Saturday 30 January 2010

Ikan Microwave dan Kota London

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian makhluk, selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w..kekasih hati, penghulu kepada sekalian nabi dan rasul...Semoga cinta dan kasih kita kepadanya tidak pernah pudar walaupun sesaat berlalu..

Kota London!saya menatap beberapa keping gambar kiriman seorang sahabat saya yang kini sedang menabur bakti di kota London. kini, menjadi tenaga pengajar di sana, sambil-sambil mencari pengalaman...dia merupakan bekas azhariah-graduated 2009 dari Al-Azhar Mansurah.

memang cantik pemandangan di sana.dan saya pernah menjejaki ke kota london when i was small pada tahun 1994. saya travelling alone from kuala lumpur dengan flight boieng 747 ats invitation mak saudara saya yang bekerja di Kedutaan Malaysia di sana sebagai seorang akauntan . memang best!13jam dalam flight...dan masa itu sudah berlalu..hehehe

Nak bercerita dalam post kali ni, memang x habis tentang Kota London,maklumlah kecik-kecik dulu nakal sikit. bila dh besar ni baik sikit. =) my qiraat friend's know me very well.rite??

Setelah seminggu saya di Kota London, disebabkan masa saya di sana sangat lama dan panjang.makcik saya nie sekolahkan saya. hmmm..dia taknak anak saudara dia ni wasting time. maka, saya dimasukkan di sebuah sekolah di tengah Kota Londoa. St Mary's school. Sedap namanya kan?? i'm the only one dalam kelas tu yang Melayu. (dalam hati- takutnya, nak nangis . x reti cakap dan speaking english)...saya banyak mendiamkan diri dan membatukan diri. angguk ngeleng, no-yes itu sahaja jawapan saya buat hari pertama..dalam seminggu pergi balik sekolah makcik saya datang ambil.tapi dah lama-lama, saya dah pandai berdikari. pergi dan balik sekolah, saya just walk with my friends...hehehe

Tarbiyah Mak Yam Buat Saya,
Oleh sebab culture dan background studies di sana are totally different than Malaysia. maka, bermulalah episod tarbiyah berbulan lamanya. Ni semua sebab nak saya pandai speaking english dan communicate very well with people around. makcik saya umpan saya mula-mula, bawak pergi shopping. saya pun memang ulat buku..maka memang saya boronglah banyak buku cerita.habis duit dia hari tu.rupa-rupanya, bukan setakat beli ja buku tu, makcik saya tarbiyah saya kena buku cerita aladdin sampai habis depan dia.takutnya! menagis baca buku depan makcik coz banyak wording yang salah sebut...sok-sek,sok-sek...menangis terus masuk blik dan tidor.(perangai kecik-kecik dulu).

Tamrin dalam rumah.speaking english. kena tuisyen english. ada anak staff(indian woman-student university) makcik saya datang rumah ajar saya ikut jam.Huh!!memang penat!!pocket dictionary english kena bawak ke mana sahaja. memang selalu jadi mangsa saya, bila saya tak reti nak cakap dengan orang.especially kat kelas, saya selalu mintak izin nak excuse pergi toilet" excuse me, Mr.Evan, can i go to the toilet?pinta saya.

"of couse you can. balas Mr.Evans( guru kelas saya).

Ekkkkkk..tolak daun pintu..apa lagi..cepat2 saya opem dictionary cari vocab yang sesuai nak cakap dengan kawan..itulah saya.nak pandai bukan senang...yang pasti jangan malu mencuba, cakap, baca dan tulis.banyakkan komunkasi itulah rahsianya!

terima kasih mak yam kerana sanggup dan tahan melayan karenah saya yang banyak ragam.(doakan anak saudara mak yam menjadi insan yang berguna kepada masyarakat after finish studies at mansoura...

