Thursday, 2 July 2009

ISU LUAR NEGARA: ISRAEL TERPUTUS BANTUAN DARI BELGIUM


Rabu, 02/07/2009 – Kumpulan Kewangan Belgium-Perancis, Dexia telah mengisytiharkan untuk menghentikan semua bantuan kewangan bagi penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki melalui bank cawangannya di Israel.


Keputusan itu datang hasil kempen yang tidak mengenal lelah di Belgium. Kempen itu telah disokong oleh NGO, pihak berkuasa tempatan, kesatuan-kesatuan sekerja, parti politik dan beberapa pertubuhan lain di Belgium.

Pentadbiran Bank menyatakan yang ia mendapati pembiayaan penempatan Israel dalam wilayah yang diduduki itu melanggar kod etikanya sendiri dan memutuskan untuk berhenti memberikan pinjaman kepada Israel.

Bank itu didesak oleh pertubuhan-pertubuhan dan institusi-institusi aktif bagi menyokong hak-hak Palestin. Kempen itu berterusan selama sebulan dan mengakibatkan bank menghentikan semua pembiayaan kewangan bagi penempatan Yahudi.

sumber : http://www.imemc.org


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Tuesday, 30 June 2009

MOTIVASI QURAN(SIRI 2): BERAPAKAH NILAI KESEDIHAN ANDA?



Firman Allah Taala:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara padahal ia amat buruk untuk kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah: 216)


LA TAHZAN YA UKHTI HABIBATI>>>

Manusia telah dikurniakn oleh Allah dengan berbagai2 perasaan sebagai seorang insan. kadang2 ujain datang mengejut tanpa kita sempat membuat persediaan. setiap orang tidak lari dari perasan sedih hatta Rasulullah pun pernah mengalami kesdihan ketika kematian isteri dan bapa saudaranya sehingga dikenali tahun tersebut sebagai yaumul hazan.

Bagaimanakah pula kita hari ini? Kita sering diuji dengan kesedihan, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, berapakah besarnya nilai kesedihan tersebut? Atau berapa mahalkah nilai benda yang disedihkan itu? Atau kenapa perlu aku bersedih, bukankah Allah SWT bersamaku? Atau, kenapakah perlu aku bersedih sekiranya diuji, sepatutnya aku gembira kerana berada hampir denganNya.

Oleh itu marilah kita fikir sejenak. Manusia hari ini sedih disebabkan kehilangan sesuatu benda yang disayangi. Sekiranya kehilangan seseorang di dalam hidup, mengapakah kita bersedih sedangkan kita sendiri sudah tahu bahawa setiap jiwa pasti akan pergi? Sekiranya seseorang itu bersedih kerana diuji dengan ujian yang besar, mengapakah kita bersedih sedangkan ujian tersebut adalah tanda hampirnya kita dengan Allah?


kadang2 kita bersedih apabila kita kehilangan wang yang banyak, kita sedih kerana Allah kita memberi kita kesakitan yang tiada penawar, kita berasa sedih apabila kita gagal dalam imtihan. bukankah semua kesedihan itu datang dari Allah? wang yang banyak tidak menjanjikan kebahgiaan kepada seseorng.ramai orang yang kaya duit dan hart tetapi tidak bahagia.dan kemungkinan Allah akan memberi reseki yang lebih banyak diatas kehilangan wang itu.bukankan kesakitan yang menimpa akan memghapuskan dosa2 kecil kita yang telah kita lakukan? bukankan kegagalan itu akan membuatkan kita menjadi insan yang lebih bersemangat untuk terus bangkit berjuang untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat selepas ini..


Sekiranya kita bersedih kerana putus cinta, mengapakah kita bersedih sedangkan cinta yang sebenar milik Allah? Bukankah Dialah yang menjodohkan seseorang? Sekiranya sudah ditetapkan jodoh seseorang, maka tidak perlulah disedihkan kerana sudah pasti cinta itu tiada pada orang yang memutuskan cinta tersebut. Maka, apa lagi yang perlu disedihkan


JADILAH WANITA HEBAT SEPERTI WANITA2 INI..WALAUPUN ALLAH UJI MEREKA DENGAN BERBAGAI UJIAN MEREKA TETAP SBAR DAN KUAT SEMANGAT>> JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA DI DALAM DUNIA INI...KISAH2 INI ANA PETIK DARI BUKU YANG ANA BACA KAT ATAS.." YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD OLEH DR AID AL-QARNI




OLD WOMEN MAKE HEROES

Be like the old woman before al-Hajjaj, who put her trust in her Lord when al-hajjaj put her son in prison and swore to her by Allah that he was going to kill him. she said, with confidence and courage " if you do not kill him, he will die anyway"!


Be like old persian woman who put trust in Allah the day she had to be away from her chicken coop . She looked up towards the heavens said: "O' Allah protect my chicken coop for you are the best of protectors!"

Be steadfast like Asma'binti Abi Bakr, who saw her son Abdallah ibnu az-zubair crucified, and said her famous words: " is not the time for this knight to dismount( come down off the crucifixion post)?

Be like al-Khansa who offerred four martyrs for the sake of Allah, and when they were killed she said " praise de to Allah who has honoured me by causing them to be slain as martyrs for his sake ." look at these woman and their glorious history.

( So do not become weak(against your enemy, nor be sad and you will be superior)-Quran 3: 139


" JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Monday, 29 June 2009

AHLAN WA SAHLAN YA REJAB...



rasa dah lama x buat posting baru. sebabnya, agak sibuk dgn tugasan dan gerakerja di mansurah nie.Alhamdulilah akhirnya dapat jugak buat posting baru walaupun dlam keadaan sibuk.sedar x sedar rejab dah mai, nie tandanya x lama lagi nak pose. so, apa azam kita bila rejab menjelma??

still sama atau dah x sabar2 menanti ramadhan yang akan menjelma..ah, x sabar nak tunggu bulan pose..moga ramdhan nie menjadi penawar dan penyembuh jiwa yang duka..

sahabatku,

sambutlah ramadhan dengan jiwa terbuka..seperti ketibaan insan tercinta..
yang mengajar erti kesabaran dan mendidik jiwa..
penyingkap hijab antara ilahi dan hamba..
menginsafkan diri setiap manusia..
Ar-Rahman Ar-rahimnya Allah yang Esa..
Tingkatkan ibadah suburkan taqwa ..
semoga Ramdhan ini bukan ramdhan terakhir untuk kita...

"RAMDHAN YANG SAMA NATIJAH YANG BERBEZA"



Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


Salam Juang,


Nor Latifah Othman

Saturday, 27 June 2009

FAWASIL: BILANGAN AYAT AL-QURAN.BENARKAH 6666??


Dalam menentukan bilangan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran, terdapat ilmu khusus yang membicarakan perihal tersebut berpandukan (Ilmu fawasil) yang menggunakan Matan Nazimatul Zuhri oleh Imam As-Syatibi. Dalam karangan imam tersebut Imam As-Syatibi membahgikan khilaf penentuan bilangan ayat Al-quran kepada 6 imam yang utama. Justeru bagi melihat khilaf tersebut saya lampirkan bilangan ayat mengikut 6 imam ini.

JUMLAH AYAT/ IMAM
6217
6214 IMAM MADANI AWWAL

6214 IMAM MADANI THANI

6210 IMAM AL-MAKKI

6227
6226
6232 IMAM AS-SYAMI

6217
6236
( YANG MASYUR DI TERIMA) IMAM AL-KUFFI
(MALAYSIA)


6204 IMAM AL-BASRI


Daripada lampiran di atas, jelaslah kepada kita mengikut pandangan mahupun kiraan Imam Al-Kuffi, bahwasanya bilangan ayat al-Quran adalah 6236 ayat. Jika berpandukan dengan ilmu qiraat , ahli kuffi adalah mereka yang terdiri darpada Imam Al-'asim, Hamzah, Al-kisai dan Khalful A'syir, dan kita adalah mengikut bacaan perawi Hafs An Asim. Lantaran itu kita mengira jumlah keseluruhan ayat yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sebanyak 6236 ayat. Jadi, kefahaman kita dari kecil atau dibangku sekolah lagi bahawa bilangan ayat Al-Quran sebayak 6666 ayat adalah tidak benar dan tidak dapat diterima pakai.


RUJUKAN: KITAB DAN SYARAH MATAN NAZHIMATUL ZUHRI (KITAB ILMU FAWASIL) OLEH IMAM
AS-SYATIBI

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Friday, 19 June 2009

ISU SEMASA: AL-QURAN PALSU BUATAN AMERIKA

semakin hari Islam ditindas, diperlekehkan..kita bagaimana? masih enak dan lena diulit mimpi...masih menonton video dan filem2 yang tidak berfaedah..sedarlah azhari!!hari ini Islam dipijak2 oleh kuffar tanpa hati dan perut..sebar2kan berita ni kepada sahabt2 seperjuangandan keluarga anda...

Ya Allah peliharalah Islam agamaku ini...
Peliharalah Al-quran..
mukjizat agung ini...
Kau laknatilah meraka Ya Allah..


FIRMAN ALLAH TAALA:





UNTUK PERINGATAN BERSAMA..

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (al-baqarah: 120)


WASPADA !!!

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.

Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim tentang berita
ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. layari website ini:
http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html

Contoh: Cover (kulit buku)



Contents (kandungan)



The Blessing - Al Basmalah



The Opening - Al Fateha







Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin.....

Tolong d fwrdkan pada saudara seiman seislam.. Wallahualam..




Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Thursday, 18 June 2009

KEAJAIBAN QURAN(SIRI 2): PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI? 6 @ 8 HARI?



PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI? 6 ATAU 8 HARI?


Ikuti perbualan ini…

Lokman: abah, tadi kat sekolahkan cikgu cerita tentang galaksi dan alam semesta..pasal meteor, komet dan big bang…huh banyak betul planet2 nie..best abh…rasa nak jadi mcm astronaut jer…

Abah: tuelah tanda kebesaran Allah man..

Lokman: abah tau tak pasal penciptaan bumi?

Abah: tahula juga . nape man?

Lokman: boleh x abah cerita kat man berapa hari bumi diciptakan?

Abah: (abah pening tak tahu nak jawab). Apa kata man tanya cikgu di sekolah?

Lokman: baiklah bah..

Lokman berlalu hampa bila pertanyaannya itu tidak dijawab oleh abahnya.Jika anda menjadi abah atau ibu kepada ank kecil ini, tidakkah anda rasa bersalah terhadap anak kecil ini kerana membiarkan dia pergi tanpa mengetahui jawapan yang sebenar dan jawapan tue mmg sudah ada di dalm mukjizat agung kita.Al-Quran. Sama-sama kita fikirkan jika peristiwa ini berlaku kepada anda suatu hari nanti…..




Jangan pening2 di sini ada jawapannya.

Firman Allah Taala



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang menciptakan bumi Dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
(Fussilat: 9)
Bumi = Diciptakan dalam masa 2 hari

Dan ia menjadikan di bumi gunung-ganang Yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta ia melimpahkan berkat padanya, dan ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar Yang menyamai hajat Yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) Dalam empat masa.
(Fussilat : 10)

Bumi ,gunung ganang dan segala kehidupan= 4 hari


Lalu ia menjadikannya tujuh langit, Dalam dua masa; dan ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. dan Kami hiasi langit Yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) Dengan bintang-bintang Yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu Dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui. (Fussilat : 12)

Tujuh langit = 2 hari
Cuba tambahkan kesemuanaya: 2+4+2= 8 hari
Kan semua 8 hari @ 8 masa

Tetapi dalam surah Qaff menyatakan penciptaan bumi dalam 6 hari???yang mana satu yang betul 6 @ 8 hari??


Firman Allah Taala:

Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya Dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
(Qaff: 38)

Langit dan bumi: 6 hari

Jawapannya.

Ibnu Abbas: ayat yang pertama menceritakan bahawa hanya bumi yang diciptkan dalm 2 hari. Kemudian ayat 10 menceritakan bumi dan gunung ganang diciptkan dalam masa 4 hari.jadi, ayat ni telah mengulangi tentang masa penciptaan bumi.

Tempoh masa bumi dan kehidupannya telah diciptakan dalam masa = 4 hari


Kemudian ayat seterusnya ayat 12: fussilat menceritkan tempoh masa lagit diciptkan adalah selama= 2 hari.


Cuba kita tambahkan: 4 + 2= 6 hari


Jadi wlaupun zahir ayat dalm surah fussilat seperti menceritkan bahwa penciptaan langit dan bumi selama 8 hari, sebenarnya tempoh yang dimaksudkan oleh 3 ayat ini adalah 6 hari sahaja.
Nie bertepatan dengan dalil ayat Quran dalam surah Qaff:38 yang menyatakan bahawa penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Sebenarnya di dalam Al-Quran, tidak terdapat satu ayat Al-quran yang bercanggah dengan yang lain, tetapi zahir setiap ayat itu memerlukan kepada kita sebagai hamba Allah yang sgt kerdil dan hina tuk mentadabbur ayatnya setiap hari. Afala yatadabbarunal quran!!


Perkongsian I’jaz quran nie, saya perolehi ketika mengikuti kelas Sheikh Hussein Al-Asyari ketika pengajian ulum quran tahun 2 sini.Sheikh merupakan ulama quran dan qiraat di bumi mansurah.


Bersambung I’jaz Quran lagi…..


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Sunday, 14 June 2009

ISU SEMASA: PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN

Jika di Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan penerbitan filem ‘GUBRA’ terbitan Yasmin Ahmad yang menjadi kontroversi yang cukup dahsyat, di Indonesia kini muncul pula filem ‘Perempuan Berkalung Sorban’ yang lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Di dalam filem GUBRA yang entah mengapa dimulai dengan paparan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ antara lain memaparkan pemikiran ‘Pluralisme’ dan ‘Liberalisme’ secara halus dan terancang.
Antaranya ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru memeluk Islam, kemudian memegang anjing dalam perjalanan menuju ke surau, aksi seks diiringi laungan azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, perbicaraan diatas katil dijadikan perbualan biasa, kempen murtad secara halus antara wanita Islam dan lelaki Cina dan diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama adalah sama (pluralisme) dan sebagainya.

Perempuan Berkalung Sorban (baca: serban) yang wataknya dilakonkan oleh pelakon ‘Bawang Putih’ (saya tidak tahu namanya ) menceritakan bagaimana dia yang merupakan anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok ) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren termasuk bapanya sendiri yang mempunyai fahaman yang sempit dan keras dalam agama. Contohnya, dia dipaksa menikah lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri, dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani, buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut, suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren tersebut sehingga ada yang melarikan diri, buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir, berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman moderan yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.

Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ didalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit ini. Dia yang bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang kepingin untuk membacanya sehingga beliau dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk memperjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula denga kematian suaminya yang kedua setelah bercerai dengan suami yang pertama. Akhirnya perjuangannya yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan dipesantren ini berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain.

Diakhir filem, digambarkan wanita ini menunggang kuda yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai) dipesisir pantai bersama anaknya dengan penampilan sorban (serban) berwarna merah dileher . Diakhir filem, sorban merah itu dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah. Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ tersebut yang dirungkai dari lehernya.

Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyimpangannya dalam memberi gambaran kepada Islam seolah-olah itulah gambaran Islam yang terlalu keras, sempit dan mendiskriminasikan wanita serta terang-terangan memberikan gambaran yang sangat buruk terhadap kehidupan di pesantren dan wanita2 di sana.

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

FEEDJIT Live Traffic Feed