Sunday, 31 May 2009

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA???



>>>>Teristimewa utk:
BUAT BONDA HALIMATUN SAIDIAH BT YEOP NORDIN, syukran kerana membesarkan dan mendidik anakanda sehingga saat ini. Doakn permusafiran anakanda diredhoi dan dirahmati Allah..dan kembalinya anakanda ke bumi Malaysia nanti, menyumbang bakti kepada agama dan msyarakat di sana...Salam perantauan dan kerinduan dari bumi Mansurah, Mesir

HAYATI CERPEN INI>>>>
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu



Hargai wanita @ ibu2 yang telah membesarkan anda selama ini...Setiap Hari Adalah Hari Ibu...YA ALLAH< RAHMATILAH IBU2 YANG TELAH MEMBESARKAN KAMI>>>JASA DAN PENGOBANAN MEREKA TIDAK TERNILAI>>>HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK MEMBALAS JASA MEREKA>>>>>

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Friday, 29 May 2009

BUSANA ALTERNATIF?? ADAKAH BUSANA INI MEMENUHI TUNTUTAN SYARIAT??





Sangat cantik.elegan.bergaya.fesyen terkini.APA PANDANGAN ANDA TERHADAP FESYEN INI???? Jawapannya ada di tangan anda....


Salam Juang,

Mor Latifah Othman

QIRAAT (SIRI 1) : SUATU PENGENALAN



Muqaddimah
Firman Allah S.W.T. :

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ * فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ * لاَ يَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ * تَنزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(الواقعة: 77-80).


Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas R.A. bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda :

أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف ( رواه البخاري )

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutuskan sebaik-baik manusia kepada sebaik-baik umat. Lalu menurunkan sebaik-baik kalam sebagai panduan kepada sebaik-baik agama yang diredhoi. Sebaik-baik manusia itu adalah Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik umat adalah umat Baginda ini. Sebaik-baik kalam adalah al-Quran dan sebaik-baik agama adalah agama Islam.

Allah S.W.T. telah menurunkan al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar ke atas Nabi Muhammad S.A.W. yang telah dijamin pemeliharaan oleh Allah S.W.T. selama bersilih ganti malam dan siang dari sebarang perubahan dan pembaharuan. Yang terhimpun di dalamnya semua perkara yang diperlukan dan membenarkan kitab-kitab Rasul yang terdahulu.

Di samping itu juga Tuhan telah memberi taufiq kepada orang-orang yang dipilihNya daripada ahli bijak pandai agar mengambil berat tentang ilmu-ilmu al-Quran. Dengan itu mereka telah mengkaji dan mengumpul setiap ilmu mengenai al-Quran dan dibukukan sebagai suatu sumbangan untuk meninggikan Kalam Allah S.W.T. ini. Salah satu ilmu yang lahir daripada al-Quran adalah ilmu al-Qiraat .

Prinsip Ilmu Al-Qiraat

1) Takrif :

Suatu ilmu yang menangani kalimah-kalimah al-Quran daripada segi perbezaan sebutan dan bacaan serta penisbahan setiap daripadanya kepada pembawa atau periwayatnya.

2) Tajuk perbincangan :

Kalimah-kalimah al-Quran dari sudut keadaan dalam menyebutnya. Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan hukum - hukum asas seperti Mad dan Qasr, Idgham dan Izhar dan berkaitan perbezaan dari sudut baris dan huruf seperti ( يخدعون )( يخادعون)


3) Faedah :

1. Memelihara kesucian al-Quran.
2. Mengetahui apa yang dibaca oleh setiap Imam Qurra' serta dapat membezakan manhaj
setiap imam.
3. Dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ Sab`atu Ahruf ”
4. Mengetahui keistimewaan, kemuliaan serta keagungan al-Quran.

4) Kelebihannya :


Diantara semulia-mulia ilmu kerana kaitannya dengan kalam Allah.

Daripada Sayyidina Uthman bin Affan R.A. sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
خيركم من تعلم القرءان وعلمه
Maksudnya :
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." ( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )

5) Namanya :


Ilmu al-Qiraat (القراءات ) lafaz jamak kepada ( القراءة ) bermakna wajah-wajah yang dibaca.

6) Sandarannya :
Daripada Sunnah dan Ijma`. Juga dikatakan daripada riwayat yang Sohih dan Mutawatir daripada Imam-Imam Qiraat daripada Rasulullah S.A.W.

7) Hukum Syarak :

Menjadi fardhu ain mempelajarinya jika tidak ada orang yang mampu mempelajarinya dan menjadi fardhu kifayah jika ada orang lain selain kamu yang mampu mempelajarinya.

8) Masalah-masalahnya :

Kaedah-kaedah tertentu seperti setiap dua huruf hamzah yang berada dalam satu kalimah ( ءألد , ءأنذرتهم ) dibaca dengan tashil oleh Hijaziyyun dan lain-lain lagi.

Hubungan Di antara Al-Quran dan Al-Qiraat.


Ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat yang berlainan. Ini kerana al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya al-Qiraat pula adalah kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.

Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan al-Quran adalah kata nama terbitan yang seerti dengan al-Qiraah (bacaan). Al-Qiraat pula jama` kepada al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.

Walaupun para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini, namun kesimpulannya ialah al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dan al-Qiraat adalah perbezaan dalam membaca kalimah-kalimah wahyu itu sendiri.

Rukun Al-Qiraat Yang Sohih

1. Mestilah al-Qiraat itu tidak bercanggah dengan bahasa Arab.
2. Mestilah al-Qiraat itu tidak bercanggah dengan salah satu daripada mushaf-mushaf
Uthmani yang enam.
3. Mestilah sanad al-Qiraat itu mutawatir iaitu Rawi yang meriwayatkan al-Qiraat
tersebut satu jamaah yang ramai dimana mustahil mereka itu berpakat dalam
melakukan penipuan.

Pembahagian Al-Qiraat

Para Ulama` Qiraat mempunyai pandangan yang berbeza dalam pembahagian al-Qiraat. Sebagai kesimpulannya bolehlah kita bahagikan al-Qiraat kepada 6 bahagian :

1) Al-Mutawatirah : Iaitu Qiraat yang dinaqalkan dari sekumpulan perawi yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk melakukan pendustaan. Yang dimaksudkan di sini adalah al-Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh iaitu Imam Nafi`, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu Amir, Imam `Asim, Imam Hamzah dan Imam Kisa`ei.

2) Al-Masyhurah : Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai peringkat Mutawatir. Begitu juga Qiraat itu berbetulan dengan bahasa arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani. Yang dimaksudkan di sini adalah al-Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tiga iaitu Imam Abu Ja`far, Imam Ya`qub dan Imam Khalaf al-Asir

3) Al-Ahaad : Iaitu yang sah sanadnya tetapi tidak menepati bahasa Arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani serta tidak masyhur dan tidak dibaca di kalangan para Qurra`. Sebagai contoh bacaan yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang mana beliau membaca huruf ( ف ) dengan baris atas pada ayat : ( لقد جاءكم رسول من أنفسكم )

4) As-Syaaz : Iaitu yang tidak sah sanadnya atau tidak menepati salah satu daripada tiga rukun al-Qiraat yang sohih. Contohnya bacaan Imam Hasan al-Basri (إياك يعبد)

5) Al-Maudhu` :
Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam as-Sayuti pada bacaan al-Khazza`i (إنما يخشى الله من عباده العلماء)

6) Al-Mudraj : Iaitu bacaan yang ditambah sebagai tafsiran kepada ayat tersebut. Seperti bacaan Ibnu Abbas ( ليس عليكم جناح أن تبتغوا فضلا من ربكم في مواسم الحج )


Sekitar Perbincangan Sab`atu Ahruf
Dalil mengenai turunnya al-Quran dengan Sab`atu Ahruf ataupun Tujuh Huruf bersandarkan beberapa buah hadis antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya Nabi saw bersabda,

أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف.
( Hadis riwayat Bukhori )

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syihab bahawa beliau diberitakan oleh Urwah bin Zubair bahawa Maswara bin Makhramah dan Abdul Rahman bin Abdul Qari mendengar Umar bin Khattab r.a berkata,

سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان في حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاستمعت لقراءته، فاذا هو يقرأ على حروف كثيرة لم يقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكدت اساوره فى الصلاة فتصبرت حتى سلم، فلببته بردائه فقلت من اقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ قال اقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت كذبت، فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أقرأنيها على غير ما قرأت، فانطلقت به أقود إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت سمعت هذا يقرأ سورة الفرقان على حروف لم تقرأنيها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعمر ارسله، فأرسله عمر، فقال لهشام اقرأ يا هشام، فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرأ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم كذلك أنزلت،.ثم قال اقرأ يا عمر فقرأت القرأة التى أقرأني، فقال كذلك أنزلت، ان هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه
( Hadis riwayat Bukhori )

Maksud Tujuh Huruf

Tidak ada hadis secara jelas yang menceritakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan Sab`atu Ahruf atau Tujuh Huruf. Namun Ulama` samada yang Salaf mahupun yang Khalaf secara sepakat menyatakan bahawa tidak boleh seseorang itu menafsirkan bahawa Tujuh Huruf itu adalah tujuh Qurra’ yang masyhur kerana tujuh Qurra’ yang masyhur ini tidak pernah wujud pun pada zaman Rasulullah S.A.W.

التكليف بما لا يطاق محال
Ibn Hajar al-Asqolani berpendapat tujuh huruf bermaksud tujuh wajah bacaan dan harus membaca mana-mana wajah daripada tujuh wajah tersebut. Ada pendapat yang mengatakan huruf dengan makna bahasa iaitu tujuh bahasa Arab yang terkenal. Adapun perbahasan makna tujuh huruf dikalangan para ulama’ terbahagi kepada beberapa pendapat, sehingga sampai kepada 40 pendapat antaranya :

1. Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah
2. Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah.
3. Tujuh bahasa : Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurda’ah, Tamim, Thoyy.
4. Tujuh bacaan yang disandarkan kepada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Ibn Mas’ud, Ibnu ‘Abbas dan Ubai bin Ka’ab.

Pendapat yang paling tepat di sisi Jumhur Ulama` ialah pendapat daripada Imam Fakhruddin Ar Razi iaitu :

1) Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak seperti :
{ والذى لأمانتهم و عهدهم راعون }
2) Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti :
{ فتلقى ءادم من ربه كلمت}
3) Kepelbagaian pada tasrif seperti :
{تعلمون} {يعلمون}
4) Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan seperti :
{ فيقتلون ويقتلون}
5) Kepelbagaian dengan menukarkan. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah seperti :
{وانظر إلى العظام كيف ننشزها } {كالعهن المنفوش }
6) Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan seperti :
{وأعد لهم جنت تجرى تحتها الأنهر }
7) Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya.

Kitab-Kitab Asas Al-Qiraat

Sebenarnya terdapat begitu banyak kitab yang membicarakan mengenai ilmu al-Qiraat ini. Tetapi yang menjadi sumber utama kepada pengajian ilmu ini adalah seperti berikut :

1. Matan Asy-Syatibi
Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab Tahbir at-Taisir sebagai sumber karangan beliau.

2. Matan Al-Jazari Dan Matan Durrah
Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam al-Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab Tahbir at-Taisir dan kitab Nasyr al-Asyri.


Qiraat As-Sab’ah Dan Qiraat Al-‘Asyarah


Qiraat as-Sab`ah mahupun Qiraat al-`Asyarah, ianya tetap tidak lari daripada tujuh huruf sebagaimana ia diturunkan. Kesemuanya mutawatir daripada Rasulullah SAW. Ini bermakna, Rasulullah SAW membaca dengan kesemua Qiraat ini. Qiraat as-Sab`ah dikupas dan dijelaskan oleh Imam al-Syatibi. Imam al-Jazari pula mengupas dan menyusunnya dengan menambah tiga lagi Imam sehingga menjadi Qiraat al-`Asyarah.

Kesemua sepuluh Qiraat Imam al-Jazari dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Kubro. Tetapi jika tujuh Qiraat Imam al-Syatibi digabungkan dengan 3 lagi Qiraat Imam al-Jazari maka ia dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Soughro.

Perkembangan Bacaan Qiraat Seluruh Dunia Islam

Perkembangan bacaan Qiraat di seluruh dunia Islam pada hari ini bolehlah disimpulkan sebegini:

• Qiraat Imam Nafi’melalui riwayat Qalun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).
• Qiraat Imam Abu ‘Amru terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)
• Qiraat Imam Ibn ‘Amir terdapat di Yaman (1%)
• Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat Imam ‘Aasim melalui
riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)

Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilmu al-Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman.

Bibliografi

1. Al-Quran Al-Karim.
2. Artikel Qiraat, oleh Felza Zulhibri bin Abdul Hamid.
3. Buku “ Kajian al-Quran ” oleh Subhi Salih.
4. Kertas Kerja “ Pengenalan Asas Ilmu Qiraat ”, oleh Mohd Saleh Bin Ramli dan Mohd Lafzul Bin Muda.
5. Kitab “ Al-Hadi ” oleh Dr. Muhammad Salim Muhaisin.
6. Kitab “ Al-Qiraat Al-Waridah Fi As-Sunnah ” oleh Dr. Ahmad Isa al-Ma`sarawi.
7. Kitab “ Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran ” oleh Imam Jalaludin Abdul Rahman as-Sayuti.
8. Kitab “ Al-Qiraat As-Syazah Wa Taujihuha Min Lughati Al-Arabi ” oleh Abdul Fatah al-Qadhi.
9. Majalah Suara Kampus Edisi Shoubra, keluaran Muharram 1425H, Mac 2004M.


- Ini adalah usaha penulis untuk berkongsi dgn masyrakat umum agar masyarakat luar dapat memahami bidang ini dengan lebih dekat lagi, sekaligus dapat menambahkan rasa cinta kepada mukjizat ini ...Al-Quran sahabatku dunia dan akhirat.


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Wednesday, 27 May 2009

‘IJAZ RASM QURAN (SIRI 1): BENARKAH WANITA ITU PEMALU???




“Wanita dan Sifat Pemalu “


Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita.
Jadi benarlah wanita ini sangat pemalu. Tetapi jika kita kita bandingkan antara wanita yang belum berkahwin (anak dara) dengan wanita yang berkahwin ada perbezaan sedikit( sifat malu).


Wanita Yang Belum Berkahwin
Malu wanita yang belum berkahwin rupa2 rupanya telah digambarkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Kalimah ‘imraah di dalam Al-Quran yang tidak didsandarkan kepada suami, maka huruf ta’ tersebut adalah tertutup. Ataupun lebih dikenali dengan ta’ marbutah. Jadi huruf ta’ bulat ini, menceritakan gambaran bahwa ta’ bulat yang bersendirian tanpa bersandarkan kepada suaminya, maka bentuknya adalah bulat. Begitulah sifat wanita yang belum berkahwin, seperti huruf ta’ marbutah tersebut. Bila dia keseorangan, dia seorang sangat pemalu.jadi, tidak hairanlah sifat wanita yang belum berkahwin itu bukan sengaja dibuat2 tapi telah digambarkan oleh Allah bagaiman sifat seorang wanita itu.

Ini adalah contoh kalimah ‘imraah yang tidak bersandar kepada suaminya.

وان امرأة خافت
(Surah An-Nisa : 128)





Wanita Yang Sudah Berkahwin
Apabila kalimah ‘imraah tersebut disandarkan kepada suaminya maka ta’ tersebut terbuka @ dikenali sebagai ta’ maftuhah. Cuba kita perhatikan sifat wanita yang telah berkahwin, ada sedikit perbezaan. Bila mereka bersama suami, mereka lebih berani, lebih terbuka, perasaan malu sudah berkurangan kerana ada suami di sisi. Ia sangat berbeza dengan wanita yang bersendirian atau tanpa suami.


Jadi, jelaslah sifat malu wanita ini digambarkan dengan 2 kalimah ‘imraah yang sangat berbeza dan sifat ini tidak dibuat2 tapi telah termaktub sejak azali lagi. Jadi, jangan salahkan wanita kerana sifat malunya, tapi fahamilah wanita sebaik-baiknya kerana wanita adalah sebaik-baik kejadiaan di sisi Adam

Ayat2 dan cth kalimah ‘imraah yang disandarkan kepada suaminya.

1. Isteri Imran

امرأت عمرن (Surah Ali-Imran)

2. Isteri Al-Aziz
(Surah Yusuf : 30)



3. Isteri Al-Aziz
(Surah Yusuf : 51)


4. Isteri Firaun
(Surah Al-Qosos: 9)



5. Isteri Nuh, Isteri Lut dan Isteri Firaun
(Surah at-Tahrim : 10-11)

Semoga dengan mentadabbur ayatnya setiap hari menambahkan iman kita sebagai hambanya yang kerdil di sisi Allah Yang Maha Agung…


Sumber rujukan: Muhadhorah Sheikh Hussein, kitab rasm al-quran, Al-Quran


Bersambung lagi…

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

LUAR NEGARA: POLIS GREECE PIJAK AL-QURAN


Polis Greece didakwa pijak al-Quran
ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telah menyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkan al-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini.

Pada hari kedua, polis bertempur dengan penunjuk perasaan terbabit dan menahan 46 orang selepas tunjuk perasaan bertukar ganas.

Seramai 14 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera, manakala berpuluh-puluh buah kereta rosak akibat rusuhan itu. - AP

YA Allah, kenapa begitu teruk sekali Al-Quran dihina? Adakah kerana kita lemah dan takut, hanya mampu berdiam diri sepi seribu bahasa. Apkah tanggungjawab kita hamlatul Quran?azhari? kita masih diberikan kesempatan utk melihat, membaca dan mentadabbur mukjizat agung Allah yang kekal hingga ke hari ini, tapi kita hanya mampu memandang Al-Quran dengan sebelah mata sahja...Benarkah kalamku ini?? Ya Allah peliharakanlah Al-Quran ini, dan jadikanlah kami pemelihara Al-Quran sepanjang hidup kami......


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Sunday, 24 May 2009

KEMBARA ILMUKU DI BUMI MANSURAH, MESIR

BUMI MANSURAH, MESIR



Gambar Kedudukan bumi Mansurah di Mesir


Sekitar Gambar Maahad Fatayat Mansurah








Pengajian kami di maahad bermula pada pertengahan bulan oktober setiap tahun. Pengajian talaqi qiraat bersama sheikh Hussein pulak bermula awal November. Bagi ana, memang best dok dekat sini. Bagi adik2 yang nak datang ke bumi Mesir ahlan wa sahlan. Pelajar akhawat yang datang kat sini memang x ramai. Batch ana ada lebih kurang 34 orang jer. Setiap batch lebih kurang byk tue jer kuantiti nya.


Bulan 10, dah masuk musim sejuk kat sini. Tp, x delah sejuk sangat time tue. Kelas maahad akan bermula jam 1-3ptg setiap hari kecuali jumaat.cuti umum di sini. Bila dah masuk bulan 11, jadual bertambah pack. Pengajian kelas sheikh bermula jam 7-9 pagi setiap hari. Kadang-kadang klu kita ikut kelas jama’ qiraat sampai jam 11pagi.Pastu, jam 1ptg, dah kena ready ke maahad. Sheikh Hussein mengajar semua madah tahun 1 seperti qiraat,rasm,fawasil dan ulum quran. Klu dekat Malaysia, kita belajar 7 imam qurra’. Tp, kat sini bertambah lagi 3 imam.Jadi semua 10 imam. Qiraat shazah pun kita akan belajar kat sini waktu tahun 3 nanti. Sepanjang penglaman ana setahun di sini, x berpeluang utk berjaulah sekitar mesir sebab masa yang sangat pack
antara kelas maahad dan kelas sheikh. Tapi, memng best bila masa hanya terisi dgn kuliah2 ilmu. Pagi petang dgn qiraat.Sesuatu yang x pernah ana jangkakan.



Selalu pas hbis Sheikh Hussein syarah, dia akan baca kitab hadis sahih. Dah hbis kitab hadis sahih..skrg dia baca kitab riyadhus solihin.Sheikh adalah tenaga tetap yang mengajar pelajar2 akhawt qiraat di mansourah. Klu mesir terkenal dgn amminya, tapi bila belajar dgn Sheikh Hussein x menjadi masalah sgt. Sebab sheikh cakap fushah. Memang seronk..Pagi2 dah keluar rumah dalm kesjukan hanya utk mencari ilmu yang munkin x dapt di Malaysia. Kita belajar dri kulit ke kulit buku. Tahun 1 kena hafal lebih kurang 550 bait matan jazari@toyyibah. Klu kat dq dulu kita guna matan syatibi..kat sini matan 10 imam plak.Dan semua tajuk usul dan farsh huruf al-baqarah adan ali imran semuanya adalah muqoror peksa.Itu satu cabran kpd pelajar qiraat selain penguasaan 30juzuk Al-Quran.


Satu cabaran bagi pelajar baru bila time ustzah syarah kat maahad. Memang pekat amminya. Tp lama kelamaan seronok plak. Setiap hari sabtu ada tasmik matan. Jadi, matan memnag kena hapal sentiasa supaya kita x kalut nak peksa dan tasmik. Lagi2, persediaan utk exam mmg kena ready dari awal coz semua tajuk adalah semua muqoror. InsyaAllah..klu niat kita mulia dan suci Allah akan permudahkan.yakinlah adik2. bumi mesir ini bumi anbiya’ yang byk menyaksikan byk perisyiwa2 bersejarah dari dulu lagi. Ujian dan tarbiyah memang x boleh dipisahkan d sini. Semakin Allah uji kita itu tandanya Allah sangat syg kat kita. Masa 3 tahun belajar kat sini sekejap jer mcm kat dq dulu. Semoga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang mencintai akhirat dan menjadi musafir ilmu sepanjang hidup kita. Bersambung lagi…



-Sungai Nil Di Mansurah


Salam Juang.

Nor Latifah Othman

Thursday, 21 May 2009

ISU:GOLONGAN BELIA ADALAH AL-'ADIYAT????




Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia; "Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas." "Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. Golongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"




"Golongan BELIA adalah Al 'Aadiyat. Kalau kita baca surah itu, kita akan tahu bagaimana kuasa gerakan tempur kawanan kuda-kuda ini"



(1)Demi kuda perang yang berlari kencang

(2)Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya)

(3)Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi

(4)Maka ia menerbangkan debu

(5)Dan menyebu ke tengah-tengah kumpulan musuh



Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia;



"Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas."



"Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. Golongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"



"Pengalaman tidak cukup dalam kurun ke 21, kerana dalam kurun ke 21 adalah kurun STRATEGI. Golongan muda adalah pengurus strategi terbaik."



"Dalam abad ini, siapa yang lebih konstruktif (membangun), proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut), dinamik (aktif), praktikal, akan membawa negara, bangsa, tanah air dan tamadunnya ke suatu tahap yang LUAR BIASA" Beliau juga menyatakan bahawa, belia adalah magnet yang mampu menggerakkan sesebuah masyarakat.



Lihat sahaja bagaimana AUKU itu sendiri tercipta. Ia adalah impak dari seorang anak muda bernama Anwar bin Ibrahim, yang berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa ke jalanan bagi menyedarkan kerajaan berkenaan isu kemiskinan di Baling, Kedah.



Lihat jua sejarah 7 orang pemuda yang memberi kesan kepada Kerajaan Dikyanus. Pada kisah Ghulam yang berguru dengan pendeta dan tukang sihir. Keberanian mereka mengakibatkan perubahan besar, momentum yang dinamakan AQIDAH. Allah kirimkan pada anak muda, satu jiwa yang berani mencabar dan dicabar. Kiriman rasa itu bukan sekadar semangat, tapi lahir dari kecintaan Iman.



Di ceruk hingar mat rempit, penagih, kaki pukul, Malaysia sebenarnya mempunyai sekumpulan anak muda berjiwa besar. Cukuplah andai saya sebutkan dua nama, GAMIS dan PMRAM, ia sudah memberi tenaga hebat membentuk sebuah negara. Pandangan dan idea yang mereka miliki bukan lagi bersifat local (setempat) tapi menyeluruh secara global. Kelicikan strategi, kekemasan gerak kerja dan kesepaduan anak muda ini sudah tidak perlu dipertikai lagi.



Maka sudah tiba saat dan ketikanya, golongan ini diberi tempat dalam pembentukkan negara Malaysia. Bukan sekadar didengar suaranya, tapi diberi meja dan kerusi untuk melakar rencana. Tidak kira pemimpin dari kerajaan atau oposisi, kedua-duanya harus mengambil cakna akan perkara ini. Sekiranya tidak, kalian bakal memadam satu generasi, yang mana akhirnya menyumbang kepada kemusnahan ketamadunan.



Saya berkeyakinan bahawa Fathul Malaysia (pembukaan Malaysia) akan terlaksana di tangan anak muda. Bersempena dengan Hari Belia Negara, ayuh semua anak muda, usah lama-lama menjadi remaja. Sentiasalah optimis untuk MENAWAN MALAYSIA!

-petikan GAMIS


" ULAMA' DAN UMARA' MUDA PENDUKUNG ASPIRASI KEPIMPINAN NEGARA "

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Tuesday, 19 May 2009

KEAJAIBAN QURAN:THE QURAN AND THE UNIVERSE



KEAJAIBAN QURAN: RAHSIA YANG SANGAT MENGAGUMKAN

InsyaAllah next entry ana akan berkongsi dgn sahabat dan sahabiah tentang rahsia Al-Quran. Dari hari ke sehari semakin zuqq bila bace quran sebabnya, selama nie aper yang kita bace semuanya memang telah terjadi berjuta tahun dahulu.Allahuakbar.Buku dalam versi b.i ana beli dekat fayyad, maktabah di mansourah. Semoga dengan kita mentadabbur ayat Al-Quran setiap hari walaupun satu ayat menambahkan iman kita dan mendekatkan diri kita kepada Allah.


"Ulama' dan Umara' Muda Pendukung Aspirasi Kepimpinan Negara"



Salam Juang,

Nor Latifah Othman

ISU SEMASA: TIADA CALON DI PENANTI

Tiada calon di Penanti

Oleh HERMAN HAMID dan SAIFULIZAM MOHAMAD


KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Namun pada masa sama ramai pemerhati politik melihat tindakan itu diambil kerana wujudnya pelbagai bentuk desakan dalaman daripada PKR termasuk laporan salah laku ke atas Fairus.

PKR telah mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket Bebas.

Selain Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau, Kedah sebelum ini turut ‘dikosongkan’ secara sengaja.

Di Permatang Pauh, penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau.

Di Bukit Selambau pula, penyandangnya, V. Arumugam dari PKR meletakkan jawatan berikutan masalah peribadi yang dihadapinya.

Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan BN untuk tidak meletakkan calon menunjukkan mesej jelas bahawa parti tersebut tidak akan menari mengikut rentak pihak lain.

Mengenai soal persepsi di sebalik keputusan itu, Najib berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikat sebenarnya kita tak mahu terjerumus dalam permainan politik parti pembangkang.

“Sebab kalau kita ini (terjerumus permainan politik pembangkang), lepas dua tiga bulan dia akan minta kawasan lain pula dikosongkan.’’

Najib pada masa sama percaya penyokong UMNO dan BN khususnya di Penanti akan dapat memahami keputusan itu kerana kepentingan parti secara keseluruhannya adalah lebih besar.

Lagi pun, kata beliau, UMNO dan BN akan tetap terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasan DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.

“Saya percaya mereka tidak (akan kecewa) kerana ini bukan satu pilihan raya kecil yang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan,’’ jelasnya.

Ditanya sama ada keputusan untuk tidak meletakkan calon kerana didorong rasa takut akan kekalahan seperti dialami BN pada pilihan raya kecil sebelum ini, Najib berkata, ia bukan sebabnya.

“Tak ada. Bukan sebabnya. Tak timbul kerana macam mana pun kita akan hadapi rakyat masa pilihan raya umum nanti. Sampai masanya kita akan berdepan dengan rakyat seperti biasa.’’ katanya.

Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.

Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.

Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah. Kita tak letak calon.’’

Sunday, 17 May 2009

SALAM IMTIHAN: TERISTIMEWA BUAT SEMUA WARGA AZHARI


Selamat Menempuh Peperiksaan.

Salam imtihan buat semua warga azhari yang sedang dan akan menempuh imtihan. Ucapan istimewa buat mahasiswi tahun 3, akak2 shahadah qiraat mansourah yang akan menempuh imtihan bermula 30hb mei ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian….BITTAUFIQ WANNAJAH.

“Mujahidah Quran bagai helang terbang tinggi di angkasa”

Salam juang,

Nor Latifah Othman al-misriah

MOTIVASI QURAN (SIRI 1):" YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD"


Salam Perjuangan buat sahabat2 dan sahabiah seperjuangan,

Ana tertarik dengan buku karangan Dr. Aid Al-Qarni yang berjudul “ YOU CAN BE THE HAPPIEST WOMAN IN THE WORLD”. Buku ini ada dalam versi b.i dan arab. Buku ini dibeli ketika mengunjungi ma’rod kutub di kaherah pada bulan januari yang lalu. Apa yang best sangat tentang buku nie??? Bagi ana buku ini sangat2 memberi motivasi dan semangat kepada ana. Ha, disebabkan buku ini didedikasi khas kepada kaum wanita di luar sana…jadi ana nak berkongsi dan cuba menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu…Macamane nak jadi wanita paling bahagia dalam dunia ni?senang jer….jom

Kepada sahabat2 seperjuangan, wanita2, isteri2, ibu2 atau adik2 yang sedang diuji dan dilanda kesedihan hayatilah kata2 Dr.Aid Al-Qarni ini,

“YOU WILL BE THE WINNER IN ALL SITUATIONS”
“KAMU AKAN MENJADI JUARA DALAM SEMUA KEADAAN”

Jika kamu rase sedih, dilanda kemurungan atau kesedihan menyelubungi kamu, ingatlah bahawa itu adalah satu penebusan terhadap dosa kamu. Jika kamu kehilangan salah seorang anak , ingatlah bahawa ia akan datang memberi syafaat kepada kamu di hadapan Allah. Jika kamu ditimpa penyakit, ingatlah bahawa ia mempunyai ganjaran yang besar dari Allah di atas kesabaran kamu, yang mana Allah memeliharanya. Kebuluran, kesakitan, kemelaratan kesemuanya mempunyai ganjaran tersendiri dari Allah. Tidak ada yang rugi selamanya jika kamu bersama Allah. Allah menepati janji dan Dia akan akan memberi kepada pemilik yang berhak di akhirat kelak….


“ PrAYer Is a GuaRAnteed to briNg tranQuility And Chase away WoRry”

Solat adalah jaminan yang akan memberikan kesejahteraan dan menghilangkan kesedihan kamu”


Salam juang,

Nor Latifah Bt Othman al-misriah

Saturday, 16 May 2009

ISU SEMASA: PENAWAR SELESEMA BABI


Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Justeru,marilah kita sama mengamalkan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah kepada kita.Semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dan terpelihara dari wabak ini.

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.


petikan dari: Ustaz Yusof Embong


Salam Juang,

Nor Latifah Bt Othman

Friday, 15 May 2009

ISU SEMASA: SIDANG DUN 7 MEI TIDAK SAH


Prof Aziz Bahri, Sidang 7 Mei Tidak Sah - malaysiakini



Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti.

Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.

Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

"Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya


p/s: MOHON SEMUA SAHABAT2 MENDOAKAN NEGERI PERAK KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIAKALA.YA ALLAH KAU TUNJUKKAN YANG HAK ITU HAK, DAN YANG BATIL ITU BATIL!AMEEN YA RABB...

Salam Juang,

Nor Latifah Bt Othman

ISU SEMASA: SELESEMA BABI AMARAN DARI ALLAH


SELESEMA BABI.
1.Apa Itu Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?

Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

Ambil langkah-langkah berikut:

􀂃Jika anda batuk atau bersin:-Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan-Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah-Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

􀂃Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.

􀂃Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

􀂃Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

􀂃Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

􀂃Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

ISU SEMASA: BOHSIA: “JANGAN PILIH JALAN HITAM”


After the success of "KL Menjerit" by Badaruddin Azmi, we can watch yet another movie about illegal motor racing. "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam" is the second movie directed by Syamsul Yusof after "Evolusi KL Drift".

