Wednesday, 29 July 2009

Keajaiban Quran (siri 4) : Kiamat Akan Tiba Bila Matahari dan Bulan Bercantum


gambar matahari oleh NASA

. Dah lama..rasa x posting artikel...Ana tidak mahu pengunjung yang masuk hampa..jadi gagahkan diri mencuri masa utk mencoret ilmu2 yang tidak seberapa ini...

memang niat asal utama established blog nie ingin menceritakan dan berkongsi rahsia al-Quran dan Qiraat..

antara byk2 penulisan yang ana suka...i'jaz Quran..byk cerita pasal I'jaz Quran nie...ramai ahli sains, astrologers, astronomist masuk Islam because they convince that everything are happen in universe and the creations...are already revealed to our beloved prophethood Muhammad .s.a.w since a long time ago...Al-Quran al-Kareem.

hmm...jadi broken bi ..dah lama x speaking...rasa berbelit lidah nak buat ayat..azhari dan azhariah mampu speaking besides arabic..InsyaAllah...

The Truth is Out There! Believed it....


Dulu time kat dq, hapal bermaqra' tiap2 hari....tapi bila cerita bab 'ijaz memang x tau sangat..x da saper nak cerita...but today..aper sahaja yang terlintas semua dapat dijawab...untungnya ya Allah..

kau campakkan diriku ke bumi anbiya; ini bertemu dengan ulama2 ni...

pengajain talqi ana berjalan seperti biasa..pas zohor..pas asr....kdg2 terkejar jugak sebab musim panas memenatkan....tapi bila dengar cerita Sheikh Huseein, terus bersemangat....

Sheikh khusyuk syarah bait...hari2 dgn matan..tapi kali ni bukan matan qiraat...matan fiqh imam syafiee....

Matan abi syuja...semua membuat halqah bulat..mengelilingi sheikh..bab solat..terus...solat gerhana...

Tiba2sheikh bersuara "berikan aku pen dan kertas"...nie mesti dia nak lukis mcm aritue lagi...

Bulat....3bulatan....berhampiran...sah..tepat jangkaan ana...i'jaz quran lagi nie...bulan dan matahari bergabung...

"kedudukan bulan di antara bumi dan matahari...mcm cerita kat sekolah menengah jer, bisik hati kecil ana...Sheikh sambung...setiap planet nie mempunyai tarikan graviti tersendiri...rupa2 nya sejak dulu lagi saintis sudah mengukur prubahn gerakan bumi, bulan dan mathari..lebih2 lagi pada bulan?

kenapa dengan bulan sheikh?inilah tanda kahir zaman...bulan dah semakin menghampiri matahari..semakin berubah kedudukannya dan semakin menghampiri setiap 5 tahun sekali...ada yang mendakwa 10 tahun sekali..

tapi kedudukannya telah berubah...ana blurr lagi?

"jadi klu dah hampir?' bertubi2 ana tanya..."Bila bulan dan matahri bergabung maka kiamat akan berlaku...Allah dah sebut dalm Al-Quran

Firman Allah Taala:

" Ia bertanya bilakah hari kiamat itu?" Maka jawabnya kiamat akan datang apabila pemandangn menjadi ( berpendar2) kerana gerun takut.Dan bulan hilang cahayanya. dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama"

(Al-Qiyamah:6-9)

Semua senyap....terkedu mendengar cerita.kelu lidah berbicara.Kiamat makin hampir. Bulan makin menghampiri matahri...Tanda sudah jelas...Adakah kita sudah bersedia? menghampirkan diri kepada dunia atau kita semakin hampir dgn menjadi hamba yang paling zuhud utk membuat bekal ke kampung akhirat kita.....???Fikir2 kn...

Salam juang,

Nor Latifah Othman.


Isu Semasa: H1N1- Bala Tuhan Tiada Sempadan

 " Ya Allah, kau selamatkan negara kami, ahli kelurga kami, ibu bapa kami, pemimpin2 Islam kami dan seluruh penduduk Malaysia dan umat islam seluruh dunia dari ditimpa bala dan bencanamu Ya Allah...Ameen Ya Rabb"

Firman Allah Taala: 

" Wahai Tuhan Kami! Kurnikanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan2 serta  pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami." 

(Alkahfi:10)

Niat sebenar hari ni nak posting artikel lain, tapi bila bukak berita kat Malaysia. Terkejut? Patutla kdg2 dapt mesej dari keluarga kata jaga diri..jaga kesihatan..kat sini H1N1 teruk.

Teruk?

Kalau dah melibatkan kematian memang serius..tapi bilangan kematian tidak statik tetapi bertambah. Jika dibandingkan Mesir dan Malaysia, Malaysia lebih maju dari teknologi dan perubatan...Jadi jika kes terbaru yang melibatkan kematian ini tidak dapat dikesan...benarkah Malysia maju???

HINI, flu, selsema babi...Sebutlah apa saja nama..nama nie pun dekat dengan Formula One Sepang dan Malaysia One..adakah nama nie secara kebetulan lebih kurang sama atau ada makna sendiri. Think about it for just a few second.. 

Apa sebenarnya yang telah berlaku? 

Dulu ketika selsema babi ini baru menular di Malaysia, menteri yang terbabit dan kementerian kesihatan setiap kali dalam sidang media akan mengeluarkan kenyataan, "Kes ini dalam kawalan...dalam kawalan..., dalam kawalan...". 

Sekarang apa dah jadi? Apa yang dikawal? Apa tindakan? Kes semakin bertambah dan membimbangkan. Pusat pengajian di seluruh negara banyak yang ditutup.

Dan kini negara kita sudah ada lebih 1, 200 kes yang telah dijangkiti selsema babi. Apa yang menyedihkan, empat orang telah meninggal dunia. Walaupun banyak telah sembuh tetapi kes tempatan kelihatan sudah menular dengan begitu ketara sekali

Dan dibawah ini adalah cerita terbaru.

Berita berikut disiarkan di utusan Malaysia:

MELAKA 29 Julai - ''Saya ingatkan cuma demam biasa dan tak sangka anak saya dijangkiti wabak selesema babi hingga menemui ajal.


''Kalau saya tahu dia dijangkiti demam sangat serius, saya akan bawa dia ke hospital segera, mungkin masih ada peluang untuk dia hidup,'' kata Ramli Abdul Aziz, 45, dengan nada sedih.

Ramli adalah bapa kepada remaja perempuan, Nur Syazwana, 20, yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di Hospital Melaka pagi semalam.

Nur Syazwana yang membantu bapanya berniaga di kedai makan tidak jauh dari rumahnya di Taman Cempaka di sini meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Peringgit.

Biarpun diselubungi kesedihan akibat kematian anak sulung daripada empat beradik itu, Ramli tetap tabah dan reda.

Menceritakan detik-detik sedih itu Ramli berkata, anaknya itu mula demam selepas adiknya, Mohd. Shafiq, 19, pulih daripada demam.

''Apabila Mohd. Shafiq pulih, anak sulung saya pula mengadu demam seminggu sebelum dia meninggal dunia.

''Saya tak kisah sangat waktu itu kerana dia masih boleh membantu saya di kedai," katanya.

Pengusaha kedai makan itu menambah, keadaan demam anaknya itu bagaimanapun tidak pulih selepas seminggu.

''Saya ada suruh dia mendapatkan rawatan di klinik swasta dan doktor memberitahu dia hanya menghidap demam biasa," katanya.

Selepas memakan ubat yang diberikan oleh doktor, kata Ramli, demam anaknya masih tidak kebah selain turut mengadu sesak nafas.

''Saya mula rasa gelisah melihat perubahan keadaan anak saya yang tidak bermaya dan lebih mengejutkan apabila seluruh tangannya pula lebam," ujarnya.

Katanya, Nur Syazwana pergi ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut kira-kira pukul 3 petang Ahad lalu.

Ramli berkata, dia terkejut apabila pihak hospital terpaksa menahan Nur Syazwana kerana keadaan anaknya yang semakin serius.

''Saya diberitahu paru-paru anak saya hitam dijangkiti kuman dan menyerah kepada Allah SWT agar dia pulih.

''Ketika itu doktor tidak menyatakan anak saya dijangkiti virus H1N1 tetapi memberitahu keadaan dia semakin kritikal," katanya.

Menurutnya, punca kematian Nur Syazwana akibat H1N1 hanya dimaklumkan hari ini selepas disahkan oleh pihak hospital.

Katanya, beliau dan semua ahli keluarga kini dikuarantin di rumah selama seminggu

Salam takziah kepada seluruh keluarga Encik Ramli sekeluarga. Moga Allah tempatkan beliau dikalangan orang yang soleh...InsyaAllah.Ameen..Al-Fatihah

Salam Juang,

Nor Latifah Othman.

Saturday, 25 July 2009

PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH ISLAM (SIRI 2)



Semoga rohnya tenang..menemui Allah...hilangnya permata Islam..

Al-Fatihah-Marwa Al-Sharbini



July 25, 2009 : Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman, apa anda fikir?


Assalamualaikum. Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U. N.G. !!


Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro. Anda tau apa berlaku sesudah itu?



Anda tau apa berlaku sesudah itu? Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?


However last Wednesday , Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults . Lagi di sini. Belum cukup tragis, ada lagi.


Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.... ...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis. Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak. Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali?


Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan. Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.


Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini. Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan?


Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.



jADI...fIKIR2 KAN LAH...



Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.



Salam Juang,


Nor Latifah Othman

Friday, 24 July 2009

PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH ISLAM

Perginya seorang mujahidah Islam....kepada Tuhannya dengan tenang...
Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Marwa-Al Sharbini... Al-fatihah


A man who stabbed a pregnant Egyptian woman to death in Germany should be punished to the utmost extent of the law, Egypt's top cleric said on Monday as the woman was buried in her hometown."The man who killed Marwa Sherbini, the Egyptian citizen in Germany, and wounded her husband Elwi Ali Okaz should receive the maximum punishment," Grand Imam Sheikh Mohammed Sayyed Tantawi told the official MENA agency."The killer is a terrorist who should receive severe punishment for what he has done, something that contradicts all the values of humanity, decency and religion," he said.


Sherbini, 32, was killed in a court in the northern German city of Dresden on Wednesday shortly before she was to give evidence in an appeal lodged by her attacker.The 28-year-old attacker, identified only as Axel W. had been convicted and fined after calling her a "terrorist" for wearing the Islamic headscarf.According to the Egyptian press, Sherbini was three months pregnant when she was killed. She was laid to rest in her hometown of Alexandria in northern Egypt on Monday.

Her husband, a researcher in genetic engineering who was reportedly shot by German police while trying to save his wife, is still in critical condition in hospital having also been stabbed by the assailant.Tantawi told MENA he hoped the killing of Sherbini, whom he described as a "martyr," would not negatively affect the dialogue between the West and Islam because it was "an isolated event."

Semoga Allah membalas perbuatn setimpal dengan kekejaman yang dilakukan...Ameen Ya Rabb. Golongkan aku sepertinya Ya Rabb, syahid kerana mempertahankan Islam di penghujung hayat hidupku...Ameen. Seorang mujahidah pergi...maka akan lahirlah beribu mujahidah sepertinya...
"Wa minhum man qodho nahbah waminhum man yan tazir!!

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Tuesday, 21 July 2009

JOM PI TALAQI MUSIM PANAS


minggu lepas cukup 4x ana hantar sahabat2 pergi m ator...depa balik malaysia...

ader yang pulang menziarahi ayah dan bonda...

x kurang juga menabur bakti di sekolah sendiri..

ader juga pulang...hmmmm..hmmmm... =)

ada juga pulang utk bekerja...tapi yang pasti ana tetap di bumi mansurah..dgn niat utk terus mengutip permata2 ilmu di sini...yang pulang ke Malaysia, jgn lupa sahabt2 si sini...rindunya pada durian dan rambutan...


JAdi kesempatan yang ader di bumi mansurah, kuliah2 ilmu mmg banyak..cuma terpulang kepada kita samada kita bijak mencari ruang dan kesempatan utk terus menambahkan thaqafah yang sedia ada...

Schedule ana Musim Panas

Isnin /rabu /sabtu- 10.30 pagi
talaqi bersama Sheikhah Fatimah (kitab Tuhfatul atfal)-tasmik matan tajwid

Isnin/Rabu- 5ptg (Sheikh Hussein)
(Syarah Kitab Iqna'-Matan Abi Syuja')-Sheikh Hussein


Khamis- 5 ptg (Sheikh Hussein)
(Syrah Kitab Bidayatul Mujtahid Fi Nihayatul Muqtasid)-Kitab Fiqh Imam Malik

Khamis/ Sabtu- 7.30pg (Sheikh Hussein)
(Syarah Kitab Asbabun Nuzul imam as-sayuthi)

Selasa/sabtu dan Ahad -8.30pg
(Syarah Kitab Safinatun Naja' -Fiqh Imam As-Syafiee)

YA Allah..semoga Kau thabatkan jiwa dan semangat kami utk terus menuntut ilmu...dan jadiikanlah kami pencin ta ilmu sepanjang hidup kami.....Ameen Ya Rabb

JOM PI TALAQI

Salam Juang,
Nor Latifah Othman

QOSOS SAHABAH (SIRI 1): TELINGA DIBALAS TELINGA




Setelah Sheikh Hussein selesai mensyrahkan kitab asbabun nuzul imam as-sayuti kepada kami...Sheikh bersuara kepada kami...



" Kamu semua nie seperti Abdullah bin Mas'ud...


"aik? kami semua berpandangan...x faham dan x mengerti...semua senyap...


" Kenapa kamu senyap ? kami x faham apa yang Sheikh nak sampaikan..kami menjawab...


" Ok. x per...biar aku ceritakan siaper itu Abdullah b. Mas 'ud... semua khusyuk mendengar




ABDULLAH BIN MAS'UD


Dia adalah seorang sahabat Nabi yang bertubuh kecil seperti orang Malaysia..Sheikh bercerita lagi...


Disebabkan tubuhnya yang kecil itu ramai para sahabat mentertawakannya kerana kakinya yang pendek berbanding sahabat yang lain. Tetapi Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawasanya kaki Abdullah b. Mas'ud itu lebih berat dari gunung yang ada.


Abdullah b. Mas'ud telah mencatat sejarah dan mencipta sejarah kerana telah membunuh Abu Jahal dlam perang Badar. Sebelum itu, Abdullah b. Mas'ud telah membaca Al-Quran di hadapan Kaabah tetapi beliau telah ditampar oleh Abu Jahal sehinggaa terputus telinganya....kerana membaca Al_Quran.




Allahuakbar...


Ketika Perang Badar, Abdullah b. Mas'ud turut serta dalm perang ini. Dia mendekati Rasulullah...Dimanakah Abu Jahal. Lalu ketika beliau betemu dgn Abu Jahl...dia memanggil Abu Jahal..kemudian Abu jahal tunduk utk mendekati Abdullah b. Mas'ud. Lantas, tanpa membuang masa...dengan kudratnya yang kecil itu...Abdullah pun menumbuk Abu jahal sekuat hati...dan terus melompat ke atas perut Abu Jahal.Abu Jahal x mampu utk bangun kerana tubunya yang besar, dan ketika itulah Abdullah b. Mas'us terus membunuhnya.


Abdullah b. Mas'ud telah cuba mengangkat mayat abu Jahal tetapi beliau tidak mampu kerana kudaratnya..yang kecil berbanding tubuh Abu Jahal yang besar...

Lalu beliau memotong kepala Abu Jahal utk ditunjukkan kepada Rasulullah...dia mengalami kesukaran juga kerana kepala abu Jahal tersangat berat...lantas dia melubangkan telinganya dan melilitkan tali di telinga nya utk membawa mayat Abu Jahal...



Lalu Nabi pun ketawa dan bersabda ini adlah kerana membalas perbuatan Abu Jahal itu bukan hanya telinga Abdullah dapat, tetapi dia berjaya juga mendapatkan kepalanya sekali...

TELINGA DIBALAS TELINGA



Azimmm YA Rabbb....



kami pun tersengih dan gelak mendengar cerita Sheikh Hussein...

barulah kami mengerti kenapa Sheikh menyamkan kami seperti Abdullah b. Mas'ud kerana tubuh org Malaysia kecil seperti sahabat Rasulullah itu....



Salam Juang,


Nor Latifah Othman.






Sunday, 12 July 2009

JEJAK AULIYA':JAULAH SEKITAR MANSURAH DAN DUMYAT


PERTEMUAN RA'SUL BAHR DI DUMYAT, MESIR

MAQAM MOHAMAD B. ABU BAKAR AS-SIDDIQ


MAQAM ABDULLAH B. SALAM

MAQAM IMAM SYA'RAWI


JAUH PERJALANAN MENGUJI PENTARBIYAHAN


Alhamdulillah...walaupun byk ujian nak posting artikel nie, akhirnya Allah izinkan saya juga. Ini adalah jaulah kedua saya sepanjang berada di Bumi Mesir sepanjang setahun bermusafir kat bumi anbiya'.Musim sejuk aritue dapat juga jaulah ke ladang oren, kobis dan mengutip kerang sampai 4 guni kat Dumyat.Dumyat x jauh sangat dari Mansurah..tapi musim sejuk jer da kerang. kutip kerang kat tepi pantai jer...Jenuh nak kutip...Alhamdulillah, nikmat yg x dapt nak ungkap.

