Wednesday, 30 June 2010

Jom Jenguk Perubatan....

karya kartun islamik Ukhti Faridah Selamat

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu... 

Dakwah Fardiah.....


Alhamdulillah..Allah izinkan saya mencoret sepatah dua kata lagi untuk entry kali ini walaupun blog ini dah lama saya biarkan begitu sahaja tanpa apa-apa berita.maafkan saya  =) . Musim cuti panas dah tiba.Macam-macam ragam.Macam-macam perancangan.Ada yang sudah pulang ke Malaysia.Ada yang sudah berjalan@ berjaulah ke sekitar Mesir. Ada yang merancang nak membina masjid. Ada juga dah mula bertalaqi ke Kaherah. Ada juga yang ingin menunaikan umrah dan melawat sekitar eropah.Anda bagaimana?Saya? Saya tetap setia di bumi Mansurah.... =) kenapa?


Selesai imtihan, seorang adik perubatan mengajak saya turun ke sana (Tir'ah)...untuk mengajar mengaji Quran kepada seorang junior tahun satu...


I'm willingly to go and met them. Saya tersentuh hati melihat sikap adik-adik ini. Mereka sangat baik.Sangat berminat untuk mendalami ilmu Islam walaupun adakala mulut-mulut di luar sana melabelkan mereka itu dan ini...(adik-adik tibb free hair, masalah couple dll). Dan kata-kata inilah yang menyebabkan kita terlalu bersikap eksklusif sehingga lupa mereka insan yang dipertanggungjawbkan kepada kita...untuk dibimbing hatinya mengenal Allah Yang Esa...


"akak, lepas saya mengaji..jom kita pergi makan kat luar"rayu 'adik x' berkali-kali...


" hmm..makan?" dalam hati saya...baru 2 kali berjumpa dah ajak makan...insaf seketika. walaupun kami baru berukhwah, sikap 'adik x' menarik minat saya untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi...

akhirnya saya tewas dengan pujukan adik-adik ini..


Kita acapkali lupa! Kebanjiran tibb bukan satu masalah kepada kita, tetapi Allah meluaskan kepada kita medan dakwan yang sebenar!

Rasulullah s.a.w bersabda: 

رب اهد قومي فائنهم لا يعلمون
 " Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti"

Allahuakbar..ayuh sahabat-sahabat..marilah kita dekati adik-adik perubatan ini...
mereka memerlukan kita...dengarlah jeritan hati mereka...cukuplah dengan tohmahan yang bertubi-tubi..berkongsikanlah kasih sayang dan ilmu yang ada dengan mereka...pasti kelak kita akan ditanya dihadapan Tuhan, apa yang pernah kita sumbangkan kepada Islam walaupun hanya seminit cuma....lidah akan kelu tidak boleh berkata-kata.


" akak, datanglah sini selalu...kami suka kakak-kakak datang ziarah kami.."Ya Allah tulusnya luahan hatimu dik..

"InsyaAllah nanti akak datang lagi"...saya melemparkan senyuman sebelum berlangkah pergi...



Pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasaan Al-Banna berkata:

"Jadilah kamu bersama dengan manusia laksana pokok buah-buahan .Mereka membaling dengan batu, dan dia menggugurkan buah kepada mereka".

Ayuh..dekati perubatan =) buat sahabat-sahabat yang tidak pulang ke Malaysia..jom kita pakat ramai-ramai ziarah adik tibb dan bantu mereka...
Let' s care and share with them...


Salam Juang,
Ukhti Nor Latifah Othman
tahun 3 takhassus Qiraat
Maahad Fatayat Qiraat Mansurah






Wednesday, 9 June 2010

Kapal Israel Berlabuh di Perlabuhan Kita



Kapal Israel dibenarkan ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara telus? ... Kita cuma bercakap mengenai soal epal dan buah oren yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. ... sebaliknya kapal Israel sewenang2nya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? .


Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita. (boleh rujuk http://www.zim.co.il ). ..


Pada 7 Jun , kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar. ...Selain Zim Genova, kapal2 yang berulang alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir; Pelabuhan Klang 6 hari yang lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yg kesemuanya didaftarkan di bbrp buah negara lain).


Zim USA kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei lalu, kira2 tgh hari. Di serombong asapnya, terpampang bendera Israel - tujuh bintang yang dengan megah berlabuh di pelabuhan kita!!


Manakala Newstar Agencies Sdn Bhd beralamat Suite 03-01 Centro no 8, Jln Bt Tiga lama KlANG merupakan Agen untuk SETH SHIPPING CORP. Israel

(Maklumat di bawah saya ambil dari blog: www.zim.co.il (syarikat perkapalan milik Israel)


Zim’s controlling shareholder (98%) is The Israel Corporation, one of Israel’s major holding companies.


The Ofer Group is the majority shareholder of the Israel Corporation (57%), with the remaining shares held by Bank Leumi L’Israel (20%) and the public.


The Israel Corporation’s shares are listed on the Tel Aviv Stock Exchange (TASE: ILCO).
Led by its Chairman, Idan Ofer, and its President and CEO, Nir Gilad, The Israel Corporation has been instrumental in forming Zim’s strategic vision and building its leading management team.




Ini adalah alamat syarikat perkapalan Israel:

Zim Integrated Shipping Services Ltd(Head Office)
Address: 9 Andrei Sakharov St. "Matam" - Scientific Industries Center P.O.B 1723 Haifa 31016 Israel
Phone: (972)4-865-2111
Fax: (972)4-865-2956
Local Time: 10-jun-2010 apxm. 0:04

Kita tidak mampu untuk menghalang kapal-kapal ini dari terus berlabuh dan menggunakan selat Melaka, kerana Kerajaan Malaysia yang memimpin kita masih ada hubungan politik, ekonomi dll dengan negara Israel...

BOYCOTT YAHUDI LAKNATULLAH!!!!!



Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Friday, 4 June 2010

Pertemuan Seindah Khabar...

Tautan Al-Quran....Hadiah dari seorang sahabat ( Siti Nor Aisyah Ali @  Angah) yang jauh di bumi Syam( Syria)kepada saya.....
Terima kasih di atas sebuah persahabatan yang terbina...
Moga dirimu cekal dan istiqamah dalam perjuangan seperti srikandi Aisyah Humaira...

Lagu dibawah khususan utk...

Sahabatku Siti Nor Aisyah Ali...
Sahabat seperjuangan Hafs banat Darul Quran sesi 2005/08..
Adik beradik usrah SUFIAHku di Darul Quran....Ateh Ainul Mardhiah(Mesir), Andak Faeza (UKM),Angah Aisyah Ali (Syria),Alang Hanisah (Jordan), Achik Solehah (guru di kelantan), Anjang Syazila (UM), Adeq Syafiqah (UM), Ude Akhma Ramlan di UIAM
Sahabat seperjuangan qiraat dan kuliah Mansurah...
Anak-anak usrah Ummu Sulaim DQ-Ayong Rokhaizat bt. Rahmat (Malaysia - teacher), Ayang Sofiani Osman (Malaysia - Kuin), Alang Wan Salwa Wan Hassan (Jordan), Anje Azyan Syazwani Ahmad Adri (Mesir), Ude Erny Ermira Mohd Nor (Malaysia - tahfiz instructor), Andak Siti Nur Hidayah Abd. Samat (Mesir), Ateh Nini Nur Fatim Muhammad (Malaysia - UPSI), Adik Mazawani Murad (Malaysia - UKM), Anjang Fatihah Salleh (Jordan).
Anak-anak usrah Dhiauz Zahra' Mansurah..Along Shuhada, Angah Adawiah, Ateh Mursyidah Hussein,Alang Hazwani, Adeq Balqis, Anje Atiqa, Andak Huda, Acik Azean Danan,Usu Nakiah,Ude Sofia
Buat adik-adik perubatan di Tir'ah...

