Sunday 20 February 2011

Evakuasi...



Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah. Saya selamat sampai di Malaysia jam 1.50pagi bersamaan hari Jumaat 11hb Februari…terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir sehingga selamat sampai pada masa yang dijadualkan..syukran ya Allah…
Hampir seminggu proses pemindahan kami bermula 5hb-11hb Februari dari Mansurah-Iskandariah-Jeddah-Malaysia…ya Allah. Macam-macam pengalaman saya lalui sepanjang evakuasi…pengalaman tersebut munkin sekali seumur hidup..apatah lagi pengalaman menaiki Charlie @ Hercules (pesawat tentera TUDM) antara perkara yang saya tidak jangkakan.. 3 jam setengah berada dalam perut pesawat bersama 200 orang pelajar yang lain diterbangkan dari Lapangan Terbang Iskandariah ke Jeddah memang memenatkan..maklumla( duduk dalam keadaan bersila dan berhimpit-himpit sampai lenguh dan kebas kaki)..tak sampai satu jam kapal terbang nie bergerak..semua dah tidur kepenatan…ya Allah..


Gambar di Jeddah

 Dari sisi Charlie..

Beras dan gulai ' instant'  tentera yang diberikan kepada penumpang istimewa Hercules TUDM..da juga dapat sos cili dan kicap..tapi terlupa nak snap kat Jeddah
Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Kuala Kangsar, Perak.

No comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed