 kami dalam imtihan dunia dan akhirat kami...Ameen...ya Rabb..

Ya Tuhan..moga kalam Allah ini dapat memberi syafaat kepada kami di dunia yang kelak nanti..


Salam Imtihan,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat







Tuesday, 9 March 2010

Erdogan: Palestin Adalah isu Kami vs SINERGI: Gema Suara Ghuraba'

Emine Erdogan, isteri Perdana Menteri Turki Recep Tayyeb Erdogan


Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’. Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihilangkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.

Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata: “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.” Beliau menambah: “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda.”

Beliau juga menambah: “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/



Bismillahirrahmanirrahim,,,,

Isu yang sama tapi tempat yang berbeza. Antara Erdogan dan komuniti mahasisiwi mansurah.Topik hangat Palestin menjadi tumpuan mahasiswi mansurah yang mengambil bahagian dalam program SINERGI 2010...

kalau Erdogan peduli palestin

kami pun peduli isu Palestin

Pelbagai acara dipertandingkan..

Antaranya debat,pidato 3 bahasa, nasyid dan pertandingan slide show...bertemakan:

PALESTIN: GEMA SUARA GHURABA'

ramai yang hadir memberikan sokongan..tidak kurang juga membawa sepanduk berwarna-warni...

yang pasti semua hadir kerana kami sensitif dengan ISU PALESTIN...

anda di luar sana bagaimana??

Siapakah yang akan muncul juara?

khaulah al-azwar@ wafa' idris rahmallah @ zainab al-ghazali @ al-khansa'

Sama-sama kita teruskan perjuangan dalam SINERGI 2010..



Salam Juang,
Al-faqirah ila Allah
Nor Latifah Othman
takhasuss 2 Qiraat

Monday, 15 February 2010

Ulum Quran: Qiraat Yang Mutawatir, Ahad dan Syaz

MENGETAHUI TENTANG QIRAAT YANG MUTAWATIR, AHAD DAN SYAZ.


Imam al-Qhodhi Jalaluddin al-Balqaini membahagikan Qiraat kepada tiga bahagian:
1) AL-MUTAWATIR – iaitu Qiraat tujuh yang mahsyur.
2) AL-AHAD – Qiraat tiga yang merupakan pelengkap hingga menjadi sepuluh, dan termasuk ke dalam bahagian ini Qiraat para sahabat.
3) SYADZ – adalah Qiraat para tabi’in seperti A’masy, Yahya bin Wathab, Ibnu Jazari dan ramai lagi.




Berkata Imam As-Suyuthi : Orang terbaik yang pernah membicarakan permasalahan ini adalah seorang imam dari para qurra’(القرأ) di masanya, seorang guru dari semua guru kami iaitu Abu al-Khoir bin al-Jazari. Beliau berkata pada permulaan kitabnya, An-Nasyr (النشر) : Qiraat yang benar (sohih) tidak boleh ditolak dan diingkari,bahkan ia adalah sebahagian daripada huruf-huruf yang tujuh yang diturunkan dengannya Al-Quran. Manusia wajib menerimanya samada Qiraat itu berasal dari Imam yang tujuh, atau Imam yang sepuluh atau dari Imam-imam yang lainnya dari kalangan Imam-imam yang diterima. Semua syarat-syarat yang disepakati ada tiga iaitu :
1) Bersesuaian dengan Bahasa Arab walaupun dengan satu wajah.
2) Bersesuaian dengan Mashaf Uthmani (المصاحف العثمانية) walaupun dengan satu penafsiran.
3) Sohih sanadnya.


Apabila salah satu rukun atau syarat yang tiga ini berkurang atau hilang, maka Qiraat ini dinamakan Qiraat Syaz, dhaif atau bathil samada dari Imam-imam yang tujuh ataupun yang lebih besar dari mereka. Dikatakan : Inilah pendapat yang benar menurut para ulama’ peneliti dari Ulama’salaf (سلف) dan khalaf(خلف) . 

Berkata Abu Syamah :
1) Apabila dinukilkan bacaan salah satu daripada imam yang tujuh seperti A’sim (عاصم), kita tidak harus katakan bacaan itu sohih kerana disandarkan kepada A’sim(عاصم) tanpa mengikut ketiga-tiga syarat yang ditetapkan oleh Ibnu Jazari.
2) Dan apabila dinukilkan bacaan itu tidak sohih kerana kaedah ini diterima.




Bacaan ini disepakati ketiga-tiga syarat tersebut dan bukanlah dinisbahkan kepada sesuatu bacaan kerana bacaan itu disandarkan kepada semua Ulama’ yang tujuh dan selain daripada mereka, terbahagi kepada dua;
a) Qiraat yang disepakati
b) Qiraat Syaz, tetapi kerana Qiraat tujuh (القراء السبعة) itu sudah mahsyur dan banyak yang disepakati kebenarannya, maka hati menjadi lebih tenang jika suatu bacaan itu dinisbahkan kepada mereka daripada jika dinisbahkan kepada yang lain-lain.


Syarah (penerangan) Kaedah Ibnu Jazari
Pertama – Sepakat kaedah nahu walaupun dengan satu cara bacaan (الوجه) : maksudnya adalah satu pendapat dalam nahu, samada yang paling fasih atau yang fasih, yang disepakati ataupun yang diperselisihkan, kesemuanya itu tidak member kesan kerana pendapat yang asal lebih besar, ia adalah Qiraat yang diterima diantara Qiraat-qiraat yang terkenal, dan diterima oleh para Imam dengan sanad yang sohih.
Dalilnya: Banyak Qiraat yang diingkari oleh beberapa Ulama’ nahu atau kebanyakan dari mereka dan pengingkaran mereka itu tidak diambil kira seperti:
1) Mensukunkan ra’ (اسكان الراء) pada kalimah (ويأمركم)
2) Membaris bawahkan mim (كسرة الميم) kalimah (الأرحام)
3) Menasobkan(نصب) kalimah (ليجزى قوما)


Dan berkata Ad-Dani: Para Imam Qiraat tidak mengambil suatu bacaan itu pada bahasa yang paling terkenal atau paling sesuai dengan bahasa, tetapi mengambil bacaan itu sesuai dengan riwayat yang sohih. Jika riwayat telah sohih, maka tidak ada kaedah bahasa yang dapat menolaknya kerana Qiraat adalah sunnah yang diikuti yang harus diterima dan diamalkan.


Kedua – Bersesuaian dengan salah satu mushaf Uthmaniah dan tidak terdapat pada mushaf yang lain: yang ditetapkan pada sebahagian mushaf yang ditulis oleh Uthman seperti :
1) Bacaan Ibnu Amir : (قالوا اتخذ الله) membaca tanpa wau (و) pada surah al-Baqarah.
2) Bacaan Ibnu Amir (وبالزبر وباللكتاب) membaca ba’(ب) pada kedua perkataan kerana Qiraat itu sohih pada Mushaf Syam.
3) Bacaan Ibnu Kathir (تجرى من تحتها الأنهار) tambahan perkataan (من). Tetapi tidak terdapat pada Mushaf Uthmani maka itu adalah syaz dan tidak diterima bacaannya.
Syarah makna «walaupun dengan satu penafsiran» : Yakni sepakat tulisan walaupun dengan kiasan, seperti : (مالك يوم الدين) ditulis pada semua mushaf tanpa alif (ا).
1) Sesiapa yang membaca dengan membuang (حذف) alif (ا) dan ditulis tahqiq (التحقيق).
2) Sesiapa yang membaca alif (ا) dan sepakat tulisan dengan buang alif (ا) daripada tulisan yang ringkas. Dan telah sepakat resam tahqiq semua bacaan terdapat pada satu kalimah seperti : (تعلمون) dengan ta’(ت) dan ya’(ي) dan (يغفر) dengan ya’(ي), nun (ن) dan sebagainya kerana mushaf sunyi daripada titik dan baris pada hazaf (حذف) dan istbat (الاثبات). Dan dikatakan, hal ini menunjukkan keutamaan dari para sahabat dalam hal ilmu tentang abjad khususnya dan pemahaman yang mendalam tentang semua ilmu. Mereka menulis (الصراط) dengan shod (ص) dan bukan sin (س). Dan dikatakan mereka tidak menulis dengan sin (س) yang merupakan huruf sebenarnya agar bacaan dengan sin(س), walaupun berbeza dengan tulisan tetapi sesuai dengan asal huruf sebenarnya. Maka jadilah keduanya seimbang, iaitu antara asal dan tulisan. Bacaan dengan Isymam(الاشمام) menjadi pertengahan antara keduanya. Jika ditulis dengan sin(س) sesuai dengan asal huruf yang sebenar, maka hilanglah faedah ini dan bacaan selain sin(س) dianggap menyalahi asal dan tulisan. Kerana itu penulisan (بصطه) dalam surah al-A’raf berbeza dengan بسطه dalam surah al-Baqarah, kerana huruf dalam surah Baqarah adalah sin(س) dan huruf dalam surah a’raf adalah shod(ص). Orang yang bacaannya berbeza dengan yang jelas ditulis pada huruf-huruf yang dibaca idgham(الادغام), yang diganti, yang ditulis atau yang dibuang. Dalil : tidak kami jadikan perbezaan tulisan pada perkara-perkara berikut:
1) Dikekalkan ya’ (ي)yang ditambah (المتعالى)
2) Dibuang ya’ (تسألن)(ي) pada surah kahfi
3) Ditambah waw(و) (واكون من الصالحين) dalam surah Munafiqun.


Perbezaan seperti ini diperbolehkan kerana itu kembali kepada makna yang satu dikuatkan dengan kebenaran bacaan itu dan kemahsyurannya serta penerimaan para imam terhadapnya. Hal ini berbeza dengan penambahan suatu kata atau pengurangannya, mendahulukan dan mengakhirkan yang lainnya.


Ketiga – Sahih sanadnya : Adalah jika qiraat itu diriwayatkan oleh seseorang yang adil dan kuat ingatannya dari orang yang keadaannya sama sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. dan masyhur disisi imam-imam qiraat dan bukan syadz.
Dan sebahagian ulama’ muta’akhirin mendakwa: syarat mutawatir pada rukun ini tidak cukup dengan kesahihan sanad dan menyangka bahawa al-quran itu tidak ditetapkan kecuali dengan kemutawatiran yang datang sepert riwayat Ahad(الأحاد). Dan dikatakan : ini tidak diragukan lagi kerana kemutawatiran itu jika memang terjadi, maka tidak perlu lagi dua rukun yang lainnya seperti penulisan dan yang lainnya. Kerana semua yag tetap dari Rasulullah s.a.w. dengan cara mutawatir, maka wajib diterima dan dipastikan merupakan al-quran, baik itu sesuai dengan penulisan atau tidak. Jika mensyaratkan kemutawatiran pada setiap huruf yang berbeza, maka akan hilang banyak sekali dari huruf-huruf yang berbeza yang jelas sahih dari imam yang tujuh.

Dan berkata al-Jazari: Syarat itu ada satu, iaitu kesahiahan sanad dan dua yang lainnya harus. Barangsiapa yang betul-betul faham terhadap keadaan para perawi, memperhatikan benar Bahasa Arab dan mahir dalam penulisan, maka akan hilang padanya kesulitan ini.


Dan berkata Al-Makki : Apa yang diriwayatkan daripada al-quran itu terbahagi kepada tiga bahagian:
1) Mutawatir – Iaitu yang diriwayatkan oleh orang-orang yang thiqoh dan sesuai dengan bahasa arab dan kaedah penulisan dan mengingkarinya dianggap kafir. Dan semua yang mutawatir itu sohih seperti (ملك), (يخدعون), dan (يخادعون).
2) Ahad – Sahih periwayatannya secara ahad, sesuai dengan kaedah bahasa arab dan lafaznya berbeza dengan penulisan, maka itu diterima dan al-quran tidak dibaca dengannya. Antara sebab-sebabnya:
a) Kerana berbeza dengan ijma’ dan kerana ia tidak diambil berdasarkan ijma’.
b) Al-quran tidak boleh ditetapkan dengannya, orang yang mengingkarinya tidak dianggap kafir. Seperti qiraat Ibnu Mas’ud dan sebagainya (وذكر وأنثى). Qiraat Ibnu Abbas (وكان امامهم ملك يأخذ كل سفينة صالحة) berbeza pada bacaannya dan kebanyakannya salah dan tidak mutawatir dan kerana kedua-duanya disalin pada penurunan wahya yang terakhir dan ianya disepakati oleh ijma’.
3) Syaz – Adalah yang diriwayatkan oleh seseorang yang thiqoh tetapi tidak sesuai dengan salah satu kaedah bahasa atau diriwayatkan oleh seseorang yang tidak thiqoh, maka qiraat itu tidak diterima walaupun sesuai dengan penulisan. Contohnya, apa yang diriwayatkan oleh orang yang tidak thiqoh (ثقة)iaitu bacaan yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah (انما يخشى الله من عباده العلماء) dengan membaca rafa’(رفع) pada kalimah (الله) dan nashob(نصب) pada kalimah (العلماء). Dan terdapat bahagian keempat yang ditolak iaitu: yang sesuai dengan salah satu kaedah bahasa arab dan penulisannya, tetapi tidak sama sekali tidak ada sejarah periwayatannya. Bacaan seperti ini lebih layak ditolak dan dilarang. Dan orang yang melakukannya telah berbuat dosa besar. Telah disebutkan kebolehan qiraat seperti ini dari Abu Bakar bin Muqsim. Dan kerana pendapatnya ini, maka telah dibuat satu majlis khusus untuk mengkaji masalah inidan mereka telaj berijma’ untuk melarangnya. Kerana itu dilaranglah sebuah qiraat yang didasarkan kepada qiyas (قياس) yang mutlak, yang tidak memiliki sandaran riwayat yang dapat dijadikan dasar.




Ibnu jazari berkata, qiraat itu ada beberapa jenis, antaranya:
Pertama: Qiraat yang mutawatir, iaitu yang diriwayatkan oleh banyak orang yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk berbohong dari orang-orang yang keadaannya seperti mereka ini sampai akhir sanad. Dan ini adalah quran kesemuanya.

Kedua: Qiraat yang masyhur, iaitu yang sahih sanadnya tetapi tidak sampai kepada darjat mutawatir, sesuai dengan kaedah bahasa arab dan penulisan serta masyhur dikalangan para qurra’. Mereka tidak menganggapnya sebagai kesalahan atau syadz. Contohnya: yang berbeza pada cara diambil bacaan dari imam yang tujuh dan diriwayatkan oleh sebahagian rawi daripada mereka tetapi bukan semua. Dan ini banyak terdapat pada farsh huruf.

Ketiga: Qiraat Ahad ,iaitu yang sahih sanadnya tetapi berbeza dengan kaedah bahasa dan penulisan,tidak masyhur seperti bahagian yang kedua dan tidak dijadikan untuk membaca al-quran. Seperti (متكئين على رفرف خضر وعبقرى حسان) contoh: diriwayatkan dari Ibnu Abbas “sesungguhnya Rasulullah s.a.w. membaca (لقد جاءكم رسول من أنفسكم) dengan fathah fa’ (ف) . Tetapi qiraat yang mutawatir dibaca dengan dhommah fa’(ف). Surah at-Taubah: 127. Dan berkata Abu Hurairah: sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca: (فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرات أعين) . tetapi bacaan yang mutawatir "قرة" dibaca dengan ifrad (افراد). Surah as-Sajadah: 17


Sumber rujukan: 

muhtasor sheikh Hussein (yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu)
Al-Quranul Kareem
Kitab Itqan Fil ulumil Quran


P/s:  ini adalah silibus pengajian ulum quran bg pelajar qiraat tahun 2 shoubra dan mansurah.
semoga mendapat manfaat bersama.Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan...

Salam Juang,
Al-Faqirah Ila Allah
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Saturday, 30 January 2010

Ikan Microwave dan Kota London

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu..

Kota London!saya menatap beberapa keping gambar kiriman seorang sahabat saya yang kini sedang menabur bakti di kota London. kini, menjadi tenaga pengajar di sana, sambil-sambil mencari pengalaman...dia merupakan bekas azhariah-graduated 2009 dari Al-Azhar Mansurah.

memang cantik pemandangan di sana.dan saya pernah menjejaki ke kota london when i was small pada tahun 1994. saya travelling alone from kuala lumpur dengan flight boieng 747 ats invitation mak saudara saya yang bekerja di Kedutaan Malaysia di sana sebagai seorang akauntan . memang best!13jam dalam flight...dan masa itu sudah berlalu..hehehe

Nak bercerita dalam post kali ni, memang x habis tentang Kota London,maklumlah kecik-kecik dulu nakal sikit. bila dh besar ni baik sikit. =) my qiraat friend's know me very well.rite??

Setelah seminggu saya di Kota London, disebabkan masa saya di sana sangat lama dan panjang.makcik saya nie sekolahkan saya. hmmm..dia taknak anak saudara dia ni wasting time. maka, saya dimasukkan di sebuah sekolah di tengah Kota Londoa. St Mary's school. Sedap namanya kan?? i'm the only one dalam kelas tu yang Melayu. (dalam hati- takutnya, nak nangis . x reti cakap dan speaking english)...saya banyak mendiamkan diri dan membatukan diri. angguk ngeleng, no-yes itu sahaja jawapan saya buat hari pertama..dalam seminggu pergi balik sekolah makcik saya datang ambil.tapi dah lama-lama, saya dah pandai berdikari. pergi dan balik sekolah, saya just walk with my friends...hehehe

Tarbiyah Mak Yam Buat Saya,
Oleh sebab culture dan background studies di sana are totally different than Malaysia. maka, bermulalah episod tarbiyah berbulan lamanya. Ni semua sebab nak saya pandai speaking english dan communicate very well with people around. makcik saya umpan saya mula-mula, bawak pergi shopping. saya pun memang ulat buku..maka memang saya boronglah banyak buku cerita.habis duit dia hari tu.rupa-rupanya, bukan setakat beli ja buku tu, makcik saya tarbiyah saya kena buku cerita aladdin sampai habis depan dia.takutnya! menagis baca buku depan makcik coz banyak wording yang salah sebut...sok-sek,sok-sek...menangis terus masuk blik dan tidor.(perangai kecik-kecik dulu).

Tamrin dalam rumah.speaking english. kena tuisyen english. ada anak staff(indian woman-student university) makcik saya datang rumah ajar saya ikut jam.Huh!!memang penat!!pocket dictionary english kena bawak ke mana sahaja. memang selalu jadi mangsa saya, bila saya tak reti nak cakap dengan orang.especially kat kelas, saya selalu mintak izin nak excuse pergi toilet" excuse me, Mr.Evan, can i go to the toilet?pinta saya.

"of couse you can. balas Mr.Evans( guru kelas saya).

Ekkkkkk..tolak daun pintu..apa lagi..cepat2 saya opem dictionary cari vocab yang sesuai nak cakap dengan kawan..itulah saya.nak pandai bukan senang...yang pasti jangan malu mencuba, cakap, baca dan tulis.banyakkan komunkasi itulah rahsianya!

terima kasih mak yam kerana sanggup dan tahan melayan karenah saya yang banyak ragam.(doakan anak saudara mak yam menjadi insan yang berguna kepada masyarakat after finish studies at mansoura...

