Friday, 5 June 2009

20 SEN DAN HARGA SEBUAH IMAN


hayati kisah ni wahai azhariku..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam
tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut
telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan
tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin
turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu
bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir
menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

sama-sama kita muhasabah..semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang sanggup gadaikan iman kerana 2kupang sahaja


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Thursday, 4 June 2009

ISU PANAS: AMERIKA LA'NATULLAH HINA KAABAH

SEMOGA ALLAH MEMBALAS KERJA TERKUTUK AMERIKA LAKNATULLAH INI!!! BANGKITLAH WAHAI AZHARI!!!!! ISLAM DIHINA LAGI!!!!



In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH This bar will be used for supply of VINE and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA to not open this BAR.















Di tengah-tengah bandar kota Manhattan di Nem York, sebuah bar dibuka dengan nama "APPLE MECCA" yang mana ia sangat menyerupai seperti KAABA di MAKKAh. BAR ini digunkan utk supply atau menyediakan minuman vine dan drinks(arak). Seluruh rakyat MuSLIM Nem York menekan dan memaksa Kerajaan USA agar tidak membuka BAR ini.






Please do Forward and spread this
story to as many peoples as you can.
We need 2 wake up and 2 stand for the dignity of our RELIGION ISLAM!!
Together we can and we will Inshallah..

sedih raser hati bila Islam dihenyak begitu sahaja....apakah ini petanda akhir zaman...dan kiamat itu semakin hampir...fikir2kan lah....


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Monday, 1 June 2009

WALIMATUL URUS



W.A.L.I.M.A.T.U.L U.R.U.S

Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir (Surah Rum: 21)


Jemputan majlis perkahwinan anak lelaki kami:

Al-Akh Abd Kuddus B. Othman(ex-shoubro 2004/07) &
Al-Ukht Siti Haiza Bt Muhamad Noh
Di No.41, Jalan Bunga Raya 2,
Taman Bunga Raya,
33 000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
605-7771779/012-5835954

Pada Hari Ahad bersamaan 7hb Jun, 2009 di rumah pengantin lelaki. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rahmat ke atas hamba2nya yang soleh…Ameen


Salam Juang,

Nor Latifah Otman

Sunday, 31 May 2009

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA???



>>>>Teristimewa utk:
BUAT BONDA HALIMATUN SAIDIAH BT YEOP NORDIN, syukran kerana membesarkan dan mendidik anakanda sehingga saat ini. Doakn permusafiran anakanda diredhoi dan dirahmati Allah..dan kembalinya anakanda ke bumi Malaysia nanti, menyumbang bakti kepada agama dan msyarakat di sana...Salam perantauan dan kerinduan dari bumi Mansurah, Mesir

HAYATI CERPEN INI>>>>
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu



Hargai wanita @ ibu2 yang telah membesarkan anda selama ini...Setiap Hari Adalah Hari Ibu...YA ALLAH< RAHMATILAH IBU2 YANG TELAH MEMBESARKAN KAMI>>>JASA DAN PENGOBANAN MEREKA TIDAK TERNILAI>>>HANYA ENGKAU SAHAJA YANG LAYAK MEMBALAS JASA MEREKA>>>>>

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Friday, 29 May 2009

BUSANA ALTERNATIF?? ADAKAH BUSANA INI MEMENUHI TUNTUTAN SYARIAT??





Sangat cantik.elegan.bergaya.fesyen terkini.APA PANDANGAN ANDA TERHADAP FESYEN INI???? Jawapannya ada di tangan anda....


Salam Juang,

Mor Latifah Othman

QIRAAT (SIRI 1) : SUATU PENGENALAN



Muqaddimah
Firman Allah S.W.T. :

إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ * فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ * لاَ يَمَسُّهُ إِلاَّ الْمُطَهَّرُونَ * تَنزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(الواقعة: 77-80).


Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas R.A. bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda :

أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف ( رواه البخاري )

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutuskan sebaik-baik manusia kepada sebaik-baik umat. Lalu menurunkan sebaik-baik kalam sebagai panduan kepada sebaik-baik agama yang diredhoi. Sebaik-baik manusia itu adalah Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik umat adalah umat Baginda ini. Sebaik-baik kalam adalah al-Quran dan sebaik-baik agama adalah agama Islam.

Allah S.W.T. telah menurunkan al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar ke atas Nabi Muhammad S.A.W. yang telah dijamin pemeliharaan oleh Allah S.W.T. selama bersilih ganti malam dan siang dari sebarang perubahan dan pembaharuan. Yang terhimpun di dalamnya semua perkara yang diperlukan dan membenarkan kitab-kitab Rasul yang terdahulu.

Di samping itu juga Tuhan telah memberi taufiq kepada orang-orang yang dipilihNya daripada ahli bijak pandai agar mengambil berat tentang ilmu-ilmu al-Quran. Dengan itu mereka telah mengkaji dan mengumpul setiap ilmu mengenai al-Quran dan dibukukan sebagai suatu sumbangan untuk meninggikan Kalam Allah S.W.T. ini. Salah satu ilmu yang lahir daripada al-Quran adalah ilmu al-Qiraat .

Prinsip Ilmu Al-Qiraat

1) Takrif :

Suatu ilmu yang menangani kalimah-kalimah al-Quran daripada segi perbezaan sebutan dan bacaan serta penisbahan setiap daripadanya kepada pembawa atau periwayatnya.

2) Tajuk perbincangan :

Kalimah-kalimah al-Quran dari sudut keadaan dalam menyebutnya. Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan hukum - hukum asas seperti Mad dan Qasr, Idgham dan Izhar dan berkaitan perbezaan dari sudut baris dan huruf seperti ( يخدعون )( يخادعون)


3) Faedah :

1. Memelihara kesucian al-Quran.
2. Mengetahui apa yang dibaca oleh setiap Imam Qurra' serta dapat membezakan manhaj
setiap imam.
3. Dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ Sab`atu Ahruf ”
4. Mengetahui keistimewaan, kemuliaan serta keagungan al-Quran.

4) Kelebihannya :


Diantara semulia-mulia ilmu kerana kaitannya dengan kalam Allah.

Daripada Sayyidina Uthman bin Affan R.A. sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
خيركم من تعلم القرءان وعلمه
Maksudnya :
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." ( Hadis riwayat Bukhori, Abu Daud dan Tirmizi )

5) Namanya :


Ilmu al-Qiraat (القراءات ) lafaz jamak kepada ( القراءة ) bermakna wajah-wajah yang dibaca.

6) Sandarannya :
Daripada Sunnah dan Ijma`. Juga dikatakan daripada riwayat yang Sohih dan Mutawatir daripada Imam-Imam Qiraat daripada Rasulullah S.A.W.

7) Hukum Syarak :

Menjadi fardhu ain mempelajarinya jika tidak ada orang yang mampu mempelajarinya dan menjadi fardhu kifayah jika ada orang lain selain kamu yang mampu mempelajarinya.

8) Masalah-masalahnya :

Kaedah-kaedah tertentu seperti setiap dua huruf hamzah yang berada dalam satu kalimah ( ءألد , ءأنذرتهم ) dibaca dengan tashil oleh Hijaziyyun dan lain-lain lagi.

Hubungan Di antara Al-Quran dan Al-Qiraat.


Ulama berselisih pendapat dalam persoalan adakah kedua-duanya merupakan perkara yang sama atau sebaliknya.

Imam Badruddin Azzarkashi menyatakan bahawa al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat yang berlainan. Ini kerana al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai mukjizat dan keterangan. Sebaliknya al-Qiraat pula adalah kepelbagaian lafaz-lafaz wahyu itu pada huruf dan kaedah pembacaan seperti takhfif dan tashdid. Al-Qiraat juga tidak dapat tidak diambil melalui proses talaqqi dan mushafahah.

Doktor Muhammad Salim Muhaisin pula berpendapat bahawa al-Quran dan al-Qiraat adalah dua hakikat dengan satu makna. Berdasarkan al-Quran adalah kata nama terbitan yang seerti dengan al-Qiraah (bacaan). Al-Qiraat pula jama` kepada al-Qiraah. Maka bagi beliau kedua-duanya adalah mempunyai satu makna.

Walaupun para ulama berbeza pendapat mengenai hal ini, namun kesimpulannya ialah al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dan al-Qiraat adalah perbezaan dalam membaca kalimah-kalimah wahyu itu sendiri.

Rukun Al-Qiraat Yang Sohih

1. Mestilah al-Qiraat itu tidak bercanggah dengan bahasa Arab.
2. Mestilah al-Qiraat itu tidak bercanggah dengan salah satu daripada mushaf-mushaf
Uthmani yang enam.
3. Mestilah sanad al-Qiraat itu mutawatir iaitu Rawi yang meriwayatkan al-Qiraat
tersebut satu jamaah yang ramai dimana mustahil mereka itu berpakat dalam
melakukan penipuan.