We know Syamsul is trying to send a 'good' message to the audience - but how many more movies about the mat rempit should we be making? The stunts shown in this movie are so impressive that they may in fact result in even more people being interested in this social phenomenon. Pada pandangan pengarah, filem itu bertujuan menunjukkan kepada masyarakat penyakit sosial di kalangan remaja dan seharusnya mereka menjauhi perkara itu. Sebaliknya, filem itu mengandungi watak lelaki dan wanita bergaul bebas, melakukan zina dan keganasan seperti bergaduh. Mana mungkin kita sebagai penonton yang ada taqwa kepada Allah dan akal yang waras mengambil pengajaran dalam masa yang sama, kita dikenyangkan dengan adegan-adegan yang berunsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan seperti itu..

Allahuakbar! Rasa sedih menyelubungi diri saya ketika mengetahui kebanjiran filem2 begini di Malaysia. Sampai bila perkara ini perlu dibiarkan? Bukankah yang berada di Malaysia yang melihat filem ini munkin terdiri dari ahli keluarga kita, sahabat kita atau munkin anak2 kecil yang cuba memahami apakah maksud hidup sebenarnya. Filem ini, telah Berjaya mencecah kutipan melebihi rm2juta hasil tayangannya di pawagam.

Pasti kaum Melayu, yang juara bila bab2 pergi wayang nie. Adakah ini gambaran sebenar pemuda pemudi Malaysia sekarang memang seperti ini? Kebanjiran filem seperti ini sekaligus menafikan kewujudan golongan muda mudi yang mulia syakhsiah dan kuat pegangan agamanya seperti kita. Kadang2 takut rasanya, bagaimanakah kita ingin membesarkan anak kita nanti dalam keadaan seperti begini. YA Allah peliharalah kami, ahli keluarga generasi akan datang kami dan umat Islam khususnya agar sentiasa berada dalam hidayahMu dan kau berikanlah hidayah kepada mereka agar kembali kepadaMu….Ameen Ya Rabb..

APA YANG TERPAPAR INI, HANYA SEKELUMIT CUMA….DARI KEBANJIRAN FILEM YANG ADA….
APAKAH PERANAN KITA SEBAGAI AZHARI TERHADAP ISU INI? BERDIAM DIRI? BERPELUK TUBUH? TERUS LENA ?

FIKIR-FIKIRKAN……

Salam Juang
Nor Latifah Bt Othman

ISU SEMASA : KRISIS POLITIK DI PERAK



KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK BERHUBUNG KRISIS POLITIK DI PERAK-malaysiakini


DMPN Perak sangat memandang serius akan Krisi Perlembagaan yang berlaku di Perak bermula sejak berlakunya Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri oleh Regim Barisan Nasional pada 6 Februari 2009 yang lepas. Adalah suatu yang amat malang bilamana pemerintah sesebuah Kerajaan Negeri diizin untuk ditentukan oleh beberapa orang pengkhianat yang tanpa rasa bersalah mencabul serta mengkhianati mendat politik sebenar yang telah diberikan oleh rakyat (pengundi) Perak kepada mereka diatas kepercayaan rakyat terhadap parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

DMPN Perak menegaskan bahawa kemelut yang sudahpun berlangsung selama lebih 3 bulan ini akan dapat dielakkan seandainya pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik (Regim Barisan Nasional) dan pihak-pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi prinsip Keluhuran Perlembagaan yang menjadi salah satu daripada lima intipati penting yang termaktub didalam Rukun Negara. Di samping, seandainya mereka tahu dan belajar untuk menghormati serta mempraktikkan prinsip pemisahan kuasa di antara Legislatif, Eksekutif dan Judiciary.

DMPN Perak menyelar keengganan Regim Barisan Nasional untuk menerima hakikat penolakan rakyat Perak terhadap pemerintahan mereka, kegilaan dan ketagihan kuasa BN serta kedayusan mereka yang tidak berani berdepan secara "anak jantan" di gelanggang pertaruhan pilihanraya.

Suatu yang sangat malang dalam pemerintahan Najib yang membawa slogan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Dan Pencapaian Diutamakan" tetapi secara jelasnya GAGAL untuk meletakkan "kuasa rakyat" melalui proses demokrasi yakni pilihanraya di kedudukan utama. DMPN Perak menyifatkan bahawa Najib dan Dzambry sabagai pemimpin yang cukup pengecut hatta tidak mempunyai keberanian untuk sejujurnya mandahulu dan mengutamakan rakyat. Ini jelas terbukti menerusi Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak yang dijuarai oleh mereka dan rakan persengkongkolan mereka.

Justeru, DMPN Perak sekali lagi mengulangi sokongan sepenuhnya serta berdiri teguh di samping Menteri Besar Perak yang sah iaitu YAB. Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang membuat pendirian untuk menasihati kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Nasihat MB Perak kebawah Duli Tuanku Sultan ini adalah wajar bagi membolehkan rakyat diberi ruang dan peluang seadilnya bagi membuktikan pihak mana yang mereka mahu pilih untuk memimpin kerajaan negeri dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang sah dan kukuh.

DMPN Perak menegaskan bahawa rakyat bagi negeri Perak tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Konsep Raja Berperlembagaan.

DMPN Perak sangat berdukacita terhadap segala kecerlaruan yang berlaku dan mendesak agar demokrasi negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihanraya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

Akhirnya, DMPN Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini. DMPN Perak juga menyeru semua warga Perak agar menolak politik gila kuasa dan politik memalukan yang dibawa oleh Regim Barisan Nasional. Hidup Perjuangan Rakyat! Hidup Islam!

