Thursday 18 June 2009

KEAJAIBAN QURAN(SIRI 2): PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI? 6 @ 8 HARI?



PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI? 6 ATAU 8 HARI?


Ikuti perbualan ini…

Lokman: abah, tadi kat sekolahkan cikgu cerita tentang galaksi dan alam semesta..pasal meteor, komet dan big bang…huh banyak betul planet2 nie..best abh…rasa nak jadi mcm astronaut jer…

Abah: tuelah tanda kebesaran Allah man..

Lokman: abah tau tak pasal penciptaan bumi?

Abah: tahula juga . nape man?

Lokman: boleh x abah cerita kat man berapa hari bumi diciptakan?

Abah: (abah pening tak tahu nak jawab). Apa kata man tanya cikgu di sekolah?

Lokman: baiklah bah..

Lokman berlalu hampa bila pertanyaannya itu tidak dijawab oleh abahnya.Jika anda menjadi abah atau ibu kepada ank kecil ini, tidakkah anda rasa bersalah terhadap anak kecil ini kerana membiarkan dia pergi tanpa mengetahui jawapan yang sebenar dan jawapan tue mmg sudah ada di dalm mukjizat agung kita.Al-Quran. Sama-sama kita fikirkan jika peristiwa ini berlaku kepada anda suatu hari nanti…..




Jangan pening2 di sini ada jawapannya.

Firman Allah Taala



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang menciptakan bumi Dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
(Fussilat: 9)
Bumi = Diciptakan dalam masa 2 hari

Dan ia menjadikan di bumi gunung-ganang Yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta ia melimpahkan berkat padanya, dan ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar Yang menyamai hajat Yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) Dalam empat masa.
(Fussilat : 10)

Bumi ,gunung ganang dan segala kehidupan= 4 hari


Lalu ia menjadikannya tujuh langit, Dalam dua masa; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit Yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) Dengan bintang-bintang Yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu Dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui. (Fussilat : 12)

Tujuh langit = 2 hari
Cuba tambahkan kesemuanaya: 2+4+2= 8 hari
Kan semua 8 hari @ 8 masa

Tetapi dalam surah Qaff menyatakan penciptaan bumi dalam 6 hari???yang mana satu yang betul 6 @ 8 hari??


Firman Allah Taala:

Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
(Qaff: 38)

Langit dan bumi: 6 hari

Jawapannya.

Ibnu Abbas: ayat yang pertama menceritakan bahawa hanya bumi yang diciptkan dalm 2 hari. Kemudian ayat 10 menceritakan bumi dan gunung ganang diciptkan dalam masa 4 hari.jadi, ayat ni telah mengulangi tentang masa penciptaan bumi.

Tempoh masa bumi dan kehidupannya telah diciptakan dalam masa = 4 hari


Kemudian ayat seterusnya ayat 12: fussilat menceritkan tempoh masa lagit diciptkan adalah selama= 2 hari.


Cuba kita tambahkan: 4 + 2= 6 hari


Jadi wlaupun zahir ayat dalm surah fussilat seperti menceritkan bahwa penciptaan langit dan bumi selama 8 hari, sebenarnya tempoh yang dimaksudkan oleh 3 ayat ini adalah 6 hari sahaja.
Nie bertepatan dengan dalil ayat Quran dalam surah Qaff:38 yang menyatakan bahawa penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Sebenarnya di dalam Al-Quran, tidak terdapat satu ayat Al-quran yang bercanggah dengan yang lain, tetapi zahir setiap ayat itu memerlukan kepada kita sebagai hamba Allah yang sgt kerdil dan hina tuk mentadabbur ayatnya setiap hari. Afala yatadabbarunal quran!!


Perkongsian I’jaz quran nie, saya perolehi ketika mengikuti kelas Sheikh Hussein Al-Asyari ketika pengajian ulum quran tahun 2 sini.Sheikh merupakan ulama quran dan qiraat di bumi mansurah.


Bersambung I’jaz Quran lagi…..


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed