Showing posts with label I'jaz Quran. Show all posts
Showing posts with label I'jaz Quran. Show all posts

Saturday, 29 May 2010

I'jaz Quran (Siri 6): Surah Al-Munafiqun

I'jaz Quran (Siri 6): Surah Al-Munafiqun
Bismillahirrahmanirrahim





Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...

Alhamdulillah, pengajian tahun 3 untuk batch saya dah bermula selasa yang lepas 25.5.2010 dengan pengajian kitab ulumul Quran. Hari pertama muhadhorah kami, Sheikh Hussein menyampaikan tajuk “[Fil Ulumil Mustanbat Minal Quran) sebagai muqaddimah silibus tahun 3.( nak iklan jap: hari ini, natijah dah keluar, alfun mabruk buat sahabat2 yang najah sofi…)

The Truth is in Al-Quran! Believed it....

Sedang sheikh asyik mensyarahkan bab ni, tiba-tiba sheikh Hussein bertanya soalan kepada kami .. ( dalam hati: what will the question that he will asked us today…saya cakap seorang diri).

“ Kamu tahu I’jaz surah al-Munafiqun?” Sheikh menyoal kami.

“lakkk” kami semua menggeleng.

“ Hebatnya para sahabat dahulu mengistinbatkan umur Nabi Muhammad s.a.w dari surah al-Munafiqun”…

63

“Kalau kita perhatikan kedudukun turutan tertib surah di dalam al-Quran, surah al-Munafiqun berada pada turutan ke-63”
..Dan ini bukti menunjukkan yang umur Nabi Muhammad s.a.w adalah 63 tahun ketika baginda wafat..” Sheikh menerangkan lagi.

“Ya Allah….”
11

“Berapa ayat yang ada pada surah al-Munafiqun?”Sheikh bertanya lagi.
“ehda asyar ayat sah?” Dan nombor 11 pada surah al-Munafiqun adalah bukti yang Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 11 hijrah.

Firman Allah Taala: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila Telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan”
(surah al-Munafiqun:11)

(Menjelangnya fajar pagi pada hari Isnin dua belas hari bulan rabiul Awal
tahun ke sebelas Hijrah…sedang orang-orang bersembahyang di belakang Abu Bakar Radiyallahuanh, tiba-tiba tabir yang merentangi pintu bilik ‘Aisyah di masjid Nabawi itu disingkap dan muncullah Rasulullah dari belakang tabir itu…(peristiwa ketika Nabi hampir wafat)

(petikan fiqh sirah: Muhammad Said Ramadhan Al-Buti)

“ Kemudian selepas Surah al-Munafiqun , diletak surah at-Taghabun selepasnya”…Surah at-Taghabun mengisahkan tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. Jadi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, maka hari kiamat akan berlaku dan ini bertepatan dengan turutan surah at-Taghabun selepas al-Munafiqun di dalam al-Quran…




sumber rujukan: muhadhorah Sheikh Hussein (muhtasor ulum quran)
fiqh sirah ramadhan al-buti

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Sunday, 13 December 2009

I'jaz Quran : The Miracle Of Kalimah & Number in Al-Quran


Agak-agak selama kita menghafal Quran atau membacanya ada x kita wat medical check out ataupun treatment number@ kalimah apa paling banyak yang disebut di dalam Al-Quran..ha...mesti belum buat lagi...kita selalu bila pegang Quran nak hbiskan bacaan ja@ nak cepat khatam..tapi kita x tadabbur ayat @ kalimah yang ada...rugi..rugi...becoz of what?? this is the only mukjizat yg still da sampai sekarang...dan still terpelihara isinya berbanding kitab samawi yang lain...

Cube, tetiba tgh jalan..ada orang kristian @ other religion tanya.." excuse me, may i speak with you for a while?..ha, dia nak ajak kita sembang pasal quran..elok pulak tu yang tanya orientalis...biasala kat mesir nie kan banyak org kristian..mesti kita kecut perut kalau dia ajak kita debate...pastu dia tanya.." are you a muslim?"....a..a..a terkial2 bg jawapan..nak mengaku muslim pun terbelit2 lidah..i'm muslim...jawb dalam keadaan terpaksa..pastue dia tanya lagi...can you tell me what is the most word that repeat many times in Al-Quran...??? slurp....telan air liur kita mendengar soalan cepu emas @ killer question nie. aduh!...mesti malu muka kalau x boleh nak jawab...nak sorok kat mana muka..lagi malu bila kita pegang title azhar2 azhariah..malu2..dan lagi malu bila kita menganuti agama Islam...ish..ish...buat malu Islam kalau x boleh jawab..