Hormat Daripada,
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

Ketua DMPN Perak
HAJJAH BARIAH ALANG SAPRI

Naib Ketua DMPN Perak
AMIZAN BAHARUDDIN

Salam Juang
Nor Latifah bt Othman

Thursday, 14 May 2009

Tadabbur Ayat 1




TELUR dan PLANET BUMI?? Tak sama tapi serupa.Pening???

Cuba fikir2kan apakah kaitan antara telur dan bumi.Adakah perkataan telur ada disebutkan di dalam Quran? Apakah yang cuba Allah bandingkan antara sebiji telur ayam dan planet bumi ini.Jom kita lihat…..

Firman Allah Taala:


والارض بعد ذلك دحها : 30


“Dan Bumi setelah dihamparkan”

(Surah An-Naazi’at: 30)

Di Arab Saudi kalimah “da ha ha” bermaksud dihyah yang membawa maksud telur ayam. Apakah kaitan antara telur dan dihamparkan? Ayat ini adalah dalil yang jelas menunjukkan bahawa planet bumi seperti telur ayam. Permukaan bumi yang bulat dalam erti kata lain bermaksud rata-luas atau dihamparkan.

Cuba perhatikan setiap lapisan yang ada di telur mempunyai persamaan dengan planet bumi.

Kuning telur = lapisan kerak bumi
Putih telur = lapisan tanah
Kulit nipis =Lapisan atmosfera
kulit telur =Lapisan ozon

Hebatnya Allah menyampaikan mukjizatnya kepada rasul junjungan kita berjuta2 tahun dahulu. Kini baru terbukti kebenarannya.memang permukaan bumi seperti telur. Sekaligus pendapat ini menangkis pandangan barat yang menyatakan bumi tidak berbentuk sfera.
Rahsia bumi dan seluruh isinya semua berada di dalam Al-Quran. Amatlah malang bagi mereka yang membaca kalamnya setiap hari tetapi tidak dapat mentadabburkan walaupun hanya sepotong ayat. Afala yatadabbarunalquran!

-Perkongsian ini ana perolehi, ketika mengikuti muhadhorah qiraat Syeikh Hussein Muhammad Muhammad Al-Asyari, Imam Utubis Jadid, Masjid Huda Rahman, Mansourah. Seorang ulamak qiraat yang sgt zuhud dan wara’ hidupnya. Sheikh mengajar kami (pelajar akhawat malizi) secara tetap dari awal tahun sehingga habis semua kitab2 qiraat dan yang berkaitannya.

Waallahua’lam.

Salam Juang,

Nor Latifah Bt Othman

ISU SEMASA: PEMBUANGAN BAYI


Siapa Yg Sepatutnya dipersalahkan?? Mereka,Kita atau Si Kecil Yg Tidak Berdosa Ini?


Firman Allah Taala : “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka”

(Surah At-tahrim : 6)

Sanggupkah kita melihat kejadian pembuangan bayi ni berterusan?Pandanglah wajah bayi yang masih merah nie dengan mata hati kita. Munkin dalam hatinya merintih “ Apa salahku Ya Allah beginikah nasibku? Diperlakukan sedemikian rupa?” .Bayi ini telah ditinggalkan di sebuah pondok, dan terdapat nota kecil “ sesiapa yang terjumpa bungkusan ini tolong kebumikan bayi ini, saya kejahilan”.Bayi yang cukup sifat ini bukan yang pertama kali berlaku di


malaysia kita, tetapi sudah menjadi perkara yang biasa.Kajian di Malaysia menunjukkan peningkatan kelahiran bayi luar nikah meningkat selepas berlaku perayaaan berikut:

-Valentine’s day

-Hari Merdeka

-Tahun Baru

-Perayaan Krismas

Kelahiran bayi berlipat ganda selepas 9 bulan kejadian perayaan2 tersebut. Ini bukan satu perancangan atau kebetulan, tapi adalah kesan gejala sosial yang semakin menular di kalangan pemuda pemudi harapan Malaysia. Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi terhadap nasib 70,000 bayi di Malaysia yang telah dilahirkan tanpa nasab yang hidup sehingga kini?dan tanpa berbapa? Couple dan Cinta????Inilah puncanya.

Trend remaja masa kini, yang asyik bercinta, dan bergaul tanpa batasan…sampai ada yang sanggup membelakangkan keluarga dan kahwin di sempadan akibat terlanjur!! trend nikah di Sempadan telah menjadi barah kepada mahasiswa dan mahasiswa di Malaysia. Hebatnya penangan cinta manusia sehingga membutakan dan menggelapkan mata hati ! Akibatnya,lahirlah bayi yang tidak berdosa ini..teringat lagu nie time kecik2 dulu “ tidak ku minta lahir kedunia, tidak ku pinta cacat begini…bukan kupinta kasih dan sayang…” lebih kurang macam nilah lirik lagu tue. Setiap perbuatan yang dilakukan pasti akan dibalas, seluruh anggota badan akan menjadi saksi dan tiada penanguhan atas setiap perbuatan walaupun sebesar zarah sekalipun.Allahuakbar! Peliharalah diri Kami dari cinta dunia yang melalaikan Ya Rabb…..


Firman Allah:


“Pada hari ini kami tutup mulut mereka , dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan”

(Surah Yaasin: 65)

Firman Allah:


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun pasti dia kan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya.”

(Surah Al-zalzalah: 7-8)

Waallahu’alam.


FEEDJIT Live Traffic Feed