Tamrin terus berlalu. Tak sampai 2 bulan saya di Gloucester Place, centre of London...opah saya plak mai dari Malaysia. Ni yang best! boleh curi2 cakap dengan opah cakap dalam melayu. kalau depan mak yam,no way and no excuse untuk saya..Opah mai ja dari Malaysia, opah dah buat kami kering gusi..yang pelik bin musykil, macamana makanan favourite anak dia boleh terlepas dari immigration malaysia.apa tu??tempoyak...tapi tempoyak tidak dapat diselamatkan sebab tempoyak meletup dalam beg bagasi opah...dapatla jugak kami menghilangkan rasa kempunan pada gulai tempoyak opah.oh tempoyak..tempoyak..=)

One day, opah ajak saya pergi suuq. saya setuju.beg troli suuq saya sorong sambil jalan-jalan sembang dengan opah. memang best pergi suuq.(selalu saya pergi Church Street( nama suuq) dengan makcik saya.tapi kali ini only with my dearest opah.opah nak beli ikan.sampai ja, dekat tempat fishmonger..(opah tunjuk ikan yang nak di beli).saya pun meyapa penjual ikan sambil teragak-agak menyusun ayat.."excuse me, uncle. i want to buy a kilo of microwave fish.."uncle membalas senyuman. lama dia melihat saya...(salah cakap ka tadi??saya monolog seorang diri)...hehe.here you are my dear, a kilo of fish...akhirnya, berjaya jugak saya beli sekilo ikan denagn opah. tak sabar nak bercerita dengan makcik-makcik saya...

Sampai rumah. Mak Lang (penuntut Umist University-engineering), tanya kat saya. " Kamu beli ikan apa kat Churh Street tadi?? saya dengan selamba dan confident pun menjawab..."kami beli ikan microwave sekilo...ha???ikan microwave? mana ikan tu kamu letak? dalam fridge mak lang...

saya tengok muka mak lang confius...bila bukak fridge, terdengar gelak besar mak lang dari dapur...makcik-makcik saya gelakkan saya.hehehe.rupa-rupanya nama ikan tu, bukan ikan microwave...rupa-rupanya ikan mackerel...saya pun sengih dan gelak sama..salah sebut..saya budak baru belajar...experience is mother of learning...


Bersambung lagi....


Salam Juang,
Nor Latifah Othman
2nd year majoring Qiraat
Maahad Fatayat Mansoura

Thursday 21 January 2010

Fawasil Quran (Siri 3): Memiliki Unta Yang Gemuk atau.....







Bait 14


Telah sabit hadith sohih dari rasulullah s.a.w bahawasanya mempelajari satu ayat al-Quran, lebih baik dari selruh harta orang arab, iaitu unta yang gemuk dan besar yang bonggol yang besar dari jenis unta merah.

Buktinya adalah: Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat: Siapa yang dari kamu suka untuk pergi ke suatu tempat (bathan) pada subuh hari atau ke “aqiq” suatu tempat yang berdekatan dengan Madinah maka dia akan dapat 2 unta setiap hari unta yang sangat besar,cantik tanpa perlu untuk memutuskan darah(curi) atau memutuskan silaturrahim (berbuat jenayah). Dan para sahabat menjawab: “kami ya Rasulullah”.

Rasulullah menjawab: Sesungguhnya jika ada di antara kamu berpagi-pagian( atau ke situ pada waktu subuh) untuk ke masjid, mempelajari 2 ayat al-quran, itu adalah lebih baik dari 2 ekor unta, dan 3 ayat lebih baik dari 3 ekor unta, dan 4 ayat lebih baik dari 4 unta.


(unta merah besar dan cantik pada zaman arab= adalah seperti kenderaan yang sangat mewah dan bernilai ketika itu, seperti kenderaan yang sangat mahal pada zaman sekarang seperti kereta limousine)


salam juang,
Nor latifah Othman
takhassus 2 qiraat

Friday 15 January 2010

Anak Saudara Mak Lang



Bismillahirrahmanirrahim....

Lama tidak bersua...

Kesibukan mengatasi segala-galanya...

Dan kerinduan terhadap kampung halaman, ayah dan bonda dan anak saudara baru saya..sentiasa bermain di mata..

anak abang sulung saya dah semakin sihat dan comel..

Muhammad Aqil bin Abdul Kuddus bin Othman...








Salam Kerinduan,

Nor Latifah Othman
tahun 2 takhassus Qiraat
Maahad Fatayat Mansurah

Sunday 3 January 2010

GEN 7: Catatan Kembara Maahad Mansurah



Gambar Kedudukan Bumi Mansurah Di Mesir




Suasana Maahad


MAAHAD FATAYAT QIRAAT MANSURAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur tidak terhingga kerana Allah masih memberikan saya sedikit ruang waktu untuk terus meniupkan nafas perjuangan kalam dakwah dalam blog usang ini....setelah sekian lama tidak dijenguk =)..artikel nie..nak promote kepada adik2 yang berada di Semester 6 di darul Quran..maila pakat2 kita berkampung di Mansurah(akhawat) dan Shoubro(ikhwah)sambung belajar di sini...khususan bagi pencinta ilmu Qiraat...kedatangan adik2 pasti bermakna jika Mesir destinasi pilhan...artikel ini telah dihasilkan oleh sahabat ana dari tahun 3 Qiraat...rupa-rupanya baru saya tahu, yang saya adalah generasi ketujuh di sini...dan pelajar malaysia adalah pelajar perintis Maahad Fatayat Mansurah....Allahuakbar!

Maahad Fatayat Qiraat Mansurah merupakan sebuah institusi yang menempatkan mahasiswi Pengajian Islam yang mengambil jurusan berkaitan ilmu al-Quran. Institusi ini mula beroperasi pada tahun 1998 bertempat di 'Uzbatul Syal, wilayah Daqahliyah, Mansurah, Mesir, berdekatan dengan kuliyah Banat Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir. Ianya merupakan salah satu cawangan daripada Maahad Qiraat lain yang ada di Mesir dan berada di bawah kelolaan badan pendidikan al- Azhar. Tujuan penubuhan, sasaran, sistem pengajian bagi institusi ini adalah sama dengan Maahad Qiraat Khazandarah Shoubra.

Pada awal penubuhannya, institusi ini hanya memperkenalkan dua kursus pengajian iaitu Kursus Pra Pengajian al-Quran (Mustawa Tajwid) dan Kursus Pengajian Tinggi al-Quran (Mustawa 'Aliyah)



Kursus Pra Pengajian al-Quran (Mustawa Tajwid) merupakan peringkat matrikulasi yang memperkenalkan pengajian Tajwid secara khusus mengikut riwayat Imam Hafs yang di ''naqal'' kan dari Imam "Asim berdasarkan riwayat Imam Syatibi dan kaedah al-Imam Ahmad Ibnu al-Jazari. Dalam tempoh kursus ini, pendedahan diberi dalam membahas dan mengkaji methodologi kedua-dua imam tersebut serta perbandingan yang menyeluruh di samping bahasa al-Quran serta ilmu pengajian Islam.

Kursus Pengajian Tinggi al-Quran (Mustawa 'Aliyah) pula merupakan kursus yang didedahkan tentang pengetahuan dan pengajian dari aspek pembacaan al-Quran yang sahih mengikut riwayat Imam al-Syatibi dan riwayat Imam yang masyhur berdasarkan kaedah al-Imam Ahmad Ibnu al-Jazari. Pembahasan dan pegajian terhadap methodologi al- Qiraat yang dibawa oleh para Imam Qiraat mutawatir dan Imam-imam yang masyhur mengikut satu kaedah yang khusus dan berasingan di samping pengajian ilmu khusus al- Quran dan Pengajian Islam.

Bilangan pelajar yang mendaftar adalah sekitar tiga puluh orang sahaja di mana kesemuanya adalah di kalangan penduduk Mesir sendiri. Manakala hanya dua orang tenaga pengajar yang berkhidmat pada waktu ini.