So, musim panas walaupun xdapt peluang lagi balik Malaysia..baru skrg dapat berjaulah...teraser zouq jaulah kali nie..sebab kali pertama pergi dan bru terasa kini memang ana berada di Bumi Mesir..walaupun tidak dapt melihat jasad mereka...tapi roh mereka tetap segar di jiwa2 rakyat2 Mesir dan pelajar Malaysia yang belajar di sini..Allah izinkan ana berjaulah Sekitar Mansurah dan Dumyat minggu lepas...thank you Allah for this golden chance that i had with my freinds here...Thank You God for your pleasure...Antara tempat yang dituju..Jom kita pi tgk..

1.Maqam Sheikh Imam Sya'RAwi
2.Maqam Mohamad B. Abu Bakar
3.Maqam Abdullah B.Salam
4.MAqam Sheikh Jaddul Haq
5.Kebun anggur dan khuf
6.Ra'sul Bahr di Dumyat





Mohamad B. Abu Bakar as-Siddiq R.A
Beliau adalah anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A. Dilahirkan pada 5 Zulkaedah tahun 10H,dan meninggal pada 38H.Pada 2 Feb, 190 Masihi mayat Mohammad B. Abu Bakar dijumpai di Mit Damsis sebuah perkampungan yang tidak jauh dari Mansurah.
Maqam ini terletak bersebelahan dengan sebuah gereja.

cerita best ttg beliau...Mesir dibuka oleh Amru Al-Asrpada awl pembukaan tanah jajahan Mesir yang dilantik oleh Saidna Umar suatu ketika dahulu. Amru Al-Ase telah dilantik menjadi Gabenor pertama Mesir dan dia dtg ke Mesir bersama2 Abdullah b. Salam seoarng sahabat Rasulullah.

Kemudian, Mohamad B.Abu Bakar telah menjadikan Mansurah sebagai pusat pentadbiran ketika itu. Ketika ingin melantik gabenor yang kedua Muawiyah iri hati terhadap Mohamad B. Abu Bakar, maka berlakulah fitnah terhadap beliau. Dlam masa yang sam tentera Muawiyah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pemerintahan Amru Al-Asr. Maka berlakulah perang yang hebat antar Muawiyah dan tentera Mohamad Abu Bakar. Tentera Mohamad Abu Bkar telah kalah teruk dan Mohamad b Abu Bkar telah syhid dalm perang itu. kekuatn tentera Muawiyah menjadi berganda kerana dibantu oleh tentera Amru Al-Asr.

Slepas itu, orang kafir berebut untuk mendapatkan mayat Mohamd Abu Bkar, tetapi dgn kepantasan dan kecerdikan khadam beliau mayat ini dapat dilarikan dan disimpan selama 50 tahun di tepi sungai di Mit Damsis sehingga fitnah reda. Mayat ini telah ditutp rapi dan ditindih dengan sebuah batu besar dari dilihat oleh orang ramai.

Selepas fitanah reda barulah mayat ini diubah dari kedudukannya di tepi sungai ke tempat yang baru di Masjid Mohamad b. Abu BKar dan kekal sehingga sekarang...
Batu yang berada di sebelah maqam ini cuba dialihkan dari maqam ini...tetapi usaha ggal..kerna ada pendapat yang mengatkan batu itu telah sebati dgn Mayat Saidina Mohamad B. Abu Bakar...Waallua'lam.
Ada khilaf yang mengatkan mayat Saidina ABu Baklar sama ada di Mansurah dan Madinah Al-Munawaarah...






Dia sahabat Rasululllah s.a.w...ABDULLAH BIN SALAM

Adalah seorang sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah. Berketurunan dari Nabi Ishaq. Merupakan antara ulama' besar yahudi pada ketika itu. Telah datang ke mesir bersama Amru Al-Asr. Sebelum beliau masuk Islam beliau telah berdebat dengan Rasulullah sehingga mencecah 1400 soalan...Azim Ya RAbb...Ada pendapat yang mengatkan beliau adlah di antar al-mubashirun bil jannah( 10 orang yang dijamin masuk ke syurga)...Waallahua'lam sama ada pendapat ini benar atau tidak...
Ada khilaf pendapt tentang kedudukan maqam ini..sama ada di Mesir, Baghdad dan Madinah@ Makkah



Sheikh Jaddul Haqq- Syeikhul Azhar ke 42

Beliau telah mengikuti pengajiannya di Tonto dan kemudian memilih bidang kehakiman sebagai pengkhususannya. Selepas tamat pengajian ijzah di Universiti Al-Azhar, beliau menyambungkan pengajiannya sehingga peringkat phd dan pada 1943 beliau telah tamat belajar. Kerana minatnya dalm bidang kehakiman beliau telah menyambung pengajian lagi dlm bidang kehakiman selama 2 tahun lagi.


Tamat pengajian, beliau telah dilantik menjadi Hakim. kemudian beliau juga telah dilantik menjadi Menteri Kehakiman. Pada 1982, beliau telah diangkat menjadi Sheikhul Azhar yang ke 42 menggantikan Sheikh Abd Rahman Baisor yang k-42. beliau menjadi Sheikhul Azhar sehingga tahun 1996.Beliau meniggal ketika menjadi Sheikhul Azhar.

Telah berlaku suatu perang ketika Sheikh Jadul haq memegang kepimpinan, perang di antara israel dan Mesir.. Sheikh telah bermimpi bahawa perang kali ini kita perlu menggunakn air sebagai senjata. Rupa2nya mimpi itu adalah nusrah Allah kpd tentera angkatan Mesir..Mereka menyedut air dari terusan dan menembak benteng pasir. Dengan izin Allah tentera Israel mati kesemuanya kerana..mereka telah menyorok dalam pasir ketika mahu menentang tentera Mesir...Allahuakbar!!


Perjalanan Terakhir kami ke Ras'sul Bahr, Dumyat


Akhirnya inilah kemuncak jaulah kami hari ini...membuak2 perasaan ana sepanjang perjalanan...kerana dah lama memendam rasa nak tgk pertemuan air laut Mediterranean dan sungai Nil..Ana bisik pada hati ketika di Dq dulu..teringin nak pergi tempat2 yg disebut oleh Allah dalam Quran...akhirnya, dapat juga ana jejak kaki ke tempat bersejarah...x sangka ayat yang kuhafal selama ini, telah dirakam oleh Allah di sini..Terima Kasih Tuhan kerana hanya dengan rahmat mu dapat ku mengembara di bumi ini...Ra'sul Bahr. munkin bagi sesetengah org ia sesuatu perkara biasa...tapi tidak bagi ana...

sambil memandang air laut..kami berpandangan antara satu sama lain...terdiam...khusyuk melihat ombak2 laut menghempas batu2 tepian muara..semua mula berijtihad...ada yang kata di hujung sana pertemuan air laut dan sg. nil...ada yang menunjuk ke arah awal muara..dan berbagai2 andaian..apa yang pasti..di sinilah pertemuan air masin dan air tawar. walaupun ianya bertemu..tetapi kedua2 tidak melepasi batasan msg...sayu ketika kaki cuba meninggalkan tmpat bersejarah ini...kmi dikejutkan dengan kehadiran ikan lumba2 sebelum pulang....eh..ikan lumba2..semua berkerumun kat tepi sg. nil melihat aksi ikan lumba2 yang sesat ini...


Allahuakbar...bertuahnya kami saat kaki mahu melangkah pulang...walaupun jasad kami meniggalkan Ra'sul Bahr...tapi roh kami akan terus bersama pertemuan air itu...


Firman Allah Taala:


" Dia membiarkan 2 lautan mengalir yang keduanya kemudiannya bertemu. antara keduanya ada batas yang tidak melampaui oleh masing-masing"

(Ar-Rahman:19-20)



Ya Allah izinkan diri ini terus bermusafir dan melihat penciptaan mu tanpa henti..selagi nyawa dan roh jihadku di bumi anbiya' ini...............



Salam Juang,


Nor Latifah Othman

FEEDJIT Live Traffic Feed