Bukan apa, saya saja membawa isu2 nie..supaya kita lebih peka dgn mukjizat nie...kalau lah orang yang tanya kita tu tahu dan kita x tahu dan dia tipu kita ,kan dah terbalik namanya...siapa yang membaca Al-Quran setiap hari?kita atau si kristian tersebut...siapa yang beragama Islam?dia atau kita...tepuk dada tanyalah iman...

Di bawah ini sedikit perkongsian buat diri yang lupa..The miracle of number..the hidden number and kalimah in Al-Quran..let's check it out

1. perkataan paling banyak disebut di dalam al-Quran?
Jawapan: kalimah Allah,disebut kalimah Allah sebanyak 2697 kali

2.Surah yang terdapat padanya 10 hruf waw ialah surah al-Asr

3. Musim panas dan musim sejuk, disebut didalam al-Quran dengan bilangan yang sama iaitu 5 kali

4. hidup dan mati disebut di dalam al-Quran dgn bilangan yang sama iaitu 165kali

5.Surah yang diturunkan sekaligus serta diiringi 30 ribu malaikat ialah Surah Yunus

6.Rukuk dan qunut disebut di dalam Quran dengan bilangan yang sama iaitu 13kali

7.Pembaziran dan kemiskinan disebut di dalam al-Quran dengan bilangan yang sam iaitu 23 kali

8.Waktu malam dan sujud disebut di dalam al-Quran dengan bilangan yang sam iaitu 92 kali

9.kesempitan dan ketenangan disebut di dalam al-Quran dengan bilangan yang sama iaitu 13 kali

ha..alhamdulillah.moga2 kita bertambah convince , once we are be asked with somebody unknown in the street or anywhere...to be continue =)


Salam Juang,

Nor Latifah Othman
takhassus 2 qiraat

Wednesday, 29 July 2009

Keajaiban Quran (siri 4) : Kiamat Akan Tiba Bila Matahari dan Bulan Bercantum


gambar matahari oleh NASA

. Dah lama..rasa x posting artikel...Ana tidak mahu pengunjung yang masuk hampa..jadi gagahkan diri mencuri masa utk mencoret ilmu2 yang tidak seberapa ini...

memang niat asal utama established blog nie ingin menceritakan dan berkongsi rahsia al-Quran dan Qiraat..

antara byk2 penulisan yang ana suka...i'jaz Quran..byk cerita pasal I'jaz Quran nie...ramai ahli sains, astrologers, astronomist masuk Islam because they convince that everything are happen in universe and the creations...are already revealed to our beloved prophethood Muhammad .s.a.w since a long time ago...Al-Quran al-Kareem.

hmm...jadi broken bi ..dah lama x speaking...rasa berbelit lidah nak buat ayat..azhari dan azhariah mampu speaking besides arabic..InsyaAllah...

The Truth is Out There! Believed it....


Dulu time kat dq, hapal bermaqra' tiap2 hari....tapi bila cerita bab 'ijaz memang x tau sangat..x da saper nak cerita...but today..aper sahaja yang terlintas semua dapat dijawab...untungnya ya Allah..

kau campakkan diriku ke bumi anbiya; ini bertemu dengan ulama2 ni...

pengajain talqi ana berjalan seperti biasa..pas zohor..pas asr....kdg2 terkejar jugak sebab musim panas memenatkan....tapi bila dengar cerita Sheikh Huseein, terus bersemangat....

Sheikh khusyuk syarah bait...hari2 dgn matan..tapi kali ni bukan matan qiraat...matan fiqh imam syafiee....

Matan abi syuja...semua membuat halqah bulat..mengelilingi sheikh..bab solat..terus...solat gerhana...

Tiba2sheikh bersuara "berikan aku pen dan kertas"...nie mesti dia nak lukis mcm aritue lagi...

Bulat....3bulatan....berhampiran...sah..tepat jangkaan ana...i'jaz quran lagi nie...bulan dan matahari bergabung...

"kedudukan bulan di antara bumi dan matahari...mcm cerita kat sekolah menengah jer, bisik hati kecil ana...Sheikh sambung...setiap planet nie mempunyai tarikan graviti tersendiri...rupa2 nya sejak dulu lagi saintis sudah mengukur prubahn gerakan bumi, bulan dan mathari..lebih2 lagi pada bulan?

kenapa dengan bulan sheikh?inilah tanda kahir zaman...bulan dah semakin menghampiri matahari..semakin berubah kedudukannya dan semakin menghampiri setiap 5 tahun sekali...ada yang mendakwa 10 tahun sekali..

tapi kedudukannya telah berubah...ana blurr lagi?

