“Ulama’ dan Umara’ Muda,Mendukung Aspirasi Kepimpinan Negara” http://norlatifahothman.blogspot.com
Sunday, 3 January 2010
1 MUHARAM …… DETIK PERMULAAN
1 MUHARAM …… DETIK PERMULAAN
Fajar 1 Muharam 1431 Hijrah menyinar meninggalkan tahun 1430 Hijrah yang penuh dengan pelbagai kenangan dan peristiwa. Berlalunya 1430 Hijrah seharusnya menjadi satu muhasabah kepada diri kita sejauh manakah tahap kehambaan kita kepada al - Khaliq. Apapun, terbitnya sinar 1431 Hijrah ini memerlukan satu azam dan tekad yang baru dalam diri kita. Mudah - mudahan lebih baik daripada sebelum ini.
Diantara peristiwa yang berlaku pada bulan Muharam ialah :
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga berlaku beberapa peristiwa sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama.
Diantaranya :
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan dalam banjir besar.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan.
15. Allah menjadikan 'Arasy dan Luh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril dan Nabi Isa diangkat ke langit.
17. Syahidnya cucu kesayangan Rasulullah, Saidina Husin R.A. di Karbala
Pada bulan Muharam juga terdapat 1 hari yang dinamakan sebagai Hari Asyura iaitu pada 10 Muharam. Para ulamak telah menyatakan amalan yang sunat dilakukan pada hari tersebut. Diantaranya :
1. Melapangkan masa dan belanja anak isteri.
2. Memuliakan fakir miskin dan menahan marah
3. Menunjukkan orang sesat dan menyapu/mengusap kepala anak yatim.
4. Bersedekah memelihara kehormatan diri.
5. Mandi Sunat dan bercelak.
6. Berpuasa dan menjamu orang berbuka puasa.
7. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun selepas waktu asar atau sebelum Mahgrib pada akhir bulan Zulhijah dan doa awal tahun selepas waktu
Maghrib pada malam 1 Muharam
Itulah diantara peristiwa yang berlaku dan kelebihan yang ada di dalam bulan Muharam. Namun,masih ada lagi perkara utama yang tidak dinyatakan di sini iaitu peristiwa Hijrah al Kubra Junjungan Besar Muhammad S.A.W. dari Mekah ke Madinah.Peristiwa agung dalam sejarah manusia ini meninggalkan kesan yang sangat besar dalam pembinaan empayar Islam.Bertitik tolak daripada peristiwa inilah,terbentuknya negara Islam Madinah dan akhirnya membentuk dunia Islam sehinggalah pada hari ini.Hijrah ini juga meruipakan satu catatan penting sehinggakan umat Islam menjadikan peristiwa ini sebagai permulaan taqwim Islami.
Terlalu luas untuk membicarakan peristiwa Hijrah di dalam lembaran yang terhad ini.Cuma apa yang mampu disampaikan ialah perlunya tajdid dan azam baru dalam segenap segi gerak kerja kita. Perubahan yang dimaksudkan disini termasuklah perubahan zahir dan batin.Daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah,daripada malas kepada rajin dan darpada keburukan kepada kebaikan.. Mudah mudahan dengan kedatangan tahun baru Islam 1431 ini,dapat meniup semangat kita untuk terus berjuang menuntut ilmu dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.Insyallah.
Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMM sesi 2009 / 2010 mengucapkan :
“ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah”
“ Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair ”
-JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment