Showing posts with label Dakwah Fardiah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah Fardiah. Show all posts

Thursday, 18 November 2010

Disebalik Aidiladha



Bismillahirrahmanirrahim…..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..
“Salam Aidiladha minal Mansurah”
Mari kita renungi bersama,
“Dan bagi setiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa , kerana itu berserah dirilah kamu kepada Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk taat”
                                                                                                                                (Al-Hajj: 34)
Para sahabat bertanya kepada Ibn Mas'ud : "Apakah yaumul eid pada kamu?"...lalu Ibn Mas'ud menjawab :"Yaumul eid itu adalah hari dimana kita tidak melakukan dosa..."maksudnya..bukan yang dimaksudkan pada hari raya tue kita tidak melakukan dosa ..tapi bila kita tidak buat dosa dalam satu hari..maka itulah hari kegembiraan utk kita semua..maka tidak kira hari tersebut hari apa pun....Allahu maghfirlana zunubana ya robb...
P/s: Semoga kita dapat mencontohi pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam menyelusuri liku-liku perjuangan hidup ini yang sebentar cuma!….Doakan kami!
“MAY ALL OUR STRUGGLES AND SACRIFICES BE REWARDED BY ALLAH BLESSINGS” AMEEN….
Salam Aidiladha,
Nor Latifah Othman
Tahun 3 takhassus Qiraat


Saturday, 11 September 2010

Riang Ria Aidilfitri Mansurah

  Program Riang Ria Aidilfitri 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t...Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..selawat dan salam buat rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, penghulu kepada seluruh rasul dan anbiya'..para ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabi' dan tabiin..seterusnya muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah..

Alhamdulillah kita baru sahaja selesai menunaikan ibadah puasa..Mari kita berdoa agar segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah. Moga-moga madrasah Ramadhan ini mampu mendidik jiwa kita agar terus ikhlas, dan istiqamah beribadah dalam 11 bulan mendatang dengan lebih bersungguh-sungguh lagi..InsyaAllah.Maklumlah,  nak istiqamah ni bukan senang, kalau tidak ada mujahadah yang tinggi..kita tidak mampu maintain ibadah kita seperti bulan puasa..Ya Allah..

Daripada Lukman Al-Hakim, dia berkata kepada puteranya, Janganlah engkau banyak tidur  dan makan. barangsiapa memperbanyak keduanya pada hari kiamat dia akan miskin amal soleh. (kitab Maniyyatul Mufti)

Rasullah SAW bersabda:
             " Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air"

Kuat tidur, kuat makan..semuanya ada pada kita. Tetapi kalau dah terlebih tidur, dan tidur sampai jam 12 tengahari, baru nak bangun..ni mengalahkan bayi yang baru lahir jer..Kita memang da hak pada tubuh badan, untuk beristirehat..tetapi janganlah tidur menjadi aktiviti utama hidup anda setiap hari..malangnya hidup, mensia-siakan masa tanpa memanfaatkan ia kepada perkara yang lebih berfaedah dan bermanfaat kepada orang lain...

Diceritakan bahawa Abul Hasan Ar-Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah dia meninggal. dia mengenakan pakaian daripada aspal. Kemudian Abu Hasan bertanya, " Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli neraka." Lalu dia menjawab, " Wahai anakku, nafsuku telah menyeret  aku ke Neraka. Maka takutkanlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu."
       Sungguh aku diuji empat perkara,
       selalu menjeratku dalam binasa,
       Iblis, dunia, nafsu dan syahwat,
       Bagaimana selamat sedangkan mereka musuh semuanya,
       kulihat syahwat dan keinginanku...
 (Kitab Mukashafah al-Qulub lil Imam al-Ghazali)
Ya Allah...
Terimah segala amalan dan ibadah kami di bulan barakah (Ramadhan), dan kuatkan hati kami agar terus bermujahadah melawan nafsu syahwat kami...

dan Rasulullah SAW bersabda:
                          " Jihad yang paling  utama adalah memerangi hawa nafsu"

p/S: Mudah - mudahan kita digolongkan bersama mereka yang dibebaskan dari api neraka sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt melalui rasulNya saw. Justeru , pembebasan dari api nerakalah yang merupakan kejayaan yang hakiki.


Sambutan Aidilfitri kali ke-3 di bumi Mansurah,

Walaupun tahun ini, saya tidak berpeluang untuk pulang ke Malaysia...beraya bersama keluarga tercinta, terubat juga hati beraya bersama sahabat-sahabat dan adik-adik perubatan di sini siang tadi. Tidak sedar masa berlalu..rupa-rupanya ini raya ketiga saya di Mesir...Terasa meriah dengan Dj khas mansurah.huhuhu...berbagai aktiviti diselitkan sepanjang sambutan Riang-Raya Aidilfitri..Juadah kuewtiaw sup, nasi impit dan kueh mueh menjadi hidangan rumah terbuka DPMM hari ini..Penuh sesak dewan.huhuhu. Lebih dari 80 orang siswi menjadi tetamu rumah terbuka istimewa DPMM..tahniah kepada pelaksana program yang bertungkus lumus menjayakan sambutan program ini..Jangan lupa untuk sama-sama turun ke Kaherah, meraikan program aidlfitri PMRAM pada 18 september ini. Jom balik kampung!

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir batin dari bumi Mansurah...

Kullu sanah wa antum bikhair!

Salam Anak Perantau,
Nor Latifah Othman
takhassus 3 Qiraat

Monday, 26 July 2010

Tokoh Muslimat Palestin

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walau seminit berlalu..

Bismilahirrahmanirrahim...ketemu lagi. Saya kekeringan idea untuk mengupdate blog dalam masa yg sangat doiyyik ini. maklumla musim panas, lagi x da mood.huhu. Tapi, bila baca artikel ini, saya rasakan artikel ini cukup penting buat insan yang bergelar muslimah.

Peranan wanita hari ini sangat global. Ramai wanita keluar bekerja membantu suami mencari nafkah. Ada juga keluar menabur bakti, mendidik anak bangsa. Ramai juga yang terjun ke bidang korporat dan profesional. Anda semua bagaimana? Saya yakin, walau di mana jua proksi kalian, sama ada berada sudah berkerjaya, berumahtangga, bergelar mahasiswi atau berada di barisan kepimpinan sektor kerajaan dan swasta, tugas kita adalah sama....membantu agama Allah terus tertegak di muka bumi ini InsyaAllah...moga Allah terus thabatkan kita dalam perjuangan Islam ini...

semoga kisah perjuangan Dr. Maryam Soleh mampu kita teladani dan ikuti sebagai seorang muslimah haraki Islam...
 



Golongan muslimat merupakan sayap kanan dalam perjuangan Islam semenjak zaman Nabi SAW. Pengorbanan mereka setanding dengan kaum muslimin dalam menjaga dan menenangkan agama Allah SWT, bukan sahaja merapikan sebuah rumahtangga tetapi berkubang darah dan keringat di medan perjuangan. Sumaiyyah, ibu kepada Ammar bin Yassir menjadi syuhada yang pertama dalam perjuangan Islam. Ummi Nusaibah binti Kaab menjadi muslimah yang berbai’ah dengan Nabi SAW dalam perjanjian Aqabah kedua dan merupakan muslimah yang mempertahankan Nabi SAW di medan Uhud sehingga berlinang darah mengucur dari badannya akibat tikaman musuh. Ummi Mukminin, Aishah pula dengan keupayaan akal yang tinggi menjadi tempat rujukan bagi sahabat dan sahabiah dalam perkara agama, terutamanya selepas kewafatan Nabi SAW.

