Saturday, 13 June 2009

MAAHAD FATAYAT MANSOURA, EGYPT

AYAHANDA DAN BONDA...
DOAKAN PERMUSAFIRAN ANAKANDAMU INI...
MENCARI PERMATA BERHARGA DAN MENJEJAKI PERJALANAN DAN PERJUANGAN ANBIYA' TANPA JEMU...
KEMBARA SEORANG MUJAHIDAH..
KEMBARA ILMU BERSAMA TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN..
MENGUTIP MUTIARA ILMU...
RINGANKU LANGKAHKU TUHAN..
SETIAP SAAT DAN KETIKA..SETIAP KALI KAKI INI MELANGKAH..
KUATKAN SEMANGATKU TUHAN..WALAUPUN UJIAN DTG TANPA DI DUGA..
TABAHKAN HATIKU TUHAN...
DAN BIARKAN ROH DAN SEMANGAT JIHADKU MENUNTUT ILMU
TIDAK PUDAR SEHINGGA NAFASKU TERHENTI....
JADIKANLAH AL-QURAN TEMAN HIDUPKU SEPANJANG HIDUPKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...
AMEEN YA ALLAH...

SALAM PERJUANGAN BUAT SEMUA SAHABATKU...MOGA KALIAN TERUS THABAT DAN ISTIQAMAH DALAM PERMUSAFIRAN SEORNG PENCINTA ILMU.....


SELAMAT BERJUANG SAHABATKU


PADANG MAAHAD DARI SUDUT ATAS




DATARAN MAAHAD


PINTU UTAMA MAAHAD


KETIKA IMTIHAN SYAFAWI MAAHAD


WAJAH-WAJAH WARGA MAAHAD


DI SUATU SUDUT>KELAS MAAHAD



Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Thursday, 11 June 2009

*KEAJAIBAN BATU* BUKTI KEAGUNGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG

SEMOGA DENGAN KITA MELIHAT KEPADA PENCIPTAANNYA DAPAT MENGINSAFKAN DIRI KITA BETAPA KERDILNYA KITA SEBAGAI MAKHLUK BERBANDING KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG...
BERJALAN..
MENTAFSIR..
MENAMBAHKAN IMAN...


Firman Allah Taala

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah air mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah air mata daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.
*Al-baqarah-74*


Wave Rock
Hyden, Australia

Gelombang batu seperti ombak ini sudah ada 2.700jt tahun yang lalu menurut peneliti.







Moving Rock
Belum ada penelitian tentang batu ini, dan 1 orang pun belum bisa melihat batu ini benar2 berjalan, cuma jejaknya saja yg dinyatakan batu ini bisa berjalan atau bergeser.






Dome of The Rock
Masjidil Aqsha, Yerusalem

Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi'raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah ikut.





Malin Kundang Rock

Pantai Air Manih, Minangkabau - Padang
Konon, batu ini adalah seorang anak yang dikutuk oleh Ibunya, karena durhaka





Ayers Rock
Uluru Alice Spring, Australia
Batu yang bisa berubah warna mengikuti cuaca, kadang oren, hitam, biru dll






Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Wednesday, 10 June 2009

HATI SEORANG MUJAHIDAH QURAN



Warkah Untuk Tuhan…

Ya Allah, Ya Rabb, Ya Tuhanku..
Kau Tuhanku Yang satu..
Kau Penawar lara hidupku..
Kau tempat mengaduku setiap waktu..
Yang tak pernah jemu melayan kerenahku..

Ya Allah,
Setiap kali aku menatap kalammu..
Semakin aku tadabbur mukjizatmu..
Hatiku menangis, air mata gugur tanpa henti..
Setiap kali aku dengar alunan kalammu..
Air mata gugur lagi…
Ya Allah..
Derasnya air mataku mengalir lagi..
Aku sgt2 tersentuh dengan kalammu..
Setiap kali hatiku ingin menutur kalammu di bibir ini..
Terasa panas jernihan air mata yang mengalir di pipiku..
Allahuakbar..
Betapa hebat kalammu sehingga menusuk kalbu..






Ya Tuhanku..
Aku ingin menjadi srikandi..
Sehebat Saidatina Khadijah..
Penguat sayap perjuangan suamiku..
Aku ingin menjadi srikandi..
Secerdik Saidatina Aisyah..
Yang mampu menjadi penyebar dakwah ilahi..
Aku ingin menjadi srikandi..
Setangkas Nusaibah di medan perang..
Walaupun aku berjuang mendidik pewaris2
Risalah nabi di baiti jannati..
Aku ingin menjadi srikandi..
Semulia Rabiatul adawiyah..
Yang x putus-putus rindu dan cinta kepadamu
Tanpa henti..yang terus leka dalam pelukanmu
Dalam rukuk dan sujud kepadamu..
Ya Tuhanku..
Jadikan aku srikandi Islam
Sepanjang hidupku..
Biarlah terpaksa..Aku beli sekalipun dengan nyawa, jiwa dan ragaku…
Andai itulah sandarannya utk diriku..
Kau perkenanlah doaku..
dan permudahkanlah..kembara ilmuku ni..
di bumi anbiya' nie..

Nukilan rasa,

Nor Latifah Othman

Monday, 8 June 2009

QASAS AL-QURAN (SIRI 1): ASHABUL YAASIN

ASHABUL YAASIN: AYAT KE 13-29




Berikut adalah hadith-hadith yang didapati di dalam beberapa buah kitab tafsir.Namun tidak dapat dipastikan sama ada hadith tersebut adalah benar-benar datang daripada Rasulullah sendiri ataupun hanyalah kata-kata sahabat,ulama’ dan juga hanyalah rekaan semata-mata.Namun hanya hadith yang pertama sahaja dapat di sahkan sebagai hadith mungkar.


1)-روه الحافظ أبو القسيم الطبراني:حدثنا الحسين بن اسحاق التستري,حدثنا الحسين بن ابي السرى العسقلاني, حدثنا حسين الأشقر,حدثنا أبي عيينة عن ابن أبي نجيح عن مجاهد عن ابن عباس رضي الله عنهما,عن النبي(ص) قال:(( السابق الثلاثة: فالسابق الى موسى عليه الصلاة والسلام يوشع بن نون, والسابق الى عيسى عليه الصلاة والسلام صاحب يس, والسابق الى محمد (ص) علي بن أبى طالب رضي الله عنه)) فانه حديث منكر ,لا يعرف الا من طريق حسين الأشقر,وهو متروك, والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب.

2)- حدثنابشر, قال: ثنا يزيد,قال: ثنا سعيد,عن قتدة ﴿ واضرب لهم مثلا أصحاب القرية ﺇذ جاءها المرسلون ﺇذ أرسلنا ﺇليهم اثنين فكذبوهما فعززنا بثالث﴾ قال: ذكر لنا أن عيسى ابن مريم بعث رجلين من الحواريين ﺇلى أنطاكية مدينة بالروم فكذبوهما, فأعزهما بثالث,﴿ فقالوا ﺇنا ﺇليكم مرسلون﴾

3)- حدثنا ابن حميد,قال: ثنا سلمة,قال: ثنا ابن اسحاق,فيما بلغه,عن ابن عباس, وعن كعب الأحبار,وعن وهب ابن منبه,قال: كان بمدينة أنطاكية,فرعون من الفراعنة يقال له أبطيحس ابن أبطيحس يعبد الأصنام,صاحب الشرك,فبعث الله المرسلين,وهم ثلاثة: صادق,ومصدوق,وسلوم,فقدم ﺇليه وﺇلى أهل مدينته منهم اثنان فكذبوهما, ثم عزز الله بثالث,فلما دعته الرسل ونادته بأمر الله,وصدعت بالذي أمرت به, وعابت دينه, وما هم عليه, قال لهم ﴿ ﺇنا تطيرنا بكم ﻟﺌن لم تنتهوا لنرجمننكم وليمسنكم منا عذاب أليم﴾. وقوله ﴿ ﺇذ أرسلنا ﺇليهم اثنين فكذبوهما فعززنا بثالث﴾ يقول تعالى ذكره: حين أرسلنا ﺇليهم اثنين يدعوانهم ﺇلى الله فكذبوهما فشددناهما بثالث,وقويناهما به.

4) حدثنا ابن حميد, قال: ثنا سلمة,قال: كان من حديث صاحب يس فيما حدثنا محمد بن ﺇسحاق فيما بلغه,عن ابن عباس,وعن كعب الأحبار وعن وهب بن منبه اليماني أنه كان رجلا من أهل أنطاكية,وكان يعمل الجرير, وكان رجلا سقيما, قد أسرع فيه الجذام, وكان منزله عند باب من أبواب المدينة قاصيا, وكان مؤمنا ذا صدقة, يجمع كسبه ﺇذا أمسى فيما يذكرون,فيقسمه نصفين, فيطعم نصفا عياله,ويتصدق بنصف, فلم يهمه سقمه ولا عمله ولا ضعفه, عن عمل ربه, قال: فلما أجمع قومه على قتل الرسل, بلغ ذلك حبيبا وهو على باب المدينة الأقصى, فجاء يسعى ﺇليهم يذكرهم بالله,ويدعوهم ﺇلى اتباع المرسلين, فقال ﴿ يا قوم اتبعوا المرسلين﴾

Kisah ini adalah satu kisah sejarah yang diceritakan oleh Allah Taala kepada Nabi Muhammad (S.A.W) iaitu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Isa (a.s) ketika mana ia menyeru kepada suatu kaum, penduduk sebuah negeri supaya beriman kepada Allah Taala.Kisah ini diceritakan agar Rasulullah (S.A.W) menyampaikan pula kepada umatnya sebagai satu peringatan yang mana Allah juga akan menimpakan musibah yang sama kepada mereka seperti mana yang ditimpakan Allah pada satu kaum penduduk sebuah kampung ini.Tidak diceritakan kepada kita dalam al-Quran siapakah penduduk kampong itu dan nama kampung tersebut.Malah tidak juga diterangkan dalam al-Quran apa yang imaksudkan dengan musibah yang menimpa penduduk kampung itu.

Namun para ulama’ tafsir bersepakat mengatakan bahawa negeri tersebut dinamakan sebagai Anthokiah yang terletak dahulunya dalam negeri Turki dan selepas perang dunia 1, Anthokiah ini telah dimasukkan ke dalam negeri Syria, sebuah negeri yang terletak di utara Syria .Akan tetapi pendapat ini disangkal oleh sebahagia ulama’ tafsir lain yang mengatakan bahawa nama kampung Anthokiah itu tidak disebutkan dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T :


Maksudnya : “Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka;(yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu". (yasin: 13-14)



Allah mengutuskan utusan-Nya kepada penduduk kampung

Pada zaman dahulunya negeri ini mempunyai penduduk dan raja yang zalim.Penduduk kampung ini beserta rajanya menyembah berhala.Lalu Allah telah mengutuskan kepada mereka dua orang utusan yang mana nama kedua-dua mereka ini tidak disebutkan dalam al-Quran.Namun ada juga sesetengah para pentafsir mengatakan mereka adalah Soduq,Sodiq dan Syalum.

Mereka berdua diutuskan Allah sekaligus untuk menyeru penduduk-penduduk kampung itu supaya menyembah Allah Taala dan meninggalkan penyembahan berhala.Sebagaimana Allah S.W.T mengutuskan Musa a.s dan Harun a.s kepada Fira’un laknatullah serta kaumnya.

Maka para utusan itu pun menyeru penduduk kampung tersebut agar mereka beriman kepada Allah Taala.Mereka mengisytiharkan diri mereka berdua adalah utusan Allah S.W.T tuhan sekalian alam.Mereka ini menyeru penduduk kampung tersebut agar menyembah hanya pada yang Maha Esa.Firman Allah Taala :


Maksudnya: “Mereka berkata: "Tuhan kami mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.” (yaasin: 16)

Namun usaha kedua-dua utusan ini sia-sia belaka kerana penduduk kanpung itu telah mendustakan kedua-duanya.Lalu Allah telah mengutuskan kepada mereka utusan yang ketiga bagi menguatkan lagi seruan yang dibawa.




Pendustaan penduduk kampung terhadap utusan Allah Taala.


Lalu penduduk negeri yang berkenaan,rajanya,pemimpin dan rakyatnya sama-sama menjawab dengan jawapan seperti orang bebal dan jahil sepanjng zaman.Mereka menjawab dengan jawapan yang sama sahaja.Firman Allah Taala:




Maksudnya; “ Penduduk bandar itu menjawab ; kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga,dan tuhan yang maha pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama yang kamu dakwakan ); kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.
(yaasin:15)

Lihatlah jawapan yang sekaligus berisi tuduhan mereka ; “ tidaklah kamu ini melainkan manusia biasa seperti kami.Tuhan tidak menurunkan wahyu kepada kamu menjadi rasul.Kamu adalah orang –orang yang bohong”.

Mereka mendustakan utusan Allah dengan mengatakan bahawa utusan-utusan tersebut tidak lain hanyalah manusia biasa seperti mereka,dan tuhan tidak menurunkan wahyu kepada mereka untuk mengangkat mereka menjadi rasul.Bagi mereka rasul- rasul itu adalah pembohong dan berdusta.

Walhal , mereka itu sendiri yang jahil kerana seringkali menganggap rasul- rasul itu terdiri daripada manusia yang pelik atau ganjil daripada manusia yang lain.Mereka seolah-olah hendak menyaksikan perkara–perkara pelik,benda-benda ganjil dan menakjubkan,maka barulah hendak beriman.

Tidak cukup dengan keterangan wahyu dan hujah dari Allah,mereka hendak menjadikan para rasul itu seperti pemain-pemain silap mata untuk mempersembahkan benda pelik lagi ganjil.Mereka mahu rasul itu dijadikan Allah bukan dari kalangan manusia,tetapi dari satu kejadian yang pelik dan aneh.

Padahal mereka tidak memikirkan bahawa jika Allah menzahirkan kepada mereka pasti menyukarkan komunikasi diantara mereka.Bahasa yang digunakan tidak akan difahami dan masing-masing tidak dapat berhubung.Jika demikian,bagaimanakah hendak mengajak mereka beriman kepada Allah s.w.t

Kita hendaklah sedar bahawa peranan rasul- rasul yang diutuskan Allah bukan sekadar menyampaikan ajaran Allah; tetapi turut menjadi contoh atau ‘ROLE MODEL’ kepada manusia,menerangkan dan menjelaskan bagaimanakah ajaran Allah itu diamalkan dalam kehidupan .

Oleh itu Allah s.w.t mengutuskan para rasulnya dari kalangan manusia bukan dari kalangan malaikat.Allah Ta’ala mengutuskan para rasul dari kalangan manusia yang beranak , beristeri, makan dan minum, bermain dan berniaga seperti manusia .

Inilah rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T supaya ajaran Allah itu diamalkan oleh semua manusia,dengan mengambil tauladan daripadanya.Inilah tujuan utama Allah menjadikan rasul itu dari kalangan manusia.Bukannya hendak menunjukkan perkara yang pelik.

Sekiranya manusia itu berhajat untuk melihat benda-benda yang pelik sebelum beriman itulah fikiran orang bebal.Senario ini bukan sahaja terjadi pada zaman dahulu malah pada zaman sekarang juga mereka masih menunggu perkara-perkara yang sedemikin.Mereka akan menyakini dan mengikuti islam apabila berlaku insiden-insiden pelik dan ajaib .



Golongan ini beranggapan bahawa setiap apa yang dijanjikan oleh para rasul secara spontan.Misalnya apabila disebut perkara dosa dan pahala,mak mereka mahukan perkara tersebut zahir dihadapan mata mereka maka mudahlah mereka mempercayainya.

Sesetengah mufassirin menjelaskan,kedua-dua rasul itu membuktikan mukjizat mereka dengan menyembuhkan orang yang sakit.Walaupun rasul-rasul itu telah menunjukkan mukjizat,namun umat manusia pada masa itu masih tidak mempercayai mereka.Manusia–manusia yang jahil dan sombong itu masih tidak mempercayai kerasulan dan ajaran yang dibawa .Sebaliknya, mereka masih lagi mengatakan ;



Maksudnya ; tidaklah kamu ini melainkan orang –orang yang berbohong .
( Yaasin: 15)

Di dalam satu riwayat telah diungkapkan betapa hebatnya mukjizat yang telah dipamerkan oleh para rasul-rasul tersebut.Sehingga mereka mampu mengubati seorang buta yang tidak boleh melihat.



Para utusan menolak dakwaan penduduk kampung


Para utusan Allah itu telah menolak segala dakwaan penduduk kampung tersebut yang mengatakan bahawa mereka adalah pendusta semata-mata.Lalu mereka berkata dalam firman Allah Taala :



Maksudnya; Mereka berkata: "Tuhan kami mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.” (yaasin: 16)

Orang –orang kafir tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh utusan-utusan itu yang telah jelas membawa maksud: “ Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". Namun dek kerana mempunyai hujah atau nas yang kuat untuk berhujah dengan utusan Allah itu lalu mereka melakukan sesuatu rancangan jahat,yang dipenuhi dengan kezaliman dan tipu daya bagi membatalkan hujah yang dibawa oleh utusan Allah .Lalu mereka berkata :



Maksudnya; Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami". (yaasin : 18)


Orang kafir itu menganggap bahawa kedatangan utusan Allah itu hanyalah membawa sial kepada mereka.Mereka mengatakan ajaran utusan-utusan Allah itu membawa kerosakan tanpa bukti dan fakta. Inilah cara orang kafir berhujah dengan pembawa panji-panji islam.Mereka mengancam akan menangkap dan meyiksa ppara utusan tersebut andaikata seruan itu tidak dihentikan.


Pelbagai tindakan akan diambil jika meraka tidak berhenti daripada melakukan kerja-kerja Islam.Inilah ucapan-ucapan dan gertakan mereka yang menentang islam sejak zaman Namrud ,fir’aun dan zaman Nabi kita Muhammad S.A.W bahkan hinggalah zaman sekarang dan zaman yang akan datang.


Para utusan tetap dengan pendirian mereka.


Walaupun mereka mengatakan dan mengungkapkan pelbagai ancaman dan ugutan,namun utusan-utusan Allah itu yang berjihad untuk menegakkan ajaran Allah ini tetap tidak berganjak . mereka menjawab dengan berkata :


Maksudnya; Utusan-utusan itu berkata: "Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas".
(Yaasin: 19)

Allah menjelaskan dan menempelak orang –orang kafir itu bahawa kecelakaan yang mereka dakwakan (kononya kecelakaan itu datang bersama dengan utusan allah ) adalah salah dan tidak benar samasekali. Sebaliknya mereka tidak sedar dan insaf, bahawa kekafiran yang ada pada diri merekalah yang menyebabkan mereka menjadi sial. Dan mereka tergolong dari golongan pelampau kerana telah mengancam dan mengugut para utusan Allah.


Sesetenggah mufasirin mengatakan,setelah(berhujah) kedua-dua utusan allah itu telah ditangkap , dikurung dan diseksa di dalam penjara . sesetengah ulama’ mengatakan bahawa mereka telah diseksa dengan dahsyat.Lalu Allah mengutuskan rasul yang ketiga.Firman Allah Taala:


Maksudnya: “(yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu.” (Yaasin:

Mengikut Qurtubi di dalam tafsirnya,utusan yang ketiga ini pergi ke negeri Anthokiah secara rahsia,lalu ia menjalinkan hubungan dengan pembesar – pembesar negeri berkenaan .Utusan tersebut merahsiakan identiti dirinya yang sebenar ( bahawa beliau adalah teman kepada kedua- dua utusan yang sedang dipenjarakan di negeri itu .Nama rasul yang ketiga ini tidak dinyatakan juga dalam al-Quran namun ada sebahagian ulama’ menamakannya salum,sesetengah ulama pula menamakannya sam’un,yakni seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Qurtubi di dalam tafsirnya .

Sesetengah riwayat menyatakan raja itu beriman dan rakyatnya tidak beriman . namun terdapat pula riwayat yang menyatakan keseluruhaan raja dan rakyatnya telah enggan beriman dengan ajaran rasul tersebut.Sebaliknya mereka telah melakukan penyiksaan pula.





Kedatangan seorang lelaki menyeru kaumnya beriman


Lalu Allah Taala berfirman :


Maksudnya : “Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki (Habib An Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu” (Yaasin:20)

Allah s.w.t. menceritakan , pada saat- saat genting itu munculnya seorang lelaki, ia datang dari tempat yang jauh dengan berlari –lari mendapatkan para utusan itu.Lelaki tersebut bukanlah dari orang yang berpangkat sebaliknya cuma manusia biasa yang beriman kepada Allah. Dengan imannya yang mantap beliau berpendapat bahawa ia perlu ditegakkan.Jesteru itu, apabila mendengar apa yang berlaku ke atas utusan allah , maka beliau segera mendapatkan para rasul tersebut.Apabila beliau tiba di tempat para rutusan sedang dibicarakan itu,ia pun berkata;



Maksudnya;Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki (Habib An Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu,ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Berbekalkan ketakwaannya yang tinggi lelaki tersebut tidak takut dan gentar untuk menyatakan kebenaran islam kepada kaumnya dan menyeru mereka agar mengikuti para utusan tersebut. Lelaki berkenaan menerangkan kepada kaumnya betapa benarnya ajaran yang dibawa oleh utusan-utusan itu, kerana mereka menyeru kepada jalan Allah tanpa meminta sebarang upah, imbuhan ataupun gaji. Sesungguhnya inilah di antara tanda –tanda kebenaran.Para utusan Allah berkerja tanpa meminta apa-apa habuan keduniaan .Namun apa yang mereka perolehi hanyalah kesakitan akibat siksaan daripada penduduk anthokiah .Mereka telah disiksa,dipenjara,dihukum,disebat dan didera.Inilah dalil kebenaran apa yang mereka bawa.

Bukti keimanan seorang muslim

Demi menghentikan siksaan mereka terhadap para utusan Allah Taala,maka lelaki itu telah berkata :


Maksudnya ;Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?.Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku. (Yaasin: 23-25)


Demikianlah beliau meengajukan persoalan –persoalan kepada kaumnya yang enggan kepada utusan-utusan tersebut.Antara pertanyaan yang telah diajukan adalah : apakah patut baginya mengambil tuhan selain daripada Allah.?inilah kaedah atau uslub berdakwah yang digunakan oleh beliau ,dengan ucapannya yang panjang telah memberi peluang kepada utusan-utusan itu untuk berehat sementara waktu dari segala penyiksaan dan kezaliman kaumnya.

Katanya lagi, jika sekiranya Allah yang maha pengasih itu mengkehendaki dirinya ditimpa malang , maka dia tidak akan berhajat kepada pertolongan sesiapa pun kecuali kepada Allah sahaja .iIi kerana,tuhan –tuhan lain itu pada hakikatnya tidak mampu dan tidak boleh memberikan pertolongan dan menyelamatkan sesiapa.


Lelaki itu berkata, sekiranya beliau tidak beriman kepada allah dan menyembah tuhan selain dairprada-nya .maka pastilah dia berada dalam kesesatan yang nyata. Maka akan samalah keadaan dirinya dengan kaumnya yang kufur ketika itu.Kerana itulah beliau bermati-matian mempertahankan keimanan tersebut.Beliau juga menjelaskan bahawa keimanan kepada allah s.w.t adalah keyakinannya yang pasti dan tidak boleh diganggu gugat lagi.

Akibat daripada tindakan dan ucapannya yang sangat berani itu ,lalu dia terpaksa berhadapan dengan tentera negeri berkenaan .tentera –tentera yang kufur dan syirik itu merebahkannya dan mereka memijaknya beramai –ramai, sehingga menurut sesetengah mufassirin terkeluar isi perutnya .


Ganjaran Syurga buat mereka yang berjuang dijalan Allah


Maka datanglah kepada lelaki tersebut satu nikmat yang agung ,iaitu syahid di jalan Allah datang menjemputnya .Apabila mati, dia terus dipanggil oleh Allah untuk memasuki syurga-Nya .Firman Allah Taala :


Maksudnya ;Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke surga". Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan".
(Yaasin:26-27)


Lelaki tersebut berharap sangat agar kaumnya mengetahui bahawa dia telah dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan di tempat yang mulia kerana seksaan mereka itu

Selain itu juga , menurut riwayat sebahagian ulama’ mufassirin, utusan-utusan Allah itu juga dibunuh oleh penduduk negeri berkenaan.

Siksaan Allah menanti mereka yang engkar suruhan-Nya

Selepas kematian lelaki itu,Allah s.w.t. tidak menurunkan bala tenteranya dari langit,namun cukup sekadar satu tempikan dari malaikatnya untuk membinasakan mereka semua, ini adalah satu penghinaan daripada allah kepada mereka.Allah berfirman dalam al-Quran :

Maksudnya;Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukanpun dari langit dan tidak layak Kami menurunkannya.Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
(Yaasin: 28-29)


Waallahua'lam.

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Friday, 5 June 2009

20 SEN DAN HARGA SEBUAH IMAN


hayati kisah ni wahai azhariku..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut
telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan
tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin
turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu
bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

sama-sama kita muhasabah..semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang sanggup gadaikan iman kerana 2kupang sahaja


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Thursday, 4 June 2009

ISU PANAS: AMERIKA LA'NATULLAH HINA KAABAH

SEMOGA ALLAH MEMBALAS KERJA TERKUTUK AMERIKA LAKNATULLAH INI!!! BANGKITLAH WAHAI AZHARI!!!!! ISLAM DIHINA LAGI!!!!



In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.















Di tengah-tengah bandar kota Manhattan di Nem York, sebuah bar dibuka dengan nama "APPLE MECCA" yang mana ia sangat menyerupai seperti KAABA di MAKKAh. BAR ini digunkan utk supply atau menyediakan minuman vine dan drinks(arak). Seluruh rakyat MuSLIM Nem York menekan dan memaksa Kerajaan USA agar tidak membuka BAR ini.






Please do Forward and spread this
story to as many peoples as you can.
We need 2 wake up and 2 stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!!
Together we can and we will Inshallah..

sedih raser hati bila Islam dihenyak begitu sahaja....apakah ini petanda akhir zaman...dan kiamat itu semakin hampir...fikir2kan lah....


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Monday, 1 June 2009

WALIMATUL URUS



W.A.L.I.M.A.T.U.L U.R.U.S

Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir (Surah Rum: 21)


Jemputan majlis perkahwinan anak lelaki kami:

Al-Akh Abd Kuddus B. Othman(ex-shoubro 2004/07) &
Al-Ukht Siti Haiza Bt Muhamad Noh
Di No.41, Jalan Bunga Raya 2,
Taman Bunga Raya,
33 000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
605-7771779/012-5835954

Pada Hari Ahad bersamaan 7hb Jun, 2009 di rumah pengantin lelaki. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rahmat ke atas hamba2nya yang soleh…Ameen


Salam Juang,

Nor Latifah Otman

FEEDJIT Live Traffic Feed