Wednesday, 18 November 2009

Fawasil Quran ( Siri 2): Jom Explore Bab Muqaddimah



Salam Kembara Ilmu buat semua sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan di mana jua antum-antunna berada..Moga terus istiqamah dan tekun menuntut ilmu..

Ilmu Fawasil. Menarikkan bunyinya ?? Bagi mereka yang berada dalam bidang takhassus Qiraat di Malaysia, Shoubro dan Mansurah, madah ilmu fawasil ini tidak asing lagi dalam bidang pengajian Qiraat di Mesir sehingga menjadi madah wajib setiap tahun di Mesir..

kenapa ilmu fawasil menjadi posting utama saya kali ini?? Saya ingin berkongsi ilmu ini dengan anda semua.Seperti yang sedia maklum, kelas pengajian Sheikh Hussein di sini telah bermula sejak bulan Oktober yang lalu. Bersama dengan 2 orang lagi sahabat saya(Ukhti Siti Nur Aini Salim dan Ukhti Rodhiah Salleh) kami bertiga, telah diamanahkan oleh Sheikh Hussein utk membantu sebagai tenaga penterjemah kepada adik-adik Qiraat tahun satu. Dan saya ditelah diamanahkan sebagai penterjemah madah ilmu fawasil pada setiap hari rabu jam 7-9pagi. Semoga Allah sentiasa membantu dan memudahkan amanah ini dan mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu pelajar tahun 1 dalam memahami ilmu fawasil dengan lebih baik lagi.Ameen ya Rabb.

Kitab yang digunakan dalam madah ilmu fawasil ini, bertajuk "Nazhimatuz Zuhri Fil 'ilmi Fawasil lil Imam As-Syatibi, karangan Sheikh Abdul Fatah Al-Qadhi. Beserta bantuan muhtasor Fawasil Sheikh Hussein saya cuba mengupas dan menjelaskan, menterjemahkan ilmu fawasil dengan terperinci lagi.Insya Allah.

Terjemahan yang dihasilkan berpandukan terjemahan saya kepada adik-adik Qiraat dengan menggunakan Kitab sheikh Hussein.


Bait 1-6

1-Imam as-Syatibi memulakan Matan karangannya (Nazimah Az-Zuhri@ Nazimah Az-Zahrah) dengan memuji Allah Taala supaya dapat mengumpulkan kemuliaan, kelebihan, faedah dan kecantikan ilmu ini seperti cantiknya mata bunga dan sebaik-baik tumbuh-tumbuhan.

2-Aku memohon perlindungan dari tuhanku agar aku terpelihara, dari setiap perkara yang makhruh dan bertentangan dengan sifat sebagai seorang manusia, dan dengan sifat ikhlas penulis (Imam as-Syatibi),serta aku takut dari sifat riya yang boleh merosakkan pahala amalan. Dan aku juga memohon perlindungan dari tuhanku dari setiap perkara sama-ada perkara tersebut secara sembunyi @ terang-terangan kerana sesungguhnya Allah Taala yang mampu untuk menyucikan perkara yang tersembunyi dari huru-hara, dan menyucikan sifat terang-terangan dari hawa nafsu dan tipu daya. Mudah-mudahan Allah dapat menyempurnakan amalanku .

3-Aku memohon perlindungan dari Allah dengan sifat  al-ma'ani, iaitu sifat hayat, iradah, ilmu, kalam, sam'u, basor, qudrah dan juga 2 sifat dari sifat salbiah: 1)sifat baqa' (kekal) 2)sifat wahdaniah( witr-ganjil)

4-Aku memuji Allah dengan sighah@ lafaz mudhori' sebagai bukti yang menunjukkan untuk berterusan bersyukur kepada Allah dengan nikmat pemberiannya dan aku memohon dari Allah agar mengurniakan taufiq kepadaku. dan sebaik-baik zikir adalah membaca al-Quran dan menyibukkan diri dengan Al-Quran dan pengajian yang berkaitan dengannya, serta mengambil berat dengan ilmu fawasil( tentang bilangan ayat Quran), dan sepertimana aku ingin menjelaskan  tentang bilangan ayat Quran dalam susunan bait-bait ini.

5&6- Selepas aku memuji Allah, disebutkan juga bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah penunjuk jalan,dan kebaikan dan rahmat kepada orang mukmin. kemudian disebutkan juga, yang dimaksudkan dengan ahli Nabi ialah mereka dari umat Nabi Muhammad (iaitu setiap mukmin yang bertaqwa). Dan disandarkan juga Qurabah Khas(para sahabat), dan Qurabah am( ahli bait s.a.w. Dan qurabah yang dimaksudkan, adalah dinisbahkan sepertimana awan yang membawa air hujan, dan menyirami tumbuh-tumbuhan kerana mereka (para sahabat) menghidupkan manusia  dengan sifat-sifat mulia dan kebaikan, dan menjadikan hati serta akal mereka hidup(mengingati) kepada Allah.

Alhamdulillah..tamam!Untuk entri yang akan datang, saya akan membawa anda semua kepada  peranan Imam-Syatibi dalam penulisan ilmu fawasil. Kalau nak jatuh cinta atau nak kenal ilmu ini dengan lebh dekat lagi jangan lupa utk folo posting akan datang...Saya tak dapat nak type bait dalm arab, mslh pc...afwan..to be continue... 





"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"
 

Salam Juang,


Nor Latifah Othman
Takhassus 2 Qiraat

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak.. sy berminat tentang ilmu nie boleh tak sy nak minta nota2 tentang ilmu nie.
    mohd_nazrieee@yahoo.com

    ReplyDelete

FEEDJIT Live Traffic Feed