Peranan muslimah sebagai pejuang Islam berterusan sehingga akhir zaman dan mereka tidak pernah gentar berhadapan dengan musuh walaupun diancam dengan kematian. Ini pernah terbukti di Mesir, Iran, Lubanan, Palestin, malah ada yang mati syahid kerana mempertahankan maruah diri mereka.

Muslimat Palestin

Hamas merupakan salah satu cabang Gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 1987 di Gaza yang juga merupakan ibu negara bagi Palestin. Puluhan tahun sebelum ditubuhkan Hamas, pejuang Islam telah bergerak dalam usrah-usrah Ikhwan di Gaza terutama anak-anak muda yang berpendidikan dan menyintai Islam yang berdaulat. Sejak tertubuhnya Hamas sebagai sebuah gerakan Islam secara aktif, ia telah banyak melahirkan individu pejuang yang sanggup berkorban Islam khususnya bagi menghadapi ancaman Zionis. Mereka bukan sahaja bangkit menentang penindasan terhadap mereka tetapi berjuang untuk membebaskan kiblat pertama umat Islam dan mengambil kembali Masjidil Aqsa.

Hamas merupakan pergerakan Islam kontemporari yang mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding dengan gerakan lain. Mereka menguasai masyarakat dengan kerja kebajikan dan dakwah, pergerakan mereka juga sarat dengan intelektual Islam dan mempunyai jaringan di seluruh dunia terutamanya melalui parti-parti Islam. Mereka juga merekrut anggota jihad yang terlatih yang dikenali sebagai Brigged al Qassam, Hamas sentiasa berada di hati umat Islam sehingga diberikan kepercayaan dalam pilihanraya oleh rakyat Palestin untuk memimpin mereka.

Pejuang-pejuang Hamas bukan sahaja terdiri daripada golongan kaum Adam semata-mata, akan tetapi juga melibatkan kaum Hawa termasuklah mereka yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai bidang duniawi dan ukhrawi, antara mereka ialah Dr Maryam Soleh salah seorang pejuang muslimah yang cukup kental dan cekal pendiriannya bersama Hamas.

Mengenali Dr Maryam Soleh

Dr Maryam dilahirkan pada 1953 di kem pelarian Dir Ammar, Palestin. Mendapat pendidikan awal dan menengah di kawasan penempatan pelarian, setelah itu melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Dakwah Fakulti Syariah Islamiyyah Universiti Malik Abdel Aziz di Makkah dengan mendapat keputusan cemerlang pada 1979, pada 1986 menyambung pengajian di peringkat Sarjana/M.A di Jabatan al-Quran dan as-Sunnah dari Universiti Ummul Qura juga di dalam bidang dan universiti yang sama dengan mendapat kepujian dan sokongan daripada kerajaan Arab Saudi.

Setelah tamat pengajian, Dr Maryam memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Fakulti Syariah Islamiyyah di Universiti al-Quds Abu Dis di Palestin, pada masa yang sama dilantik menjadi pensyarah jemputan di Universiti Terbuka al-Quds.

Dr Maryam berkahwin dengan seorang jurutera pertanian dan perladangan, Nazmi al-Tarifi dan dikurniakan tujuh orang anak, lima daripada mereka adalah lelaki dan dua perempuan. Ketika menyambung pelajaran di peringkat Ph.D, beliau ditemani oleh suami serta anak-anak untuk menetap sementara di Arab Saudi bagi memudahkan urusan menghabiskan penulisan tesis.

Meninggalkan kerjaya sebagai seorang pensyarah pada Januari 2006, apabila Hamas menang besar dalam pilihan raya negara, Dr Maryam yang merupakan calon Hamas menang dalam pilihan raya bagi kawasan Ramallah. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin hingga sekarang sebagai kerajaan yang sah yang dipilih rakyat.

