Saturday, 16 May 2009

ISU SEMASA: PENAWAR SELESEMA BABI


Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Justeru,marilah kita sama mengamalkan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah kepada kita.Semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dan terpelihara dari wabak ini.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.


petikan dari: Ustaz Yusof Embong


Salam Juang,

Nor Latifah Bt Othman

Friday, 15 May 2009

ISU SEMASA: SIDANG DUN 7 MEI TIDAK SAH


Prof Aziz Bahri, Sidang 7 Mei Tidak Sah - malaysiakini



Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti.

Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.

Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

"Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya


p/s: MOHON SEMUA SAHABAT2 MENDOAKAN NEGERI PERAK KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIAKALA.YA ALLAH KAU TUNJUKKAN YANG HAK ITU HAK, DAN YANG BATIL ITU BATIL!AMEEN YA RABB...

Salam Juang,

Nor Latifah Bt Othman

ISU SEMASA: SELESEMA BABI AMARAN DARI ALLAH


SELESEMA BABI.
1.Apa Itu Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

􀂃Jika anda batuk atau bersin:-Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

􀂃Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

􀂃Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

􀂃Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

􀂃Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

􀂃Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

ISU SEMASA: BOHSIA: “JANGAN PILIH JALAN HITAM”


After the success of "KL Menjerit" by Badaruddin Azmi, we can watch yet another movie about illegal motor racing. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" is the second movie directed by Syamsul Yusof after "Evolusi KL Drift".

We know Syamsul is trying to send a 'good' message to the audience - but how many more movies about the mat rempit should we be making? The stunts shown in this movie are so impressive that they may in fact result in even more people being interested in this social phenomenon. Pada pandangan pengarah, filem itu bertujuan menunjukkan kepada masyarakat penyakit sosial di kalangan remaja dan seharusnya mereka menjauhi perkara itu. Sebaliknya, filem itu mengandungi watak lelaki dan wanita bergaul bebas, melakukan zina dan keganasan seperti bergaduh. Mana mungkin kita sebagai penonton yang ada taqwa kepada Allah dan akal yang waras mengambil pengajaran dalam masa yang sama, kita dikenyangkan dengan adegan-adegan yang berunsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan seperti itu..

Allahuakbar! Rasa sedih menyelubungi diri saya ketika mengetahui kebanjiran filem2 begini di Malaysia. Sampai bila perkara ini perlu dibiarkan? Bukankah yang berada di Malaysia yang melihat filem ini munkin terdiri dari ahli keluarga kita, sahabat kita atau munkin anak2 kecil yang cuba memahami apakah maksud hidup sebenarnya. Filem ini, telah Berjaya mencecah kutipan melebihi rm2juta hasil tayangannya di pawagam.

Pasti kaum Melayu, yang juara bila bab2 pergi wayang nie. Adakah ini gambaran sebenar pemuda pemudi Malaysia sekarang memang seperti ini? Kebanjiran filem seperti ini sekaligus menafikan kewujudan golongan muda mudi yang mulia syakhsiah dan kuat pegangan agamanya seperti kita. Kadang2 takut rasanya, bagaimanakah kita ingin membesarkan anak kita nanti dalam keadaan seperti begini. YA Allah peliharalah kami, ahli keluarga generasi akan datang kami dan umat Islam khususnya agar sentiasa berada dalam hidayahMu dan kau berikanlah hidayah kepada mereka agar kembali kepadaMu….Ameen Ya Rabb..

APA YANG TERPAPAR INI, HANYA SEKELUMIT CUMA….DARI KEBANJIRAN FILEM YANG ADA….
APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI AZHARI TERHADAP ISU INI? BERDIAM DIRI? BERPELUK TUBUH? TERUS LENA ?

FIKIR-FIKIRKAN……

Salam Juang
Nor Latifah Bt Othman

ISU SEMASA : KRISIS POLITIK DI PERAK



KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK BERHUBUNG KRISIS POLITIK DI PERAK-malaysiakini


DMPN Perak sangat memandang serius akan Krisi Perlembagaan yang berlaku di Perak bermula sejak berlakunya Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri oleh Regim Barisan Nasional pada 6 Februari 2009 yang lepas. Adalah suatu yang amat malang bilamana pemerintah sesebuah Kerajaan Negeri diizin untuk ditentukan oleh beberapa orang pengkhianat yang tanpa rasa bersalah mencabul serta mengkhianati mendat politik sebenar yang telah diberikan oleh rakyat (pengundi) Perak kepada mereka diatas kepercayaan rakyat terhadap parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

DMPN Perak menegaskan bahawa kemelut yang sudahpun berlangsung selama lebih 3 bulan ini akan dapat dielakkan seandainya pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik (Regim Barisan Nasional) dan pihak-pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi prinsip Keluhuran Perlembagaan yang menjadi salah satu daripada lima intipati penting yang termaktub didalam Rukun Negara. Di samping, seandainya mereka tahu dan belajar untuk menghormati serta mempraktikkan prinsip pemisahan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciary.

DMPN Perak menyelar keengganan Regim Barisan Nasional untuk menerima hakikat penolakan rakyat Perak terhadap pemerintahan mereka, kegilaan dan ketagihan kuasa BN serta kedayusan mereka yang tidak berani berdepan secara "anak jantan" di gelanggang pertaruhan pilihanraya.

Suatu yang sangat malang dalam pemerintahan Najib yang membawa slogan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Dan Pencapaian Diutamakan" tetapi secara jelasnya GAGAL untuk meletakkan "kuasa rakyat" melalui proses demokrasi yakni pilihanraya di kedudukan utama. DMPN Perak menyifatkan bahawa Najib dan Dzambry sabagai pemimpin yang cukup pengecut hatta tidak mempunyai keberanian untuk sejujurnya mandahulu dan mengutamakan rakyat. Ini jelas terbukti menerusi Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak yang dijuarai oleh mereka dan rakan persengkongkolan mereka.

Justeru, DMPN Perak sekali lagi mengulangi sokongan sepenuhnya serta berdiri teguh di samping Menteri Besar Perak yang sah iaitu YAB. Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang membuat pendirian untuk menasihati kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Nasihat MB Perak kebawah Duli Tuanku Sultan ini adalah wajar bagi membolehkan rakyat diberi ruang dan peluang seadilnya bagi membuktikan pihak mana yang mereka mahu pilih untuk memimpin kerajaan negeri dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang sah dan kukuh.

DMPN Perak menegaskan bahawa rakyat bagi negeri Perak tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Konsep Raja Berperlembagaan.

DMPN Perak sangat berdukacita terhadap segala kecerlaruan yang berlaku dan mendesak agar demokrasi negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihanraya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

Akhirnya, DMPN Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini. DMPN Perak juga menyeru semua warga Perak agar menolak politik gila kuasa dan politik memalukan yang dibawa oleh Regim Barisan Nasional. Hidup Perjuangan Rakyat! Hidup Islam!

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

Ketua DMPN Perak
HAJJAH BARIAH ALANG SAPRI

Naib Ketua DMPN Perak
AMIZAN BAHARUDDIN

Salam Juang
Nor Latifah bt Othman

Thursday, 14 May 2009

Tadabbur Ayat 1




TELUR dan PLANET BUMI?? Tak sama tapi serupa.Pening???

Cuba fikir2kan apakah kaitan antara telur dan bumi.Adakah perkataan telur ada disebutkan di dalam Quran? Apakah yang cuba Allah bandingkan antara sebiji telur ayam dan planet bumi ini.Jom kita lihat…..

Firman Allah Taala:


والارض بعد ذلك دحها : 30


“Dan Bumi setelah dihamparkan”

(Surah An-Naazi’at: 30)

Di Arab Saudi kalimah “da ha ha” bermaksud dihyah yang membawa maksud telur ayam. Apakah kaitan antara telur dan dihamparkan? Ayat ini adalah dalil yang jelas menunjukkan bahawa planet bumi seperti telur ayam. Permukaan bumi yang bulat dalam erti kata lain bermaksud rata-luas atau dihamparkan.

Cuba perhatikan setiap lapisan yang ada di telur mempunyai persamaan dengan planet bumi.

Kuning telur = lapisan kerak bumi
Putih telur = lapisan tanah
Kulit nipis =Lapisan atmosfera
kulit telur =Lapisan ozon

Hebatnya Allah menyampaikan mukjizatnya kepada rasul junjungan kita berjuta2 tahun dahulu. Kini baru terbukti kebenarannya.memang permukaan bumi seperti telur. Sekaligus pendapat ini menangkis pandangan barat yang menyatakan bumi tidak berbentuk sfera.
Rahsia bumi dan seluruh isinya semua berada di dalam Al-Quran. Amatlah malang bagi mereka yang membaca kalamnya setiap hari tetapi tidak dapat mentadabburkan walaupun hanya sepotong ayat. Afala yatadabbarunalquran!

-Perkongsian ini ana perolehi, ketika mengikuti muhadhorah qiraat Syeikh Hussein Muhammad Muhammad Al-Asyari, Imam Utubis Jadid, Masjid Huda Rahman, Mansourah. Seorang ulamak qiraat yang sgt zuhud dan wara’ hidupnya. Sheikh mengajar kami (pelajar akhawat malizi) secara tetap dari awal tahun sehingga habis semua kitab2 qiraat dan yang berkaitannya.

Waallahua’lam.

Salam Juang,

Nor Latifah Bt Othman

ISU SEMASA: PEMBUANGAN BAYI


Siapa Yg Sepatutnya dipersalahkan?? Mereka,Kita atau Si Kecil Yg Tidak Berdosa Ini?


Firman Allah Taala : “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka”

(Surah At-tahrim : 6)

Sanggupkah kita melihat kejadian pembuangan bayi ni berterusan?Pandanglah wajah bayi yang masih merah nie dengan mata hati kita. Munkin dalam hatinya merintih “ Apa salahku Ya Allah beginikah nasibku? Diperlakukan sedemikian rupa?” .Bayi ini telah ditinggalkan di sebuah pondok, dan terdapat nota kecil “ sesiapa yang terjumpa bungkusan ini tolong kebumikan bayi ini, saya kejahilan”.Bayi yang cukup sifat ini bukan yang pertama kali berlaku di


malaysia kita, tetapi sudah menjadi perkara yang biasa.Kajian di Malaysia menunjukkan peningkatan kelahiran bayi luar nikah meningkat selepas berlaku perayaaan berikut:

-Valentine’s day

-Hari Merdeka

-Tahun Baru

-Perayaan Krismas

Kelahiran bayi berlipat ganda selepas 9 bulan kejadian perayaan2 tersebut. Ini bukan satu perancangan atau kebetulan, tapi adalah kesan gejala sosial yang semakin menular di kalangan pemuda pemudi harapan Malaysia. Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi terhadap nasib 70,000 bayi di Malaysia yang telah dilahirkan tanpa nasab yang hidup sehingga kini?dan tanpa berbapa? Couple dan Cinta????Inilah puncanya.

Trend remaja masa kini, yang asyik bercinta, dan bergaul tanpa batasan…sampai ada yang sanggup membelakangkan keluarga dan kahwin di sempadan akibat terlanjur!! trend nikah di Sempadan telah menjadi barah kepada mahasiswa dan mahasiswa di Malaysia. Hebatnya penangan cinta manusia sehingga membutakan dan menggelapkan mata hati ! Akibatnya,lahirlah bayi yang tidak berdosa ini..teringat lagu nie time kecik2 dulu “ tidak ku minta lahir kedunia, tidak ku pinta cacat begini…bukan kupinta kasih dan sayang…” lebih kurang macam nilah lirik lagu tue. Setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan dibalas, seluruh anggota badan akan menjadi saksi dan tiada penanguhan atas setiap perbuatan walaupun sebesar zarah sekalipun.Allahuakbar! Peliharalah diri Kami dari cinta dunia yang melalaikan Ya Rabb…..


Firman Allah:


“Pada hari ini kami tutup mulut mereka , dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan”

(Surah Yaasin: 65)

Firman Allah:


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun pasti dia kan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya.”

(Surah Al-zalzalah: 7-8)

Waallahu’alam.


FEEDJIT Live Traffic Feed