Sesi 2002 / 2003 merupakan sesi pertama Maahad Fatayat Qiraat Mansurah menerima kemasukan pelajar daripada Malaysia, di mana seramai empat orang pelajar daripada Kolej Hafiz Klang telah mendaftar pada tahun tersebut. Tenaga pengajar pada tahun ini adalah sekitar lima atau enam orang sahaja. Tahun 2003 juga merupakan tahun pertama diperkenalkan Kursus Pengajian Qiraat Khusus (Mustawa Takhassus). Kursus ini menjadi pilihan bagi semua pelajar Malaysia memandangkan pelajar Malaysia yang datang ke sini telah menamatkan Kursus Pengajian Tinggi al-Quran (Mustawa 'Aliyah) di Malaysia dengan kelulusan Diploma.


Kursus Pengajian Qiraat Khusus (Mustawa Takhassus) merupakan pengajian khusus Qiraat yang kolektif dan lebih praktikal terhadap bentuk pembacaan al-Quran yang sahih mengikut Imam-imam Qiraat yang Mutawatir dan Masyhur berdasarkan kaedah al- Imam Ibnu al- Jazari. Dalam mengkaji dan mendalami methodologi al- Qiraat yang dibawa oleh Imam-imam Qiraat terhadap rangkaian bentuk pembacaan dan bacaan yang berbentuk Mutawatir dan Masyhur berdasarkan dua kaedah cara yang menyeluruh, sejarah-sejarah imam Qiraat dan methodologinya serta Qiraat as-Syazzah turut diperkenalkan sebagai pengajian perbandingan al-Qiraat. Kajian dan pengajian terhadap ilmu-ilmu khusus pengajian al-Quran dan al-Qiraat dibahas secara terperinci dari sudut keperluan umat Islam, mukjizat agung Rasulullah S.A.W yang menzahirkan keharmonian dan keagungan Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna lagi menyempurnakan mengikut perspektif al-Qiraat di samping ilmu-ilmu pengajian Islam. Bagi memantapkan tahap daya keterampilan dalam menguasai pengajian al-Quran dan al-Qiraat serta pendekatannya dalam bidang tersebut, latihan pengurusan pendidikan al- Quran juga turut diadakan sebagai persiapan menghadapi medan bakti dengan penuh yakin dan berwibawa berbekalkan manfaat ilmu yang berkat.


Setelah Kursus Pengajian Qiraat Khusus (Mustawa Takhassus) diperkenalkan , Maahad Fatayat Qiraat Mansurah mula menerima pertambahan kemasukan pelajar Malaysia lepasan Mahad Tahfiz al- Quran dari hampir seluruh pelusuk negeri di Malaysia.

Berikut merupakan senarai bilangan pelajar Malaysia yang mendaftar di institusi ini dari generasi pertama sehingga sekarang :

Generasi pertama : Kemasukan sesi 2002 / 2003 :
Seramai empat orang pelajar yang semuanya merupakan
pelajar lepasan Kolej Hafiz Klang.

Generasi ke dua : Kemasukan sesi 2003 / 2004 :

Seramai 13 orang pelajar yang merupakan pelajar lepasan
Kolej Hafiz Klang, Maahad Tahfiz Darul Quran Jakim dan
Maahad Tahfiz al- Quran Selangor.

Generasi ke tiga : Kemasukan sesi 2004 / 2005 :
Seramai 17 orang pelajar lepasan Maahad Tahfiz al- Quran
Selangor, Darul Quran Jakim, Johor dan Maahad Tahfiz
al- Quran Terengganu.

Generasi ke empat: Kemasukan sesi 2005 / 2006 :
Seramai 45/46 orang pelajar lepasan Maahad Tahfiz al- Quran
Darul Quran Jakim, Maahad Tahfiz Selangor, Maahad
Tahfiz Terengganu, Maahad Tahfiz Insaniah, Kolej Hafiz
Klang dan Maahad Tahfiz al- Quran Sabah

Generasi ke lima : Kemasukan sesi 2006 / 2007 :
Seramai 44 orang pelajar lepasan Maahad Tahfiz al- Quran
Pahang, Insaniah, Darul Quran Jakim, Maahad Tahfiz al-
Quran Amal Aimi Muzdalifa dan Kolej Hafiz Klang.


Generasi ke enam: Kemasukan sesi 2007 / 2008 :
Seramai 30 orang pelajar lepasan Maahad Tahfiz al –Quran
Pahang, Insaniah, Kolej Hafiz Klang, Maahad Tahfiz Amal
Aimi Muzdalifa, Maahad Tahfiz Johor, Terengganu dan
Darul Quran Jakim.

Generasi ke tujuh: Kemasukan sesi 2008 / 2009 :
Seramai 34 orang pelajar lepasan Maahad Tahfiz al- Quran
Terengganu, Johor, Pahang, Insaniah, Ihsaniah, Amal Aimi
Muzdalifa, Darul Quran Jakim dan Kolej Hafiz Klang, KUIS

Generasi ke lapan: Kemasukan sesi 2009 / 2010 :
Seramai 34 orang pelajar lepasan Maahad tahfiz al-Quran
Terengganu, Johor, Pahang, Darul Quran Jakim, Sabah,
Johor, Insaniah dan Selangor.


Sistem peperiksaan yang dilalui oleh pelajar yang menuntut di maahad ini adalah berbentuk penggal di mana mereka akan menghadapi hanya sekali peperiksaan dalam setahun. Peperiksaan merangkumi mata pelajaran mengikut sukatan pelajaran kursus masing- masing, termasuk mata pelajaran wajib iaitu 30 juzuk daripada al- Quran.

Waktu peperiksaan pula ialah di sekitar bulan empat dan lima. Manakala bagi calon syahadah atau tahun akhir iaitu tahun tiga, mereka akan menghadapi peperiksaan di sekitar bulan lima dan enam.

Bagi pelajar yang tidak lulus dalam peperiksaan kali pertama, mereka akan diberi peluang untuk mengambil peperiksan ulangan di sekitar bulan tujuh bagi pelajar tahun satu dan dua. Manakala peperiksaan ulangan bagi calon syahadah adalah di sekitar bulan lapan.

Bagi calon tahun akhir, seandainya mereka tidak berjaya melepasi peperiksaan ulangan kali kedua, mereka perlu mengulang tahun bagi mengambil semula semua mata pelajaran tahun tiga walaupun hanya satu atau dua sahaja mata pelajaran yang tidak lulus.

Keputusan bagi calon tahun satu dan dua pada sesi 2008 / 2009 telah mencatat peratus yang baik di mana seratus peratus lulus sekaligus mengulangi sejarah di mana pelajar Malaysia tidak pernah menghadapi peratus kegagalan bermula generasi pertama hingga generasi ketiga.

Pada tahun 2005, Mahaad Fatayat Qiraat telah di ''islah'' atau di ubah suai. Dalam tempoh ini, semua pelajar terpaksa berpindah ke Maahad Imam Syafie selama hampir setahun. Maahad ini terletak di kawasan Murur, Salam, berhampiran Kuliyah banin Universiti al- Azhar cawangan Mansurah. Kuliyah ini juga merupakan tempat pelajar lelaki Malaysia, Indonesia, dan negara-negara lain yang mengambil jurusan Bahasa Arab dan Usuludin di tempatkan. Maahad Fatayat Qiraat Mansurah kembali beroperasi setelah hampir setahun di ubah suai iaitu pada tahun 2006.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi sehingga kini, pelajar yang pernah mendaftar di institusi ini adalah sekitar lapan ratus orang termasuk pelajar Malaysia. Bilangan guru pada sesi ini semakin bertambah memandangkan bilangan pelajar yang berdaftar di sini semakin ramai di mana bilangan tenaga pengajar lelaki sekitar lima orang dan tenaga pengajar perempuan seramai sepuluh orang. Antara guru yang berkhidmat juga merupakan bekas pelajar Maahad Fatayat Qiraat Mansurah sendiri.



Sumber rujukan :

• Mudirah @ pengetua Maahad Fatayat Qiraat Mansurah sesi 2009 / 2010
• Pengurus pelajar Maahad Fatayat Qiraat Mansurah
• Blog ibnuazman.blogspot.com
• Guru yang berkhidmat di Maahad Fatayat Qiraat Mansurah
• Wakil Pelajar Malaysia yang pernah menuntut di Maahad Fatayat Qiraat Mansurah bagi setiap generasi



Salam Juang,
Nor Latifah Othman
Takhassus 2 qiraat

1 MUHARAM …… DETIK PERMULAAN






1 MUHARAM …… DETIK PERMULAAN

Fajar 1 Muharam 1431 Hijrah menyinar meninggalkan tahun 1430 Hijrah yang penuh dengan pelbagai kenangan dan peristiwa. Berlalunya 1430 Hijrah seharusnya menjadi satu muhasabah kepada diri kita sejauh manakah tahap kehambaan kita kepada al - Khaliq. Apapun, terbitnya sinar 1431 Hijrah ini memerlukan satu azam dan tekad yang baru dalam diri kita. Mudah - mudahan lebih baik daripada sebelum ini.

Diantara peristiwa yang berlaku pada bulan Muharam ialah :
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga berlaku beberapa peristiwa sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama.
Diantaranya :
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan dalam banjir besar.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat dan hujan.
15. Allah menjadikan 'Arasy dan Luh Mahfuz.
16. Allah menjadikan Malaikat Jibril dan Nabi Isa diangkat ke langit.
17. Syahidnya cucu kesayangan Rasulullah, Saidina Husin R.A. di Karbala

Pada bulan Muharam juga terdapat 1 hari yang dinamakan sebagai Hari Asyura iaitu pada 10 Muharam. Para ulamak telah menyatakan amalan yang sunat dilakukan pada hari tersebut. Diantaranya :
1. Melapangkan masa dan belanja anak isteri.
2. Memuliakan fakir miskin dan menahan marah
3. Menunjukkan orang sesat dan menyapu/mengusap kepala anak yatim.
4. Bersedekah memelihara kehormatan diri.
5. Mandi Sunat dan bercelak.
6. Berpuasa dan menjamu orang berbuka puasa.
7. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun selepas waktu asar atau sebelum Mahgrib pada akhir bulan Zulhijah dan doa awal tahun selepas waktu
Maghrib pada malam 1 Muharam

Itulah diantara peristiwa yang berlaku dan kelebihan yang ada di dalam bulan Muharam. Namun,masih ada lagi perkara utama yang tidak dinyatakan di sini iaitu peristiwa Hijrah al Kubra Junjungan Besar Muhammad S.A.W. dari Mekah ke Madinah.Peristiwa agung dalam sejarah manusia ini meninggalkan kesan yang sangat besar dalam pembinaan empayar Islam.Bertitik tolak daripada peristiwa inilah,terbentuknya negara Islam Madinah dan akhirnya membentuk dunia Islam sehinggalah pada hari ini.Hijrah ini juga meruipakan satu catatan penting sehinggakan umat Islam menjadikan peristiwa ini sebagai permulaan taqwim Islami.

Terlalu luas untuk membicarakan peristiwa Hijrah di dalam lembaran yang terhad ini.Cuma apa yang mampu disampaikan ialah perlunya tajdid dan azam baru dalam segenap segi gerak kerja kita. Perubahan yang dimaksudkan disini termasuklah perubahan zahir dan batin.Daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah,daripada malas kepada rajin dan darpada keburukan kepada kebaikan.. Mudah mudahan dengan kedatangan tahun baru Islam 1431 ini,dapat meniup semangat kita untuk terus berjuang menuntut ilmu dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.Insyallah.

Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMM sesi 2009 / 2010 mengucapkan :
“ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah”
“ Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair ”

-JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH-

FEEDJIT Live Traffic Feed