 
Ya Rabb,
Titipkanlah kebahagiaan, ketenangan dalam hati2 kami...
Jadikanlah Ukhuwah yang terbina ini adalah keranamu dan Temukanlah kami..
jika tidak di dunia fana ni, di Jannah FirdausiMU nanti,i'allah..
Sesungguhnya hati2 kami telah diikat dengan satu ikatan yang amat2 kukuh n kuat iaitu Ukhuwah keranaMu Ya Allah
  
(Semoga kalian setabah dan sekental seperti Srikandi Aisyah Humaira')






Lagu “Aisya Humaira”
Wajah Berseri Pipi Kemerahan
Engkau Digelar Aisya Humaira
Namun Bukan Ingin ku Bicarakan
Hingga Dirimu Jadi Sanjungan
Tetapi Merahnya Darah Perjuangan
Peniup Semangat Suami

Khabar Al-ifqi Satu Titik Permula
Telah Mencalar Kebahagiaan
fitnah Munafiqun Tak Kenal Sesiapa
Insan Yang Mulia Atau Sahaja
Harta Dirimu Ummahatul Mukminin
Yang Setanding Al-mukatsirin

Usah Ditanyakan Mengapa
Lewatnya Turun Wahyu Itu
Bagi Membuktikan Kepalsuan
Tuduhan Seorang Pendusta

Tetapi Lihatlah Hikmahnya
Di Sebalik Tiap Kejadian Yang Telah Berlaku
Tuhan Tidak Akan Pernah Mempersia-sia
Ketabahan Seorang Insan
Dalam Mengharungi Arus Kehidupan
Yang Penuh Mehnah Ujian

Tak Kan Terhidu Harum Mewangi
Jika Tidak Dinyalakan Setanggi
Tak Kan Terasa Manisn
Andai Tak Dilambung Gelora

Engkau Isteri Sejati
Yang Membantu Nabi
Saat Hujung Nyawa Kan Pergi
Sungguh Beruntungnya Dikau
Punyai Suami Yang Amat
Mengasihi Umatnya
Dia Insan Yang Mulia
Kau Semadikannya Di Ruang Kamarmu

Salam Juang, 
Nor Latifah Othman 
takhassus 2 Qiraat

50 Ribu Sertai Demo Bantah ISRAEL LAKNATULLAH

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kampung Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.


Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


___________


3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.


3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.


Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan zionis Israel.
3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan.


Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO memohon untuk disampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.


Dalam responnya, Duta Amerika itu kata Anwar berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Obama minggu hadapan.


Pakatan Rakyat juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu adalah disebabkan Amerika terlalu lembut menasihati israel.


3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.


3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.


3.10 petang: Polis membenarkan lima pimpinan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Syed Husin Ali untuk masuk ke bangunan kedutaan menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US.
2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.


2.51 petang: Dr. rani dari Yayasan Amal berucap menyatakan bukan sahaja orang Islam malah orang Kristian juga turut membela Palestin dan tidak boleh menerima tindakan kejam Israel.


2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.


2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.


2.38 petang: Peserta himpunan kini sudah berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.


2.35 petang: Dianggarkan lebih 50 ribu orang sedang berarak menuju ke Kedutaan US dan akan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.
3.00 petang: Perarakan tiba berada di hadapan kedutaan. Kumpulan perarakan ditahan pihak polis kira-kira 20 meter sebelum tiba di hadapan kedutaan. Pimpinan yang mengepalai perarakan kini sedang berbincang dengan pihak polis. Turut serta Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharudin Mat Isa dan Lim Kit Siang.




2.30 petang: Terdapat empat buah trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan.  Wakil Aqsa Syarif Selangor sedang menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan dan melaungkan 'Zionis Terrorist'. FRU mula memperketat kawalan.


Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel dan menghargai usaha Turki memberikan kapal untuk misi kemanusiaan.


2.28 petang: Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3km untuk sampai ke Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi pihak Polis. Sekurang-kurangnya 7 buah trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.


2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'hancur Yahudi'.


2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.


2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr. Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh


1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi.


Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid.


Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.


sumber: harakahdaily.net


Salam Juang, 
Nor Latifah Othman
Takhassus 2 Qiraat

Saturday, 29 May 2010

Lau Kana Bainana

Bismillahirrahmanirrahim
Hayati video ini...



Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...

Saya diperkenalkan oleh adik perubatan tentang video ini...hayati video ini..
Ada satu rancangan televisyen di tanah arab ini, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi. Dan dia menangis.

Ramai lagi ‘mangsa’ lain, apabila didatangkan soalan itu, paling kurang akan terjeda. Senyap sebentar. Seakan-akan ada sesuatu yang besar berlaku. Begitu sekali mereka merasakan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Mereka ada rasa malu, rasa segan dengan Rasulullah SAW.

kita bagaimana?

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

I'jaz Quran (Siri 6): Surah Al-Munafiqun

I'jaz Quran (Siri 6): Surah Al-Munafiqun
Bismillahirrahmanirrahim





Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu...

Alhamdulillah, pengajian tahun 3 untuk batch saya dah bermula selasa yang lepas 25.5.2010 dengan pengajian kitab ulumul Quran. Hari pertama muhadhorah kami, Sheikh Hussein menyampaikan tajuk “[Fil Ulumil Mustanbat Minal Quran) sebagai muqaddimah silibus tahun 3.( nak iklan jap: hari ini, natijah dah keluar, alfun mabruk buat sahabat2 yang najah sofi…)

The Truth is in Al-Quran! Believed it....

Sedang sheikh asyik mensyarahkan bab ni, tiba-tiba sheikh Hussein bertanya soalan kepada kami .. ( dalam hati: what will the question that he will asked us today…saya cakap seorang diri).

“ Kamu tahu I’jaz surah al-Munafiqun?” Sheikh menyoal kami.

“lakkk” kami semua menggeleng.

“ Hebatnya para sahabat dahulu mengistinbatkan umur Nabi Muhammad s.a.w dari surah al-Munafiqun”…

63

“Kalau kita perhatikan kedudukun turutan tertib surah di dalam al-Quran, surah al-Munafiqun berada pada turutan ke-63”
..Dan ini bukti menunjukkan yang umur Nabi Muhammad s.a.w adalah 63 tahun ketika baginda wafat..” Sheikh menerangkan lagi.

“Ya Allah….”
11

“Berapa ayat yang ada pada surah al-Munafiqun?”Sheikh bertanya lagi.
“ehda asyar ayat sah?” Dan nombor 11 pada surah al-Munafiqun adalah bukti yang Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 11 hijrah.

Firman Allah Taala: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila Telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan”
(surah al-Munafiqun:11)

(Menjelangnya fajar pagi pada hari Isnin dua belas hari bulan rabiul Awal
tahun ke sebelas Hijrah…sedang orang-orang bersembahyang di belakang Abu Bakar Radiyallahuanh, tiba-tiba tabir yang merentangi pintu bilik ‘Aisyah di masjid Nabawi itu disingkap dan muncullah Rasulullah dari belakang tabir itu…(peristiwa ketika Nabi hampir wafat)

(petikan fiqh sirah: Muhammad Said Ramadhan Al-Buti)

“ Kemudian selepas Surah al-Munafiqun , diletak surah at-Taghabun selepasnya”…Surah at-Taghabun mengisahkan tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. Jadi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, maka hari kiamat akan berlaku dan ini bertepatan dengan turutan surah at-Taghabun selepas al-Munafiqun di dalam al-Quran…




sumber rujukan: muhadhorah Sheikh Hussein (muhtasor ulum quran)
fiqh sirah ramadhan al-buti

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

Wednesday, 19 May 2010

Selamat Hari Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sekalung Penghargaan buat guru-guru tersayang, pensyarah-pensyarah yang dikasihi, para masyaikh yang dirahmati dan buat seluruh warga pendidik dunia yang bergelar "muallim":

  1. Sek.Keb Datin Khadijah Kuala Kangsar
  2. Sek,Keb Sultan Idris II Kuala Kangsar
  3. St. Mary' School of London
  4. Sek.Keb. Talang Kuala Kangsar
  5. Sek.Raja Perempuan Taayah, Ipoh
  6. Matrikulasi Asasi UIAM Petaling Jaya
  7. Darul Quran Jakim
  8. Maahad Fatayat Qiraat Mansurah

Al-fatihah buat guru sekolah rendah saya yang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Cikgu Mahani bt Ismail pada 27.4.2010 yang lalu kerana mengalami penyakit kayap. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan kami lupakan sepanjang hidup kami. Semoga rohnya tenang bersemadi dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kami sayang cikgu!

Salam Juang,
Nor Latifah Othman
takhassus 2 Qiraat

FEEDJIT Live Traffic Feed