"jadi klu dah hampir?' bertubi2 ana tanya..."Bila bulan dan matahri bergabung maka kiamat akan berlaku...Allah dah sebut dalm Al-Quran

Firman Allah Taala:

" Ia bertanya bilakah hari kiamat itu?" Maka jawabnya kiamat akan datang apabila pemandangn menjadi ( berpendar2) kerana gerun takut.Dan bulan hilang cahayanya. dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama"

(Al-Qiyamah:6-9)

Semua senyap....terkedu mendengar cerita.kelu lidah berbicara.Kiamat makin hampir. Bulan makin menghampiri matahri...Tanda sudah jelas...Adakah kita sudah bersedia? menghampirkan diri kepada dunia atau kita semakin hampir dgn menjadi hamba yang paling zuhud utk membuat bekal ke kampung akhirat kita.....???Fikir2 kn...

Salam juang,

Nor Latifah Othman.


Wednesday, 8 July 2009

KEAJAIBAN QURAN(SIRI 3): PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI . YANG MANA DAHULU DIJADIKAN??


Bersambung siri I'JAZ QURAN, kalau 2 siri yang lepas ana dah ceritakan bumi berbentuk seperti telur kemudian bumi dijadikan dalam masa 6 hari.ikuti sambungan ini...

Firman Allah Taala:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang menciptakan bumi Dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

(Fussilat: 9)


Dalam ayat ini menerangkan bahawa bumi diciptakan terlebih dahulu.kemudian ayat 11 dari surah fussilat sambungan cerita tadi...let's check it out

Firman Allah Taala:

" Kemudian ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada Dengan sukarela atau Dengan paksa!" keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh Dengan sukarela" (Fussilat: 11)

dan ayat yang menerangkan " sedang langit itu masih berupa asap, jelas menunjukkan ia diciptakan selepas bumi dijadikan.


(SURAH FUSSILAT :9-11)
1.BUMI, kemudian
2.LANGIT dijadikan


TAPI, DALAM SURAH AN-NAAZIAT DARI AYAT 27-31 BERLAWANAN DGN AYAT PADA SURAH FUSSILAT..JOM KITA TENGOK...

Firman Allah Taala:

(Wahai golongan Yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah Yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
Dan ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
(An-Naaziaat: 27-31)


Kalau kita perhatikan secara teliti, ayat kamukah yang sukar diciptakan atau langit, Tuhan telah membina nya dengan kukuh dan ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya...

Jelas X? LANGIT diciptakan dahulu


Next, ayat 30-dan bumi selepas itu dihamparkan. BUMI DIJADIKAN SELEPAS LANGIT

(SURAH AN-NAAZIAAT: 27-31)
1.LANGIT dijadikan dulu, kemudian
2.BUMI dijadikan



Macamna sekarang?PENING???BERCANGGAH?MANA SATU YANG BETUL?inilah I'JAZ QURAN SAHABAT2..memang secara zohir nampak bercanggah tapi ini pandangan Ibnu Abbas terhadap percanggahan ayat ini

JAWAB IBNU ABBAS:
1. Sesungguhnya bumi dahulu dijadikan seperti bentuk 'kurroh' sperti bola sebelum langit dijadikan dalam 2hari
2.Kemudian langit dijadikan selepas itu dan ia berbentuk asap( dijadikan 7 langit) selepas dijadikan bumi dalam 2hari
3.Kemudian bumi ditekan dari bentuk bola kepada bentuk telur (bujur) dalam 2 hari
4.Kemudian, Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya


Beginilah proses kejadian langit dan bumi menurut Ibnu Abbas. Semoga dengan perkongsian ini menambahkan rasa keimanan kita, bahawasanya i'jaz quran sudah terbukti dari dulu lagi...

Rujukan : Kitab ulum quran sheikh Hussein
Al-Quran

Bersambung lagi...

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Thursday, 18 June 2009

KEAJAIBAN QURAN(SIRI 2): PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI? 6 @ 8 HARI?



PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI? 6 ATAU 8 HARI?


Ikuti perbualan ini…

Lokman: abah, tadi kat sekolahkan cikgu cerita tentang galaksi dan alam semesta..pasal meteor, komet dan big bang…huh banyak betul planet2 nie..best abh…rasa nak jadi mcm astronaut jer…

Abah: tuelah tanda kebesaran Allah man..