Pembahagian Al-Qiraat

Para Ulama` Qiraat mempunyai pandangan yang berbeza dalam pembahagian al-Qiraat. Sebagai kesimpulannya bolehlah kita bahagikan al-Qiraat kepada 6 bahagian :

1) Al-Mutawatirah : Iaitu Qiraat yang dinaqalkan dari sekumpulan perawi yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk melakukan pendustaan. Yang dimaksudkan di sini adalah al-Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tujuh iaitu Imam Nafi`, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu Amir, Imam `Asim, Imam Hamzah dan Imam Kisa`ei.

2) Al-Masyhurah : Iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai peringkat Mutawatir. Begitu juga Qiraat itu berbetulan dengan bahasa arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani. Yang dimaksudkan di sini adalah al-Qiraat yang disepakati daripada imam-imam yang tiga iaitu Imam Abu Ja`far, Imam Ya`qub dan Imam Khalaf al-Asir

3) Al-Ahaad : Iaitu yang sah sanadnya tetapi tidak menepati bahasa Arab dan salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani serta tidak masyhur dan tidak dibaca di kalangan para Qurra`. Sebagai contoh bacaan yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang mana beliau membaca huruf ( ف ) dengan baris atas pada ayat : ( لقد جاءكم رسول من أنفسكم )

4) As-Syaaz : Iaitu yang tidak sah sanadnya atau tidak menepati salah satu daripada tiga rukun al-Qiraat yang sohih. Contohnya bacaan Imam Hasan al-Basri (إياك يعبد)

5) Al-Maudhu` :
Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam as-Sayuti pada bacaan al-Khazza`i (إنما يخشى الله من عباده العلماء)

6) Al-Mudraj : Iaitu bacaan yang ditambah sebagai tafsiran kepada ayat tersebut. Seperti bacaan Ibnu Abbas ( ليس عليكم جناح أن تبتغوا فضلا من ربكم في مواسم الحج )


Sekitar Perbincangan Sab`atu Ahruf
Dalil mengenai turunnya al-Quran dengan Sab`atu Ahruf ataupun Tujuh Huruf bersandarkan beberapa buah hadis antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya Nabi saw bersabda,

أقرأني جبريل عليه السلام على حرف واحد فراجعته، فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة احرف.
( Hadis riwayat Bukhori )

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syihab bahawa beliau diberitakan oleh Urwah bin Zubair bahawa Maswara bin Makhramah dan Abdul Rahman bin Abdul Qari mendengar Umar bin Khattab r.a berkata,

سمعت هشام بن حكيم يقرأ سورة الفرقان في حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فاستمعت لقراءته، فاذا هو يقرأ على حروف كثيرة لم يقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكدت اساوره فى الصلاة فتصبرت حتى سلم، فلببته بردائه فقلت من اقرأك هذه السورة التى سمعتك تقرأ قال اقرأني رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت كذبت، فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أقرأنيها على غير ما قرأت، فانطلقت به أقود إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت سمعت هذا يقرأ سورة الفرقان على حروف لم تقرأنيها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعمر ارسله، فأرسله عمر، فقال لهشام اقرأ يا هشام، فقرأ عليه القراءة التى سمعته يقرأ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم كذلك أنزلت،.ثم قال اقرأ يا عمر فقرأت القرأة التى أقرأني، فقال كذلك أنزلت، ان هذا القرءان أنزل على سبعة أحرف فاقرأوا ما تيسر منه
( Hadis riwayat Bukhori )

Maksud Tujuh Huruf

Tidak ada hadis secara jelas yang menceritakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan Sab`atu Ahruf atau Tujuh Huruf. Namun Ulama` samada yang Salaf mahupun yang Khalaf secara sepakat menyatakan bahawa tidak boleh seseorang itu menafsirkan bahawa Tujuh Huruf itu adalah tujuh Qurra’ yang masyhur kerana tujuh Qurra’ yang masyhur ini tidak pernah wujud pun pada zaman Rasulullah S.A.W.

التكليف بما لا يطاق محال
Ibn Hajar al-Asqolani berpendapat tujuh huruf bermaksud tujuh wajah bacaan dan harus membaca mana-mana wajah daripada tujuh wajah tersebut. Ada pendapat yang mengatakan huruf dengan makna bahasa iaitu tujuh bahasa Arab yang terkenal. Adapun perbahasan makna tujuh huruf dikalangan para ulama’ terbahagi kepada beberapa pendapat, sehingga sampai kepada 40 pendapat antaranya :

1. Cegah, suruh, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah
2. Balasan baik dan buruk, halal, haram, peringatan, perbandingan dan hujjah.
3. Tujuh bahasa : Quraisy, Yaman, Jarham, Hairizam, Qurda’ah, Tamim, Thoyy.
4. Tujuh bacaan yang disandarkan kepada Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Ibn Mas’ud, Ibnu ‘Abbas dan Ubai bin Ka’ab.

Pendapat yang paling tepat di sisi Jumhur Ulama` ialah pendapat daripada Imam Fakhruddin Ar Razi iaitu :

1) Kepelbagaian pada kata nama sama ada dengan tunggal atau jamak seperti :
{ والذى لأمانتهم و عهدهم راعون }
2) Kepelbagaian pada wajah-wajah I'rab seperti :
{ فتلقى ءادم من ربه كلمت}
3) Kepelbagaian pada tasrif seperti :
{تعلمون} {يعلمون}
4) Kepelbagaian dengan mendahulukan dan mengakhirkan seperti :
{ فيقتلون ويقتلون}
5) Kepelbagaian dengan menukarkan. Sama ada huruf dengan huruf atau kalimah dengan kalimah seperti :
{وانظر إلى العظام كيف ننشزها } {كالعهن المنفوش }
6) Kepelbagaian dengan menambah dan mengurangkan seperti :
{وأعد لهم جنت تجرى تحتها الأنهر }
7) Kepelbagaian lahjah dengan tafkhim dan tarqiq, fathah dan imalah, izhar dan idgham, tashil, ishmam dan sebagainya.

Kitab-Kitab Asas Al-Qiraat

Sebenarnya terdapat begitu banyak kitab yang membicarakan mengenai ilmu al-Qiraat ini. Tetapi yang menjadi sumber utama kepada pengajian ilmu ini adalah seperti berikut :

1. Matan Asy-Syatibi
Matan ini dikarang oleh Imam Al Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Imam Asy Syatibi.. Berasal dari Andalusia, Sepanyol. Wafat pada tahun 590 hijrah. Beliau menjadikan kitab Tahbir at-Taisir sebagai sumber karangan beliau.

2. Matan Al-Jazari Dan Matan Durrah
Matan ini dikarang oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf atau lebih dikenali sebagai Imam al-Jazari. Dilahirkan pada tahun 751 hijrah dan wafat pada tahun 833 hijrah. Berasal dari Damsyiq. Antara kitab-kitab yang menjadi sumber dalam menulis matan beliau ini ialah kitab Tahbir at-Taisir dan kitab Nasyr al-Asyri.


Qiraat As-Sab’ah Dan Qiraat Al-‘Asyarah


Qiraat as-Sab`ah mahupun Qiraat al-`Asyarah, ianya tetap tidak lari daripada tujuh huruf sebagaimana ia diturunkan. Kesemuanya mutawatir daripada Rasulullah SAW. Ini bermakna, Rasulullah SAW membaca dengan kesemua Qiraat ini. Qiraat as-Sab`ah dikupas dan dijelaskan oleh Imam al-Syatibi. Imam al-Jazari pula mengupas dan menyusunnya dengan menambah tiga lagi Imam sehingga menjadi Qiraat al-`Asyarah.

Kesemua sepuluh Qiraat Imam al-Jazari dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Kubro. Tetapi jika tujuh Qiraat Imam al-Syatibi digabungkan dengan 3 lagi Qiraat Imam al-Jazari maka ia dikenali dengan al-Qiraat al-‘Asyarah al-Soughro.

Perkembangan Bacaan Qiraat Seluruh Dunia Islam

Perkembangan bacaan Qiraat di seluruh dunia Islam pada hari ini bolehlah disimpulkan sebegini:

• Qiraat Imam Nafi’melalui riwayat Qalun terdapat di Libya dan sebahagian di Tunisia (0.7%). Adapun melalui riwayat Warsy terdapat di Jazair, Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan(3%).
• Qiraat Imam Abu ‘Amru terdapat disebahagian wilayah di Sudan (0.3%)
• Qiraat Imam Ibn ‘Amir terdapat di Yaman (1%)
• Dan selain daripada itu, kesemuanya mengamalkan Qiraat Imam ‘Aasim melalui
riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi.(95%)

Bagi bacaan Imam Hamzah dan Imam Kisaie sudah pun pupus dalam ertikata tidak ada lagi masyarakat atau kumpulan yang mengamalkannya. Walaupun begitu kedua-dua bacaan ini masih lagi dipelajari di Institusi yang menawarkan pelajaran ilmu al-Qiraat agar tidak pupus ditelan zaman.

Bibliografi

1. Al-Quran Al-Karim.
2. Artikel Qiraat, oleh Felza Zulhibri bin Abdul Hamid.
3. Buku “ Kajian al-Quran ” oleh Subhi Salih.
4. Kertas Kerja “ Pengenalan Asas Ilmu Qiraat ”, oleh Mohd Saleh Bin Ramli dan Mohd Lafzul Bin Muda.
5. Kitab “ Al-Hadi ” oleh Dr. Muhammad Salim Muhaisin.
6. Kitab “ Al-Qiraat Al-Waridah Fi As-Sunnah ” oleh Dr. Ahmad Isa al-Ma`sarawi.
7. Kitab “ Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran ” oleh Imam Jalaludin Abdul Rahman as-Sayuti.
8. Kitab “ Al-Qiraat As-Syazah Wa Taujihuha Min Lughati Al-Arabi ” oleh Abdul Fatah al-Qadhi.
9. Majalah Suara Kampus Edisi Shoubra, keluaran Muharram 1425H, Mac 2004M.


- Ini adalah usaha penulis untuk berkongsi dgn masyrakat umum agar masyarakat luar dapat memahami bidang ini dengan lebih dekat lagi, sekaligus dapat menambahkan rasa cinta kepada mukjizat ini ...Al-Quran sahabatku dunia dan akhirat.


Salam Juang,

Nor Latifah Othman

Wednesday, 27 May 2009

‘IJAZ RASM QURAN (SIRI 1): BENARKAH WANITA ITU PEMALU???




“Wanita dan Sifat Pemalu “


Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, diperhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi,apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita.
Jadi benarlah wanita ini sangat pemalu. Tetapi jika kita kita bandingkan antara wanita yang belum berkahwin (anak dara) dengan wanita yang berkahwin ada perbezaan sedikit( sifat malu).


Wanita Yang Belum Berkahwin
Malu wanita yang belum berkahwin rupa2 rupanya telah digambarkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Kalimah ‘imraah di dalam Al-Quran yang tidak didsandarkan kepada suami, maka huruf ta’ tersebut adalah tertutup. Ataupun lebih dikenali dengan ta’ marbutah. Jadi huruf ta’ bulat ini, menceritakan gambaran bahwa ta’ bulat yang bersendirian tanpa bersandarkan kepada suaminya, maka bentuknya adalah bulat. Begitulah sifat wanita yang belum berkahwin, seperti huruf ta’ marbutah tersebut. Bila dia keseorangan, dia seorang sangat pemalu.jadi, tidak hairanlah sifat wanita yang belum berkahwin itu bukan sengaja dibuat2 tapi telah digambarkan oleh Allah bagaiman sifat seorang wanita itu.

Ini adalah contoh kalimah ‘imraah yang tidak bersandar kepada suaminya.

وان امرأة خافت
(Surah An-Nisa : 128)





Wanita Yang Sudah Berkahwin
Apabila kalimah ‘imraah tersebut disandarkan kepada suaminya maka ta’ tersebut terbuka @ dikenali sebagai ta’ maftuhah. Cuba kita perhatikan sifat wanita yang telah berkahwin, ada sedikit perbezaan. Bila mereka bersama suami, mereka lebih berani, lebih terbuka, perasaan malu sudah berkurangan kerana ada suami di sisi. Ia sangat berbeza dengan wanita yang bersendirian atau tanpa suami.


Jadi, jelaslah sifat malu wanita ini digambarkan dengan 2 kalimah ‘imraah yang sangat berbeza dan sifat ini tidak dibuat2 tapi telah termaktub sejak azali lagi. Jadi, jangan salahkan wanita kerana sifat malunya, tapi fahamilah wanita sebaik-baiknya kerana wanita adalah sebaik-baik kejadiaan di sisi Adam

Ayat2 dan cth kalimah ‘imraah yang disandarkan kepada suaminya.

1. Isteri Imran

امرأت عمرن (Surah Ali-Imran)

2. Isteri Al-Aziz
(Surah Yusuf : 30)



3. Isteri Al-Aziz
(Surah Yusuf : 51)


4. Isteri Firaun
(Surah Al-Qosos: 9)



5. Isteri Nuh, Isteri Lut dan Isteri Firaun
(Surah at-Tahrim : 10-11)

Semoga dengan mentadabbur ayatnya setiap hari menambahkan iman kita sebagai hambanya yang kerdil di sisi Allah Yang Maha Agung…


Sumber rujukan: Muhadhorah Sheikh Hussein, kitab rasm al-quran, Al-Quran


Bersambung lagi…

Salam Juang,

Nor Latifah Othman

FEEDJIT Live Traffic Feed