Tamrin terus berlalu. Tak sampai 2 bulan saya di Gloucester Place, centre of London...opah saya plak mai dari Malaysia. Ni yang best! boleh curi2 cakap dengan opah cakap dalam melayu. kalau depan mak yam,no way and no excuse untuk saya..Opah mai ja dari Malaysia, opah dah buat kami kering gusi..yang pelik bin musykil, macamana makanan favourite anak dia boleh terlepas dari immigration malaysia.apa tu??tempoyak...tapi tempoyak tidak dapat diselamatkan sebab tempoyak meletup dalam beg bagasi opah...dapatla jugak kami menghilangkan rasa kempunan pada gulai tempoyak opah.oh tempoyak..tempoyak..=)

One day, opah ajak saya pergi suuq. saya setuju.beg troli suuq saya sorong sambil jalan-jalan sembang dengan opah. memang best pergi suuq.(selalu saya pergi Church Street( nama suuq) dengan makcik saya.tapi kali ini only with my dearest opah.opah nak beli ikan.sampai ja, dekat tempat fishmonger..(opah tunjuk ikan yang nak di beli).saya pun meyapa penjual ikan sambil teragak-agak menyusun ayat.."excuse me, uncle. i want to buy a kilo of microwave fish.."uncle membalas senyuman. lama dia melihat saya...(salah cakap ka tadi??saya monolog seorang diri)...hehe.here you are my dear, a kilo of fish...akhirnya, berjaya jugak saya beli sekilo ikan denagn opah. tak sabar nak bercerita dengan makcik-makcik saya...

Sampai rumah. Mak Lang (penuntut Umist University-engineering), tanya kat saya. " Kamu beli ikan apa kat Churh Street tadi?? saya dengan selamba dan confident pun menjawab..."kami beli ikan microwave sekilo...ha???ikan microwave? mana ikan tu kamu letak? dalam fridge mak lang...

saya tengok muka mak lang confius...bila bukak fridge, terdengar gelak besar mak lang dari dapur...makcik-makcik saya gelakkan saya.hehehe.rupa-rupanya nama ikan tu, bukan ikan microwave...rupa-rupanya ikan mackerel...saya pun sengih dan gelak sama..salah sebut..saya budak baru belajar...experience is mother of learning...


Bersambung lagi....


Salam Juang,
Nor Latifah Othman
2nd year majoring Qiraat
Maahad Fatayat Mansoura

Thursday, 21 January 2010

Fawasil Quran (Siri 3): Memiliki Unta Yang Gemuk atau.....







Bait 14


Telah sabit hadith sohih dari rasulullah s.a.w bahawasanya mempelajari satu ayat al-Quran, lebih baik dari selruh harta orang arab, iaitu unta yang gemuk dan besar yang bonggol yang besar dari jenis unta merah.

Buktinya adalah: Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat: Siapa yang dari kamu suka untuk pergi ke suatu tempat (bathan) pada subuh hari atau ke “aqiq” suatu tempat yang berdekatan dengan Madinah maka dia akan dapat 2 unta setiap hari unta yang sangat besar,cantik tanpa perlu untuk memutuskan darah(curi) atau memutuskan silaturrahim (berbuat jenayah). Dan para sahabat menjawab: “kami ya Rasulullah”.

Rasulullah menjawab: Sesungguhnya jika ada di antara kamu berpagi-pagian( atau ke situ pada waktu subuh) untuk ke masjid, mempelajari 2 ayat al-quran, itu adalah lebih baik dari 2 ekor unta, dan 3 ayat lebih baik dari 3 ekor unta, dan 4 ayat lebih baik dari 4 unta.


(unta merah besar dan cantik pada zaman arab= adalah seperti kenderaan yang sangat mewah dan bernilai ketika itu, seperti kenderaan yang sangat mahal pada zaman sekarang seperti kereta limousine)


salam juang,
Nor latifah Othman
takhassus 2 qiraat

Friday, 15 January 2010

Anak Saudara Mak Lang



Bismillahirrahmanirrahim....

Lama tidak bersua...

Kesibukan mengatasi segala-galanya...

Dan kerinduan terhadap kampung halaman, ayah dan bonda dan anak saudara baru saya..sentiasa bermain di mata..

anak abang sulung saya dah semakin sihat dan comel..

Muhammad Aqil bin Abdul Kuddus bin Othman...








Salam Kerinduan,

Nor Latifah Othman
tahun 2 takhassus Qiraat
Maahad Fatayat Mansurah

FEEDJIT Live Traffic Feed