Lokman: abah tau tak pasal penciptaan bumi?

Abah: tahula juga . nape man?

Lokman: boleh x abah cerita kat man berapa hari bumi diciptakan?

Abah: (abah pening tak tahu nak jawab). Apa kata man tanya cikgu di sekolah?

Lokman: baiklah bah..

Lokman berlalu hampa bila pertanyaannya itu tidak dijawab oleh abahnya.Jika anda menjadi abah atau ibu kepada ank kecil ini, tidakkah anda rasa bersalah terhadap anak kecil ini kerana membiarkan dia pergi tanpa mengetahui jawapan yang sebenar dan jawapan tue mmg sudah ada di dalm mukjizat agung kita.Al-Quran. Sama-sama kita fikirkan jika peristiwa ini berlaku kepada anda suatu hari nanti…..




Jangan pening2 di sini ada jawapannya.

Firman Allah Taala



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang menciptakan bumi Dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
(Fussilat: 9)
Bumi = Diciptakan dalam masa 2 hari

Dan ia menjadikan di bumi gunung-ganang Yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta ia melimpahkan berkat padanya, dan ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar Yang menyamai hajat Yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) Dalam empat masa.
(Fussilat : 10)

Bumi ,gunung ganang dan segala kehidupan= 4 hari


Lalu ia menjadikannya tujuh langit, Dalam dua masa; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit Yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) Dengan bintang-bintang Yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu Dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui. (Fussilat : 12)

Tujuh langit = 2 hari
Cuba tambahkan kesemuanaya: 2+4+2= 8 hari
Kan semua 8 hari @ 8 masa

Tetapi dalam surah Qaff menyatakan penciptaan bumi dalam 6 hari???yang mana satu yang betul 6 @ 8 hari??


Firman Allah Taala:

Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
(Qaff: 38)

Langit dan bumi: 6 hari

Jawapannya.

Ibnu Abbas: ayat yang pertama menceritakan bahawa hanya bumi yang diciptkan dalm 2 hari. Kemudian ayat 10 menceritakan bumi dan gunung ganang diciptkan dalam masa 4 hari.jadi, ayat ni telah mengulangi tentang masa penciptaan bumi.

Tempoh masa bumi dan kehidupannya telah diciptakan dalam masa = 4 hari


Kemudian ayat seterusnya ayat 12: fussilat menceritkan tempoh masa lagit diciptkan adalah selama= 2 hari.


Cuba kita tambahkan: 4 + 2= 6 hari


Jadi wlaupun zahir ayat dalm surah fussilat seperti menceritkan bahwa penciptaan langit dan bumi selama 8 hari, sebenarnya tempoh yang dimaksudkan oleh 3 ayat ini adalah 6 hari sahaja.
Nie bertepatan dengan dalil ayat Quran dalam surah Qaff:38 yang menyatakan bahawa penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Sebenarnya di dalam Al-Quran, tidak terdapat satu ayat Al-quran yang bercanggah dengan yang lain, tetapi zahir setiap ayat itu memerlukan kepada kita sebagai hamba Allah yang sgt kerdil dan hina tuk mentadabbur ayatnya setiap hari. Afala yatadabbarunal quran!!


Perkongsian I’jaz quran nie, saya perolehi ketika mengikuti kelas Sheikh Hussein Al-Asyari ketika pengajian ulum quran tahun 2 sini.Sheikh merupakan ulama quran dan qiraat di bumi mansurah.


Bersambung I’jaz Quran lagi…..


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Tuesday, 19 May 2009

KEAJAIBAN QURAN:THE QURAN AND THE UNIVERSE



KEAJAIBAN QURAN: RAHSIA YANG SANGAT MENGAGUMKAN

InsyaAllah next entry ana akan berkongsi dgn sahabat dan sahabiah tentang rahsia Al-Quran. Dari hari ke sehari semakin zuqq bila bace quran sebabnya, selama nie aper yang kita bace semuanya memang telah terjadi berjuta tahun dahulu.Allahuakbar.Buku dalam versi b.i ana beli dekat fayyad, maktabah di mansourah. Semoga dengan kita mentadabbur ayat Al-Quran setiap hari walaupun satu ayat menambahkan iman kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah.


"Ulama' dan Umara' Muda Pendukung Aspirasi Kepimpinan Negara"



Salam Juang,

Nor Latifah Othman

FEEDJIT Live Traffic Feed