Pandangan dan Harapan Dr Maryam selaku Menteri Wanita

Setelah memegang jawatan Menteri Wanita dan juga Exco kerajaan Hamas, Dr Maryam lebih menumpukan perhatian kepada penambahbaikan khususnya terhadap golongan muslimah bagi memacu satu program integriti melibatkan golongan berkenaan untuk memajukan kerajaan dalam segenap agenda yang dirancang. Lebih-lebih lagi program yang boleh mendatangkan keuntungan kepada keutuhan ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis ekonomi global.

Bagi Dr Maryam, golongan wanita terlebih dahulu perlu menjalani program pembinaan jati diri berasaskan motivasi yang dirancang khas oleh kementeriannya bagi memastikan agar mereka mendapat sedikit sebanyak informasi berguna bagi menghadapi dunia yang serba terdedah kepada bahaya penyelewengan yang tidak mengecualikan wanita-wanita Islam seluruh dunia, apatah lagi warga Palestin yang menjadi sasaran musuh luaran dan dalaman (Fatah).

Dalam satu wawancara dengan wakil media asing, Dr Maryam ditanya mengenai penglibatannya sebagai ahli politik dengan mempunyai ramai anak, adakah ia tidak merencatkan kestabilan politik yang beliau ceburi sekarang ini, tanpa ragu dan teragak-agak, Dr Maryam dengan penuh yakin menyatakan, bahawa semua aspek berkenaan tidak sedikit pun mengganggu kariernya dalam politik Palestin, kerana yang paling penting ialah pegangan agama yang cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau selanjutnya menegaskan, bahawa beliau mempunyai pengalaman satu ketika dahulu, bagaimana kemampuannya membahagi masa antara pengajian peringkat Ph.D serta pendidikan anak-anak, ia bergantung sejauhmana masa itu dibahagikan dengan saksama yang membuahkan hasil hingga penghujung pengajian, malah beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan. Pengalaman berharga itulah yang meyakinnya untuk terjun dalam arena politik secara praktikal bagi memajukan golongan wanita di Palestin khususnya untuk mencapai cita-cita seperti wanita-wanita lain di dunia.

Benarkah wanita Arab tidak dibenarkan untuk berkarier?

Itulah soalan yang ditujukan oleh media asing kepadanya bagi menyelami pandangannya sebagai Menteri wanita yang begitu optimis untuk menyelamatkan bangsanya daripada tertindas dalam segenap aspek kehidupan dek kerana hilang jati diri dan rasa terlalau rendah diri kepada pihak musuh. Dr Maryam dengan penuh semangat jihad dan memiliki kefahaman mendalam mengenai Islam berdasarkan elemen Sirah Nabi Muhammad SAW dan Siyasah Syar’iyyah, menegaskan bahawa selagi Islam memerintah, umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya akan berada di bawah naungan keamanan dan keselamatan maksimum, kerana Allah SWT adalah Yang Maha Pengampun seperti yang ditegaskan-Nya di dalam al-Quran.

Maryam merupakan contoh bagaimana, kehebatan manusia Palestin yang tidak mengalah kepada keadaan. Beliau sentiasa memanfaatkan ruang masa dengan kerja yang berfaedah sehingga membuktikan kejayaan dalam bidang akademik dan menjadi seorang Menteri Kabinet. Beliau juga mempunyai PR yang baik dengan masyarakat serta disayangi oleh Muslimat Palestin. Penulis yang berkesempatan mengunjungi Gaza juga berkesempatan bertemu dengan beliau di Hotel Gaza semsa Menteri-menteri Hamas menerima tetamu luar Negara. Dr Maryam kelihatan bersungguh-sungguh menyantuni tetamu-tetamu kerajaan termasuk ahli Parlimen dari Morocco.

Bagi Dr Maryam yang merupakan satu-satunya exco muslimah dalam kerajaan Hamas, anggota Fatah yang sebenarnya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, mereka melakukan perkara yang tidak memperlihatkan mereka sebagai golongan yang berpelajaran tinggi dengan mewujudkan kerajaan baru yang dibentuk oleh mantan Presiden Mahmud Abbas yang telah tamat tempoh pemerintahannya pada Januari lalu, dengan memilih kebanyakan kabinetnya daripada Fatah yang dipersetujui Barat, akhirnya mereka akan dihukum sekali lagi jika pilihan raya dilangsungkan pada bila-bila masa.

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Takhassus 3 Qiraat



Wednesday, 30 June 2010

Jom Jenguk Perubatan....

karya kartun islamik Ukhti Faridah Selamat

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu... 

Dakwah Fardiah.....


Alhamdulillah..Allah izinkan saya mencoret sepatah dua kata lagi untuk entry kali ini walaupun blog ini dah lama saya biarkan begitu sahaja tanpa apa-apa berita.maafkan saya  =) . Musim cuti panas dah tiba.Macam-macam ragam.Macam-macam perancangan.Ada yang sudah pulang ke Malaysia.Ada yang sudah berjalan@ berjaulah ke sekitar Mesir. Ada yang merancang nak membina masjid. Ada juga dah mula bertalaqi ke Kaherah. Ada juga yang ingin menunaikan umrah dan melawat sekitar eropah.Anda bagaimana?Saya? Saya tetap setia di bumi Mansurah.... =) kenapa?


Selesai imtihan, seorang adik perubatan mengajak saya turun ke sana (Tir'ah)...untuk mengajar mengaji Quran kepada seorang junior tahun satu...


I'm willingly to go and met them. Saya tersentuh hati melihat sikap adik-adik ini. Mereka sangat baik.Sangat berminat untuk mendalami ilmu Islam walaupun adakala mulut-mulut di luar sana melabelkan mereka itu dan ini...(adik-adik tibb free hair, masalah couple dll). Dan kata-kata inilah yang menyebabkan kita terlalu bersikap eksklusif sehingga lupa mereka insan yang dipertanggungjawbkan kepada kita...untuk dibimbing hatinya mengenal Allah Yang Esa...


"akak, lepas saya mengaji..jom kita pergi makan kat luar"rayu 'adik x' berkali-kali...


" hmm..makan?" dalam hati saya...baru 2 kali berjumpa dah ajak makan...insaf seketika. walaupun kami baru berukhwah, sikap 'adik x' menarik minat saya untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi...

akhirnya saya tewas dengan pujukan adik-adik ini..


Kita acapkali lupa! Kebanjiran tibb bukan satu masalah kepada kita, tetapi Allah meluaskan kepada kita medan dakwan yang sebenar!

Rasulullah s.a.w bersabda: 

رب اهد قومي فائنهم لا يعلمون
 " Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti"

Allahuakbar..ayuh sahabat-sahabat..marilah kita dekati adik-adik perubatan ini...
mereka memerlukan kita...dengarlah jeritan hati mereka...cukuplah dengan tohmahan yang bertubi-tubi..berkongsikanlah kasih sayang dan ilmu yang ada dengan mereka...pasti kelak kita akan ditanya dihadapan Tuhan, apa yang pernah kita sumbangkan kepada Islam walaupun hanya seminit cuma....lidah akan kelu tidak boleh berkata-kata.


" akak, datanglah sini selalu...kami suka kakak-kakak datang ziarah kami.."Ya Allah tulusnya luahan hatimu dik..

"InsyaAllah nanti akak datang lagi"...saya melemparkan senyuman sebelum berlangkah pergi...



Pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasaan Al-Banna berkata:

"Jadilah kamu bersama dengan manusia laksana pokok buah-buahan .Mereka membaling dengan batu, dan dia menggugurkan buah kepada mereka".

Ayuh..dekati perubatan =) buat sahabat-sahabat yang tidak pulang ke Malaysia..jom kita pakat ramai-ramai ziarah adik tibb dan bantu mereka...
Let' s care and share with them...


Salam Juang,
Ukhti Nor Latifah Othman
tahun 3 takhassus Qiraat
Maahad Fatayat Qiraat Mansurah






FEEDJIT Live Traffic Feed